Siapa kata barangan Malaysia tak ada ‘kelas’. Malah ada yang memandang rendah pada kualiti barangan tempatan sehingga sanggup mengagungkan barangan import.

Jangan pandang sebelah mata dengan barangan Malaysia kerana ia begitu mendapat sambutan yang cukup luar biasa di kalangan rakyat tempatan.

Semua ini terbukti melalui kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (KBBM) yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan telah pun mencapai kejayaan luar biasa di karnival dan ekspo sebelum ini.

Kempen Beli Barangan Malaysia Yakinkan Pengguna

Apa yang perlu kita tahu, Kempen Beli Barangan Malaysia adalah untuk menggalakkan orang ramai untuk membeli barangan buatan Malaysia. Secara tak langsung, kita turut menyokong dan membantu pengusaha tempatan serta memberi kesedaran tentang kualiti barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan ini setaraf dengan piawaian antarabangsa.

Jadi, tidak hairanlah dalam memeriahkan kempen beli barangan tempatan ini terdapat ekspo dan karnival yang dapat membuka mata masyarakat tentang kehebatan produk tempatan.

Karnival Jualan Barangan Malaysia Di Langkawi, Inilah Masa Terokai Keunikan Produk Tempatan

IKLAN

Jom Ke Karnival Jualan Di Dataran Cenang

Sehubungan itu, salah satu program terdekat yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) adalah karnival jualan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBMM).

Karnival jualan ini berlangsung di Dataran Cenang, Pulau Langkawi yang bermula pada 11 hingga 14 November ini.

Sudah pastinya perlbagai program yang menarik menanti pengunjung di sana dan pastinya, YB Dato’ Rosol Wahid, Timbalan menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan merasmikan majlis pelancaran itu nanti.

IKLAN

Apa yang menarik lagi sepanjang 4 hari itu, pelbagai produk dan jenama Malaysia ditawarkan pada harga berpatutan. Selain itu, pengunjung jangan lepaskan peluang untuk melihat pameran dan demontrasi penghasilan produk tempatan sepanjang berlangsungnya karnival itu.

Tidak ketinggalan, setiap pengunjung yang datang pada karnival ini akan berpeluang untuk menyertai peraduan istimewa yang akan disediakan dan pelbagai aktiviti yang menarik lain.

Inilah masanya untuk anda, rakyat Malaysia terokai produk tempatan dan pastinya anda terus ‘jatuh cinta’ dengan keunikan produk Malaysia.

IKLAN

Jumpa di sana!!!

Karnival Jualan Barangan Malaysia Di Langkawi, Inilah Masa Terokai Keunikan Produk Tempatan

#barang baik, barang kita!

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI