Alhamdulillah dan tahniah buat pasangan pelakon Shaheizy Sam,36 dan Syatilla Melvin 27 yang baru sahaja mengumumkan telah mendapat anak kedua. Pelakon Syatilla Melvin selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan pukul 9.15 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.
Berita gembira tersebut dikongsi di laman Instagram miliknya yang berkongsi gambar ketika berada di dalam bilik bersalin dengan meluahkan rasa syukur kerana keadaan bayi sihat dan selamat, serta berterima kasih dengan kehadiran suaminya, yang menemani disisi saat kelahiran.
Tidak Lagi Bertiga
Menerusi Instagram Shaheizy Sam pula, pelakon Polis Evo 2 ini turut memuat naik beberapa posting memberitahu mereka kini tidak lagi bertiga dan kini sudah mempunyai empat ahli keluarga.
Ads
‘Hadiah’ Hari Lahir Mommy
Bukan itu sahaja, istimewanya anak perempuan yang baru lahir ini juga berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan ibu Sam, Khaty Fauziah iaitu 17 April. Sambil berseloroh, Sam menyatakan kelahiran anaknya merupakan ‘hadiah’ hari lahir buat ibu tersayang yang tak dapat dijual beli.
Ads
Rakan Artis & Followers Ucap Tahniah
Para followers dan rakan artis turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah atas kelahiran anak kedua pasangan ini. Antaranya Uyaina Arshad, Puteri Aishah, Chef Zam, Fadzil Zahari, Tya Arifin, Rebecca Nur Al Islam, Azza Elite, Sharnaaz Ahmad, Yana Samsudin, Ghaz Abu Bakar, Pablo Amirul dan ramai lagi.
Ads
Terdahulu, Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy 2 tahun.
MW: Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat pasangan ini atas kelahiran anak kedua. Semoga ibu dan bayi kekal sihat serta dipermudahkan sepanjang tempoh berpantang.
Setelah melahirkan anak, dikurniakan susu badan yang banyak dan mencukupi merupakan satu anugerah dan rezeki yang tak ternilai. Namun bukan semua wanita bertuah dapat rezeki ini, walaupun pelbagai usaha, tips dan cara telah dilakukan untuk menambahkan susu badan.
Baru-baru ini, pelakon Shakilla Khoriri, 30 ada meluahkan rasa kecewa dan berasa tertekan apabila menghadapi masalah kekurangan susu badan.
Menerusi Instagram Stories miliknya, Shakila mendedahkan telah melakukan pelbagai usaha dan tips untuk memperbanyakkan susu badan.
Menurut Shakilla lagi, dia telah berusaha menambah susu badan sejak hari pertama melahirkan anak pertamanya, Ameena Sofia itu pada 14 Mac lalu, namun semuanya tidak berhasil.
Dek kerana tertekan dan kecewa susu badannya sedikit, Shakilla mengambil keputusan untuk tidak lagi meneruskan penyusuan badan buat anaknya meskipun masih menjalani tempoh berpantang.
“Stres..Ya! Stres sejak hari pertama sampai sekarang. It’s okay. Selamat tinggal susu badan. No friend anymore”.
“Pill milk booster, horlick, air suam dan segala air banyakkan susu. All done!”
“Fed up. Almost give up!”
Terdahulu, Shakilla dan suami, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. Shakilla selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan di sebuah pusat di Damansara pada 14 Mac lalu.
MW: Susu ibu adalah susu eksklusif yang terbaik buat anak. Perlu ada ilmu dalam penyusuan bayi agar berjaya menyusukan sekurang-kurangnya enam bulan hingga tempoh 2 tahun.Namun jika telah berusaha pelbagai cara dan tips masih tidak berjaya, jangan bersedih pasti ada rezeki yang lain. Doa kan sahaja yang baik-baik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Semalam, 4 April pengarah terkenal Erma Fatima berkongsi kisah anaknya yang dipelihara dari umur satu hari, baru dibebaskan dari penjara.
Dengan beraninya, membuat pengakuan yang anaknya itu bekas seorang banduan.
Hari ini, 5 April Erma mengimbas memori yang pernah berlaku 23 tahun yang lalu. “Di mana aku menyambut dia ke dalam hidup aku dengan penuh kegembiraan.”
“Hari ini sekali lagi aku merasakan kegembiraan dan kebahagiaan itu. Apabila dia kembali ke pangkuan aku. Aku harap selepas ini dia takkan pergi tinggalkan aku lagi.”
Sayu luahan hati seorang ibu. “Kalau anda semua tengok dia betul-betul. Anda takkan percaya dia boleh masuk penjara. Selama aku memelihara dia, tidak pernah walau sekali pun dia meninggikan suara pada aku.”
“Kurang ajar apatah lagi melawan aku. Itulah realitinya.”
“TAPI takdir telah merubah hidupnya satu ketika dulu kepada satu kehidupan yang gelap. Aku sendiri tidak pasti apakah aku akan bongkarkan semuanya di sini atau tidak. Kerana pasti banyak yang akan terguris.”
Jiwa seorang ibu tetap mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Menjamu makan yang lama tak dapat anak rasai ketika ditahan dalam penjara.
“Ahmad kata kat penjara, tiap-tiap hari makan ikan rebus je. Sebab tu malam ini kami jamu dia dengan macam-macam makanan. Tiga pinggan dia makan.”
“Aku dapat lihat pancaran matanya yang penuh gembira. Katanya 3 hari sebelum keluar penjara dia tak boleh tidur. Yang bermain di kepalanya adalah.. apakah aku akan menerima dia kembali.”
Dan paling aku sebak, Albab dan Arri kalau suruh pergi mana-mana pagi liat nak bangun. Tapi pagi ni mereka bangun dengan semangat sekali untuk menjemput adiknya pulang tanpa perlu aku kejutkan.
“Ya Allah! Jangan pisahkn kami lagi. Satukan kami hingga ke hujung nyawa.” Doa Erma Fatima untuk anak-anaknya.
Terdahulu Erma turut memuat naik perkongsian tentang anaknya yang bernama Ahmad itu.
Akuinya berbagai dugaan terpaksa dilalui untuk membesarkan Ahmad.
“Dan satu hari atas percaturan orang tertentu anak aku kembali ke pangkuan ayah kandungnya. Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu.”
Pada Mei 2016, Erma mendapat berita anaknya itu ditangkap polis dan dipenjarakan. “Sekali pun aku tak pernah jenguk dia di penjara. Kerana aku kecewa, sedih. Hancur hati ini.”
“Hanya keluarga lain yang pergi menziarahi dia. Semua di dalam keluarga aku menyangka aku dah buang dia dari hidup aku. Dan hari ini dia keluar dari penjara.”
Anak-anak Erma yang lain pergi menjemput Ahmad di penjara dan bawanya pulang ke rumah.
Semua takut kalau-kalau Erma tak terima Ahmad. “Apa pun aku masih ibu dia. Walaupun aku tidak melahirkannya. Biarpun dia tinggalkan aku, hancurkan hati aku TAPI aku tetap ibu dia.”
“Ya ANAK AKU kini bekas seorang banduan. Atas izinnya aku ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua. Bila aku minta izin, dia tanya aku “Mama tak malu ke bagitau orang anak mama bekas banduan?”
“Aku cakap aku tak pernah malu memiliki anak yang dikurniakan Allah seperti apa pun dia. Kerana itulah dugaan paling besar dalam hidup aku yang aku terpaksa tempoh.”
“Aku berkongsi semua ini bukan kerana aku mahukan simpati.”
“Ini kerana aku mahu berkongsi dengan semua anak-anak muda di luar sana tentang realiti hidup. Aku mahu keluarga yang memiliki anak-anak seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan dari cerita aku ini.”
“Itu saja, nanti aku akan cerita lagi kenapa dan mengapa dia masuk penjara.” luah Erma yang turut memaklumkan kepulangan anaknya itu adalah hadiah israk mikraj dari tuhan untuknya.
Setiap pasangan yang dah mendirikan rumah tangga, kena pasakkan matlamat mahu beli sebiji rumah. Biar pun cabaran milik rumah itu tak mudah, tapi inilah yang juga dilalui jurusolek terkenal, Alha Alfa.
Atau nama sebenarnya, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil. Yang pernah cuma membawa kereta Alza saja semasa mahu membeli rumah pertama.
Dan ini yang Alha kongsi kenapa miliki rumah kelak, dapat membantu mudahkan masa depan dirinya dan anak-anak. Kisah inspirasi beliau, boleh dijadikan panduan untuk anda yang mahu bangkit dari kepayahan.
Ya Allah, sujud syukur atas rezeki ini.
“My 1st own house..” Tak besar mana tapi syukur Alhamdulillah. Allah sebaik-baik perancang. Rumah ini Alha beli tahun pertama jual Alha Alfa Cosmetics.
Time ni korek habis-habis duit yang ada nak beli. Time gi tengok rumah ni. Bawak kereta Alza lagi. Orang tu pun pandang atas bawah pada mulanya. Tak lepas.
Tapi usaha usaha jugak. Alhamdulillah, lepas bayar deposit.
“Time tu tak ada perancangan nak kahwin. Dan baru je kenal-kenal anje I..” Tambahnya lagi, semasa menandatangani perjanjian jual beli rumah, dijangka rumahnya siap pada awal tahun 2020.
Dan itu bermakna, rumah siap selepas beliau berkahwin.
“Tapi masha Allah.. rumah dah siap. Hadiah perkahwinan yang tak diduga. Syukur.” Tak yah pening-pening nak cari rumah sewa lagi.
“Korang kalau ada duit lebih, try aim beli rumah dulu compare nak beli kereta mewah atau motor mewah. Melainkan duit tak tau nak buat apa dah.”
Ini alasannya, “Sebab rumah ini harga makin mahal. Alha cuba nak tiru ayah. Ayah ada 3 biji rumah. Walaupun rumah flat dan satu rumah teres, Time tu hempas pulas nak bayar duit rumah.”
“Ayah sewakan kat orang. Tapi.. Alha selalu jugak tanya kenapa nak ada 2 ke 3 rumah? Jawab ayah, nanti dah tua-tua tak nak susahkan anak-anak.”
Dan ianya berhasil. Duit yang satu masa dulu sewa RM100, sekarang dah RM500.
Yang rumah teres tu dari dulu orang sewa RM300 ke RM400, sekarang dah RM1000. So, bila dah pencen, ayah tak ada pun minta duit dekat kami, anak-anak.
Sebab hidup berdua dengan ibu. Duit rumah dah cukup buat duit belanja.
“Benda ini yang ayah selalu cakap dulu. So now, misi Alha nak ada 10 biji rumah. Aminkan please. So nanti dah tua tak nak kacau anak-anak.”
“Masa sekarang memang sewa rumah RM500. Tapi dalam masa 5 tahun, boleh jadi double tau. Percayalah!”
“Yang penting rumah sendiri dah ada. Dari kereta besar-besar tapi menyewa kan. Contoh perkiraan mudah. Beli rumah yang boleh disewakan RM1500. Kita tak payah duduk, kita cari rumah sewa yang harga RM700 ke.”
“So, duit dari orang sewa rumah kita tu, kita untung RM800 lagi. Boleh buat belanja. Atau beli satu rumah lagi kos rendah. Sampai satu tahap tak payah kerja dah.”
“Tiap bulan kutip duit sewa rumah je. Semoga kita semua dimurahkan rezeki olehNya.. amin 3x.” Doa Alha untuk semua.