Setelah melahirkan anak, dikurniakan susu badan yang banyak dan mencukupi merupakan satu anugerah dan rezeki yang tak ternilai. Namun bukan semua wanita bertuah dapat rezeki ini, walaupun pelbagai usaha, tips dan cara telah dilakukan untuk menambahkan susu badan.
Baru-baru ini, pelakon Shakilla Khoriri, 30 ada meluahkan rasa kecewa dan berasa tertekan apabila menghadapi masalah kekurangan susu badan.
Menerusi Instagram Stories miliknya, Shakila mendedahkan telah melakukan pelbagai usaha dan tips untuk memperbanyakkan susu badan.
Menurut Shakilla lagi, dia telah berusaha menambah susu badan sejak hari pertama melahirkan anak pertamanya, Ameena Sofia itu pada 14 Mac lalu, namun semuanya tidak berhasil.
Ads
Dek kerana tertekan dan kecewa susu badannya sedikit, Shakilla mengambil keputusan untuk tidak lagi meneruskan penyusuan badan buat anaknya meskipun masih menjalani tempoh berpantang.
“Stres..Ya! Stres sejak hari pertama sampai sekarang. It’s okay. Selamat tinggal susu badan. No friend anymore”.
Ads
“Pill milk booster, horlick, air suam dan segala air banyakkan susu. All done!”
“Fed up. Almost give up!”
Ads
Terdahulu, Shakilla dan suami, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. Shakilla selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan di sebuah pusat di Damansara pada 14 Mac lalu.
MW: Susu ibu adalah susu eksklusif yang terbaik buat anak. Perlu ada ilmu dalam penyusuan bayi agar berjaya menyusukan sekurang-kurangnya enam bulan hingga tempoh 2 tahun.Namun jika telah berusaha pelbagai cara dan tips masih tidak berjaya, jangan bersedih pasti ada rezeki yang lain. Doa kan sahaja yang baik-baik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Semalam, 4 April pengarah terkenal Erma Fatima berkongsi kisah anaknya yang dipelihara dari umur satu hari, baru dibebaskan dari penjara.
Dengan beraninya, membuat pengakuan yang anaknya itu bekas seorang banduan.
Hari ini, 5 April Erma mengimbas memori yang pernah berlaku 23 tahun yang lalu. “Di mana aku menyambut dia ke dalam hidup aku dengan penuh kegembiraan.”
“Hari ini sekali lagi aku merasakan kegembiraan dan kebahagiaan itu. Apabila dia kembali ke pangkuan aku. Aku harap selepas ini dia takkan pergi tinggalkan aku lagi.”
Sayu luahan hati seorang ibu. “Kalau anda semua tengok dia betul-betul. Anda takkan percaya dia boleh masuk penjara. Selama aku memelihara dia, tidak pernah walau sekali pun dia meninggikan suara pada aku.”
“Kurang ajar apatah lagi melawan aku. Itulah realitinya.”
“TAPI takdir telah merubah hidupnya satu ketika dulu kepada satu kehidupan yang gelap. Aku sendiri tidak pasti apakah aku akan bongkarkan semuanya di sini atau tidak. Kerana pasti banyak yang akan terguris.”
Jiwa seorang ibu tetap mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Menjamu makan yang lama tak dapat anak rasai ketika ditahan dalam penjara.
“Ahmad kata kat penjara, tiap-tiap hari makan ikan rebus je. Sebab tu malam ini kami jamu dia dengan macam-macam makanan. Tiga pinggan dia makan.”
“Aku dapat lihat pancaran matanya yang penuh gembira. Katanya 3 hari sebelum keluar penjara dia tak boleh tidur. Yang bermain di kepalanya adalah.. apakah aku akan menerima dia kembali.”
Dan paling aku sebak, Albab dan Arri kalau suruh pergi mana-mana pagi liat nak bangun. Tapi pagi ni mereka bangun dengan semangat sekali untuk menjemput adiknya pulang tanpa perlu aku kejutkan.
“Ya Allah! Jangan pisahkn kami lagi. Satukan kami hingga ke hujung nyawa.” Doa Erma Fatima untuk anak-anaknya.
Terdahulu Erma turut memuat naik perkongsian tentang anaknya yang bernama Ahmad itu.
Akuinya berbagai dugaan terpaksa dilalui untuk membesarkan Ahmad.
“Dan satu hari atas percaturan orang tertentu anak aku kembali ke pangkuan ayah kandungnya. Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu.”
Pada Mei 2016, Erma mendapat berita anaknya itu ditangkap polis dan dipenjarakan. “Sekali pun aku tak pernah jenguk dia di penjara. Kerana aku kecewa, sedih. Hancur hati ini.”
“Hanya keluarga lain yang pergi menziarahi dia. Semua di dalam keluarga aku menyangka aku dah buang dia dari hidup aku. Dan hari ini dia keluar dari penjara.”
Anak-anak Erma yang lain pergi menjemput Ahmad di penjara dan bawanya pulang ke rumah.
Semua takut kalau-kalau Erma tak terima Ahmad. “Apa pun aku masih ibu dia. Walaupun aku tidak melahirkannya. Biarpun dia tinggalkan aku, hancurkan hati aku TAPI aku tetap ibu dia.”
“Ya ANAK AKU kini bekas seorang banduan. Atas izinnya aku ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua. Bila aku minta izin, dia tanya aku “Mama tak malu ke bagitau orang anak mama bekas banduan?”
“Aku cakap aku tak pernah malu memiliki anak yang dikurniakan Allah seperti apa pun dia. Kerana itulah dugaan paling besar dalam hidup aku yang aku terpaksa tempoh.”
“Aku berkongsi semua ini bukan kerana aku mahukan simpati.”
“Ini kerana aku mahu berkongsi dengan semua anak-anak muda di luar sana tentang realiti hidup. Aku mahu keluarga yang memiliki anak-anak seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan dari cerita aku ini.”
“Itu saja, nanti aku akan cerita lagi kenapa dan mengapa dia masuk penjara.” luah Erma yang turut memaklumkan kepulangan anaknya itu adalah hadiah israk mikraj dari tuhan untuknya.
‘Apa hina jadi janda’ Farah Lee jawab soalan si mulut tegar. Susah juga nak puaskan hati setiap orang. Ada saja soalan-soalan yang kadangkala tak dapat nak dijawab dengan mudah. Macam Farah Lee ini, bila berdepan dengan stigma orang terhadap gelaran ‘janda’.
Walhal, tak mudah untuknya membesarkan anak perempuannya, Maream Esabell, 5 sendirian. Semoga jawapan yang Farah kongsikan ini akan membuka mata ramai pihak, sebenarnya tak ada hinanya menjadi janda.
Sebaliknya, golongan ibu tunggal inilah juga antara yang Allah bela nasibnya. Dan disebut dalam Al Quran.
Farah selalu dapat soalan macam mana Farah tegar ignore mulut-mulut orang dan stigma terhadap janda?
Well Farah takde la ignore sangat, kadang #pangkang jugak sedas dua hiks. Bukan nak melawan sangat tapi kadang manusia ni dia fikir hidup orang dari pandangan hidup dia je. From my research, society kita tak inclusive, jadi susah nak raikan kelainan.
Jadi Farah rasa berkeperluan nak educate jejenis camni, supaya respect preference orang selagi tak bertentangan dengan syarak.
Tak kisah lah kau menyampah ke, muntah ke. Kang ringan hati kalau kita tumpang senang dengan kehidupan orang lain! Haih..
Lepas tu Farah jenis malas nak fikir sangat. I had a tough life. I already went through a load. So why would I allow others to keep hurting me? Now nak happy and enjoy life. Fokus study, @ommaesabel and appreciate people who appreciate me.
Orang-orang yang bising ni, none of them kisah perasaan kita, so why bother apa dorang kata, apa dorang fikir? As long as kita tau apa yang kita buat tak sakitkan orang dan tak harmful, just be ourselves. Siapa nak sayang kita kalau bukan diri kita sendiri kan?
And what so hina jadi janda? Most janda adalah golongan teraniaya, (tak termasuk janda yang hmmm.. menjandakan orang lain). Nak-nak ibu tunggal. Allah bela sangat golongan ni siap mention dalam Quran. Khadijah was ibu tunggal you know? Tapi siapa Khadijah di sisi Allah? Perempuan terbaik. Jadi tittle dunia is nothing, yang bezakan kita adalah iman dan amal.
So just be nice, kita mungkin tak tahu tangisan orang di hening malam, di sebalik senyumannya di pagi hari. So be nice, have empathy. Kalau dah mati kutu sangat nak cakap nice camne, just shut up. Kau pun tak suka orang sakitkan hati kau kan? Common sense kot.
So jaga hubungan dengan Allah, jaga mulut dengan manusia. Be proud of ourselves, respect ourselves, love ourselves. And others too. At the same time, work for a better self in future.
Kalau kritikan membina, terima. Kalau bukan, persetankan je. After all, yang hisab hidup kita bukan orang, tapi Tuhan.
Sebelum ini, Farah Lee pernah dipertemukan jodoh dan bernikah dengan pengacara, Ally Iskandar pada 20 Januari 2012. Ditakdirkan berpisah pada 17 Ogos 2016.
Rumah tangga Bella Astillah, isteri kepada Aliff Aziz kembali tegang selepas suaminya itu dikaitkan berhubungan dengan seorang pelakon wanita tidak lama dulu.
Sejak itu, Bella ambil keputusan untuk tinggal berasingan daripada suaminya. Dekat sebulan dia ambil masa untuk berikan tempoh bertenang buat diri sendiri.
Agar mereka berfikir dengan matang sebelum bertindak lebih jauh lagi.
Tentulah tindakan kurang matang itu akan menyebabkan nasib isteri-isteri sepertinya jadi lebih sukar kelak. Bagaimanapun, jika rumah tangga diuji dengan kehadiran orang ketiga, Bella akui betapa pentingnya sokongan keluarga untuk kembali bangkit.
“Bagi yang senasib, jangan menyendiri. dapatkan seokongan keluarga dan jangan buat keputusan drastik yang akan makan diri balik.”
Akuinya, berbincang dengan ahli keluarga itulah akan buat fikiran tenang.
“Fikirlah masa depan, ibu bapa kita. Kalau kantoi mereka juga akan terpalit sama.” Atas dasar itulah, sebagai ibu Bella perlu bertindak matang dan berfikiran panjang. Kerana jika tersilap percaturan dan ambil jalan tergesa-gesa tentulah ada hati yang akan merana.
Sebagaimana yang dikongsi kepada Sinar Harian, Bella akui untuk membuat keputusan dia perlu memikirkan anak dan kedua orang tua serta keluarga mentua.
“Bukannya hari ini gaduh esok dah nak berpisah atau selesai. Kita semua perlukan masa dan ruang.”
“Saya rasa bersyukur sebab ada kedua orang tua yang sangat menyokong kehidupan saya. Bahkan kedua ibu bapa mentua juga sangat baik. Maksudnya kita perlukan kekuatan seumpama itu.”
Sebelum ini, Bella mencetuskan kontroversi apabila mendakwa suaminya menjalin hubungan dengan pelakon Oktavia Manrose, termasuk ke kelab malam bersama-sama.
Terdahulu juga, suaminya pernah mengecewakan hatinya pada Julai 2017 apabila dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon Afifah Nasir.
Demi lembaran baru, Bella memaafkan suaminya ketika itu.
Usah menambahkan kesedihan kepada ahli keluarga mangsa nahas konvoi RXZ, mereka sedang melalui ujian yang sangat berat. Tragedi ini telah meragut nyawa dan meninggalkan luka yang mendalam kepada banyak keluarga.