Kalau Tengok Dia Betul-betul, Takkan Percaya Dia Boleh Masuk Penjara - Erma Fatima
Kredit foto : Mstar

Semalam, 4 April pengarah terkenal Erma Fatima berkongsi kisah anaknya yang dipelihara dari umur satu hari, baru dibebaskan dari penjara.

Dengan beraninya, membuat pengakuan yang anaknya itu bekas seorang banduan.

Hari ini, 5 April Erma mengimbas memori yang pernah berlaku 23 tahun yang lalu. “Di mana aku menyambut dia ke dalam hidup aku dengan penuh kegembiraan.”

Hari ini sekali lagi aku merasakan kegembiraan dan kebahagiaan itu. Apabila dia kembali ke pangkuan aku. Aku harap selepas ini dia takkan pergi tinggalkan aku lagi.”

Sayu luahan hati seorang ibu. “Kalau anda semua tengok dia betul-betul. Anda takkan percaya dia boleh masuk penjara. Selama aku memelihara dia, tidak pernah walau sekali pun dia meninggikan suara pada aku.”

Kurang ajar apatah lagi melawan aku. Itulah realitinya.”

TAPI takdir telah merubah hidupnya satu ketika dulu kepada satu kehidupan yang gelap. Aku sendiri tidak pasti apakah aku akan bongkarkan semuanya di sini atau tidak. Kerana pasti banyak yang akan terguris.”

 

Kalau Tengok Dia Betul-betul, Takkan Percaya Dia Boleh Masuk Penjara – Erma Fatima

Tiga Hari Sebelum Keluar Penjara Dia Tak Boleh Tidur

Jiwa seorang ibu tetap mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Menjamu makan yang lama tak dapat anak rasai ketika ditahan dalam penjara.

IKLAN

Ahmad kata kat penjara, tiap-tiap hari makan ikan rebus je. Sebab tu malam ini kami jamu dia dengan macam-macam makanan. Tiga pinggan dia makan.”

Aku dapat lihat pancaran matanya yang penuh gembira. Katanya 3 hari sebelum keluar penjara dia tak boleh tidur. Yang bermain di kepalanya adalah.. apakah aku akan menerima dia kembali.”

Dan paling aku sebak, Albab dan Arri kalau suruh pergi mana-mana pagi liat nak bangun. Tapi pagi ni mereka bangun dengan semangat sekali untuk menjemput adiknya pulang tanpa perlu aku kejutkan.

Ya Allah! Jangan pisahkn kami lagi. Satukan kami hingga ke hujung nyawa.” Doa Erma Fatima untuk anak-anaknya.

 

Kalau Tengok Dia Betul-betul, Takkan Percaya Dia Boleh Masuk Penjara – Erma Fatima

Dari Umur Ahmad Sehari Aku Pelihara Dia

Terdahulu Erma turut memuat naik perkongsian tentang anaknya yang bernama Ahmad itu.

IKLAN

Ini ANAK AKU yang ke-3. Dari umur dia satu hari aku pelihara dia. Aku berikan yang terbaik semampu aku. Sekolah.. agama.. kasih sayang.. meski pun banyak kekurangan aku.”

Akuinya berbagai dugaan terpaksa dilalui untuk membesarkan Ahmad.

Dan satu hari atas percaturan orang tertentu anak aku kembali ke pangkuan ayah kandungnya. Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu.”

Pada Mei 2016, Erma mendapat berita anaknya itu ditangkap polis dan dipenjarakan. “Sekali pun aku tak pernah jenguk dia di penjara. Kerana aku kecewa, sedih. Hancur hati ini.”

“Hanya keluarga lain yang pergi menziarahi dia. Semua di dalam keluarga aku menyangka aku dah buang dia dari hidup aku. Dan hari ini dia keluar dari penjara.”

Anak-anak Erma yang lain pergi menjemput Ahmad di penjara dan bawanya pulang ke rumah.

IKLAN

 

Kalau Tengok Dia Betul-betul, Takkan Percaya Dia Boleh Masuk Penjara – Erma Fatima

Anak Aku Kini Bekas Seorang Banduan

Semua takut kalau-kalau Erma tak terima Ahmad. “Apa pun aku masih ibu dia. Walaupun aku tidak melahirkannya. Biarpun dia tinggalkan aku, hancurkan hati aku TAPI aku tetap ibu dia.”

Ya ANAK AKU kini bekas seorang banduan. Atas izinnya aku ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua. Bila aku minta izin, dia tanya aku “Mama tak malu ke bagitau orang anak mama bekas banduan?”

Aku cakap aku tak pernah malu memiliki anak yang dikurniakan Allah seperti apa pun dia. Kerana itulah dugaan paling besar dalam hidup aku yang aku terpaksa tempoh.”

Aku berkongsi semua ini bukan kerana aku mahukan simpati.”

Ini kerana aku mahu berkongsi dengan semua anak-anak muda di luar sana tentang realiti hidup. Aku mahu keluarga yang memiliki anak-anak seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan dari cerita aku ini.”

Itu saja, nanti aku akan cerita lagi kenapa dan mengapa dia masuk penjara.” luah Erma yang turut memaklumkan kepulangan anaknya itu adalah hadiah israk mikraj dari tuhan untuknya.

Sumber/Foto : Erma Fatima

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI