“Kami sanggup jual buah pinggang.” Supaya dapat membeli makanan untuk anak-anak yang kelaparan.
Ternyata begitu sekali pengorbanan yang dilakukan mak ayah di Afganistan demi meneruskan kelangsungan hidup. Mereka sanggup memperjudikan nyawa sendiri demi keluarga.
Kami Sanggup Jual Buah Pinggang
Krisis kemanusiaan yang berpanjangan di Afghanistan menyebabkan penduduknya mengalami pelbagai masalah sejak Taliban merampas kuasa terutamanya isu kelaparan, lapor laman berita Wion News kelmarin.
Menurut laporan, beberapa penduduk di wilayah Herat terpaksa menjual buah pinggang mereka untuk mendapatkan wang bagi membeli makanan buat keluarga mereka.
Penduduk di daerah Injil dilaporkan menjual buah pinggang mereka di pasaran gelap demi sedikit wang bagi mengatasi kelaparan yang dialami, demikian menurut laporan agensi berita TOLO News.
Ads
Supaya Dapat Membeli Makanan
“Kami menjual buah pinggang sekiranya ada yang sanggup membelinya supaya dapat membeli makanan untuk anak-anak kami,’’ jelas seorang penduduk setempat.
Kanak-kanak dan wanita turut dilaporkan bertindak menjual buah pinggang mereka.
Menurutnya, dia tidak mempunyai pilihan lain demi kelangsungan hidup walaupun tindakan menjual organ adalah dilarang menurut undang-undang negara itu.
Untuk Anak-Anak
“Kami gembira keadaan keselamatan adalah baik tetapi harga agak tinggi di negara ini,’’ jelas seorang penduduk lain kepada TOLO News.
Ads
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Luar Britain, Liz Trus mengulas mengenai perkara tersebut dan berkata bahawa ia sangat membimbangkan.
“Kami sedang bekerja keras untuk membawa penduduk keluar dari Afghanistan dengan menggunakan pelbagai laluan. Kami turut menjalankan bantuan kemanusiaan tambahan ke Afghanistan,’’ jelas beliau. – Agensi
Bukan sesuatu yang mudah apabila seorang bayi dibedah ketika dalam rahim, bayi ajaib ini bernasib baik apabila terselamat daripada lumpuh setelah menjalani pembedahan yang dijalankan.
Tentu sahaja, mak ayah bayi ini bersyukur bila anak yang dikhabarkan lumpuh kini sihat seperti kanak-kanak lain biarpun pembedahan yang dijalankan ukup rumit.
Dibedah Ketika Dalam Rahim
Seorang bayi di Philadelphia, Amerika Syarikat bernasib baik apabila terselamat daripada lumpuh seumur hidup selepas menjalani prosedur pembedahan rumit ketika masih dalam rahim ibunya.
Emily Malkie dari Piennsylvania dikesan menghidap spina bifida menerusi ujian ultrabunyi sejak usianya dalam kandungan ibunya adalah 16 minggu.
Ujian pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) mengesahkan pertumbuhan otak bayi perempuan itu dalam bahaya disebabkan pengumpulan cairan tulang belakang dalam tengkoraknya.
Bayi Ajaib Bernasib Baik Terselamat Daripada Lumpuh
Ibunya, Rebecca,37, dipindahkan ke pakar janin, Hospital John Hopkins, Maryland untuk menjalani pembedahan rumit yang sudah puluhan kali dijalankan di seluruh dunia.
Kira-kira 30 pakar perubatan melakukan proses pembedahan rumit membuka rahim Rebecca untuk membetulkan tulang belakang bayi itu selama lapan jam.
Emily yang dilahirkan sempurna tanpa sebarang kecacatan pada 1 Ogos 2019 kini sihat seperti kanak-kanak seusianya.
Menurut Rebecca, anaknya itu menjalani kehidupan biasa sama seperti adik-beradiknya yang lain.
“Kami nekad mengambil risiko melakukan pembedahan itu ketika usianya masih dalam kandungan lagi kerana fikirkan yang terbaik buatnya.
“Ini sangat luar biasa dan kami sangat beruntung kerana dia sihat selepas menjalani pembedahan itu,” katanya dalam portal News Chant.
MW: Semoga Emily sentiasa sihat dan aktif seperti kanak-kanak lain. Berbaloi tindakan nekad ibunya untuk menjalani pembedahan yang tidak semua orang sanggup lakukan.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Malang sungguh nasib isteri ini yang maut ketika sedang tidur, gara-gara dipatuk ular tedung yang dilemparkan oleh suami sendiri. Walau apapun alasan dan puncanya, ia sangatlah kejam dan tindakan yang tidak berperikemanusiaan.
Lepaskan Ular Tedung
Seorang lelaki di India didapati bersalah atas kesalahan membunuh isterinya dengan melepaskan ular tedung ke arah isterinya ketika mangsa sedang tidur.
The National News melaporkan, P Sooraj, 27, membuat perancangan teliti dan melakukan penyelidikan internet mengenai bisa ular.
Mahkamah di daerah Kollam di selatan Kerala, minggu ini, mensabitkan lelaki itu atas tuduhan membunuh isterinya Uthra, 25.Dia didakwa melakukan kesalahan itu, pada Mei tahun lalu.
Cubaan Bunuh Isteri Kali Kedua
Sooraj kali pertama melakukan cubaan membunuh isterinya dengan menggunakan ular kapak Russell, namun ia gagal. Bagaimanapun, percubaan kali kedua berjaya menyebabkan isterinya yang cacat itu meninggal dunia.
Hakim Manoj M mendapati Sooraj bersalah menggunakan ular berkenaan agar ia mematuk isterinya. Pihak pendakwaan menuntut tertuduh dikenakan hukuman mati.
Bagaimanapun, hakim akan memutuskan hukuman terhadap tertuduh pada satu tarikh yang ditetapkan kemudian.
Rancangan Pembunuhan Teliti
Kes itu sebelum ini menggemparkan negara dan penyiasat menyiapkan 1,000 halaman kertas pertuduhan dengan memperincikan rancangan pembunuhan yang teliti.
Sooraj dan Uthra berkahwin pada 2018 dan mempunyai seorang anak perempuan.
Bagaimanapun, keluarga Uthra mendakwa Sooraj, seorang pekerja swasta bergaji rendah, ingin membunuh Uthra untuk mengambil harta kekayaannya dan berkahwin lain.
Penyiasat mendapati Sooraj membeli seekor ular berbisa pada Mac tahun lalu dan menggunakannya untuk menyerang isterinya.
Pada kejadian pertama itu, isterinya terselamat dan dimasukkan ke hospital selama beberapa minggu sebelum dibenarkan keluar dan tinggal di rumah ibu bapanya.
Pada kejadian kedua, Sooraj membeli ular tedung berbisa dengan harga 10,000 rupee (RM552) dan melemparkannya ke arah Uthra ketika isterinya tidur.
Mingguan Wanita: Tergamak suami lempar ular berbisa ketika isteri sedang tidur sehingga meragut nyawa.Kejam sungguh! Semoga lelaki ini mendapat pembalasan yang setimpal atas perbuatan yang dilakukan.
Kehadiran YB Nurul Izzah Anwar ke program World Quran Hour (WQH) bukanlah kali pertama untuknya. Namun, tahun ini cukup berbeza tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Ditambah dengan keberadaan seorang ayah dalam program yang sama. Itulah menambahkan lagi momen bahagia dan kekuatan emosi buat anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim ini.
Lagi-lagi tema mahupun mesej yang dibawa oleh WQH itu sendiri mempunyai simbolik yang berpadanan dengan kehidupan keluarga yang cukup teruji ini. 20 tahun bersabar dengan ujian tuhan, apabila ditahan di dalam penjara.
Namun akhirnya apabila telah dibebaskan keluarga ini memilih untuk memaafkan. Bukankah hal ini sesuatu yang indah untuk dijadikan renungan. Agar kita sama-sama memelihara diri daripada penyakit hati.
“Hari ini memang amat bermakna buat saya kerana program ini disambut bersama ayah saya berbanding tahun lalu.
“Kepulangan beliau (Anwar) ke pangkuan UIAM disatukan dengan tema untuk meraikan dan menghidupkan al-Quran dan ia sangat-sangat istimewa,” katanya.
Hari itu, di program WQH Datuk Seri Anwar Ibrahim membacakan surah Ali ‘Imran ayat 103 hingga 105. Surah Al-Hujurat dari ayat 18 hingga 49 diangkat sebagai tema WQH. Yang mana, surah ini mendidik umat Islam memilih jalan perdamaian ketika timbul perselisihan faham.
Bacalah Al-Quran Bukan Saja Di Bulan Ramadhan
Program WQH yang berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak ini telah berlangsung dengan jayanya. Seiring dengan kejayaan itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh ini turut menyampaikan ucapan tahniah kepada penganjur, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.
“Ini adalah kali kedua saya sertai World #QuranHour dan ia cukup bagus dalam usaha memastikan orang Islam di negara ini dapat membaca dan menghayati al-Quran dengan baik.
“Justeru, saya mengajak lebih ramai lagi untuk kita sama-sama membaca dan memahami al-Quran bukan sahaja di bulan Ramadhan ini tetapi juga diteruskan pada bulan-bulan yang lain,” katanya.
Sumber/Foto : SInar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kamal Adli Mahu Uqasha Jadi Ibu Terbaik. Itulah antara doa dari seorang suami buat isteri tercinta. Pasangan popular Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang...