Kamal Adli Mahu Uqasha Jadi Ibu Terbaik. Itulah antara doa dari seorang suami buat isteri tercinta. Pasangan popular Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang kini sudah menimang seorang cahaya mata, Hawra Uqaira kelihatan begitu bahagia.
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram. Kamal Adli memberi ucapan romantis buat isteri tersayangnya sempena sambutan hari lahir Uqasha yang ke 33.
Kamal Adli Mahu Uqasha Jadi Ibu Terbaik
Pemilik nama sebenar Ahmad Kamal Ahmad Adli itu memohon doa agar segala urusan isterinya dipermudahkan.
“Selamat ulang tahun buat belahan jiwa, isteri saya semoga panjang umur, dipermudahkan laluan hidupmu.
“Abang doakan semoga dialihkan segala rintangan, biar laluanmu cantik dan indah sahaja okey,” kongsi Kamal.
Rezeki Hebat & Halal
Kamal juga menyambung agar isterinya itu didatangkan rezeki yang hebat dan halal.
“Abang doakan segala doa sayang diangkat Allah, dibukakan segala pintu rezeki yang tertutup, didatangkan rezeki hebat dan halal,” luahnya.
Ads
Bukan itu saja Kamal juga berkongsi gambar pernikahan mereka yang berlangsung sekitar empat tahun lalu.
Malah pelakon lelaki popular itu juga turut mahu isterinya menjadi ibu terbaik buat anak mereka Hawra.
“Terus jadi ibu yang hebat untuk Hawra. Hawra pun tahu sayang ibu yang hebat. Insya-Allah yang indah-indah sahaja.
“Selamat menikmati sambutan hari lahir yang indah ya sayang. Saya sangat cintakan awak,” ujarnya.
Ads
Pada status tersebut, Uqasha membalas ucapan suaminya.
“Terima kasih sayang. Terima kasih atas segala-galanya. Saya cintakan awak. Satu-satunya awak dan Hawra,” titipnya.
Ads
Menerusi ruangan komen juga warganet berikan ucapan terbaik buat pasangan ini.
“Anak Yang Baik Tapi Penuh Teka Teki, Sukar Dijangka” itulah antara ungkapan yang ditulis oleh selebriti popular Abby Abadi buat anak perempuannya Marissa Dania. Marissa Dania merupakan anak Abby Abadi dan bekas suaminya Norman Hakim.
Seperti yang diketahui kisah perkahwinan Marissa dan Aslam menyorot perhatian ramai selepas didakwa sudah berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023. Malah perkahwinan juga berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa Marissa mahupun isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan.
Walau berhadapan konflik dengan ibunya sendiri namun terbaru Abby dilihat begitu mesra sewaktu menyambut hari kelahiran anak keduanya itu. Malah hubungan antara Abby dan Marissa dilaporkan baik dan berada dalam keadaan terkawal.
Menerusi perkongsian Abby memberikan ucapan ringkas buat anakanda tercintanya itu.
“Sanah Helwah Cantik @marissadania_ yg ke 20❤️
(2July2025)
“Anak yg baik tapi penuh teka teki 🤭
“Yang sukar utk dijangka.. inilah dia hihi😘
“Cepat sangat Mama anak besar.. Mama rindu Adik yg dulu hehe.. Mama sayang Adik sangat2 tau!
“Abah sayang Adik. Semua adik beradik pun sayang Adik. Terus kuat, terus terhebat dijalanNYA. Solat, aurat, ikhtilaf terus jaga ok..
“Semoga anak Mama kaya dan berjaya dunia akhirat.
“Sambut kecil kecilan dulu… Nanti kita tunggu Papa yg kaya tu balik dari Sarawak .. kita sambut lagi ok,” kongsi Abby.
Menerusi komen warganet mendoakan agar hubungan antara Abby dan Marissa terus terjalin tanpa sebarang masalah.
Untuk rekod sebelum ini Abby mencuri perhatian ramai apabila lantang bersuara dalam media sosialnya berkaitan hal keluarga termasuk menyangkal kenyataan suami Marissa iaitu Mohd Aslam yang mendakwa sudah membuat permohonan maaf secara peribadi terhadapnya sebelum ini.
Kontroversi tersebut tercetus apabila Abby meluahkan rasa kecewa terhadap sikap Aslam yang dikatakan tidak menghormatinya sebagai ibu mentua.
Kemudian Marissa membuat kejutan bertemu Abby bagi menjernihkan semula hubungan mereka yang berantakan hampir dua minggu.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu Zayn Rayyan diperintah bela diri lakukan pengabaian, Zaim dilepaskan atas pertuduhan pengabaian anak.
Doa rakyat Malaysia yang mahukan keadilan buat arwah Zayn Rayyan yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember 2023 dua tahun lalu didengari apabila Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membacakan keputusan akhir kes pendakwaan pagi ini.
Ibu Zayn Rayyan Diperintah Bela Diri
Selepas dibacakan penghakiman, ibu kepada dua cahayamata itu, memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang tertuduh yang membolehkan pihak pendakwaan menyoal balas dalam prosiding membela diri akan dimulakan sebentar lagi.
Sementara itu, Zaim Ikhwan dilepaskan dalam pertuduhan ini.
Kronologi kematian adik Zayn Rayyan menarik perhatian ramai apabila mayat anak syurg ini ditemukan di anak sungai 100 meter dari kediaman keluarganya oleh penduduk sehari selepas ibunya, Ismanira Manaf berkongsi kehilangan anaknya di fb pada 5 Disember 2023.
Pada 8 Disember 2023, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata Zayn yang juga kanak-kanak autisme dibunuh di lokasi lain sebelum ditinggalkan di anak sungai tempat penemuannya.
Perbicaraan kes ibu bapa Zayn Rayyan bermula di Mahkamah Sesyen pada 3 Februari 2025 atas pengabaian anak.
Seramai 28 orang saksi dipanggil untuk memberi keterangan selama 20 hari perbicaraan dan ia berakhir pada 24 April lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi manakala peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh mewakili kedua-dua tertuduh.
Zaim Ikhwan dan Ismanira didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa dan mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Doktor rebah ketika bertugas, sempat ucap sayang pada isteri sebelum dijemput Ilahi. Pemergian secara mengejut seorang pegawai perubatan, Dr Aniq Anhar ketika bertugas syif malam di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), awal pagi Sabtu lalu cukup meninggalkan kesan mendalam pada pasangannya, Dr Ayuni.
Bersama-sama dalam dunia perubatan namun pasangan suami isteri ini dipisahkan oleh jarak kerja. Arwah Dr Aniq bertugas di Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kelantan sementara Dr Ayuni pula bertugas di Hospital Manjung, Perak. Namun sesuatu yang memilukan, pada malam Dr Ayuni kehilangan suami dikasihinya mereka sama-sama bertugas syif malam.
Arwah Dr. Aniq, dipercayai mengalami serangan pulmonary embolism (PE) ketika sedang menjalankan tugas pada malam kejadian. Sesuatu yang sangat mendebarkan bagi seorang isteri, tidak berada di sebelah suami dalam situasi yang sangat genting. Antara hidup dan mati jarak memisahkan mereka beribu kilometer. Situasi yang banyak dilalui oleh pasangan PJJ.
Dari catatan Dr Ayuni di media sosial, dia ketika itu sedang bertugas syif malam dan menerima satu panggilan telefon dari nombor asing di tengah malam.
“Ni Dr Ayuni, wife dr Aniq ye? Saya nak bagitahu suami awak syncope (pitam) kat Ed HUSM masa tengah kerja, kita suspected PE, sekarang on HFNC. Dan low threshold untuk kita intubate dia kalau worsen”.
Ternyata dengan satu panggilan, dia perlu kuat melalui takdir yang telah tertulis buatnya. Perjalanan dari Perak ke Kelantan perlu merentas berjam perjalanan dan masa yang sama, rakan sekerja arwah suami terus menyampaikan maklumat demi maklumat situasi suaminya di saat genting itu.
Dalam catatannya, Dr Ayuni berkata, suaminya tidak pernah berkongsi sakit apa dilalui atau kepenatan dilaluinya hinggalah satu hari arwah suami pitam di tempat kerja.
Dalam usaha rakan sejawat memberikan rawatan terbaik buat arwah Dr Aniq, antara komunikasi terakhir pasangan ini ialah “I love you. Abang sayang Ayuni. Ayat terakhir didengarinya dari suami dikasihi.
Dr Ayuni memaklumkan, mereka sempat berbual seketika dan nada suara arwah agak kepenatan. Dengan hati yang berkaca dan langkah kaki yang semakin longkai dalam dia mahu segera balik ke rumah untuk berada dekat dengan suami, Dr Ayuni sekali lagi menerima panggilan telefon suaminya pengsan sekali lagi dan usaha menyelamat dilakukan secekapnya.
Perjalanan dari Perak dimulakan jam 5.30 pagi dan Dr Ayuni sampai ke Kelantan sekitar 11.45 pagi. Dia hanya mampu menyaksikan Dr Aniq di ICU, diam dan kaku. Saat diterangkan situasi terkini suaminya, sebagai doktor Dr Ayuni tahu ia bukanlah berita yang ingin didengari dan hanya doa yang mampu memulihkan dan keajaiban terjadi.
Sebagaimana janji Allah, 27 Julai 2025, dia harus menerima takdir yang tertulis. Dr Aniq menghembuskan nafas terakhir dengan tenang.
” Lepas solat subuh, 7.22 am, received call dari ICU HSM. Aniq collapsed for another time, and they were doing CPR for him.
Kata yang sangat ringkas namun mencengkam ke jiwa. Dirinya turut memandang wajah suami tercinta. Masih terasa kehangatan tubuh yang sudah kaku.
“Wajah Aniq Ayuni usap. Tangan Aniq Ayuni pegang. Tubuh Aniq Ayuni peluk. Satu perasaan tak mampu gambar. Rasa sedih sangat. Rasa masih tak cukup usap dan tenung wajah Aniq selama ni. Masih tak cukup pegang tangan Aniq selama ni.
Ayuni menjadi saksi, sebaik-baik Aniq dgn mak ayah, keluarga dan kawan2 dan pada pesakit2 yang aniq rawat, sebaik itu juga Aniq pada ayuni, malah lebih baik daripada itu. Allah sayang dan Allah beri pinjaman untuk seketika. Ayuni menjadi saksi pada semua kebaikan abang lakukan semasa di dunia. I love abang,”tulisnya dan catatannya membuatkan ramai menangis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!