Semalam, 4 April pengarah terkenal Erma Fatima berkongsi kisah anaknya yang dipelihara dari umur satu hari, baru dibebaskan dari penjara.
Dengan beraninya, membuat pengakuan yang anaknya itu bekas seorang banduan.
Hari ini, 5 April Erma mengimbas memori yang pernah berlaku 23 tahun yang lalu. “Di mana aku menyambut dia ke dalam hidup aku dengan penuh kegembiraan.”
“Hari ini sekali lagi aku merasakan kegembiraan dan kebahagiaan itu. Apabila dia kembali ke pangkuan aku. Aku harap selepas ini dia takkan pergi tinggalkan aku lagi.”
Sayu luahan hati seorang ibu. “Kalau anda semua tengok dia betul-betul. Anda takkan percaya dia boleh masuk penjara. Selama aku memelihara dia, tidak pernah walau sekali pun dia meninggikan suara pada aku.”
“Kurang ajar apatah lagi melawan aku. Itulah realitinya.”
“TAPI takdir telah merubah hidupnya satu ketika dulu kepada satu kehidupan yang gelap. Aku sendiri tidak pasti apakah aku akan bongkarkan semuanya di sini atau tidak. Kerana pasti banyak yang akan terguris.”
Tiga Hari Sebelum Keluar Penjara Dia Tak Boleh Tidur
Jiwa seorang ibu tetap mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Menjamu makan yang lama tak dapat anak rasai ketika ditahan dalam penjara.
Ads
“Ahmad kata kat penjara, tiap-tiap hari makan ikan rebus je. Sebab tu malam ini kami jamu dia dengan macam-macam makanan. Tiga pinggan dia makan.”
“Aku dapat lihat pancaran matanya yang penuh gembira. Katanya 3 hari sebelum keluar penjara dia tak boleh tidur. Yang bermain di kepalanya adalah.. apakah aku akan menerima dia kembali.”
Dan paling aku sebak, Albab dan Arri kalau suruh pergi mana-mana pagi liat nak bangun. Tapi pagi ni mereka bangun dengan semangat sekali untuk menjemput adiknya pulang tanpa perlu aku kejutkan.
“Ya Allah! Jangan pisahkn kami lagi. Satukan kami hingga ke hujung nyawa.” Doa Erma Fatima untuk anak-anaknya.
Dari Umur Ahmad Sehari Aku Pelihara Dia
Terdahulu Erma turut memuat naik perkongsian tentang anaknya yang bernama Ahmad itu.
Akuinya berbagai dugaan terpaksa dilalui untuk membesarkan Ahmad.
“Dan satu hari atas percaturan orang tertentu anak aku kembali ke pangkuan ayah kandungnya. Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu.”
Pada Mei 2016, Erma mendapat berita anaknya itu ditangkap polis dan dipenjarakan. “Sekali pun aku tak pernah jenguk dia di penjara. Kerana aku kecewa, sedih. Hancur hati ini.”
“Hanya keluarga lain yang pergi menziarahi dia. Semua di dalam keluarga aku menyangka aku dah buang dia dari hidup aku. Dan hari ini dia keluar dari penjara.”
Anak-anak Erma yang lain pergi menjemput Ahmad di penjara dan bawanya pulang ke rumah.
Ads
Anak Aku Kini Bekas Seorang Banduan
Semua takut kalau-kalau Erma tak terima Ahmad. “Apa pun aku masih ibu dia. Walaupun aku tidak melahirkannya. Biarpun dia tinggalkan aku, hancurkan hati aku TAPI aku tetap ibu dia.”
“Ya ANAK AKU kini bekas seorang banduan. Atas izinnya aku ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua. Bila aku minta izin, dia tanya aku “Mama tak malu ke bagitau orang anak mama bekas banduan?”
“Aku cakap aku tak pernah malu memiliki anak yang dikurniakan Allah seperti apa pun dia. Kerana itulah dugaan paling besar dalam hidup aku yang aku terpaksa tempoh.”
“Aku berkongsi semua ini bukan kerana aku mahukan simpati.”
“Ini kerana aku mahu berkongsi dengan semua anak-anak muda di luar sana tentang realiti hidup. Aku mahu keluarga yang memiliki anak-anak seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan dari cerita aku ini.”
“Itu saja, nanti aku akan cerita lagi kenapa dan mengapa dia masuk penjara.” luah Erma yang turut memaklumkan kepulangan anaknya itu adalah hadiah israk mikraj dari tuhan untuknya.
Orangnya cukup jelita dan manis. Walaupun baru pertama kali bersua wajah namun Datin Mas Anizan Mohamed Shahid atau lebih mesra dipanggil Kak Mas Anizan, melayan penulis dengan cukup baik.
Mengimbas kembali kisah sewaktu ditemubual sebelum ini, wanita yang lemah lembut dan merendah diri ini mudah didekati.
Malah personalitinya sebagai seorang isteri dan ibu yang penyayang begitu menyerlah.
Datin Mas Anizan Kongsi Tip Didik Anak-Anak
Memandangkan anak-anaknya ada yang sudah bekerja dan cuma yang bongsu sudah mula bersekolah oleh itu Mas Anizan mempunyai masa untuk berlakon.
Pada masa yang sama juga penulis turut bertanya kepada empunya diri tentang tip dirinya mendidik dan membesarkan anak-anak.
“Kak Mas pun masih belajar bab ilmu parenting ni. Masih membaiki itu dan ini. Tapi antara yang kak Mas praktikkan layan anak-anak macam kawan baik. Mereka boleh bercerita apa saja. Tapi dalam masa yang sama kalau buat salah tetap kena marah.
Anak-Anak Jenis Yang Mendengar Kata
“Setakat ini, alhamdulillah tak ada apa-apa yang membebankan kak Mas. Anak-anak semua jenis yang mendengar kata dan memahami kak Mas.
“Akak lebih mendengar, memahami dan memberi panduan kepada anak yang makin menginjak dewasa.
“Anak sulung kak mas, Aliza nampak macam berminat dengan bidang seni. Akak tak halang yang penting mereka pandai menbawa diri dan menjaga maruah keluarga,” jawab Mas Anizan yang turut menerangkan dia sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur dan sentiasa tersenyum.
Berlakon Dengan Izin Suami
Ibu kepada Mas Aliza, Muhamad Masli Danail dan Ariana Marrisa ini kini aktif kembali berlakon.
“Dengan izin suami dan atas permintaan pihak penerbit, kak Mas bersetuju untuk kembali sebagai pelakon. Tak nafikan, kak Mas juga berasa rindu setelah lama menyepi dari dunia lakonan.
“Selain itu kehadiran kak Mas juga bagi memenuhi permintaan peminat yang selalu bertanya bila kak Mas nak buat come back,” kata pelakon yang pernah membintangi filem Antara Gadis yang melonjakkan namanya ketika itu.
7 Jam Menahan Sakit, Usia 38 Tahun Datin Sri Shahida Selamat Bersalin Anak Keenam. Alhamdulillah, Ramadan ke-12 lebih bermakna pada tahun ini apabila Datin Sri Shahida Mohd Rashid baru sahaja mengumumkan telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang juga anak keenamnya.
Kelahiran Rumit Anak Keenam
Munurut Datin Shahida lagi, kelahiran anak keenam ini agak rumit berbanding kelahiran anak-anaknya yang terdahulu. Bayi dilahirkan dengan keadaan bahagian tangan keluar dahulu. Namun alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan selamat bersalin secara normal.
Syukur Alhamdulillah tepat jam 2.40 petang hari isnin 3 April 2023 (sama birthday dengan abah @aliffsyukriterlajaklaris lahir lah seorang Putera setelah bertarung menahan kesakitan selama 7 jam.
Tak sangka serumit ini untuk cahaya mata ke 6. Boleh pula tangan dia keluar dulu..jenuh Dr nak masukkan tangan dua…tetap dia nak minta duit raya juga……jadi hujung-hujung memang sambut tangan baby la dulu kita..apapun semuanya selamat, ujarnya.
Ucapan Terima Kasih
Isteri kepada usahawan selebriti Dato’ Sri Alif Syukri,36 ini turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan yang membantu dalam proses kelahiran anaknya serta yang sama turut mendoakan urusannya dipermudahkan.
Terima kasih pada semua yang tak putus putus mendoakan agar urusan saya dipermudahkan. Terima kasih Dr yang paling baik,paling cantik Datin Dr @suesalleh1970 dan semua nurse-nurse di @gleneagleskl yang banyak sangat bantu saya mudahkan proses kelahiran anak ni.
Terdahulu pasangan ini berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan,15 Qadejah El Zahra,13 Ibraheem Adham,11 Yusoff Al Qardawi,5 dan Raudah Arshiyah,4 .
Mingguan Wanita:Alhamdulillah, tahniah diucapkan buat usahawan selebriti ini. Seronok usia muda ada anak ramai. Selamat berpantang buat Datin Sri Shahida dan semoga bayi membesar dengan sihat.
Pelakon yang masih tampan lagi setia, Edika Yusof, 52 tidak sesekali meninggalkan isteri apatah lagi mengabaikannya. Biarpun rumah tangganya diuji selepas dua tahun hidup berdua dengan isterinya, Nor Hidayah Yusri, 42.
Hidayah disahkan menghidap meningitis sehingga menyebabkan dirinya lumpuh separuh badan. Selepas tempoh itu, suami ini setia menjaga isteri yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak ke sana-ke mari.
Diasak persoalan berkahwin lain, tidak sesekali ada dalam agenda hidupnya sepanjang menjaga isteri yang sakit. Setianya hanya untuk isteri tercinta. Dan selama tempoh itulah isterinya tidak lagi mampu berdiri.
Isteri Edika Berdiri Dengan Bantuan ’Tilt Table’
Terkini di instagram miliknya, Edika berkongsi berita gembira sewaktu isteri menjalani rawatan fisioterapi berkaitan keadaan dirinya. Dalam video instagram yang dikongsikan itu, isterinya dapat berdiri dengan sokongan daripada alat khas yang dipanggil ’tilt table’.
Dengan menggunakan ‘tilt table’, Hidayah dapat berdiri untuk 30 minit. Tentunya ini perkembangan yang baik untuk Edika malah isterinya.
Dalam pada itu, Edika memohon daripada para followernya agar mendoakan perkembagan baik untuk pemulihan isterinya.
Catat Edika,
“Rehab Day. 14 tahun tak berdiri, berdiri guna tilt table.
Dapat merasa 30 minit berdiri. Alhamdulillah.
Kita tak pernah putus semangat.
“Berserah tapi jangan menyerah.”
Katanya lagi, “bawa wife pergi treatment.. mudah-mudahan doakan. Dah lama tak berdiri sekarang baru berdiri.. insyaAllah.”
Edika Yusof Setia, Bagaikan Doktor Di Hati Isteri
Kata Hidayah menerusi Harian Metro, “Suami sudah seperti doktor saya. Dia akan memastikan saya mengambil semua ubat mengikut masa ditetapkan dan sentiasa menyediakan apa yang patut sebelum dia keluar bekerja.”
“Syukur anak-anak pun dah besar sekarang dan jika suami tiada di rumah, merekalah yang akan tengok-tengokkan saya.” Anak-anak inilah yang bergilir menjaga ibunya mengikut kelapangan waktu mereka.
Istimewanya pasangan ini, biar pun rumah tangganya diuji dengan ujian isteri sakit, Edika Yusuf tetap setia. Malah menolah berkahwin lain. Tetap setia menjaga isteri dalam apa juga keadaan. Susah payah bersama isteri tanpa merungut.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga paa 2003 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Nazirul Afiq, 20, Fardeen Nasrulhaq, 16, dan Fereena Nurulhaq, 15.
MW : Mendoakan semoga Nor Hidayah dapat berdiri semula dan dipermudahkan urusan ibu dan isteri ini untuk kegembiraan ahli keluarganya yang setia menanti keajaiban dari Ilahi.
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...