Kelahiran anak-anak merupakan satu anugerah bagi mak ayah tak kiralah baik dikurniakan anak lelaki mahupun perempuan. Terimalah dengan hati yang terbuka dan penuh kesyukuran, kerana yang Maha Esa dah aturkan yang terbaik buat kita.Apa yang penting anak yang dilahirkan sihat, normal dan dapat membesar seperti anak-anak lain.

Alhamdulillah berita gembira, kira-kira pukul 1 tengah hari semalam, pelawak terkenal Nabil Ahmad,35 dan isteri Zira Ayub,30 selamat menimang cahaya mata ke-3.

Perkara tersebut itu diumumkan oleh pihak MeleTop di laman Instagram. Difahamkan bayi dan ibu kini berada dalam keadaan stabil, hanya menunggu untuk dibawa pulang ke rumah.

Harap Anak Lelaki

Terdahulu, pelawak tersebut mengambil keputusan untuk tidak mengetahui jantina anaknya ketika di dalam kandungan kerana mahukan elemen kejutan. Nabil juga pernah menyuarakan hasrat untuk memperolehi anak lelaki selepas memiliki dua cahaya mata perempuan, Naira Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3 tahun. Malah secara bergurau mahukan sekurang-kurangnya 8 orang cahaya mata.

Baca disini: Isteri Hamil Lagi, Nabil Ahmad Harap Dapat Anak Lelaki & Mahu Sekurang-Kurangnya 8 Cahaya Mata!

IKLAN

Namun demikian, walaupun dikurniakan anak perempuan lagi, jelas kelihatan rasa kesyukuran dan kegembiraan di wajah pengacara Meletop ini dengan kurniaan cahaya mata baru yang bakal menyerikan lagi kehidupan mereka sekeluarga.Malah lengkap 3 orang anak dara Nabil dan isteri.

Isteri Selamat Bersalin, Nabil Dedah Wajah Comel Anak Baru Lahir

Umum Nama Anak Di Meletop

Difahamkan juga, Nabil akan membuat pengumuman nama anak ketiganya secara eksklusif di set MeleTop untuk episod minggu hadapan.

IKLAN

Isteri Selamat Bersalin, Nabil Dedah Wajah Comel Anak Baru Lahir

Dedah Wajah Comel Anak

Sementara itu, tidak seperti kebanyakan pasangan selebriti, tidak berkongsi gambar bayi baru lahir, Nabil dan isteri terbuka mendedahkan wajah comel, puteri ketiga yang baru dilahirkan di laman Instagram. Ramai yang memuji kecomelan anak ketiga nabil ini dan mengucapkan tahniah buat pasangan ini atas kelahiran anak mereka.

IKLAN

Isteri Selamat Bersalin, Nabil Dedah Wajah Comel Anak Baru Lahir

Isteri Selamat Bersalin, Nabil Dedah Wajah Comel Anak Baru Lahir

Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Nabil sekeluarga, semoga kelahiran bayi comel ini rezeki bertambah berlipat kali ganda, membesar dengan baik serta menjadi anak yang solehah menyenangkan hati kedua mak ayah.Walaupun tak dapat anak lelaki, yang penting baby sihat!

Sumber: Meletop

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI