Mahunya tak teruja bila dengar penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14 kg dalam tempoh 17 hari selepas melahirkan anak. Masa itulah, kita rasa tercabar dan ingin tahu diet yang macam mana artis kesayangan ini lakukan. Mana tahu boleh dijadikan rujukan untuk peminat-peminatnya.
Siapa yang tidak mahu bila berat badan turun dan kembali langsing. Bertahun-tahun orang lain lakukan tapi yang turun hanya satu atau dua kilogram. Mahu geram dan sakit hati.
Diet Sesuai
Sebenarnya, bukan itu yang ingin saya perkatakan. Diet memang penting bagi ibu-ibu yang ingin mendapatkan kembali berat badan dan bentuk asal. Tetapi, satu perkara yang perlu diingat, jangan terlalu taksub untuk berdiet sehingga lupa pada si comel yang perlukan khasiat dari ibunya. Susu badan.
Selain makan minum yang berkhasiat perlu diambil, ibu juga perlu fikirkan tentang cara berpantang. Bukan setakat makan minum tetapi kesihatan dalaman hendaklah dititikberatkan.
Saya bukanlah seorang yang tertekan dengan berat badan terutamanya selepas melahirkan anak pertama, kedua dan ketiga. Biasanya, berat badan akan kembali normal sebaik sahaja habis pantang. Alhamdulillah. Cuma bila usia bertambah, berat badan agak susah sedikit nak turun.
Ads
Jaga Badan Dalam Pantang
Satu lagi yang perlu ambil kira adalah cara kita berpantang. Kebanyakan mak muda sekarang tidak begitu menitik beratkan pantang dan berpantang betul-betul. Memanglah masih muda dan anak baru masuk seorang. Tapi, ingat, kita tidak tahu apa akan berlaku bila usia anda memasuki 40an.
Ads
Bak kata orang tua-tua, bila dah masuk 40 an, mulalah badan rasa lain macam, angin, sakit badan dan macam-macam lagi. Habiskan pantang 44 hari dulu.
Pernah, ketika saya bersama keluarga membeli belah di sebuah pasar raya, saya melihat seorang suami sedang menolak isterinya yang duduk di kerusi roda sambil memangku bayinya masuk ke dalam pasar raya tersebut. Malahan, sambil berjalan-jalan, mata saya turut melihat sekeliling, Ada juga yang menyorong bayi yang masih kecil berjalan-jalan di dalam pasar raya itu.
Ads
Ooooo..mungkin mereka baru balik dari memeriksa bayi dan ingin membeli barang yang terlupa dibeli… Saya cuba berfikiran baik-baik dan tak mahu salah anggap. Tapi bagaimana dengan orang lain, mungkin dalam hati, kesiankan bayi yang tak tahu apa-apa dibawa ke hulu ke hilir, baik duduk di rumah sahaja.
Kadang-kadang, saya tidak faham, apa yang mereka buat. Mungkin dia berpantang suami isteri tanpa ditemani oleh orang tua atau mungkin juga orang tuanya tiada dan perlu berpantang sendiri.
Walau apa pun, cubalah habiskan pantang itu dahulu. Jangan ikut nafsu, kononnya bosan duduk di rumah dan ingin menikmati udara luar. Nak tak nak cubalah bertahan untuk tempoh 44 hari. Saya percaya mak-mak yang betul-betul berpantang, wajahnya akan berseri-seri sebaik sahaja masuk kerja selepas bercuti bersalin dua bulan (jika ibu bekerja).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sawi antara sayur berdaun hijau yang kita sering gunakan dalam masakan. Baik untuk digoreng, dibuat sup dan dicampurkan dan mee. Seronok sungguh jika dapat tanam pokok sawi yang subur, berdaun lebar dan besar-besar di rumah. Jimat kos dan paling penting bebas racun dan di tanam secara semula jadi. Selain menggunakan biji benih yang kita beli di pasaran, sawi juga boleh ditanam dengan hanya menggunakan pangkal keratan batangnya.
Ini cara yang dikongsikan oleh WeekendBaker sebagai panduan;
Alhamdulillah.Sawi yang saya tanam dari lebihan masakan, ni saya dah tuai daunnya untuk masak dan saya tinggalkan beberapa daun di pokok.
Cara saya, saya tinggalkan dalam 3 inci batang lebihan masakan kemudian rendam dalam air selama 4,5 hari sampai nampak pucuk baru.Tapi saya tukar air hari-hari untuk elak air jadi busuk.
Bila dah tumbuh daun baru saya tanam macam biasa. Tapi memang takkan nampak akar ok.Gambar last adalah rendaman yang baru saya buat hari ni. Air tak perlu banyak.
MW: Mak-mak yang suka berkebun dan bercucuk tanam di rumah tu, boleh cuba tanam sawi sendiri di rumah ikut kaedah ini. Mudah sahaja, daripada batang sawi di buang begitu sahaja, boleh juga cuba semai semula.
Selalunya kalau masak nasi guna beras biasa mesti tak cantik berderai. Ada masanya terlebih lembik atau keras sebab sukatan air tak berapa nak betul. Tapi, kalau beras basmathi, elok je kejadiannya.
Jangan risau, mak-mak boleh saja nak pastikan nasi cantik berderai dan sihat dengan guna beras biasa. Rasanya lagi cepat masak kalau ikut perkongsian Kuih Noni Talam ini.
Sekarang ini ramai mak-mak beralih hobi daripada menghias rumah menggunakan bunga atau pokok artificial kepada pokok hidup. Bukan sahaja cantik, pokok-pokok hijau ini dalam diam memberi terapi buat kita yang banyak habiskan masa di rumah.
Sebenarnya penjagaan indoor plant atau pokok dalam rumah tidaklah susah. Namun setiap pokok lain penjagaannya, tak sama. Pokok dalam rumah juga tidak perlu disiram kerap seperti pokok di luar.
Sebenarnya menurut @plnt.co, sebenarnya biarlah pokok kurang air daripada terlebih air. Jika terlebih air akan buatkan akar pokok mati. Jangan disalahkan tangan yang panas pula.
TIP ASAS PENJAGAAN INDOOR PLANT
Mungkin sudah ramai tahu kelebihan pokok dalam rumah, kemudian ramai pula yang baru berjinak-jinak berkecimpung dalam bidang tanaman hidup ini kan.
Jadi hari ni kakak share tip asas penjagaan pokok dalam rumah ok. Indoor plant ini sebenarnya taklah rumit mana hendak jaga. Cuma setiap pokok itu dia ada cara dia tersendiri.
Basic rules pokok hidup dalam rumah:
1. Pastikan tanah lembab
2. Siram 3 hingga 4 hari sekali bergantung kepada kelembapan tanah tadi.
3. Jangan selalu siram pokok. Biar kurang air dari lebih air. Jika kurang air, pokok layu tapi once kita siram, akan segar semula. Jika terlebih air, akan merosakkan akar pokok. So pokok boleh mati.
4. Pokok hidup memang semulajadi perlu matahari. Seeloknya letak pokok ditepi tingkap.
5. Jika rumah tak masuk matahari, dedahkan pokok 1 hingga 2 minggu sekali pada matahari.
6. Kalau jenis pokok yang memang indoor, jangan letak di kawasan direct sunlight.
7. Perlu bajakan pokok dalam 1 hingga 2 minggu sekali. Pokok juga perlu makan. 8. Untuk pasu yang tidak berlubang di bawah, saya letakkan pasu basic yang plastik dalamnya. Kira pasu luar tu sebagai hiasan.
9. Jangan biarkan air bertakung dalam alas pasu.
10. Setiap pokok tak sama cara penjagaannya. Ada tak boleh lebih air, ada yang memang boleh hidup dalam air.
Jangan Salahkan Tangan “Panas”
Pokoknya, kalau tak tahu nak jaga, tanyalah tukang jual.
Nanti ada masa kakak share pulak cara jaga setiap pokok.
Orang kata tangan panas tak boleh tanam pokok. Sebenarnya bukan salah tangan yang panas. Tapi mungkin sebab tangan rajin sangat siram pokok.
Tips ini mungkin berbeza dari orang lain. Ini hanya dari bacaan dan pengalaman kakak tanam pokok hidup. Banyak dah pokok kakak binasa sebelum ni sebenarnya
Selamat mencuba
MW: Nama pun pokok dalam rumah, jangan gatal-gatal tangan pagi petang, siang malam nak menyiram pokok. Siram biarlah berpada-pada. Lebih bagus klik
Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan...