Keadaan Covid-19 yang semakin teruk membuatkan semua orang terkesan apabila pergerakan terbatas. Bersyukurlah bagi mak,ayah yang masih bekerja seperti biasa dan terima gaji bulan-bulan.
Namun kasihanlah kepada golongan yang terjejas yang selama ini bergantung dengan gaji harian. Ternyata bukan mudah melalui saat ini. Ada beberapa NGO dan badan berwajib menghulurkan bantuan kepada golongan sebegini.
Sebenarnya kalau orang yang betul susah, dapat sekecil bantuan pun sudah bersyukur sangat. Maklumlah keadaan memang betul-betul susah, ini bezanya.
Orang yang betul-betul susah, dapat sekecil-kecil nilai atau bantuan atau pemberian pun dia sudah bersyukur sangat-sangat dah…
Ada orang datang bagi beras, alhamdulillah… Kemudian orang datang bagi ikan, ayam, alhamdulillah… Orang datang bagi lauk lebihan kenduri, alhamdulillah…
Orang datang bagi makanan lebihan berniaga, alhamdulillah… Kemudian orang datang hulur RM 50, alhamdulillah… Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi RM 300 setiap bulan, alhamdulillah…
Ads
Pihak Zakat bagi RM 300 setiap bulan, alhamdulillah…
Dia tak cakap dekat orang yang bagi bantuan itu, “Takkan beras saja kot… Bagilah sekali dengan rice cooker, water heater, frying pan, dapur…”
Dia tak akan cakap dekat organisasi yang bagi bantuan itu, “Mana cukup RM 300 sebulan… Nak makan apa dengan RM 300 ni… Up lah lagi… RM 500 ke, RM 1000 ke…”
Orang bagi, dia ambil… Bila orang bagi, dia terima dengan berlapang dada dan terbuka sebab ada juga orang nak bagi bantuan dekat dia, prihatin atas nasib dia dan nampak perit getir kehidupan dia…
Ads
Cukup Tak Cukup Belakang Kira
Bukannya dia kena pergi minta sedekah merata untuk orang tolong dia… Cukup tak cukup, itu belakang kira… Itu sudah jadi kerja dia, tugas dia, tanggungjawab dia untuk mencukupkan apa yang tak cukup…
Bukan kerja orang yang bagi bantuan… Orang yang bagi bantuan tak akan mampu mencukupkan nafsu kita, kemahuan kita, kehendak kita…
Ini bezanya orang susah yang betul-betul susah dengan orang susah yang tak boleh hidup susah atau baru nak rasa susah…
Jadinya, “kesusahan” kita itu di level mana?
MW: Orang yang betul-betul susah tidak akan memandang apa bantuan yang diberi, sebaliknya menerima segalanya dengan tangan terbuka. Rasa bersyukur tidak terhingga bila ada orang masih ambil berat dan ambil peduli tentang kesusahan mereka. Betul tak?
Bukan mudah bergelar anggota bomba, apabila berdepan dengan risiko nyawa menjadi taruhan ketika melaksanakan tugas. Terkini dilaporkan Pegawai Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat yang cedera parah dalam operasi memadam kebakaran kilang Sabtu lalu meninggal dunia pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail, berkata Pegawai Bomba (PB) Mohd Firdaus Sulaiman, 32, meninggal dunia pada jam 4.15 pagi di Hospital Segamat.
“Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sikamat, Negeri Sembilan,” katanya hari ini.
Letupan Dalam Operasi Memadam Kebakaran Kilang
Dalam kejadian jam 10 pagi Sabtu lalu, seorang pegawai bomba dan seorang anggota pasukan tindakan kecemasan (ERT) kilang cedera parah, manakala seorang lagi pegawai bomba melecur akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu.
Anggota ERT kilang yang parah dikenali sebagai Mohamad Azuraini Mahrani, 40, manakala pegawai bomba yang melecur adalah Pegawai Bomba Kanan II Khas Untuk Penyandang (KUP) Syed Putra Syed Mohd Al Atas, 52.
Allahyarham Mohd Firdaus Sulaiman yang meninggal dunia selepas cedera parah dalam letupan ketika operasi memadam kebakaran di kilang.
Tercampak 10 Meter
Kesan letupan menyebabkan Mohd Firdaus dan Mohamad Azuraini yang berada di tingkat tiga tercampak kira-kira 10 meter ke tingkat bawah manakala Syed Putra yang berada di tingkat bawah melecur di belakang kepala selepas terkena bahang letupan.
Akibat kejadian itu Mohd Firdaus dan Mohamad Azuraini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Segamat, manakala Syed Putra menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat keluarga Pegawai Bomba atas tragedi ini sehingga kehilangan nyawa. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Alfatihah.
Wanita ini, Sarinah Binti Nayan berkongsi kisah rakan yang menang emas lelong mahu membeli emas baru. Disertakan panduan pengiraan apabila meletak emas di ar-rahnu. Kenapa ianya, lebih berbaloi berbanding meletak atau trade in emas di kedai emas.
Tentunya sistem ar-rahnu ini patuh syariah. Yang mana, pajak gadai atau pinjaman bercagar cara Islam ini tidak mengandungi unsur riba di dalam urusan perniagaannya. Bermakna, urusan kita itu lebih berkat lagi.
Selebihnya boleh ikuti kisah yang dikongsikan Puan Sarinah di bawah ya.
Minggu lepas ada sorang kawan menang bid lelongan ar-rahnu.. dia dapat 5 barang (seperti dalam gambar). Total harga barang tu RM2,420 dan total berat semua barang tersebut adalah 14.35 gram.. semua emas 916.
Setelah dapat semua barang-barang tu kawan minta pergi teman gi kedai emas. Konon nak tanya berapa harga kalau kedai ambil.. ada 2 jenis harga yang kedai emas offer.. sebab dia ada berkenan dengan gelang trendy sekarang ni.. konon nak gi beli la.
Pertama, dia offer harga trade in iaitu 75% dari keseluruhan nilai emas. Trade in maksudnya tukar ke emas baru.
Kedua, tauke tu offer kalau dapat cash.. akan dapat lebih rendah daripada harga trade in.
Buat Pinjaman Di Ar-Rahnu Untuk Beli Emas Baru
Bincang punya bincang, saya ajak kawan tu buat ar-rahnu. Kat bawah ni simple calculation untuk dikongsi bersama kenapa saya ajak dia untuk buat ar-rahnu.
Mutu emas : 916
Berat keseluruhan barang kemas : 14.35 gram
Harga beli semasa lelong :RM2,420
Harga semasa emas d kedai emas : RM267/gram (Limbang)
Harga semasa emas : 14.35g x RM267 = RM3,831.45
Harga trade in yang tauke emas offer : RM2,873.90 (75%)
Harga kalau ambil cash : RM2,540 (yang ni tak tau macam mana tauke kira)
Jika buat ar rahnu : 14.35g x RM258.73 = RM3,712.77 (harga emas hari ini @ 06.07.20)
Upah simpan untuk 6 bulan = RM144.80 (RM24.13 je sebulan)
MW : Secara ringkasnya, ini perkongsian untuk tambah emas baru, tanpa perlu melepaskan emas yang sedia ada di tangan.
Boleh lah bayar upah simpan itu perlahan-lahan. Hati pun senang, sebab emas menang bidaan lelongan itu masih lagi jadi milik tuannya. Impian beli emas trendy pun dapat dinikmati juga.
Dan ini juga salah satu cara untuk menambah gram emas dalam tangan, tanpa perlu trade in emas.
Rita tegur individu guna agama tutup kesalahan diri. Pelakon wanita bersuara lantang Rita Rudaini menasihati tidak seharusnya guna agama untuk mempertahankan diri.
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Stories Rita menegur segelintir individu yang ‘menunggang’ atau menggunakan agama bagi menutup kesalahan diri sendiri.
Perbuatan individu yang menggunakan kaedah tersebut sebenarnya hanya sia-sia dek kerana dengan menunggunakan agama hanya dapat memberikan kesenangan pada hati sendiri.
Rita Tegur Individu Guna Agama Tutup Kesalahan Diri
Individu yang terang-terangan membuat kesalahaan tidak payahlah mahu menutup kesalahan dengan secara tiba-tiba membuat doa selamat dan sebagainya.
“Kadang-kadang nak tutup malu dan nak ‘cover’ salah, mulalah nak jelaskan panjang-panjang. Contoh, yang tiba-tiba teringat nak buat doa selamat, tiba-tiba teringat nak berbakti pada anak yatim.
“Mungkin boleh nampak baik, suci dan murni. Mungkin? Mulalah ‘menunggang’ apa saja yang boleh ditunggang.
“Hati meronta-ronta nak buat siaran langsung nak posting kata-kata suci dan macam-macam. Benda itu semua nak sedapkan dan puaskan hati sendiri,” tulis Rita menerusi Instagram Storiesnya.
Janganlah Timbulkan Isu Lain & Lebih Baik Berdiam Diri
Pada masa yang sama ibu kepada dua cahaya mata itu juga memberi nasihat agar mereka yang melakukan kesalahan lebih baik berdiam diri.
“Dik, memang susah kita nak puaskan hati orang dan tak perlu pun.
“Jadi, lebih baik diam supaya tak ada timbul isu baru yang boleh buat orang marah, ‘annoying’, salah faham atau apa-apa sajalah,” sambungnya.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.