Elok Bersembang, Tiba-tiba Wajah Isteri Bertukar Pucat, Air Mata Bercucuran

Selebriti media sosial, Alif Teega yang banyak menyampaikan mesej dakwah baru saja menerima kehadiran puteri sulung pada 14 Januari lalu. Mengimbas momen isterinya, Aisyah Hijanah saat melahirkan buatkan suami sebak. Wajah isteri yang menahan sakit bukti pengorbanan isteri tak perlu diperlekehkan.

Betapa untuk melahirkan seorang cahaya mata dalam keluarga, memerlukan pengorbanan yang besar dari seorang isteri. Begitu jugalah dengan ibu yang melahirkan. Dalam menghargai isteri, anak lelaki jangan pernah mengabaikan ibu sendiri. Hadamkan mesej beliau ini.

Elok Bersembang, Tiba-tiba Wajah Isteri Bertukar Pucat, Air Mata Bercucuran

Tiba-tiba Wajah Isteri Berubah Pucat

“Kami bersembang, siap buat lawak. Gelak tak henti. Bercerita kenangan-kenangan bersama, tiba-tiba wajahnya berubah pucat. Lama kelamaan air mata bercucuran keluar. Saya yang tengok pun tak tahan. Saya tahu dia tengah tahan sakit. Tapi sepatah pun tak kata. Pura-pura senyum. MasyaAllah hebat!

Sebab itu, video ini bukan semata-mata untuk menghargai isteri. Tetapi lebih-lebih lagi mak kita. Jangan ambil mudah tentang dua insan ini. Ramai yang dah bernikah lupa tentang isteri paling teruk abaikan mak. Seronok lepak dengan kawan. Dengan perniagaan, untung juta-juta. Padahal isteri banyak berkorban untuk suami. Korbankan masa rehatnya mengandung 9 bulan. Dan bertarung nyawa semasa bersalin. Itu pengorbanan paling besar.”

IKLAN

Apahal muhasabah!

Suami jangan ingat lepas bersalin, bagi mak atau mentua jaga.

Elok Bersembang, Tiba-tiba Wajah Isteri Bertukar Pucat, Air Mata Bercucuran

IKLAN

Walau Ada Confinement Lady, Suami Jagalah Isteri Dalam Pantang

Pesannya lagi, biarpun ada Confinement Lady yang akan mengambil tahu hal isteri berpantang. Suami janganlah lepas tangan. Ambil tahu juga tanggungjawab yang perlu dilakukan.

Isteri ni banyak berkorban untuk suami. Jaga makan minum suami, berkhidmat untuk suami, saat suami hadapi masalah kewangan, dia hulurkan duit simpanan dia sendiri. Belum campur lagi mengandung 9 bulan dan menahan peritnya bersalin. Seolah-olah nyawa keluar separuh badan.

Jadi apa lah sangat suami jaga Isteri semasa berpantang. Sediakan makanan, mandikan, urut. Walau sekalipun dah ada confinement lady. Cari ruang untuk berkhidmat untuk isteri. Luangkan masa bersama. Siapa tahu esok kita atau dia sudah tiada di dunia.”

IKLAN

MW : Alangkah beruntung isteri apabila suami ambil peranan menjaga isteri berpantang. Di situlah emosi isteri akan jadi lebih tenang.

Sumber/Foto : Aliff Teega

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI