Pajeri orang sekarang tak macam masakan pajeri orang dulu-dulu. Apa yang dikongsikan Syed Mohd Nazlidalam grup Masak Apa Hari Ni (MAHN) ni memang ada betulnya.
Susah dah nak jumpa, kalau ada pun rasa santannya kuat. Hilang rasa asli pajeri itu. Sebab itulah, mak-mak muda terutamanya kena belajar ilmu masakan ini.
Ini cara betul masakan pajeri baik terung atau nenas, 10 rahsia yang dinyatakan ini kena ada. Point yang beliau kongsikan inilah yang akan membetulkan salah faham terhadap pajeri nenas.
10 Cara Betul Masak Pajeri
1. Pajeri bukan sejenis masakan berkuah cair.
2. Ianya berkuah pekat.
3. Rempah yang digunakan ialah rempah kari daging.
Ads
4. Bahan wajib ialah kerisik yang digaul bersama rempah sebelum ditumis.
5. Bahan tumisan selain bawang putih / merah ialah hirisan halia dan ’empat sekawan’. Jangan dok rajin tambah serai segala bagai.
6. Proses mati rempah dan pecah minyak adalah sama macam tumisan kari ikan.
Ads
7. Cukup sedikit pati santan.
8. Masakan ini jenis masakan manis dan perlukan gula yang sedikit banyak.
9. Nenas hendaklah dicelur air panas terlebih dulu.
Ads
10. Rasanya mesti ada rasa rempah, rasa gula, rasa garam dan sikit sangat rasa lemak. Diulangi SIKIT SANGAT RASA LEMAK!
Masakan Pajeri Kena Rupa Macam Ini
Mak-mak, masaklah pajeri tu sampai jadi macam dalam gambar ini. Ini pajeri dari Mak saya yang saya akan gaul nasi di dalam periuk bekas-bekas tinggalan yang ada.
Bagi anak-anak felda,mesti pernah makan kuih yang penuh nostalgia ini.Rasa Bingka Sawit yang lemak manis, baunya yang sedap apatah lagi dinikmati ketika panas-panas, memang cukup membuka selera. Bahagian yang ‘paling mahal’ semestinya, kerak-kerak yang garing disekeliling bingka sawit ini. Mak-mak yang pernah menikmati kuih ini dulu, jom cuba buat sendiri,bagi mengimbau kembali memori manis dengan kuih ini.
1cawan pati sawit (20 ulas/ 500 gram buah sawit)
1 cawan gula
2 1/2 cawan santan
2cawan tepung gandum
3 biji telur
1 sudu teh garam
1/2 sdu teh esen vanilla
Sedikit bijan
1.Basuh bersih buah kelapa sawit dan buang bahagian pangkal serta hujungnya.
2.Kemudian rebus buah sawit tersebut sehingga empuk lebih kurang dalam 1 jam.
3.Setelah empuk, buang air rebusan kemudian campurkan dengan 1 cawan air suam untuk mudah diramas dan diperah.
4.Kemudian, tapis untuk mendapatkan 1 cawan pati sawit.
5.Campurkan semua bahan-bahan,gula,tepung gandum,telur,esen vanilla dan garam kecuali bijan.
6.Kacau rata dan sebati, kemudian tapiskan adunan.
7.Sapukan sedikit minyak pada loyang atau acuan bingka, kemudian masukkan adunan tadi dan taburkan dengan bijan diatasnya.
8.Bakar pada suhu 200 selama 1 jam guna api bawah.Kemudian tambah 10 minit untuk api atas. Namun bergantung pada oven masing-masing.
Macam-macam cara nak bercuti ke Langkawi. Ada yang naik kapal terbang, kereta dan bas. Wanita ini berkongsi pengalaman ke Langkawi naik tren ETS Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dengan anak kecilnya. Bagi anda yang nak merasa perjalanan advanture begini boleh bawa anak-anak naik tren ETS (Perkhidmatan Tren Elektrik) sementara cuti sekolah masih berbaki.
Kata Hidayah Ismail dalam status facebooknya, “Mama Harraz Adriey share serbs sedikit pergi Langkawi naik ETS. Untuk yang ada anak-anak tu kena try bawa naik ETS. Seronok sangat-sangat.
“Insya Allah next year daddy bawa semua pergi lagi. Nak pergi semua tempat pula lepas ini.”
Bila dah sampai Langkawi, jangan lupa melawat tempat-tempat menarik terutama keliling pulaunya yang cantik itu. Wanita ini juga kongsikan destinasi yang mereka pergi dan cenderahati yang sempat di bawa pulang.
Beli tiket ETS dari KL Sentral ke Arau (RM73 Dewasa) * Ini harga tiket sehala
Beli tiket sebulan awal (Lagi awal lagi bagus)
Jangan lupa beli tiket pergi dan balik. * Wanita ini beli tiket di kaunter ETS. Anda juga boleh layari KTM Online untuk info lanjut berkenaan jadual perjalanan dan senarai tambang tren ETS.
Ada 3 jenis tempat duduk.
Kalau nak selesa masa membeli tiket, minta seat menghadap arah pergi.
Ada seat yang menghadap berdepan. Dekat bawah kerusi pula ada plag.
Harraz Adriey seronok sangat.
Ambil teksi pergi ke jeti Kuala Perlis dalam 30 minit (RM26 1 teksi) dekat situ ade tempat teksi.
Naik feri dari jeti Kuala Perlis turun ke Langkawi dalam 1 jam 15 minit (RM18 dewasa)
Korang boleh sewa kereta dekat sini. Macam-macam kereta ada
Harraz dengan Mama nak pergi pulau
Sampai di Beras Basah Island
Cantik sangat-sangat air dekat sini.
Korang boleh mandi (kalau bawa anak-anak, bawa baju untuk tukar)
Dekat sini korang boleh tengok helang banyak makan kulit ayam.
Harraz mandi.
Tasik Dayang Bunting. Sampai juga akhirnya. Mendaki bawa Harraz Adriey
Beli cenderahati untuk kenangan Mama & Harraz (lupa nak beritahu gambar ni RM10 je tau)
Siapa yang rasa malam-malam tu tak nak pergi tempat shopping. Pergi la sini bawa anak-anak. Macam-macam ada kat sini.
Dekat sini ada kedai-kedai jual cenderahati & pakaian. Kat sini kira murah-murah juga. Tak sempat pergi Beras Terbakar. Orang kata kat situ murah-murah juga cenderahati & pakaian.
Dia dah tak sabar nak turun.
Dari segi harga coklat & pinggan mangkuk korang kena tengok dekat Coco Valley @ Haji Ismail Group * Ada juga netizen yang kongsikan di Idaman Suri pun boleh dapat harga murah.
Tempat wajib singgah beli minyak gamat. Macam-macam jenis minyak korang boleh beli kat sini.
Tak beli banyak pun. Ni je dapat beli.
Banyak tempat penginapan murah kalau korang booking dari awal. Boleh try kat sini Travelog.comuntuk harga yang murah.
Musim cuti sekolah ini, dekat seharianlah anak-anak berkumpul di rumah. Bila dah ramai-ramai, teringin pula nak makan pizza. Nak buatnya lambat dan ambil masa. Lebih mudah order online.
Sebenarnya ada cara mudah dan pantas nak buat pizza tanpa yis. Perkongsian daripada Puan Ummul Omar ini akan mudahkan kerja mak-mak di dapur.
Cuma 25 minit saja dah boleh dapat 1 pizza saiz Large. Kalau beli online tu mahu satu saiz large dekat RM25. Cuba kalikan pembelian dengan 2, tak ke RM50 melayang untuk pizza saja.
“Sekarang kan musim cuti sekolah. Anak-anak minta nak makan pizza mama buat tapi aduhai. Malas betul nak buat sebab lambat siap. Order lagi senang kan?”
“Nah resepi MUDAH dan PANTAS buat pizza tanpa yis. 25 minit je dah siap dari gaul doh sampai bakar. Jimat masa. Jimat duit. Boleh buat aktiviti dengan anak-anak musim cuti sekolah ni.”
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan kecil yogurt asli (100ml) Tomato puri
Topping ikut suka (dalam ni ada nenas, olive, cili benggala, cendawan) Mozarella cheese (tiada dalam gambar, Masa nak masak nanti letaklah ya)
1. Sebelum mula, panaskan oven pada suhu 230•c.
2. Gelekkan doh atas tray. Jangan tebal sangat.
3. Ratakan puri tomato atas doh. Taburkan topping. Last sekali yang paling best. Letak mozarella cheese banyak-banyak.
4. Bakar pada oven suhu 230 •C selama 10 minit sampai masak. Pastikan oven dah panas sebelum masukkan pizza.
Nota : Resepi ini membolehkan mak-mak dapat 1 pizza saiz large.