
Isi Kandungan
ToggleMusim cuti sekolah ini, dekat seharianlah anak-anak berkumpul di rumah. Bila dah ramai-ramai, teringin pula nak makan pizza. Nak buatnya lambat dan ambil masa. Lebih mudah order online.
Sebenarnya ada cara mudah dan pantas nak buat pizza tanpa yis. Perkongsian daripada Puan Ummul Omar ini akan mudahkan kerja mak-mak di dapur.
Cuma 25 minit saja dah boleh dapat 1 pizza saiz Large. Kalau beli online tu mahu satu saiz large dekat RM25. Cuba kalikan pembelian dengan 2, tak ke RM50 melayang untuk pizza saja.
“Sekarang kan musim cuti sekolah. Anak-anak minta nak makan pizza mama buat tapi aduhai. Malas betul nak buat sebab lambat siap. Order lagi senang kan?”
“Nah resepi MUDAH dan PANTAS buat pizza tanpa yis. 25 minit je dah siap dari gaul doh sampai bakar. Jimat masa. Jimat duit. Boleh buat aktiviti dengan anak-anak musim cuti sekolah ni.”
Bahan-bahan Pizza Tanpa Yis
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan kecil yogurt asli (100ml)
Tomato puri
Topping ikut suka (dalam ni ada nenas, olive, cili benggala, cendawan)
Mozarella cheese (tiada dalam gambar, Masa nak masak nanti letaklah ya)
Uli Tepung Sampai Jadi Doh (Rujuk Video)
Siap Uli Tepung, Ikut Step Ini
1. Sebelum mula, panaskan oven pada suhu 230•c.
2. Gelekkan doh atas tray. Jangan tebal sangat.
3. Ratakan puri tomato atas doh. Taburkan topping. Last sekali yang paling best. Letak mozarella cheese banyak-banyak.
4. Bakar pada oven suhu 230 •C selama 10 minit sampai masak. Pastikan oven dah panas sebelum masukkan pizza.

Nota : Resepi ini membolehkan mak-mak dapat 1 pizza saiz large.

Baca Sini : Kalau Nak Belajar Cara Buat Pizza Tanpa Uli Pula.
Sumber/Foto/Video : Facebook Ummul Omar
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puas Hati Buat Sendiri Air LAI CHI KANG, Hilangkan Dahaga Sejukkan Badan!

Isi Kandungan
ToggleCuaca panas ketika berpuasa, memang nikmat tak terkata apabila dapat minum dan berbuka puasa dengan air penyejuk badan Lai Chi Kang ini. Meskipun bahan-bahan dan ramuan yang digunakan agak banyak namun minuman ini dikatakan mempunyai banyak khasiat tersendiri. Bagus untuk kesihatan dalaman serta boleh meredakan panas dalam badan.
Buat sendiri Air Lai Chi Kang ini di rumah lebih jimat dan berbaloi. Memang puas hati, malah mudah je nak buat.
Ikut resipi dan cara yang dikongsikan oleh Ariff Budiman Zainal Abidin ini sebagai panduan;
Pagi tadi saya ke markit. Hari ni cadang nak buat air Lai Chi Kang. Kebetulan ada kedai yang jual timbang jadi tak la beli dalam kuantiti yang banyak. Nak minum beli dan buat. Saya beli bahan seperti dalam gambar.
Bahan-Bahan:
Barli
Getah Anggur
Kundur
Biji Selasih
Kismis
Gula Batu
Kembang Semangkuk
Longan Kering
Kurma Merah
Gula Kabung/ Gula Merah
Kulat Kering
Sehelai Daun Pandan
Air secukupnya
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, kecuali biji selasih dan kembang semangkuk. Rebuskan sehingga bertukar warna dan jadi lembut.
2. Sementara itu, rendam biji selasih dan kembang semangkuk hingga kembang.
3. Kemudian satukan semua bahan-bahan dan biarkan sejuk. Boleh juga ditambah dengan kiub ais.
Selamat mencuba.

Info Ekstra!
- Bahan-bahan macam ni biasanya boleh di beli di kedai jual ubat-ubat cina.
Mesti Baca:Lai Chi Kang Penyejuk Tekak,Buat Sendiri Puas Hati Boleh Letak Macam-Macam
Baca Lagi Di Sini:Peniaga Sedekah Resipi Air Balang Keladi Aiskrim Vanilla Untuk 40 Liter!
Artikel Menarik:RESIPI Air Balang Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi, ‘Laku Keras’ Habis Setiap Hari!
Mingguan Wanita:Sedapnya minum air Lai Chi Kang waktu berbuka ni. Bukan sahaja dapat hilangkan dahaga, malah ramuannya sangat berkhasiat dapat sejukkan badan. Boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.
Sumber: Ariff Budiman Zainal Abidin
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Guna Sukatan Cawan Dapat 45 Biji

Isi Kandungan
ToggleBagi mak-mak yang suka makan kuih tradisional Melayu, boleh cuba buat kuih puteri ayu yang sedap, lembut dan gebu ni. Bila buat sendiri memang puas hati, sekali buat ikut sukatan resipi ni boleh dapat 45 biji.Kalau nak buat makan-makan, ada kenduri, jamuan sekolah anak, atau untuk minum petang boleh buat kuih ni. Sesuai sangat.
Boleh cuba resipi Ariana Sofia Ahmad ini sebagai rujukan.
“Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu. Kuihnya lembut bak sutera. Hari ni ariana nak share cara ariana buat kuih lembut bak sutera ni”
Bahan-Bahan:
3 cawan gandum
4 biji telur (gred B)
1 1/2 cawan gula halus
1 1/2 cawan santan (1 kotak santan kara + 1/2 cawan air)
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil perisa pandan
2 sudu kecil pewarna hijau
1 biji kelapa (warna putih sahaja)
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung ubi
Cara Membuat:
1.Mula-mula mix telur, ovallete, perisa pandan, gula halus dan pewarna hijau sehingga sebati.
2.Pastikan adunan masih cair.
3.Masukkan pulak baking powder dan tepung yang telah di ayak. Mix sampai sebati.
4.Adunan ni memang likat. Bila mix dah sebati terus matikan mixer.
5.Masukkan pula santan dan mix sebati.
6.Pastikan adunan licin dan tak terlampau pekat.
7.Untuk senang letak dalam acuan, ariana letak dalam pipping bag.
8.Untuk bahagian kelapa, masukkan garam dan tepung ubi. Kacau bagi sebati.
9.Kalau xcukup masin boleh tambah garam.
10.Sapu acuan dengan minyak dulu. Ariana letak kelapa dalam 3/4 sudu besar. Nak letak kurang pun boleh. Jangan membukit pulak.
11.Untuk bagi padat. Ariana tekan dengan acuan lain bahagian atas kelapa. Dan tekan pula dengan jari kat atas kelapa supaya padat.
12.Ni yang dah siap tekan dengan acuan dan jari.
13.Lepas tu kukuslah adunan selama 10 minit. Taknak letak dalam loyang pun takpe. Pastikan letak adunan paras acuan je @ kurang sikit.

14. Kuih dah masak. Naik dengan gebunya. Dah suam sikit bolehlah keluarkan dari acuan.
Sekarang bolehlah dihidang.
Kuih ni paling senang nak buat. Lagi tak sabar nak makan bila bahagian dalam lembut dan gebu.
Info Ekstra!
- Kuantiti 1 kotak santan kara sama dengan 1 cawan air. Jika tak cukup 1 cawan, boleh tambah air. Dapat 45 biji. Acuan tu kena sapu minyak dulu.
Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Bebola Ayam Berkeju 4 Bahan, Senangnya Guna Daging Burger Je!
Kuih Sagu Keras Berbiji Putih, JANGAN Cuci Banyak Kali, Kena KUKUS!
MW: Sedapnya kuih puteri ayu ni. Kena cuba buat sendiri nanti di rumah.
Sumber: Ariana Sofia Ahmad
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Sebab Normala Samsudin Selesa Guna Kain Lampin Buat Lap Peluh

Isi Kandungan
ToggleManis sungguh, Puan Sri Normala Samsudin ini. Walaupun tanpa secalit colekan, wajah berpeluh dek penat buat kerja rumah, bersenam mahupun berkebun. Tetap cantik, awet muda. Cuma lilit kain lampin baby buat selendang pun menawan betul.
Jangan tak tahu, mantan pengacara dan personaliti TV terkenal ini tak reti duduk diam. Ada saja aktiviti yang akan buatnya bergerak, walaupun cuma berada di rumah.
Akuinya, “Apabila berusia 50-an, wanita cepat berpeluh bila buat kerja rumah, bersenam dan berkebuh dan pelbagai lagi. Berpeluh bagus untuk kesihatan.
Tapi kena sedia kain lap peluh dan jangan guna sebarangan kain, ia boleh radangkan kulit. Kulit saya sensitif jadi saya selesa guna kain lampin baby. Ia lembut dan bau amat sedap. Macam bau baby.”
Pesan beliau lagi,
“Janganlah guna yang terpakai. Beli baru untuk kegunaan sendiri. Murah je kain lampin. Dan kain lampin ini, tak ada sapa sudi guna kalau dalam rumah.”
Ujarnya, “tak semua orang suka kain lampin, sebab stigma untuk baby. Sebenarnya apa juga barangan untuk baby teramat baik untuk orang dewasa.
Saya jenis yang tidak suka ‘share’ towel muka atau apatah lagi towel mandi. NO, saya amat peka!. Musim Covid ini lagilah kena jaga jangan sebarang share betul tak. Ada keterbatasan yang perlu di jaga tentang kebersihan.” Kongsinya yang dah bertahun guna kain lampin bayi untuk lap peluh.
View this post on InstagramA post shared by Normala Samsudin (@normalasamsudinofficial) on
Haa.. patutlah walau sudah mencecah 56 tahun malah dah bergelar nenek, isteri kepada bekas menteri, Tan Sri Azmi Khalid ini bagaikan tak dimamah usia.
Serba Boleh Betul Puan Sri Normala Samsudin Ni..
1. Penuh Kecintaan Pada Alam Semulajadi
Kulitnya tetap cantik dan flawles. Malah, wanita kental ini sebenarnya cukup gemarkan aktiviti lasak. Masuk hutan, mendaki dan meneroka hutan Belantara. Jika tak, masakan Gunung Tahan, Pahang, Gunung Kinabalu, Sabah dan Gunung Batur, Indonesia sudah dijejakinya.
2. Anak Jati Kampung Yang Kental
Malah, membesar dalam suasana kampung menjadikannya wanita berjiwa kental. Selamba saja berdepan ternakan kambing di kampung halaman. Serba boleh sungguh!
3. Al-Quran Jadi Kecintaan
Kongsinya, “Umur 7 tahun saya dah belajar mengaji Quran, emak guru kami. Bila mak ajar Quran ada je lakonan malas ku drama macam-macam sampai menangis… nauzubilah.. emak sabar sangat. Dia tuntun sikit-sikit walaupun dia keletihan.
Masa itu pengaruh Nasyid kuat, saya join sebab mak-mak sedara yang ajak. Seronok pulak, mak-mak sedara semua johan Qariah Daerah Segamat malu aihh kalau tak katam Quran. Pederas belajar sampai katam.
Pun dah lambat sebab umur 17 baru katam.Mak-mak sedara pesan kita kena katam Quran sebab nanti bila nak kawin kena buat majlis katam Quran. Nawaitu pun kelaut gak.. kini aku baca Quran dan aku hadamkan maksudnya. InsyaAllah.
Sejarahku, bila mula bekerja kita makin hanyut, baca Quran bila perlu dan bila terdesak. Lama juga hanyut di lautan sepi dan bergelora tidak bertemu pantai dan tebing sering melorot. Aku lalui semua itu, aku akui zaman lara itu, zaman yang kalau boleh tidak mahu aku kenang, tidak mahu di ingat kembali walaupun ada manisnya.
Namun siapalah aku untuk mengedit masa lalu itu. Hanya Allah saja yang boleh edit, delete and reset. Moga Allah ampun dosa ku yang lalu dan akan datang.
Allah Jentik Hati Perlahan-lahan
Sejak 2006, Allah jentik hati ini perlahan-lahan. Bermula dengan pelbagai ujian kecil yang hanya diri sendiri yang faham. Bertatih mengaji, menangis bila teringat bantah emak. Allah mulakan perasaan ini dengan sentuhan Mimpi yang sangat menginsafkan berkali-kali.
Aku perbetul solat, perbetul bacaan dalam solat, dan nekad jangan tinggal solat walau apa terjadi sekali pun. Berjalan lah ke pelosok mana pun. Jauh di sudut hatiku tak cukup dengan itu, aku solat sunat, puasa sunat Isnin Khamis. Kuliah mingguan dan Jemaah di masjid, zakat, fitrah dan segala hutang dan tunai Haji.
Kuliah ustaz-ustazah Youtube pun tak miss. Semua ini untuk memperbetulkan jalan hatiku ini menuju pada Allah. Aku masih bertatih dan masih belajar sebab tak pandai-pandai.
Apa yang nak ku kongsi ini, jadikanlah perjalanan kehidupan Normala Samsudin ini sebagai teladan dan jangan ikut perkara tak baik yang pernah aku lalui. Maafkan aku dan doakanku.”
4. Tetap Jaga Rutin Senaman
Nak cantik kena rajin kan.. bersenam salah satunya. Tengok sini Normala ajar cara buat ‘cooling down’ selepas lakukan senaman. Katanya ’Cool Down’ ini wajib dibuat selepas bersenam. Macam mana perut lapar sekalipun.. kena juga buat.
Ini antara cara ’Cool Down’ selepas senaman
View this post on InstagramA post shared by Normala Samsudin (@normalasamsudinofficial) on

5. Rajin Pula Berkebun, Tanam Menanam
Dari muda Normala gemar menanam pokok bunga, terutama bunga kenanga yang banyak nostalgia dengannya. Katanya walau di mana pun, beliau menetap baik di Perlis, Kuala Lumpur mahupun Segamat pokok bunga Kenanga inilah yang akan ditanamnya.
Tradisi orang dulu, bunga kenanga inilah antara bunga yang dicampur untuk buat bunga rampai. Sekarang ini, minatnya mula mahu menanam sayuran pula. Bermula dengan sawi yang dihadiahkan teman.
6. Menjahit Pun Hebat, Siap Buat Mask Untuk Anak Bujang
Walaupun percubaan pertama buat topeng muka (mask) tetap kemas jahitannya. Teliti sungguh. Dah tak larat nak beli mask pakai buang, sudahnya jahit sendiri mask yang boleh cuci dan jemur untuk anak bujangnya yang sudah pun bekerja.
View this post on InstagramA post shared by Normala Samsudin (@normalasamsudinofficial) on
7. Dipilih Jadi Juri Tetap Program Ratu Hijabista
Ibu kepada Asyraf Roslan, Dr Ruhila Roslan dan Rubilla Roslan ini bukan saja lemah lembut dan manis orangnya, malah karismanya sebagai ikon ‘Wanita Melayu Terakhir’ tetap menawan hati peminatnya sampai hari ini.
Baca sini : Pencarian Ratu Hijabista, Normala Samsudin Buat Kemunculan Semula Selaku Juri Tetap
Menjadi juri tetap program Ratu Hijabista sekaligus membuat kemunculan semula dalam dunia penyiaran ini pun selepas beliau mendapat ‘lampu hijau’ atau keizinan daripada suami.
Bak kata suaminya, ‘Dalam program itu nanti, dirinya bukan sekadar juri malah umpama seorang ibu yang akan berkongsi pengalaman dengan peserta.”
View this post on InstagramA post shared by Normala Samsudin (@normalasamsudinofficial) on
Program pencarian bakat pengacaraan, Ratu Hijabista ini menampilkan gandingan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim sebagai pengacara yang disertai 12 peserta berusia di antara 21 hingga 30 tahun.
Sumber/Foto : Normala Samsudin, Harian Metro, Sinar Plus
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI