Pernah tak kita rasa putus asa dan terfikir untuk tidak melakukan apa yang yang kita buat selama ini. Sebabnya, apa yang kita buat dan usahakan selama ini langsung tidak memberi apa-apa kesan mahu pun membuahkan hasil. Mulalah menyalahkan diri sendiri.
Sedihnya bila memikirkan perkara ini. Contohnya, dalam rumah tangga, pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan zuriat, namun langsung tidak berhasil. Jika ada, hanyalah dapat bertahan selama 4 minggu dan ditakdirkan keguguran. Mungkin tiada rezeki lagi.
Tapi, paling menyedihkan bila pasangan tidak dapat menerima kenyataan dan mula mempertaruhkan bukan-bukan dan sanggup bercerai atau ada pasangan mula cari orang lain semata-mata untuk dapatkan zuriat.
Sebenarnya, kita kena berfikir kembali. Perkara ini terjadi ada sebabnya. Seperti mana yang dikongsikan oleh Farizal Radzali tentang hal ini.
Sanggup Lafaz Cerai Bersyarat Kerana Anak
Ada 1 kes cerai bersyarat yang jatuh talak.
“Saya berkahwin dah 5 tahun tapi belum dikurniakan zuriat. Saya pernah mengandung 3 kali, semuanya keguguran. Suami salahkan saya tak jaga kandungan baik-baik. Suami kata, kalau lepas ini mengandung tapi gugur juga, jatuh talak 1 terhadap saya. Malangnya saya mengandung kali ke-4 & keguguran juga pada usia kandungan 8 minggu. Maka setelah berjumpa pegawai yang berkenaan, talak sah jatuh.”
Dari situ boleh lihat betapa tak matangnya seorang lelaki. Kalau diri sendiri tak matang, bagaimana dia boleh menjaga zuriatnya kelak? Lagi nak salahkan isteri. Sedih.
Tahu tak bahawasanya menjadi seorang ibu adalah impian setiap wanita yang berkahwin. Adalah tidak adil jika mereka dituduh tidak menjaga kandungan dengan baik.
Keguguran bukanlah sesuatu yang indah seperti berkelah di tepi pantai, wanita itu perlu melalui proses mengeluarkan janin & mencuci rahim. Sesuatu proses yang tiada wanita akan kata mereka suka.
Ads
Pernah dengar wanita yang happy sangat nak pergi buat D&C? Diseluk sana sini, malu jangan cakaplah. Kalau malu & sakit masa lahirkan anak, masih berbaloi bila nampak baby & dengar suara baby. Tapi keguguran, dah la sakit, kena lalui proses tu semua, emosi lagi nak kawal, baby pun tak de. Ingat suka ke keguguran? Maka, sangatlah tidak adil jika wanita ini didakwa dengan sengaja tidak menjaga kandungannya.
Keguguran boleh terjadi dgn pelbagai cara. Walau bagaimana kandungan dijaga rapi bagai anak raja, tapi jika ianya bukan milik kita, tetap bukan milik kita.
Ads
Kisah 1 Usia kandungan 2 bulan. Si ibu hanya menarik satu rumput kecil dari tanah, keguguran terjadi.
Kisah 2 Usia kandungan terlalu baru, si ibu tak sedar pun dia mengandung. Lalu dia mengangkat meja berat di tempat kerjanya. Tapi Alhamdulillah, zuriat itu tetap miliknya.
Kisah 3 Anaknya baru berusia 5 bulan, si ibu mengandung sekali lagi tanpa dirancang. Si ibu memang belum sedia terima anak lagi, maka dia ambil jalan pintas memakan ubat mengeluarkan period yang dibeli dari farmasi. Tapi rezekinya, anak dalam kandungan tetap lahir sihat.
Kisah 4 Sama seperti kes 3, belum sedia mengandung lagi. Maka dimakannya nenas muda, air coca cola, ubi keladi mentah, apa saja yang orang kata boleh gugurkan janin. Tapi anaknya lahir juga.
Kisah 5 Si ibu mengandung sulung. Dijaga rapi bak sang puteri. Tiada sebarang kerja dibuat, segala keinginan dituruti. Pada usia kandungannya 6 bulan, bayi dalam kandungan tak bergerak. Dah meninggal dunia.
Kisah 6 Kahwin 10 tahun, duit banyak. Dah buat pelbagai rawatan untuk hamil, dah habis jutaan ringgit, tapi masih tiada zuriat.
Kisah 7 Hidup susah, kais pagi makan petang, kais petang makan malam. Tapi anak lahir setiap tahun. Walau makan pil perancang, tapi ada hari terlupa makan. Dan hari itulah Allah kurniakan zuriat dalam rahim si ibu.
Kisah 8, 9, 10 dan Kisah 1000
Banyak kisah lagi.
Pengalaman Sendiri
Saya sendiri pernah keguguran anak pertama. Masa mengandung, saya mengalami hi-prem yang teruk. Masuk air sampai 30 botol biru lebam tangan sebab dicucuk jarum tapi akhirnya saya keguguran juga.
Adalah mulut berkata, mungkin baby lemas sebab masuk air banyak sangat. Anak pertama kan, kita pun tak pandai lagi. Bila mengandung anak kedua, teruk macam mana pun, saya enggan ke hospital. Saya takut kena masuk air lagi. Tapi sampai tahap saya pengsan, terus dibawa ke hospital. Doktor India tu kata akan masukkan air sebab badan saya dah kekurangan cecair kerana muntah teruk.
Saya enggan. Saya kata takut nanti kandungan keguguran lagi. Lalu doktor India tu senyum pandang saya. “You percaya Tuhan kan? You tahu Tuhan boleh buat apa saja kan? Kalau baby ini milik you, walau apa jadi, dia tetap milik you. Kalau bukan milik you, dia tetap bukan milik you.” Terus terang cakap, saya tersentak masa tu. Allahu….!
Ads
Percaya Pada Qada & Qadar
Macam baru sedar walaupun sebenarnya dah lama tahu…. KUNFAYAKUN.
Kita boleh berusaha, berikhtiar tanpa henti. Tapi yang menentukan hanya Allah SWT. Dia lebih tahu kenapa setiap sesuatu terjadi.
Kenapa ada ibu yang hanya lahirkan anak lelaki.
Ada ibu yang hanya lahirkan anak perempuan.
Kenapa ada ibu yang lahirkan hanya 2 anak.
Ada pula ibu yang mampu lahirkan belasan orang anak.
Kenapa ada ibu yang hanya lahirkan 1 anak.
Dan ada ibu yang tak boleh lahirkan anak.
Semua kenapa ini, kalau kita percaya pada qada & qadar Allah, redha dgn ketentuan Allah, pasti kita takkan menyalahkan manusia. Setiap yang Allah takdirkan, pasti ada sebabnya.
Bukan hanya pada si ibu, ianya mungkin sbb si ayah atau boleh jadi sebab sekeliling. Ianya boleh jadi sebb apapun. Kerana Allah Maha Mengetahui.
Mungkin ada rancangan lain yang Allah dah atur yang lebih baik. Pelihara anak yatim. Tanggung keluarga yang susah. Atau Allah tahu pada masa akan datang mungkin anak tersebut akan jadi penghalang si ibu mahupun ayah utk masuk syurga. Kita tak tahu kan, tapi Allah tahu.
Yang pasti
Tiada anak pun boleh masuk syurga.
Ramai anak tak semestinya terus masuk syurga.
Yang penting, berusaha & redha.
Anak itu anugerah, harta dan amanah.
Makin ramai anak, makin lama hisab di sana.
Segalanya bersebab.
MW: Kadang-kadang kita terfikir kenapalah macam ni dan kenapa macam tu. Sebab…sesuatu yang berlaku itu ada sebabnya. Kita kena terima dan bersyukur.
Pernah tak ibu bapa terfikir apa yang hendak dibuat jika tiba-tiba anak tercekik?
Tercekik adalah satu keadaan di mana saluran pernafasan tersekat atau tertutup disebabkan oleh sesuatu objek. Ini menyebabkan bekalan oksigen terhalang ke paru-paru dan seterusnya ke otak.
Masalah tercekik boleh berlaku kepada semua peringkat umur. Kejadian tercekik sering berlaku pada kanak-kanak dan ia merupakan salah satu penyebab kematian di kalangan kanak-kanak
Jangan panik!
Ikuti perkongsian Doktor Telinga, Hidung & Tekak, Dr. Ezairy M. Sallih berkaitan langkah-langkah yang patut dilakukan jika anak tercekik secara tiba-tiba.
Sedang anda menonton televisyen, anak anda tiba-tiba saja terbatuk-batuk. Beliau dilihat sedang termengah-mengah. Susah nak bernafas.
Apakah langkah anda pada saat itu?
Ingat, anak anda mungkin sedang tercekik. Beliau sedang bertarung dengan nyawa!
Pastikan Anda Lakukan Langkah Ini Untuk BAYI Anda:
Minta bantuan kecemasan
Tiarapkan bayi di atas lengan.Letakkan kepala sedikit di bawah. Tepuk belakang dada di antara tulang belikat sebanyak lima kali
Letakkan bayi menelentang. Periksa mulut bayi. Keluarkan benda asing jika kelihatan
Jika keadaan masih sama, letak dua jari di tengah-tengah dada. Lakukan tekanan sebanyak lima kali.
Foto kredit Facebook Dr Ezairy M.Sallih
Untuk KANAK-KANAK BERUSIA LEBIH SETAHUN, sekiranya gagal setelah melakukan tepukan lima kali di belakang, lakukan tekanan di bawah diafragm ‘Heimlich Manouvre’.
Cara melakukan Heimlich Manouvre:
Berdiri di belakang mangsa.
Letak kedua-dua tangan di pinggang mangsa dan tekan abdomen ke arah dalam dan atas.
Keluarkan benda asing jika kelihatan.
Jangan Buang Masa!
Jika anak anda tiba-tiba tidak sedarkan diri. Jangan buang masa. Lakukan CPR. Hubungi ambulans!
Saya tahu jika situasi ini berlaku kepada anda. Situasi panik boleh menguasai diri. Sebab tu amat penting untuk menguasai ilmu asas ini.
Semoga ilmu ni berguna untuk anda. Jangan lupa kongsi kepada pasangan anda dan juga orang yang anda sayang.
Jemput Like dan Follow Facebook page saya ni supaya anda tak terlepas nota-nota kesihatan daripada saya.
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor Telinga, Hidung & Tekak
(Ear, Nose & Throat, ENT)
‘Sebelum ajalnya, luangkan waktu bahagiakan orang tua.’ Jangan sampai yang tinggal hanya penyesalan. Lupakan segala sengketa dan dendam, pulang berhari raya bersama orang tua.
Mak ayah kita meniti hari-hari tua dan belum tahu berapa lama lagi mereka akan bersama kita. Apa saja yang berlaku, maafkan saja dan binalah bahagia untuk untuk orang tua.
Kongsi Rohana Saad & Bik Garage Zambri Bik, tidak ada mak yang sempurna.
Datanglah jika Mak memanggilmu hari ini, kerana esok Mak mungkin tidak akan memanggil lagi. Jangan sakiti Mak, Mak sakit melahirkan kita, tapi Mak gembira.
Luangkan Waktu Bahagiakan Orang Tua
Jangan sakiti Mak, Mak sudah banyak terluka, tapi Mak sabar dengan kita. Jangan sakiti Mak, kerana Mak tiada gantinya.
Tidak ada Mak yang sempurna, tetapi banyak Mak yang bersedia mengorbankan nyawa untuk anak-anaknya.
Mak memiliki hati yang ikhlas sehingga tak pernah meminta membalas jasanya yang menjadikanmu seperti sekarang.
Bila anak tak dengar kata dan nakal, mulalah mak-mak rasa geram dan marah. Sedangkan tanpa sedar anak-anak ini kurang sentuhan dan ciuman daripada kita. Sampaikan kesalahan kecil pun boleh mak ayah nampak besar.
Setiap hari kerja-kerja rumah tak pernah habis, dengan melayan anak yang seorang gaduh, seorang menangis. Ini pun boleh jadi punca anak rasa terpinggir, mula buat nakal dan tak dengar kata sebab seolah-olah mak ayah tak layan dirinya.
Belum lagi mak ayah asyik fikir kenapa anak nakal, tak dengar kata walaupun pernah kena rotan atau marah sekalipun. Inilah mak ayah kena tahu. Sentuhan dan ciuman itu penting dan kena amalkan suapay anakpanak berlembut hati dan tidak nakal.
Kadang-kadang anak kita jadi liar dan nakal sebab dia kurang sentuhan dan ciuman mak ayah dia sebenarnya.
Perasan tak kalau anak kita jatuh sampai benjol kepala, kita automatik rasa nak peluk cium anak dan gosok-gosok tempat benjol tu dan serta merta anak kita pun jadi makin tenang dan berkurang sakitnya. Perasan tak?
Itulah keajaiban sentuhan dan ciuman! Tapi nak cium anak pun kena ada ilmu baru la makin berkesan untuk anak kita. Ada tempat ciuman tempat gosokan yang kita kena hafal.
Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAAN. Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
Ciuman di dahi adalah tanda REDHA. Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.
Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU. Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi. Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau si comel kita tu.
Cium kat tangan adalah bila kita rasa KASIH sangat kat anak kita. Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita. Ramai budak-budak bukan cium tangan tapi sujud kat tangan orang tua. Salah tu!
Bersalam kena guna bibir atau hidung. Bukan dahi. Kalau pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman. Katanya dia tu tanda sembah, bukan tanda hormat.
Untuk tempat gosok tu sama je dengan 4 tempat ciuman tadi cuma tambah extra 2 tempat lagi.
Gosok di belakang leher ye kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.
Gosok di dada pulak sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah surah pendek macam Al Fatihah atau Ayat Kursi.
PANTANG LARANG!
Jangan sesekali cium anak kat bahagian bibir. Memang nampak kiut tapi bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal kita je. Area bibir adalah area yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.
Dikhuatiri boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya dah agak meningkat ke umur 5 – 6 tahun nanti. Kalau dah terlanjur amal cium mulut nak buat camne? Hentikan sekarang!
Mingguan Wanita : Buat mak ayah kena amalkan. Sentuhan dan gosokan inilah buat anak-anak tenang sebab mereka rasa kita sayang sangat pada dia.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...