Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri. Ada yang mengumpul barang-barang koleksi tertentu dan menyimpan barang-barang antik dan sebagainya. Tapi berlainan dengan Rosmaniza Mohammad yang suka menghias rumah sewanya dengan menggunakan tema Hello Kitty.
Walaupun kediaman yang diduduki bersama suaminya itu hanyalah rumah sewa tetapi dia tidak kisah untuk menghias dengan karakter kucing yang berwarna putih dan merah jambu ini.
Ads
Dari segi sentuhan dekorasi, dia menggunakan hiasan Hello Kitty pada langsir, meja makan dan bahagian ruang tamu. Malahan, kebanyakan barangan itu dibeli melalui online. Ada juga barang-barang hadiah daripada kawan-kawan yang sememangnya tahu minatnya pada ‘Hello Kitty’.
Ads
“Mungkin orang akan ingat, hiasan ini seperti budak-budak, tetapi bagi saya, ia memberi kepuasan dan rasanya semua orang mempunyai minat yang berbeza-beza.
Ads
“Saya juga tidak kisah untuk mencantikkan rumah, walaupun sekadar rumah sewa. Pemilik rumah pun tidak kisah macam mana kita dekorasi rumah, asalkan kita menjaga rumah itu dengan baik dan elok. Yang penting sewa bulanan tetap bayar,” katanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Allahu inilah dikatakan satu keajaiban. Jika takdirkan ajal belum tertulis, maut masih belum datang menjemput. Fizikal bayi yang baru dilahirkan sewajarnya memiliki tubuh yang masih kecil dan lemah, namun ditemui masih bernyawa meskipun dicampak dari tempat yang tinggi.
Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui selamat selepas dicampak dari tingkat dua sebuah bangunan di Jalan Hentian 4, berhampiran Hentian Bas Kajang, Kajang, semalam. Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, bayi yang dicampak tersebut terjatuh di atas jalan raya sebelum diselamatkan orang awam.Difahamkan, bayi itu terselamat dan masih bernyawa meskipun cedera di bahagian kepala.
Susulan kejadian ini seorang wanita warga Indonesia ditahan selepas dipercayai mencampak bayi lelakinya yang baru dilahirkan dari tingkat dua sebuah bangunan di Hentian Kajang, di Kajang, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, hasil risikan dan maklumat, pihaknya menahan wanita warga Indonesia berusia 20-an di perkarangan Hospital Kajang, 11.30 malam tadi.
“Permohonan reman terhadap suspek dibuat di Hospital Kajang, pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi,” katanya.
Sementara itu, Mohd Sabri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.32 petang.
“Siasatan awal mendapati pemilik sebuah restoran di kawasan berkenaan menemui bayi terbabit kira-kira jam 5 petang.
“Sebelum itu, dia mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat di belakang restoran berkenaan ketika berada di dapur premis itu sebelum bergegas ke lokasi terbabit.
“Lelaki itu kemudian menemui bayi lelaki dalam kedaaan bogel tetapi masih hidup, di atas tanah,” katanya.
Beliau berkata, pemilik restoran berkenaan kemudian membalut bayi itu dengan kain dan membawanya ke klinik berhampiran.
Mengucap panjang, bila baca berita pembuangan bayi sebegini. Berulang kali diingatkan bayi ini tidak berdosa dan turut mempunyai nyawa.Jangan dibuang mahupun dibunuh sesuka hati, bagaikan tidak punya hati dan perasaan.
Soal anak, jodoh, berat badan adalah antara perkara sensitif untuk dijadikan bahan gurauan mahupun topik bersembang. Dalam meraikan Aidilfitri ketika ditebak dengan soalan-soalan ini oleh makcik-makcik bawang, memang boleh hilangkan mood untuk terus beraya.
Baru-baru ini, pelakon Siti Elizad ada meluahkan perasaan berang dan terkilan didalam ig story dan twitternya dengan tindakan segelintir tetamu yang sering bertanya soalan berkaitan cahaya mata kepadanya ketika sedang sibuk meraikan Aidilfitri. Elizad atau Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, menyifatkan soalan-soalan yang diajukan tersebut sebagai sensitif dan tidak menghormati perasaan orang lain.
“Kepada makcik-makcik bawang, yang kepochi (kepoh) masa beraya, ini aku nak cakap sikit bagi lekat dekat kepala. Soalan di hari raya, bila nak ada anak? Bila nak buat anak? Tak ikhtiar ke? Cara tak betul ke?
“Mari sini aku nak cakap aku ni manusia biasa, jadi tiada jawapan untuk semua itu,” tulisnya di Twitter dan Instagram miliknya pada Selasa.
Elizad telah mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman, 46, pada 11 Januari 2015. Lebih jengkel lagi kata Elizad, pertanyaan tersebut diikuti dengan tindakan memegang dan mengusap perutnya. Pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu berkata, pertanyaan tersebut juga menjejaskan emosinya untuk beraya.
“Sekarang aku faham macam mana budak-budak bujang yang belum ada jodoh, kau sibuk tanya bila nak kahwin? Aku yang sudah kahwin belum ada anak orang sibuk tanya bila nak ada anak?
“Pegang-pegang perut aku sambil cakap belum ada isi ke dalam? Menunjukkan betapa ceteknya didikan kau, kau rasa seronok ke melawak tentang benda tu semua?” ujarnya.
Elizad mengingatkan agar orang ramai tidak lagi bertanya tentang itu kerana ia bukanlah satu gurauan. Tambahnya, sebagai seorang manusia biasa, dia sendiri tidak mengetahui rezeki dan jalan hidup yang sudah disusun untuknya.Malah, dia juga mempunyai harapan untuk dikurniakan cahaya mata seperti mana pasangan suami isteri lain.
“Berhenti bertanya soalan begitu. Kalau tiada soalan nak tanya atau tidak reti bergurau lebih baik diam.
“Belajarlah menghormati perasaan orang sebab itu aku ni jenis tidak lama beraya dekat rumah orang,” katanya.
Ada benarnya apa yang diluahkan oleh Siti Elizad ni. Tak perlulah bergurau atau tanya isu-isu sensitif musim-musim raya ni. Daripada elok nak merapatkan hubungan silahturahim jadi sebaliknya pula, bermasam muka dan berkecil hati.Doakan je yang baik-baik. Semoga Siti Elizad banyakkan bersabar dan dimurahkan rezeki dengan anak satu hari nanti.
Bermula minggu ni pasti ramai yang akan memulakan perjalanan balik kampung untuk beraya bersama-sama keluarga tersayang. Sebelum memulakan perjalanan dan pemanduan, pastikan badan mendapat rehat secukupnya bagi mengelakkan situasi Microsleep yang boleh terjadi.
Jadikan rakaman video viral sebuah kereta myvi berwarna biru secara tiba-tiba memasuki jalan yang bertentangan dan merempuh kereta berwarna putih, baru-baru ini sebagai pengajaran.Pemandu kereta tersebut dikatakan mengalami ‘Microsleep’ akibat terlalu penat.
Sebenarnya ada beberapa tips yang kita boleh diamalkan bagi mengelakkan microsleep ini berlaku.
Berikut antara perkongsian Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris buat pemandu serta pesanan buat penumpang hadapan sebagai panduan;
Pernah tak anda alami situasi di mana anda sedang memandu kenderaan dan tiba-tiba terlelap?
Hanya seketika. Hanya beberapa saat.
Lori yang pada mulanya masih jauh jaraknya tiba tiba berada di hadapan mata.
MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan ‘tidur’ buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara 1 hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah “shut down”.
Pada kelajuan 70km/h, microsleep selama 3 saat menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu pada kelajuan 100 km/h.
Seringkali pemandu memikirkan dia kebal. “Accident berlaku kepada orang lain. Aku ada skill. Kereta pun elok.”
Keinginan untuk bersama keluarga tersayang yang terpisah buat sekian lama dijadikan motivasi untuk gagah memandu walaupun sudah terlalu mengantuk. “Aku dah janji dengan anak – anak nak bawa mereka berjalan. Kesian mereka kalau aku lambat.”
Ada juga yang berpendapat jika kenderaan dipandu dengan laju, akan kurang mengantuk akibat kesan ‘adrenaline’ yang meningkatkan upaya ‘fight or flight’. (Fight or flight adalah sitiuasi dimana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang memberhayakan diri: lari atau lawan). Manakala jalan yang berbengkang bengkok seperti di Lebuhraya Karak akan menghilangkan rasa mengantuk kerana pemandu lebih fokus dengan cabaran ambil ‘konar’.
Dua fakta di atas hanya mengundang bahaya. Kesan ‘fight or flight’ hanya seketika sahaja. Sistem badan akan ‘burn out’ dan akhirnya boleh menyebabkan microsleep yang lebih lama.
BERHENTI. LETAK KERETA DI TEMPAT YANG SELAMAT. TIDUR.
Tak perlu tidur lama. Lima minit cukup.
Ulang setiap kali anda mula berasa mengantuk. Berhenti berehat setiap dua jam untuk pemanduan jarak jauh.
Untuk penumpang hadapan pula, jadilah co-driver yang baik. Apabila perjalanan bermula janganlah berdengkur sahaja ataupun sumbat earphone di telinga dan layan filem Korea seorang diri.
1. Bawa bersembang dengan pemandu untuk elakkan rasa mengantuk.
2. Perhatikan cara pemanduan. Jika sudah mula membawa tidak mengikut lorong, tegur pemandu. Cadangkan untuk berehat seketika di stesen minyak.
3. Sekali sekala lihat paparan dashboard pemandu. Adakah pemanduan terlalu laju? Ada tak lampu – lampu amaran yang menyala? Jika ada, tegur.
Berhati hati di jalan raya. Musim perayaan telah bermula. Jangan jadikan diri dan keluarga anda sebahagian daripada statistik kemalangan.
Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris
Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat.Berhati-hatilah ketika memandu di musim perayaan ini.Mohon para isteri temankanlah suami yang sedang memandu, terutamanya bagi perjalanan jauh. Jangan paksa diri untuk terus memandu dalam keadaan badan letih dan mata mengantuk. Ingat, terlelap 2 saat boleh meragut nyawa! Selamat Berhari Raya bersama keluarga tersayang!
Pengorbanan terbesar seorang ibu. Zahnita Wilson mengakui serahkan hak penjagaan empat anak kepada bekas suami demi masa depan mereka. Dirinya turut mengesahkan kini sudah bertunang.