Ketika ini pelakon dan penyanyi, Elyana sedang menjalani prosedur kemoterapi yang keempat. Bagi melawan kanser limfoma yang dihadapinya. Berkongsi perasaan, Elyana akui yang perjalanannya ini tidak mudah.
Struggle kemoterapi buatkan dirinya tidak mudah untuk menjamah makanan. Berkongsi kisah ujian sakitnya selama lebih 10 tahun, membuatkan dirinya berharap agar adanya empati dalam diri orang lain terhadap mereka yang diuji sakit.
Pernah juga dirinya tidak makan selama setahun, kerana tiada selera. Hilangnya nikmat selera makan, juga ujianNya.
Ini pesan Elyana,
Kalau boleh memang setiap hari saya nak makan Healthy Food, Fresh, Real Food, sayur, buah, No sugar, no salt, exercise, makan suppliment itu dan ini.
Saya dah sakit lebih 10 tahun.
Lebih 20 kali chemo.. lebih 30 kali radiotherapy.
Apa yang saya tak pernah lakukan?
Diet? Pantang? Makan ubat? Rebus daun? Benda yang anda tak terfikir boleh makan pun saya makan. Macam-macam rasa saya telan juga untuk sihat.
Tak makan selama setahun pun pernah, sebab tak ada selera.
Berubat semua ceruk orang bagitahu saya pergi.
Pada pendapat saya, yang pernah hilang nikmat selera makan, makan la selagi Allah kurniakan kita nikmat makan.
Tapi berpada-pada. Makanan yang kita makan ni, Alhamdulillah Halal. Sebelum makan, kita doa semoga makanan ini menjadi ubat dan asbab untuk kita sembuh.
Sesungguh nya hanya Allah Maha Penyembuh.
Jika Kamu Jadi Saya.. Kamu Akan Faham
Tapi.. jika kamu jadi saya, baru kamu akan faham keadaan ini. Tak ada gunanya jika saya explain selagi kamu tidak merasai nya sendiri.
Ads
Beza kalau kita ni pernah jaga/kenal orang yang sakit dengan kita sendiri yang mengalami dan berperang dengan sakit.
Beza….
Jika anda ingin membantu, belajar lah memahami.
Bukan menghakimi dalam comment dan complain.
Rosak jiwa saya. Saya dah buat sebaik mungkin yang saya mampu untuk 10 tahun ni.
Saya tiada yang bantu untuk menjaga saya.
Malah saya yang harus menjaga orang lain.
Saya tak complain just nak bagitau.
Dan saya bukan ada Superpower.
Saya pun manusia biasa.
Nak jaga diri sendiri pun tak ada masa.
Tak campur lagi struggle saya yang tak ada selera nak makan.. mulut penuh ulser, demam tak menentu, saraf seluruh badan sakit, susah berjalan, tak boleh minum air even telan air liur pun sakit… muntah.. ketakutan.. seluruh badan rosak.. susah bercakap… tumpah darah bertahun-tahun. Nak duduk berdiri sakit.. nak jaga keluarga, nak cari duit.. berfikir.. tak boleh tidur.
Malah, nak selalu tersenyum depan anda.
Berat…terlalu berat.
Kamu tak akan dapat memahami selagi kamu tidak pernah merasai nya sendiri.
Ads
Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 34 menghidap kanser limfoma tahap empat. Dia turut berkongsi perjalanan kemoterapinya di instagram.
Elyana berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Cinta Sumayyah, 10 dan mempunyai seorang anak angkat, Cahaya Ramdhani, 2 tahun.
Mingguan Wanita : Semoga Elyana dipermudahkanNya sepanjang menjalani prosedur kemoterapi untuk melawan penyakitnya itu.
Sehari tak jumpa anak isteri pun dah rindu amat, inikan pula terpisah tujuh bulan lamanya. Disebabkan pandemik Covid-19, ayah ini Mohd Azaruddin Tukari terpisah jauh dan lama dengan anak-anak dan isteri.
Apabila tuhan bukakan peluang bertemu tiga orang anaknya dan isteri, pasangan ini mahu cipta detik pertemuan yang akan dikenang selamanya. Ayah ini menyamar jadi ‘orang aircond’ yang datang membaiki alat penghawa dingin.
Biarpun wajah ayah bertutup dan menyamar, tiga orang anaknya tetap boleh rasakan itulah ayah mereka.
Terkandas selama tujuh bulan di Singapura. “Satu tempoh yang kami tak pernah jangka. Terlalu banyak air mata yang jatuh.” Catat isterinya, Massoezailin Saleh.
Detik pertemuan yang dirancang ayah ibu ini kemudiannya divideokan yang akhirnya mengundang sebak di hati siapa yang menontonnya.
Air Mata Selepas Tujuh Bulan
Kongsi isteri ini, “Menyamar sebagai “orang aircond”. Tetapi anak-anak tetap ada instinct bahawa itulah papa mereka.
Surprise yang Mass dan suami dah plan since dapat berita suami Mass dapat approval untuk balik akhirnya menjadi.
Saat yang kami tunggu. Allah makbulkan doa-doa kami dan semua ahli keluarga serta sahabat semua. Alhamdulillah. Terima kasih semua
Memang bukan senang sepanjang tempoh berjauhan selama hampir 7 bulan terpisah. Satu tempoh yang kami tidak pernah jangka. Terlalu banyak airmata yang jatuh. Tapi, semua ni ketentuan Allah. Seribu satu hikmah untuk kami.
Allah pinjamkan 14 hari untuk kita bersama. Sabtu depan, kita terpaksa berpisah semula. Setiap kali pandang suami, seakan tak percaya yang dia ada di sisi. Anak-anak juga memang akan melekat dengan papa. Melepaskan kerinduan mereka. Akan bercerita momen-momen penting sepanjang ketiadaan papa di sisi.
Kami doakan sesiapa sahaja yang terpisah kerana virus ini, Allah akan satukan kamu semua dengan segera.
Semoga virus ni Allah angkat dan hapuskan dari bumi dengan segera. Doakan kami kuat untuk hadapi saat perpisahan minggu depan.
Kisah Di Sebalik Ayah Menyamar Jadi ‘Orang Aircond’
“Video ni asalnya Mass hanya nak record untuk kenangan kami sekeluarga. Dan nak share dengan kawan-kawan dan saudara mara. Tak sangka jadi viral.. video pun berkecamuk kan… Hahaha..
Ramai yang tertanya-tanya, apa cerita sebenar kan.. Sebenarnya suami Mass kerja di Singapura. Berada di sana sejak PKP 18 Mac. Kami hampir putus harapan untuk dia dapat pulang. Tapi doa adalah senjata kami.
Doa anak-anak, doa ibu abah, mak, adik beradik, kawan-kawan dan seluruh ahli keluarga Allah makbulkan. Alhamdulillah.. Akhirnya pertengahan bulan September suami dapat kelulusan dari company tempat dia bekerja. Terima kasih SMRT Buses Pte Lte meluluskan kepulangan dan cuti dan atas segala urusan pulang dibantu oleh syarikat SMRT.
Walau hanya sementara, kami tetap bersyukur. Allah berikan kesempatan.
Ramai yang pm, whatsapp.. Samada yang kenal atau tak. Doakan kami dan share cerita masing-masing dengan Mass. Banyak cerita yang lebih sedih dari kami sebenarnya.. Mass doakan kamu semua dipermudahkan urusan dan diberikan ketabahan dalam menghadapi semua dugaan.
Terima kasih semua media yang share tentang cerita kami. Tiada lain yang kami harapkan selain virus ini cepat dilenyapkan dari muka bumi ini dan semuanya kembali pada keadaan biasa.
Kepada yang masih terpisah, teruskan berdoa. Jangan putus harapan.
Tak kira dimana anda berada. Terus kuat hadapi segala dugaan. Mesti ada hikmah. Allah uji sebab Allah sayang.
Untuk yang sentiasa bersama, hargai lah keluarga. Kerana kita tak tahu bila kita akan terpisah.. Samada terpisah sementara atau terpisah selamanya..”
Salam sayang dari kami sekeluarga, Azaruddin, Mass, Iris, Irene dan Inez
MW :Mendoakan agar mereka yang terpisah jauh disebabkan pandemik Covid-19 ini dipermudahkan urusan mereka dan diberikan kelapangan rezeki.
Alhamdulillah, biar pun rumah tangga dilandai badai, penyanyi dan pelakon, Lufya atau nama sebenarnya Lutfya tetap kental dengan pegangannya. Sampai akhir nafas pun tetap berhijab, takkan buka tudung.
Ini penjelasan Lufya di instagramnya mengenai isu video ‘buka tudung lepas bercerai’ yang dikaitkan dengan dirinya.
Tulisnya,
“Terpaksa jelaskan.. yang DM tanya ramai sangat.”
“Terpaksa jelaskan bukan saya dalam video yang mengumumkan buka tudung lepas bercerai. Saya pakai tudung sebelum kenal dengan suami lagi dan insyallah akan kekal sampai akhir nafas saya. Aamin.”
“Hijab itu bukan menandakan kita baik, alim atau bagus dari orang lain. Kita semua pendosa.. bukan maksum.
Jangan kerana kekecewaan kita terhadap manusia, kita sampai menderhaka kepada perintah Allah
“Tanda-tanda kiamat dah semakin banyak. Semoga kita semua sempat bertaubat dan mendapat keampunan dariNya. Buang yang keruh ambil yang jernih.”
“Moga setiap ujian yang Allah berikan kepada kita menjadikan kita lebih dekat denganNya. Doakan saya kuat.”
Ujarnya lagi,
“Semalam fya potong rambut, warna dan buat treatment rambut di @ridzokumura yang menyediakan bilik muslimah dengan stylish wanita. Untuk wanita berhijab boleh datang ke sini untuk mendapatkan servis terbaik dari mereka.”
Wanita Jadi Mangsa Pukul Suami, Jangan Diam Diri – Lufya
Rupanya apabila Lufya berkongsi kisah rumah tangganya, ramai follower yang berdepan diri dianiaya suami malah dipukul suami membuat luahan hati padanya.
Tulisnya, “Buat wanita yang dianiaya suami (dipukul) jangan berdiam diri.. Tak perlu bertahankan, hidup hanya sekali.. Kejar akhirat.
Nanti di dunia kena seksa dengan suami, di akhirat pun susah
Nasihat Lufya lagi,
“Sekadar perkongsian untuk semua wanita yang mengalami masalah ini. Bukan untuk membangkitkan isu-isu yang sudah berlalu tetapi sekadar menyampaikan ilmu dari @ustadzabdulsomad_official
“Peluang dan kesabaran ada hadnya. Allah membenci penceraian tapi membenarkannya. Jangan sampai kita menzalimi diri kita sendiri. Sudahlah di dunia kita tidak bahagia jangan sampai di akhirat juga.”
“To all ladies out there yang dm hantar gambar lebam,luka dan sebagainya. Lufya hanya dapat mendengar dan mendoakan anda semua tapi jangan biarkan kesedihan menyelubungi hidup anda.. Jangan takut. Suami tak pegang rezeki kita tapi Dia Yang Maha Kuasa”
“Redho.. Maafkan.. & Move on.”
MW : Semoga Lufya terus kuat dan dapat membesarkan Laana Haura menjadi anak yang solehah.
Yusof Haslam masih berharap Sarah ubah keputusan, pujuk menantu jangan minta cerai. Rasa kasih dan sayang kepada menantu membuatkan Datuk Yusof Haslam memujuk agar Puteri Sarah mempertimbangkan keputusannya meminta cerai.
Puteri Sarah yang sebelum ini memaklumkan akan membuat permohonan cerai Isnin akan datang di mahkamah syariah nekad dengan keputusannya selepas berbincang dengan keluarga.
Memetik laporan Berita Harian, penerbit popular, Datuk Yusof Haslam memujuk menantu, Puteri Sarah Liyana agar menimbang semula keputusan mahu menuntut cerai daripada anaknya, Syamsul.
Akur pendirian dibuat Puteri Sarah seperti yang diumumkan semalam, Yusof bagaimanapun menaruh harapan agar perceraian anak dan menantunya itu tidak akan berlaku.
“Saya berbincang dengan Puteri Sarah dan memujuknya untuk mempertimbangkan keputusannya itu.
“Walaupun Puteri Sarah hendak tuntut cerai hinggalah proses perceraian itu berlangsung kerana akan mengambil masa (jika berlaku), saya akan tetap mendoakan semoga perceraian itu tidak terjadi.
Jika perceraian itu tidak berlaku, saya fikir Syamsul kena banyak buat perubahan dalam hidup kerana hidup ini adalah suatu pengorbanan dan perjuangan,” katanya kepada BH Online.
Semalam, BH Online melaporkan, Puteri Sarah, 38, mengesahkan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, Isnin ini.
Puteri Sarah dilaporkan berkata, dia enggan melengahkan masa dan mahu memfailkan perceraian segera.
Selain itu, katanya, keputusan untuk berpisah dibuat atas persetujuan keluarga.
Puteri Sarah juga dilaporkan mahu mencari ketenangan dan memulakan hidup baharu.
Keputusan Puteri Sarah itu juga disahkan peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie itu.
Yusof berkata, sebagai orang tua, dia sentiasa mendoakan supaya ada sinar di hujung terowong di sebalik apa yang berlaku.
Bagaimanapun, jika perceraian adalah jalan terbaik dan mampu memberi ketenangan kepada Puteri Sarah, Yusof mengaku, tiada ikhtiar lain yang boleh dilakukan selain terpaksa akur dengan kehendak menantunya itu.
Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu.
Namun, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Susulan pengakuan Syamsul berhubung pernikahan keduanya dengan Ira Kazar di Thailand serta penjelasan di sebalik kontroversi terjadi, topik terbabit hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam Twitter.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...