cabar suami

Pantang bergaduh, mula lah nak cabar isteri. Ini salah satu perkara yang golongan isteri selalu buat tanpa sedar. Sebut suruh pukul, dan lagi berani minta cerai.

Allah… bergoyang tiang rumah tangga setiap kali pasangan suami isteri sebut perkataan berbisa itu. Jadi, baik lelaki atau perempuan, jemput hadam perkongsian saudara Amir Syahir dulu, betulkan mana yang silap dan jangan sesekali ulang.

Kaum perempuan kalau nak cari calon, carilah lelaki yang caring terhadap keluarga dia. Selalu bertanggung jawab terhadap keluarga dia. Mak ayah dia layan dengan baik. In Sha Allah, nanti kau jadi isteri dia, dia akan layan kau dengan penuh kasih sayang.

Allah menciptakan sebuah perkahwinan untuk membolehkan suami isteri berkasih sayang dan mencari ketenangan. Tetapi ada yang salah menggunakan perkahwinan yang dibina seperti berlaku kasar terhadap isteri misalnya.

Kenapa ada suami yang sering naik tangan kepada isteri? Sebelum kahwin bukan main sweet. Bila dah kahwin, tak boleh silap sikit mula nak naik tangan.

IKLAN

Lelaki ini tinggi egonya. Pantang dicabar dan tercabar. Masa tu ego lebih mengatasi segalanya.

Jangan Cabar Suami

Bila bertengkar antara suami isteri, belajar sabar. Adakalanya diam itu lebih baik. Isteri pula jangan cabar suami. Jangan la dok cabar suami suruh pukul ke, ceraikan ke. Tengah marah, syaitan pun menghasut. Ditambah dengan ego lagi. Mula la nak sepak terajang isteri.

IKLAN

Lagi sedih bila suami yang sepak terajang isteri masa isteri tengah mengandung. Takde belas kasihan langsung. Ikut hati sangat. Kadang-kadang isteri tu dah tak larat. Tak sempat masak. Suami balik kerja penat, tengok makanan takde. Mula lah naik angin. Lepastu naik tangan. Kemon la. Benda simple macam tu bawak bawak la bersabar.

Ada juga suami yang pukul isteri sebab cemburu. Mungkin isteri dia cantik sangat kot. Dah tu sampai isteri tak boleh bersembang dengan orang lelaki langsung. Kau agak-agak la. Cemburu biar bertempat.

IKLAN

Ada kalanya suami pukul isteri bila isteri dapat tau rahsia dia. Contohnya macam bila isteri tahu dia curang tapi tak nak mengaku. Lepastu pukul isteri. Ego la tu. Dah buat salah mengaku je lah.

Masa muda kau jangan nak panas baran je. Lelaki yang sabar adalah lelaki yang kuat. Ini sikit-sikit nak panas baran. Masa bercinta kemain penyayang.

Kurang asas agama juga merupakan salah satu punca suami cepat naik tangan dekat isteri. Kalau kau tahu hukum hakam, marah macam mana pun kat isteri kau takkan naik tangan.

Tak Ada Rumah Tangga Tak Ada Masalah

Mana ada rumah tangga yang tak ada masalah. Jadikan itu sebagai cabaran dan salah satu sebab nak kuatkan lagi kasih sayang antara suami dan isteri. Kalau ada masalah, bawa berbincang. Kalau tak boleh, lebih baik kau diam. Bila dah reda marah, baru berbincang.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI