gembirakan isteri

Sangat setuju dengan cara saudara Akhtar Syamir gembirakan hati isteri, tak tunggu ‘orang rumah’ meminta-minta tetapi dia dulu yang pelawa apa yang isteri mahu bila keluar membeli.

Bagus dan tip ini bukannya membazirkan duit, malah membuka lagi rezeki seisi keluarga. Jangan pula mengharapkan isteri sebut dulu sebab golongan mak-mak ini selalunya sedar diri dan semahunya tak suka susahkan suami.

Nak tahu kenapa? Haaa… jawapannya ada dalam perkongsian ini, jemput hadam.

Beri Kebebasan Untuk Isteri Dapat Apa Yang Dia Mahu

Satu lagi benda kecil tetapi impaknya besar. Terutamanya kepada suri rumah sepenuh masa yang tiada pendapatan.

Ayat selepas ini nampak macam sama, bunyinya pun seakan sama tetapi maksud dan hasilnya teramat berbeza.

Situasinya di pasaraya.

“Apa yang tak cukup lagi ambillah”.

IKLAN

Dengan,

“You nak ambil apa untuk you, ambillah”.

Yang pertama bukan untuk dirinya secara peribadi, itu adalah untuk keluarga. Manfaatnya untuk seisi keluarga. Ini merupakan kewajipan suami buat keluarga. Ini bukan nafkah.

Yang keduanya adalah bersifat peribadi. Fokusnya untuk diri isteri itu sendiri. Membuka ruang untuk dirinya merealisasikan hasratnya. Memberi apa yang diinginkannya. Ini termasuk di dalam kategori memberi nafkah kepada isteri. Lebih kurang sama dengan memberi duit. Cuma keadaannya betul-betul pada masa itu, di tempat itu dan bukannya di tempat lain.

IKLAN

Benda biasa je ni kan? Suami belikan barang untuk isteri pun nak kecoh ke? Bukan itu fokusnya. Yang kita perlu tengok di sini ialah bagaimana kita memperkasakan isteri dengan memberi kebebasan kepada dia untuk dirinya sendiri. Nampak mudah. Tetapi kita lihat di luarannya sahaja.

Isteri Pandai Menyimpan

Jom kita selami dalam sedikit iaitu ke tahap keinginan. Seorang isteri suri rumah yang tiada pendapatan sendiri ini sudah semestinya ada keinginan sendiri. Namun, apabila duit diberi kepada mereka, belum tentu mereka akan beli benda-benda di pasaraya sewenang – wenangnya. Kebarangkalian duit itu akan disimpan untuk kegunaan lain.

Tetapi, jika suami sendiri memberi kesempatan kepada isteri untuk memilih apa yang dia inginkan, pasti mereka tidak keberatan. Dan di dalam kes saya, ais krim. Ais krim je. Bukan ape sangat pun. Tapi kalau kita tak tanya? Sampai ke sudah la dia telan air liur bila lalu berdekatan dengan tempat ais krim. Nak mintak pun belum tentu.

Percayalah, jika anda isteri suri rumah sepenuh masa yang tiada pendapatan sendiri, betul tak anda akan lebih berkira untuk berbelanja? Anda pasti akan malu untuk meminta, ada juga yang takut terus untuk bersuara. Takut sangat membazirkan duit suami. Padahal tak sampai RM10 pun kan?

IKLAN

Hari itu aiskrim, mungkin hari ini susu dan cheese untuk buat cheesekut. Ini semua keinginan kecil dalam hati isteri. Percayalah yang jika kita tak tanya, tak tawarkan, belum tentu kita akan tahu keinginan kecil isteri ini. Kalau dia buat apa – apa pun, kita jugak yang tumpang rasa.

Jangan hanya fokus pada barang-barang dapur je. Jangan juga fokus pada apa yang anak-anak nak je. Kena juga tanya isteri nak apa untuk diri dia. Mana tahu dia dah lama teringin nak makan coklat ke, nak makan seaweed ke, tak tanya mana nak tau ye tak?

Sesekali Tanyalah Isteri

Mulai sekarang, banyakkan bertanya apa yang isteri mahu untuk diri mereka sendiri. Tak kira lah yang bekerja atau suri rumah sepenuh masa. Isteri pasti ada keinginan mereka yang terpendam. Jika ada rezeki lebih, tunaikan. Jika belum lagi, jadikan ia matlamat untuk direalisasikan nanti.

Kenapa kena buat benda ni? Sudah tentulah untuk menggembirakan isteri. Benda ini mudah, tetapi ramai yang terlepas pandang sebenarnya.

Jangan sesekali lupa :

Isteri yang bahagia = Keluarga yang bahagia.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI