Kakak tak sengaka tikam adik dibebaskan dengan jaminan, tertuduh masih kanak-kanak. Sekitar minggu lalu, kematian secara tidak sengaja seorang remaja berusia 16 tahun di tangan kakaknya, pelajar tingkatan enam rendah menarik perhatian orang ramai.
Ini kerana dalam kejadian di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, Iskandar Puteri remaja ini diberitakan bergaduh akibat berebut kerusi di dalam kereta sebelum ejek mengejek berlaku dan kakak membaling pisau yang membawa kepada kematian adiknya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua beradik ini menerusi temu bual bersama wartawan 999, memaklumkan identiti berkata, punca pergaduhan mereka bukanlah disebabkan berebut tempat duduk seperti yang didakwa ramai pihak.
Pada hari kejadian, ibu ambil kakak dahulu di sekolahnya barulah ambil arwah dan seorang lagi anak di sekolah lain. Mereka bergaduh mulut saja sebelum kejadian ini terjadi.
Kakak Tak Sengaja Tikam Adik Dibebaskan Dengan Jaminan
Memetik Harian Metro, remaja ini hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kanak-kanak di sini, hari ini atas tuduhan tanpa niat menyebabkan kematian adiknya, minggu lalu.
Tertuduh yang berusia 17 tahun 11 bulan itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zuhainie Zull Kafli.
Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja berkenaan didakwa menyebabkan kematian adik lelakinya yang berusia 16 tahun yang mana dia tahu perbuatannya mungkin menyebabkan kematian di rumah mereka di Jalan Mini Stadium, Kampung Ulu Pulai di sini, jam 1.50 petang, 19 Oktober lalu.
Anak sulung daripada lima beradik itu didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan yang dijalankan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos mencadangkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, barisan pembelaan yang mewakili tertuduh iaitu peguam Abd Rahim Ali, Jihad Syahida Nadia Zakaria dan Nur Zafirah Norizan memohon jumlah jaminan itu dikurangkan atas alasan tertuduh adalah kanak-kanak.
“Tertuduh adalah seorang kanak-kanak dan tiada sebab dia melarikan diri. Selain itu, kita mengambil kira juga pendapatan keluarga dan latar belakang persekolahan yang mana pada tahun hadapan, tertuduh akan mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malayaia (STPM),” katanya.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di Balai Polis Gelang Patah setiap sebulan sekali.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi laporan bedah siasat pada 5 Disember ini.
Pada 19 Oktober lalu, media melaporkan, seorang kakak membaling pisau ke arah adiknya sehingga menyebabkan remaja lelaki itu meninggal dunia.
Dua beradik itu dilaporkan bergaduh akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah, sebelum kakak bertindak membaling pisau ke arah adiknya selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah.
Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan tusukan hujung pisau pemotong sayur yang terkena pada saluran darah utama (arteri) di bahagian kanan lehernya sekali gus menyebabkan pendarahan yang banyak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siapa sangka, niat asal seorang lelaki, Adib Amirul cuma nak mencari rezeki tetapi tetiba kena saman di Thailand sampai kena bayar 51k kalau nak jamin.
Allah… berat sungguh ujian buat isterinya. Dengan keadaan anak yang masih kecil, dia cuma mampu menulis di laman media sosial meluahkan apa yang dilalui dan berharap orang ramai sudi menghulur walau cuma RM1.
Macam mana keadaan suaminya sekarang, hanya Allah yang tahu. Tetapi sekurang-kurangnya dia berusaha untuk ikat jamin suaminya walau jumlah wang yang diperlukan terlalu banyak.
Adib Mangsa Keadaan
Adib pertama kali kerja menjadi pemandu pelancong dan pertama kali pergi keluar negara.Excited buat passport. Adib dah fikir nak makan kat Hatyai tu makanan sedap-sedap.
14.12.2018
Bertolak ambil pelancong di Perak terus menuju ke sempadan. Dah lepas border semua lepastu dekat Sadao ada roadblock. Adib kena tahan sebab Walkie Talkie. Then Adib call yg bawa satu lagi kereta supaya sorok Walkie Talkie. Adib ingat kes ni kecil boleh settle. Rupanya kes ni berat. Lagi berat dari bawa pistol.
15.12.2018
Masuk penjara disana. Sampai sekarang masih disana. Nak jamin Adib kena ada 400k Bath / 51k Malaysia. Harga tinggi sebab Adib bukan warganegara Thailand.
Adib disaman atas 3 kes :-
1. Walkie Talkie
2. Pas pelancong
3. Permit kenderaan
Sepatutnya kes diatas, syarikat yang Adib bekerja patut tahu sebelum masuk negara orang. Sekarang ni yang duduk dalam penjara Adib, dah la pertama kali masuk penjara, negara orang pulak tu. Sebab semua kes tu jatuh ke Adib sebab dia pemandu pelancong.
Boss Adib ada bagi duit tapi tak banyak hanya setengah sahaja bkn separuh. Boss kata dia tak mampu kalau banyak sangat sebab perniagaan dia baru berjinak 2 tahun lebih. Jadi sekarang ni kami dah ada separuh dari 51k dan nak cari lagi separuh.
Kami nak minta jasa baik semua untuk bantu Derma Kilat walaupun RM1 itu dah memadai.
Boleh bank in acc :- 12289020080097 Bank Islam Nur Afiqah Binti Baharuddin Ref :- Bantu Adib
Sesiapa nak tanya lebih lanjut boleh whatsapp / call :- 019 398 7679
Hanya الله sahaja dapat balas jasa baik semua dan Doa kalian juga dapat meringankan beban kami semua.. Aminn.
Wang masih tidak mencukupi, namun sekurang-kurangnya hari ini isterinya ada update jumlah terkini yang terkumpul atas pertolongan orang ramai.
Anak Pun Rindu Ayahnya
Dari 14.12.2018 hingga ke hari ini Althaf tak jumpa lagi Daddy. Hmm lama jugak tu.. tak pernah lagi Daddy berjauhan dengan Althaf. Kalau boleh video call mungkin boleh terubat rindu tapi sekarang nak call pun tak boleh.
Sepanjang Daddy dia takda , Althaf tak pernah tanya daddy dia p mana.. Tapi fy je kadang2 tanya “Althaf where’s Daddy ?” dan Althaf jawab “Daddy Work”
Nak kata rindu , Althaf tak reti, cuma dia akan tunjuk murung dia , taknak makan , nak berkepit dengan lelaki (seperti ayah fy & uncle2 dia) mungkin rindu bau Daddy dia..hmm
Ya الله kau permudahkan urusan kami sekeluarga? Kau kuatkan lah kami sekeluarga untuk menjalani segala ujian yang kau beri?
Mesti biy rindu kami kan ? Sebab kami pun rindu biy.
Jangan risau, aku kuat sebab orang sekeliling aku sentiasa ada dengan aku.
Nota: Jangan ada yang sedih pulak baca punya coretan ikhlas ni.
Jika ada yang sudi membantu, boleh panjangkan cerita wanita ini kepada orang ramai. Siapa tahu, pemberian RM1 kita itu dapat meringankan beban ibu kepada Althaf. Apa pun team Mingguan Wanita mendoakan semoga urusan Puan Afiqah dipermudahkan dan untuk
menghubunginya boleh ke instagram Puan fy_baharuddin atau melalui talian 019-398 7679.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Di syurga kita kan bertemu kembali.. Alfatihah.Sebaris ayat namun beri makna yang cukup mendalam. Itulah luahan Mohd Taufik Abdullah, 42 suami kepada Nurliyana Abdul Raziff,32 penghidap sakit Para Tiriod yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi.
Kematian Nurliyana telah disahkan oleh bapanya Muhammad Radzi, 55, yang memaklumkan anak sulungnya itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur, kira-kira jam 8.30 malam tadi.
Pada 13 April lalu, Liyana menjalani pembedahan bagi membuang kelenjar para tiriod di bahagian lehernyadi Hospital Kuala Lumpur (Nefrologi). Selepas pembedahan itu Liyana terpaksa di bedah sekali pada Selasa lalu bagi membuat saluran pernafasan selepas dilaporkan mengalami masalah pernafasan disebabkan kandungan karbon dioksida di dalam badannya tinggi.Pakar dari Putrajaya dan HKL berusaha melakukan yang terbaik buat Liyana, namun Allah SWT lebih menyayangi beliau.
Jenazah Liyana dibawa ke rumah neneknya disembahyangkan di Masjid Al Taqwa dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Banting pada jam 10 pagi tadi.
Bapa Nurliyana turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara mara, sahabat-sahabat yang datang menziarahi anaknya serta warga Facebook dan netizen yang sentiasa mendoakan anaknya.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga Nurliyana, semoga redha diatas pemergian beliau dan semoga ruhnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah!
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun ‘selamat’ bertunang dengan lelaki pilihan keluarganya. Pertunangan itu atas persetujuan bersama kedua-dua buah pihak keluarga. Menerusi perkongsian satu video di Jakarta, Indonesia, tular rakaman video pertunangan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di media sosial.
Kanak-kanak Perempuan 4 Tahun ‘Selamat’ Bertunang
Majlis bertunang itu turut menerima pelbagai reaksi warga maya malah ada yang terkejut memandangkan dia masih budak.
“Ada yang berasa pelik, namun ia adalah perkara biasa di Madura,” kata seorang pengguna media sosial.
Pemilik akaun @asiyah juga cuba berseloroh apabila menyatakan ada ibu bapa yang sudah menjodohkan anak mereka sejak masih dalam kandungan.
Ibu Bapa Nazar Ketika Di Arab Saudi
Klip tersebut yang dikongsi di TikTok jelas menunjukkan kanak-kanak itu yang memakai persalinan berwarna hijau hanya mendiamkan diri dan bersalaman dengan para tetamu ketika peristiwa unik di Desa Banjar Tabuluh, Kecamatan Camplong, Madura, Jawa Timur.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami isteri pegawai Imigresen guna duit rasuah RM600k buka kedai emas. Sepasang suami isteri yang juga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipercayai menyalurkan wang hasil rasuah untuk membuka sebuah kedai emas dengan modal kira-kira RM600,000.