Rupanya dengan kaedah ‘Takik’ keliling batang, ia dapat membantu pokok cepat berbunga dan berbuah lebat. Bukan apa ada kalanya sesetengah pokok yang kita tanam dah bertahun-tahun lamanya terutamanya pokok buah, masih belum mengeluarkan bunga dan hasilnya walaupun telah matang. Dah guna bermacam-macam cara pun payah nak berbuah, boleh cuba kaedah ini dan ramai yang mengakuinya ia berkesan.
Buatlah kaedah takik macam ni dekat keliling batang pokok buah yang matang tetapi susah nak berbuah.
Kaedah ini untuk membuang getah atau baka mandul dalam batang pokok. Mudah-mudahan selepas bekas torehan itu hanya tinggal parut dan pokok tu akan berbunga.
Nak percaya atau tidak, terpulang pada hati sendiri. Kaedah ini macam berbekam mengeluarkan darah kotor dari badan.
Mingguan Wanita: Selalu nampak dekat pokok ada kesan takik macam ni. Rupanya ia dapat membantu pokok yang payah berbunga dapat berbuah lebat. Boleh cuba tip ini nanti.
Masakan ringkas seperti Sup Telur Suhun ini walaupun mudah disediakan namun ia boleh membuka selera. Sesuai dihidangkan sewaktu makan sahur mahupun bila-bila masa sahaja. Namun walaupun simple, jika salah cara masaknya telur mudah berterabur, tak cantik seketul-seketul malah suhun pula mudah kembang dan hancur.
Selebriti masakan media sosial, Yatie Kitchen ada kongsikan cara dan tip mudah untuk memasak Sup Telur Suhun agar jadi elok, putih telurnya tak berterabur dan suhunya tak kembang dan hancur. Ia diinsipirasikan daripada resipi Raja Permaisuri Agong,Tunku Azizah Iskandar sendiri.
Comfort Food, Inspired from Tunku Azizah Iskandar, Sup Telor Soohoon, ni pon dah cukup.
1. Tumis bawang merah, bawang putih tumis sampai garing, masuk air.
2. Mendidih jer saya tutup api baru saya pecahkan telur, supaya telor putih tak berterabur.
3. Selepas 5 minit dah agak-agak telur tu masak baru on kan api.
4. Mendidih jer terus tutup api, baru masuk soohoon dan daun sup/ bawang!
5. Jangan lupa mushroom seasoning.
Junjung Kasih Tuanku @airtangan_tunkuazizah atas resipi simple, mudah dan sedap!
Semua orang boleh kongsikan resipi tak semua orang akan kongsikan tip macam mana nak bagi masakan tu jadi elok. Tip tu yang berharga yang tak semua orang akan kongsi. Kita peduli apa kongsi je la , benda baik apa salahnya, ye dak. Tak bawa mati pun nak berahsia-rahsia ni.
Rupanya ada cara mudah untuk hilangkan masalah ketuat dan kita boleh buat sendiri je di rumah hanya guna 4 bahan. Tak perlu pergi klinik pun. Paling penting untuk buang ‘akarnya’ agar biji ketuat tak tumbuh semula.
Mungkin ramai yang tak tahu, ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Mana-mana bahagian boleh dijangkiti terutamanya di jari, tangan dan kaki. Bahagian yang dijangkiti akan mula menimbul, berbiji keras manakala permukaannya pula menjadi kasar.
Saya pasti ramai yang mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. Macam mana pun, ketuat ni memang menyemak dan anda pasti lagi suka kalau ia hilang betul tak?
Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang memang menjadi pembawa kepada virus ini. Tak semua orang akan mendapat ketuat, tetapi sesetengah orang yang badannya tak dapat memendam kegiatan virus ini akan mendapat ketuat.
Ketuat mempunyai “akar” yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.
1. Apple Cider Vinegar
Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.
2. Kapas
Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.
3. Plaster atau Duck Tape
Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.
4. Vaseline
Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.
1.Sapu vaseline dekat keliling ketuat (jangan terkena ketuat)
2.Basahkan kapas dengan cuka,letak atas ketuat dan plaster. Biarkan semalaman.
Ketuat tidak disapu vaseline. Kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka.Jadi pastikan ada menyapu vaseline dikeliling kulit ketuat sebelum meletakkan cuka.
Hari ketiga:
Cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar. Pada hari pertama dan kedua tiada rasa apa-apa sebab cuka memakan sel kulit mati. Pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi akan rasa sedikit pedih.
Contoh balutan plaster pada jari.
Kelihatan akar ketuat menjadi hitam.. Ini menandakan sel-sel ketuat mula mati dimakan asid.
Kelihatan ketuat dah mati.
Apabila ketuat jadi macam ni,boleh la korek sikit demi sedikit.
Ketuat yang berjaya dikorek.
Hasilnya, kulit kembali licin seperti biasa dan bebas ketuat.
Mingguan Wanita: Jadi jika ada masalah ketuat, boleh cuba cara mudah yang dikongsikan ini untuk menghilangkannya. Guna 4 bahan je, akar ketuat pun musnah dan tidak tumbuh semula.
Selalunya, bila membuat air teh, uncangnya akan terus di buang. Maklumlah sudah tidak boleh digunakan dan sudah hilang kepekatannya.
Walau bagaimanapun, ada juga yang tahu serbuk teh terpakai ini boleh digunakan untuk suburkan tanaman. Kalau dahulu, ada juga yang guna untuk lembutkan tangan dengan menggunakan hampas teh. Betul tak?
Sebenarnya, ada beberapa faedah lain yang boleh digunapakai dengan bahan ini. Mungkin ramai yang tidak tahu. Inilah yang dikongsikan oleh No Or tentang petua menggunakan bahan terpakai ini.
Lepas buat teh, jangan terus buang uncang. Ada tip kecantikan yang hanya menggunakan teh uncang saja. Senang sangat caranya.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Mungkin untuk petua kecantikan boleh guna cara ini. Untuk tanaman pula ada caranya tersendiri. Boleh cuba dan amalkan untuk kecantikan semulajadi.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan