Tidak dinafikan bagi seorang wanita apatah lagi bergelar seorang isteri dan ibu adakalanya rasa ‘down’ dengan kehidupan.Jiwa rasa gelisah, lemah, tak bermaya, mudah marah, murung dan sebagainya tanpa diketahui puncanya.
Menurut Puan Normaliza Mahadi yang merupakan seorang kaunselor, kadangkala perasaan down ini sebenarnya datang dari persekitaran dan kehidupan yang serabut. Ada 15 perkara yang boleh diubah sekaligus menjadikan kehidupan ke arah yang lebih baik.
Berikut antara perkongsian tersebut yang boleh dijadikan panduan;
“Kadang dalam hidup ni kau memang rasa down. Lemah. Tak bermaya. Rasa tak nak jumpa orang. Rasa macam nak nangis tak tentu pasal. Nak marah tak tentu hala. Kau rasa dunia ni macam bukan tempat kau. Rasa tersingkir. Pedih. Dan 1001 macam perasaan lagi.”
Sebelum kau jumpa bomohlah apalah ustazlah dan doktorlah.
Cuba kau tengok sekeliling hidup kau
1. Kemaslah rumah yang dah macam tongkang pecah tu..
2. Buanglah barang yang dah tak guna tapi simpan dah berbelas tahun. Kerusi tak ada kaki satupun masih ada kat depan rumah dengan harapan 5 tahun dulu akan diperbaiki dan diguna semula.
3. Tukarlah cadar bilik tu. Dah berkuman berbakteris bervirus dan kepam dah. Manalah nak sihat dan nak hati berbungga kalau tempat rehatpun kotor dan tak terurus
4. Kemas peti ais yang dah berkulat tu. Susun balik makanan yang kau tak tahupun ada sebab dah lama beli tapi tak buat apa. Gantikan dengan makanan sihat.
5. Bilik air tu basuhlah. Berus dan letak wangian sikit. Supaya bila masuk baunya segar dan menyelesakan. Ini dah lagi serabut dari tandas awam!
6. Bukak almari tu dan buang semua baju yang dah koyak, beretas benang, kecik dan tak sesuai pakai lagi. Biarlah baju yang ada tu baju yang pakai. Pergi simpan baju yang tak pakai kenapa??
7. Kemas handbag tu. Macam-macam resit ada. Bukan boleh claim pun. Tisu hingus pun ada lagi. Macam-macam sampah
8. Google makanan sihat dan berkhasiat Bukan susah naa pun. Google aje dulu. At least ada idea nak makan apa.
9. Buang aje kawan toksik dalam FB ni. Unfriend. Menyemak aje baca status yang ntah apa-apa. Memerli dan menghina. Kau pun terasa. Tengok youtube macamana nak unfriend orang. Tapi saya tak nak memutuskan silaturahim.. kau unfriend tapi simpanlah no telepon dia. Besok raya ke anak nak kahwin ke, jemputlah. Tak akan itupun nak ajar
10. Kemas kereta korang yang dah berserabut tu. Buang benda tak guna dan sampah sarap tu. Supaya bila masuk kereta, hati jadi tenang. Mana tak sedih, kereta bayar beribu tapi dah macam lori sampah!
11. Masuk bilik anak dengan plastik sampah hitam heavy duty tu. Kutip dan buang benda tak relevan. Ajar anak berkemas. Kemas. Kemas. Kemas. Mainan anak yang rosak tu kau buang.
12. Masuk store. Benda yang dah tak usik lebih setahun makanya tak guna. Bagilah kat orang. Baby cot tu kau nak buat apa? Anak kau paling kecik dah umur 10 tahun. Dan kau pun tak boleh beranak lagi. Cucu tu nanti biar mak ngan bapak dia beli baru
13. Kau round kawasan rumah. Buang pasu yang dah retak 1000 tu. Tayar kereta saga kau yang kononnya nak tanam pokok tu, campakkanlah. Dah 15 tahun projek tak berjalan. Pilihanrayapun dah 3 kali. PM dah bertukar, projek tanam pokok kau masih di tahap angan-angan
14. Apa segala benda kat porch rumah tu, kemas kan. Barulah masuk rumah bersemangat. Benda yang tak guna buang. Rim tayar yang tak taulah nak buat apa tu, jual. Dapat gak duit
15. Beli sejadah dan telekung baru. Beli AlQuran yang baru gak. Untuk semangat beribadah. Kan ke mengingati Allah itu hati jadi tenang.
Kadangkala perasaan down ni datang dari persekitaran dan kehidupan yang serabut. Ubah aje kehidupan tu.
Kepada yang memang ada masalah kesihatan, jumpalah Dr untuk diagnose yang betul. Berjuta kerajaan bayar dia orang untuk belajar. InsyaAllah, kita akan dapat menafaat.
Sekian, harap maklum.
by NM
#solutionfocusedbrieftherapy
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya, jika rasa down, letih , murung dan sebagainya, lihatlah keadaan sekeliling kita. Dengan lakukan sedikit perubahan ini, percayalah ia mampu mengubah kearah kehidupan yang lebih baik.
Sumber: Normaliza Mahadi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI