
Sungguh.. nak menjadikan seorang anak itu menjadi manusia, bukanlah kerja mudah untuk mak ayahnya. Banyak yang perlu dikorbankan, tapi jangan sampai mak ayah tak sedar yang anak juga berkorban untuk mak ayahnya.
Perkongsian Da’i Hamidah ini banyak benarnya. Mak ayah claim, mereka sudah mencurah segala-galanya. Mahu anak-anak iktiraf pengorbanannya. Walhal anak-anak juga ‘kehilangan’ masa dan belaian kasih sepanjang perjalanan itu.
Anak sebenarnya cuma mahukan perhatian mak ayahnya.
Pengorbanan Anak
Kita selalu berbicara soal pengorbanan ibu bapa terhadap anak. Tapi jarang kita sentuh pengorbanan anak kepada ibu bapa. Sedangkan dalam memastikan segala urusan ibu ayah selesai dengan baik.
Anak-anak lah yang banyak berkorban. Mereka terpaksa mengikut rutin harian kita yang kadang kala mereka kurang ada masa dan perhatian dari kita. Mereka anak kecil yang punya perasaan tetapi sukar untuk meluahkan perasaan melainkan hanya dengan menangis.
Lama kelamaan mereka akan senyap dan terpaksa berusaha membiasakan diri untuk menerima realiti. Realiti terpaksa berjauhan dengan ibu ayah yang punya kesibukkan tersendiri.
Baca sini : Pesan Da’i Hamidah, sibuk macam mana pun kena ada masa dengan keluarga
Mak ayah Anak Pun Berkorban Perasaan
Oleh itu kita sebagai ibu bapa jangan sia-siakan pengorbanan mereka. Andai kita rasakan pengorbanan mereka terlalu kecil nak dibandingkan dengan pengorbanan kita yang terpaksa keluar mencari rezeki, maka kita kena renung kembali andai mereka tidak memberi kerjasama yang baik, maka sudah tentu segala kerja kita juga akan jadi berantakkan.
Pendek kata hargailah mereka, utamakan masa dengan mereka kerana mereka kian membesar dan proses itu tidak akan berulang kembali. Paling penting kita kena tahu bahawa semua anak- anak inginkan belaian kasih sayang, perhatian dan pendidikan dari kita untuk menjadikan mereka hamba yang diredhoi Allah.
Anak Menjadi Atau Tidak, Bergantung Usaha Mak Ayah Dengan IzinNya
Sungguh tanggugjawab ibu bapa terlalu besar. Anak- anak menjadi atau tidak ia bergantung dengan usaha ibu bapa dengan izin Allah dan sesungguhnya Allah Taala menilai setiap dari usaha kita.
Andai kita meletakkan matlamat kita untuk menjadikan mereka khalifah Allah yang berkualiti di atas muka bumi ini nescaya kita akan lupakan perkara remeh temeh yang lain.
Akhir kalam setiap ibu bapa akan disoal kelak tentang anak- anak yang mereka lahirkan. Semoga Allah Taala memberi kekuatan untuk kita mampu menjadi ibu bapa yang terbaik, bertanggungjawab dan penuh kasih sayang.
MW : Masih belum terlambat untuk menghargai apa yang ada di sekeliling kita. Terutama anak isteri.
Sumber/Foto : Dai Hamidah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Checklist Lengkap Ibu Hamil Dan Bayi, Dari Bawa Beg Ke Hospital Sampai Berpantang Di Rumah

Ibu hamil yang dah nak masuk minggu 38, boleh dah buat persediaan untuk bawa beg dan barangan bayi atau ibu ke hospital bersalin. Apa pun persediaannya, kata orang-orang tua nak beli barang bayi kenalah kandungan ibu 7 bulan ke atas.
Sharing checklist lengkap keperluan bayi dan ibu ini dikongsikan Puan Izdihar Mohd Noor , Head of Product Development at SIMPLYSITI yang masuk minggu ke 36 pada 1 Mei lalu. Bagus sungguh senarainya kerana ia banyak membantu ibu-ibu hamil yang bekerja terutamanya.
“Rasa nak sharing sharing sebab kebetulan nampak ramai pregnant mommies around Iz yang tengah tunggu masa nak bersalin, ada yang pregnant anak ke 2, 3 mungkin dah expert, tapi untuk first time mommy bolehlah guna ni as guide.”
Orang Tua Pesan Jangan Beli Barang Baby Awal Sangat
“Alhamdulilah. Sekejap je masa, harini Iz pun dah 36 weeks plus, tak lama lagi dah jadi mom of 3. InsyaAllah. Hope I can handle 3 minions well.”
Kalau first time mom, advisable to start prepare & pack your hospital bag masa 7 months lagi (just in case “terearly” delivery, and u dont know what to expect).
“Orang tua-tua pesan jangan beli barang baby awal sangat, start beli bila 6-7 bulan ke atas.”
Boleh beli sikit-sikit, phase by phase ikut kegunaan dan budget ya mommies. Its a long sharing session thread yang panjang tak ingat dunia for mommies out there.
“Good luck to all mommies and daddies. Hope this helps. Early preparation is very good because the struggle is real.”
CHECKLIST KEPERLUAN BABY & MOMMY
[Hospital Bag, Baby Essentials, Confinement & Feeding]
HOSPITAL BAG
Buat 2 beg: 1 untuk Labour Room & 1 untuk Ward Room kegunaan lepas bersalin.
REGISTRATION/ DOCUMENTS
Wajib bawa ke mana-mana sahaja bila dah almost due date. Bak kata nurse, “Buku pink tu dah macam IC awak, bawa ke mana sahaja anda berada.”
1. Buku Pink Check-up
2. IC: Isteri & Suami
3. Kad Nikah/ Sijil Nikah
4. Duit Deposit Hospital/ Cash in Hand (jika perlu): suruhlah hubby spare siap-siap dalam wallet kot-kot nak gi ATM machine tak sempat time kalut-kalut.
HOSPITAL BAG
[Buat 2 beg: 1 untuk Labour Room & 1 untuk Ward Room kegunaan lepas bersalin]
Boleh asing siap-siap baju baby untuk en. hubby bagi pada nurse bila mommies dah masuk labour room. (1 pc each item je).
Untuk mommies keperluan masa contraction, sementara nak tunggu bukaan 6cm ke atas dan ditolak ke Labour Room. Different people different experience, so always be prepared.
[LABOUR ROOM – MOMMY]
1. Maternity/Overnight Pad (2-3 pcs): Iz biasa tak beli yang maternity, dah biasa beli overnight 32-35cm.
2. Baju + Kain Batik/Skirt (1 set)
3. Sweater (1 pc): Kot-kot sejuk
4. Panties/ Disposable Panties (1-2 pcs)
5. Nursing Bra/ Nursing Pad (1 pair)
6. Face Towel/ Towel
7. Toiletries Mini Kit (1 set): To freshen up
8. Energy Bars (3-5 pcs): I usually bought Snickers/ Mars/ Kurma senang nak makan and sugar bagi energy.
9. Selusuh (VCO): I start taking VCO 1-2 spoon/day masa 33 weeks pregnancy and sapu pada bahagian perineum
10. 3-in-1 (1-2 sachets): Milo/ Horlicks Cereal, ikutlah apa yang mommies suka.
11. Selipar (1 pair): yang waterproof but comfy; senang masuk keluar toilet.
12. Socks (1 pair): kot kot sejuk
13. Minyak Panas
14. Tissue (1 pack)
15. Al-Quran/ Doa-doa mudahkan bersalin
16. Telekung
17. HP/ Charger/ Powerbank
[LABOUR ROOM – BABY]
2. Seluar Panjang (1 pc)
3. Mitten & Booties (1 pair): Kalau baju & seluar takde attached Mitten & Booties
4. Newborn Diapers (1 pc)
5. Towel
6. Blanket/ Napkin: Iz prefer blanket ada hoodies siap siap, kalau tak prepare baby hat.
7. Toiletries (Mini Kit): Biasanya hospital tak guna pun, so i just prepare travel sachet Head to Toe tue je.
Dan persediaan untuk barang lepas dah bersalin untuk 1 ke 2 malam (sekurang-kurangnya ) di wad hospital.
[WARD ROOM]
Sediakan extra set sama macam checklist untuk labour room. Cuma tambah:
1. Baby Wipes
2. Baby Pillow
3. Toiletries (Shampoo/ Body Wash/ Minyak Telon/ etc.)
4. Cotton Balls
5. Cotton Buds
6. Nursing Butter
7. Pinggan/ Gelas/ Sudu/ Garfu
8. Thermos
9. Laundry Bags (2 unit): Letak baju kotor
BABY ESSENTIALS
1. Baju Newborn (L/S; S/S): beli yang button depan senang sebab baby ada tali pusat, senang pakai. Jangan beli banyak sebab baby cepat besar. So beli siap-siap 3-6m, afterwards terus boleh pakaikan yang size ni. Rompers type jangan beli banyak sangat size kecil, beli 3-6m, 6-9m, 9-12m ke atas ok.
2. Seluar
3. Mitten & Booties
4. Baby Hat
5. Barut: beli yang panjang & tali lebar; tak payah beli yang kecil-kecil strap tu, no use sebab baby tak dok diam nanti barut jenis kecik tu akan bergerak naik ke atas.
6. Bedung/ Muslin: beli yang instant pun senang, kalau tak beli muslin size besar
7. Napkin
8. Towel
9. Bip/ Burp/ Small Towel: i always have this near me, lepas breastfeed memang akan terus lap mulut, pipi baby to prevent ruam susu kat pipi. Kalau rajin, from time to time basahkan sikit towel ngan air suam, lap-lap muka baby. Better prevent awal-awal sebab kalau dah kena rash sian tengok pipi baby merah-merah.
10. Baby Hair Brush/Comb: I usually buy The First Years dia come in brush & comb around RM16.90
11. Tuam Baby: Untuk tuam perut baby lepas mandi & for baby boy Tuam ball dia sekali.
12. Toiletries (Shampoo/ Body Wash): I use brand Sebamed for at least first 1 year sebab baby skin sensitive time awal-awal ni. Makesure cari yang free from harsh chemicals (SLS, Mild @ Fragrance Free, Parabens, Phthalates, etc.)
13. Diapers: size NB Newborn jangan beli banyak, beli dalam 2 pack je; kemudian boleh beli size S), sebab baby cepat besar. Iz recommend beli Huggies Ultra or Mamy Poko. Cari yang lembut nak elak nappy rash.
14. Baby Wet Wipes: for nappy change & face/hand wipes. Utk newborn makesure beli yang material jenis soft & fragrance free. Iz biasa beli Johnsons, Pureen, kalau besar sikit iz guna Anakku
15. Minyak Telon: sapu kat perut, tapak kaki baby, tak nak bagi masuk angin. Jangan beli yang panas sangat nanti naik merah-merah. I bought several brands, masa newborn biasa pakaikan Bebiku Telon (brand indon); bila besar sikit baru pakaikan Tropika Herbal Cream or Minyak Mestika Bayini.
16. Baby Oil: untuk cuci sekitar celah-celah telinga; iz biasa beli Johnsons Original yang tutup pink sebab yang ada fragrance tu baby boleh naik rashes and boleh sapu kat rambut baby
17. Baby Lotion: biasa beli tapi jarang-jarang pakaikan kat baby, unless ada part kulit kering baru sapu. I bought Sebamed Lotion
18. Rash Cream/Talcum: Iz akan prepare 2 jenis sebab satu untuk nappy rash, lagi satu for multipurpose biasanya ruam susu kat pipi baby iz guna Shaklee Herbal Blend; yang Talcum Yoki Radian nie iz guna nak prevent nappy rash; ada mommies yang tak sapu bedak at babies private parts so boleh cuba sudocream, i’ve tried few brands i can name most (Bepanthen, Drapolene, Pureen, Zinc Oxide cream yang ambil kat clinic, etc.) semua tak jalan on my kids, bedak siam ni my umi yang bagitau (Ingredients contains Zinc Oxide, Kaolin, Camphor, Calamine, Menthol). Rare sikit brand nie, boleh jumpa kat Kelantan/ Siam sebab bedak dari sana. Works good on my kids.
19. Baby Powder: beli je, tapi newborn biasanya iz tak pakaikan sangat, bila dah besar baru sapu.
20. Cotton Balls: guna untuk lap tali pusat baby and selit kat belakang telinga baby tak nak bagi melekat
21. Cotton Buds
22. Hand Wash Antibacterial/ Sanitizer: Dettol
23. Baby Changing Mat (Getah): for nappy change
24. Digital Thermometer
25. Nose Cleaner/ Tube: Untuk sedut hidung baby, especial kalau baby ada flu. I bought Pigeon.
26. Nail Clipper Baby: Iz biasa beli brand The First Years, tajam and sedap guna
27. Mosquito Net
BABY ESSENTIALS (OTHERS)
1. Bath Tub: I bought First Years (RM135 macam tu kalau tak silap). This tub comes with net, senang nak mandikan baby newborn, letak je dekat net tak yah pegang. Iz tak beli baru pun, memang guna yang sama dari zaman Abang dia lagi.
2. Car Seat/ Baby Wrap
3. Stroller
4. Baby Cot (Tilam/ Pillow/ Bolster/ Cadar/ Quilt/ Blanket/ Cot Bumper)
5. Nappy Change Cabinet: yang ni tak de pun takpe. Boleh je beli yang getah or jenis cushion tukar atas katil, etc.
Bila baby dah 6m+ baru beli yang penyediaan makanan pula:
1. Steamer & Blender
2. Food storage cups
3. High-chair
4. Bip
5. Plate/ Spoon/ Fork
Others (tak wajib ada):
1. Baby Jumperoo
2. Walker
Digital Thermometer: BRAUN No touch + forehead thermometer
Baby Hair Brush/Comb: The First Years, comes in brush & comb around RM16.90
Nose Cleaner/Tube: Pigeon
Nail Clipper: The First Years
LAUNDRY
Iz biasa beli brand macam dalam pic
1. Nappikleen
2. Comfort
3. Laundry essentials (drying rack, clip, hanger, etc.)
For laundry detergent, untuk newborn iz suggest pakai liquid wash macam Nappikleen sahaja dulu pun ok, tak yah pakai fabric softener elak baby kena rashes due to the mild fragrance, some babies have a very sensitive skin.
Macam Iz, ada dryer dekat rumah (i bought few years ago; RM1300 macam tue je, brand Electrolux, tiap-tiap minggu memang 3-4 times run) memang recommended and berbaloila korang spent for this if u don’t have helper, plus working mom. Sebab sangat menjimatkan masa. By the way memang kitorg tak pernah sidai baju for years, baju pun lebih bersih to my opinion sebab bila u jemur, kalau cuaca tak cukup panas, nanti baju hapak, bacteria pun senang built up. Ada org kata nanti rosak baju. Tapi setakat nie baju kitorg ok, memang tak ada rosak. Kena pilih setting temperature & time yang sesuai.
Kalau yang tak ada Dryer kat rumah belilah penyidai baju kecik-kecik tu senang sidai baju baby/ mitten/ booties yang cute-cute size dia tu kan. Iz biasa kalau sidai baju baby elak campur dengan baju adult sebab pakai sabun lain kan, so time basah takut sabun adult tu melekat kat baju baby. Gituuu.
FEEDING
1. Steriliser: Ok this one for me i think important, ada banyak brand korang boleh beli. I bought this masa my first born, zaman Azeem lagi. Memang lepas basuh bottle campak dalam ni and sterilised. Sekarang dah banyak yang canggih, korang boleh survey sendiri.
2. Breast Pump: I just bought Medela Freestyle, been eyeing for this brand for so long actually. Tak sabar nak guna. Masa Azeem & Azalea iz guna Philips Avent Single Electric Pump. Memang very handy, sebab dia boleh pump on the go, i use with rechargeable battery. Ke mana-mana sahaja iz pump. Cuma single pump nie consume a lot of time (45 min to allocate for my pumping session); 2-3 times/day kat office. Dalam kereta 1 time sebab hubby sent me to work, so boleh 1 session. Kena korban masa lunch untuk pump kalau banyak kerja on that day. Before & After work in the car masa nak drop/ pick up baby from day care terus direct feed je.
3. Freemie Collection Cup: Also i just bought, sebab terpengaruh dengan review, boleh pump kat meja office. Mama nak buat 2-in-1 multi task la kononnya.
4. Cooler Bag
5. Milk Storage bottles/ Zip Lock
6. Bottles Liquid Wash: I bought Pureen
7. Feeding Bottles: My kids memang guna Philips Avent bottles dari dulu. So i bought the same for the 3rd one also.
8. Nursing Butter: Cousin iz yang recommend Palmers Cocoa Butter, and ive been using this since my first born. Memang very good for crack nipples, very useful especially masa first 1 week lepas deliver, confirm crack nipples, baby masa nie tak reti nyonyot lagi. So mommies kena tahan sikit, kuat semangat kalau nak breastfeed baby owkie.
9. Ice Bricks/ Ice Pack
(Not in the picture)
10. Nursing Bra: I bought Autumnz
11. Nursing Pad: I bought Autumnz yang reusable
12. Sticker Labels: Kalau nak letak date EBM on bottles
13. Milk Warmer: Iz beli Philips Avent Warmer, senang nak panaskan EBM


CONFINEMENT (Berpantang)
Ok ni antara barang-barang yang iz akan prepare masa pantang. Tempoh pantang memang iz follow 44 days rule. (Pantang makan, urut, tungku, tangas, bengkung tu semualah). No hanky panky ya mommies, badan mosti kena jagaaa baik punya. Pantang ice 4-6 months. Tengoklah sejauh mana boleh tahan nafsu. Pantang ehem-ehem pulak 100 days. Suami-suami sekalian kena sabarla sikit ya kalau sayang bini.
1. Bengkung: Beli dua jenis (1 yg tali tu kalau ada Confinement Lady bolehlah tolong pakaikan, kalau nak senang pakai sendiri Iz guna yang Velcro ada 3 strap)
2. Maternity/Overnight Pad: Iz biasa tak beli yang maternity, dah biasa beli overnight 32-35cm tu je.
3. Kain Batik
4. Mandian Herba: TYT (RM7/ 2 sachet). Iz tak beli banyak sebab nanti Confinement Lady akan sediakan tiap-tiap hari. Beli sikit untuk spare je. Boleh beli kat pharmacy/ toko jamu
5. Set Bersalin: Air Mancur (previous confinement Azeem & Azalea pun iz beli yang ni, murah je RM65-75); complete 44 days jamu, pilis, tapel, minyak telon, etc. Biasanya tak habis guna pun. ?
6. Face/Body Scrub: Bunga Tanjung Herbanika Skrub/Masker Herba Tradisional (RM5/pek; nak jimat beli sedozen RM48). Boleh search page @bungatanjungofficial Skrub legend boleh skrub satu muka & badan, yang ni elok buang daki, kulit-kulit gelap lepas bersalin especially bahagian lipatan, celah peha, leher, kurangkan marks, cellulite, etc. After confinement boleh continue guna 2-3 times/week untuk kulit mulus & licin. Boleh buat kulit uols awet muda. Been using this since 12 years old, jerawat pun susah nak hinggap.
https://shopee.com.my/bungatanjungofficial
www.bungatanjung.com.my
7. Minyak Panas: Nona Roguy (RM40-58). Untuk urut kat tapak kaki, betis, bahu, etc. First time nak try sebab baca review kata bagus, previously iz beli minyak kayu putih
8. Slimming Cream: Nona Roguy Krim Barut (RM34-45). Untuk sapu sebelum pakai bengkung, nak slimkan perut dah lembik-lembik lepas pemboyotan.
9. Feminine Wash: Fadaraj (RM13-15). Yang nie iz beli untuk cuci bahagian Miss V. Kalau tak nak guna yang ni boleh buat sendiri; air suam + garam + asam keping. Nak bagi cepat luka jahit dekat area Miss V sembuh. Kat kedai toko jamu ada.
10. Tungku + Kain Buruk
(In the next picture)
11. Pemanggang: Iz beli pemanggang ajaib Are Ikan (RM122). Beli online kat shopee. Senang Confinement Lady nak bakar ikan/daging nanti.
(Not in the picture)
12. Periuk Tanah: kalau tak de periuk biasa yang besar/dalam pun ok.
13. Socks
14. Baldi/ Gayung (untku rebusan mandian)
15. Ubat Sembelit (jika perlu): Previous pregnancy iz tak pernah guna/makan pun sebab alhamdulillah pembuangan lancar, jaga diet untuk elak dari sembelit. Iz makan Sunsweet Prune (buat snacking); makesure minum air, makan sayur. Kalau tak ok juga ada few suggestions from mommies out there – boleh try (Lactul solution, Nona roguy phytonatal, Wellmax atomic anema. Kalau teruk sangat iz pernah baca thread doc ni suggest lactulose; gi jumpa doctorlah kalau teruk sangat, nanti salah makan lagi parah plak)

2. Bawang Putih Crispy: Masa pantang kena makan bawang putih banyak-banyak bagi keluar angin. Memang sedap, kalau tak pantang pun boleh tambah dalam sup ke masakan korang. Yang nie kawan iz buat, dok simpan tak nak bukak tunggu nak makan nanti pantang. Haha. Klau nak beli boleh checkidout IG @little.belly FB @little.belly.food







GIFT FOR SIBLINGS
Yang nie tips je, tak buat pun tak apa. Parents prepare hadiah untuk kakak/abang konon gift from baby. Jadi kakak/abang akan sayang adik and ingat moment nie bila bawa adik pulang ke rumah from hospital.
So iz beli siap-siap last week masa dating ngan hubby je kat Toys R Us, sebelum tue recce ngan kids tanya ada nak toys apa-apa ke tak.
Bila dah beli, from time to time suruh abang ngan kakak (konon-konon cakap ngan baby dalam perut mama, minta hadiah apa yang diorang nak, tapi sebenarnya mama papa guide diorang suruh cakap hadiah yangg kitorang dah beli).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dilema Wanita, Bekerja Kerana Minat Atau Sebab Tak Nak Dianggap Bebankan Suami?

Kebanyakan kaum wanita zaman sekarang bukan lagi hanya bergelar ibu kepada anak-anak dan isteri, namun mereka turut memikul tanggungjawab yang lebih besar sebagai wanita bekerja.
Malah ada kalanya kaum wanita berstatus isteri terpaksa mengambil tempat suami dalam menguruskan soal kewangan keluarga biarpun hakikatnya itu bukan kewajipan.
Jadi tak pelik kalau ramai wanita yang menjadi superwomen apabila mereka terpaksa keluar bekerja dan pada masa yang sama masih menguruskan hal rumahtangga.
Mungkin sesetengahnya bukan sebab nak bantu suami sangat tapi mereka sebenarnya lebih kepada nak ada wang sendiri.
Tetapi apa yang jadi tak sedap dirasa bila ada kaum isteri yang bekerja sebab tak nak bebankan suami. Haaa… apa pula jadi terbeban sedangkan isteri adalah tanggung jawab suami!
Untuk kupas isu ini, semak perkongsian Ustazah Sharifah Zahidah ini…
Bekerja Sebab Tak Nak Bebankan Suami
Rupanya, ramai juga wanita merasa terpaksa bekerja kerana dirinya dianggap ‘membebankan’ oleh si suami, sedangkan hasrat di hati ialah dia mahu bersama anak di rumah, mendidik mereka dengan acuan sendiri dan melengkapkan keperluan rumahtangga dengan sempurna. Kalau pun mahu bekerja, dia bekerja kerana minat dan cinta, bukan kerana rasa diri diperhina suami kerana tidak bekerja.
Tetapi kerana diri dianggap ‘membebankan’ oleh si suami, maka wanita tadi (yang sebelum-sebelum ini juga) memaksa diri untuk bekerja dan menguruskan segala urusan rumahtangga dalam masa yang sama – seorang diri.
Mengurus anak ke taska dan sekolah, membayar bil bulanan, kereta dan rumah, menyiapkan makanan dan keperluan dapur, menguruskan perbelanjaan harian dan sebagainya.
Hanya dari isu ‘berkecil hati’ kerana dianggap membebankan, wanita berkorban supaya tidak lagi dianggap membebankan. Bila diajak berkomunikasi, suami berang dan naik suara tinggi. Kadang-kadang naik tangan dan kaki. Wanita pun pujuk diri, “Tak apalah, berkorban lagi untuk suami,”
Tapi Selepas Berkorban Bekerja…
Selepas dia berkorban, dan tidak lagi menjadi beban sebaliknya dialah yang menanggung segala beban, tiba-tiba si suaminya pun berkata,
“Isteri saya pandai berdikari, cuma tak pandai ‘jaga diri’ dan berhias untuk saya. Sebab tu saya nak cari pengganti. Dia dah pandai berdikari. Pandai-pandailah dia hidup sendiri”
Saya berdoa generasi jantan sebegini kian dipupuskan dari dunia ini. Biarlah yang hidup atas bumi ini, yang berkahwin dan berkeluarga ialah LELAKI, dan bukan jantan.
Lelaki Dan Jantan
Beza lelaki dengan jantan, lelaki adalah makhluk yang ALLAH muliakan dengan qawwam yang diberi kepadanya. Dia melindungi wanita, menjaga wanita, bekerjasama dengan wanita dalam membawa agama ALLAH. Berbahagi tenaga, berkongsi rasa, menguatkan langkah dan menguatkan antara satu sama lain.
Jantan? Dia cuma tahu dan mahu betina. Lain-lain dia lupa.
Anak, nafkah, agama keluarga, tanggungjawab, itu semua dia lupa.
Cari duit malas, tolong jaga anak malas, bayar bil malas, lunaskan tanggungjawab sebagai ketua keluarga malas, semua malas. Yang dia tahu, nak bebas.
Saya cuma dapat geleng kepala.
Sambil pesan kepada wanita,
Akal ALLAH beri tu, mesti GUNA. Jangan guna emosi saja.
Sebab sayang suami, sanggup jadi alas kaki.
Akal juga mesti diguna. InshaALLAH, pandailah kita buat keputusan yang akan mengurangkan ruang-ruang zalim dan dosa atas dunia ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kaum Wanita, Nak Mengadu Masalah Bukan Dengan Suami Orang, Jangan Cipta Hubungan Terlarang

Kaum wanita terutama yang masih bujang, jangan sesekali menjadikan suami orang sebagai kaunselor. Mereka bukanlah penasihat terbaik. Silap-silap masalah sendiri pun mereka tak pandai uruskan.
Sebaiknya carilah sahabat yang sama jantina atau ahli keluarga yang boleh dipercayai. Bukannya berkongsi masalah dengan suami yang menjadi hak wanita lain. Mula-mula mungkin sekadar berkongsi masalah, lama-lama mungkin terjatuh cinta.
Kaum Wanita, Nak Mengadu Masalah Bukan Dengan Suami Orang
Bagi yang sudah berkahwin, apabila kita sudah berumah tangga janganlah sesekali kita cuba untuk suka-suka berkenalan dengan orang lain di alam maya. Bermula dengan suka-suka akhirnya boleh membuka ruang-ruang kecurangan dan sekaligus meruntuhkan sebuah rumahtangga yang sudah lama di bina.
Kepada para suami pula, janganlah cuba-cuba mengurat atau suka-suka mengusik wanita lain. Ini kerana mereka akan jadi tersuka tanpa sengaja atau memang nak cari pasangan hidup dan tidak kisah melukakan hati isteri anda. Malah ada yang sanggup bermadu.
Begitu juga bagi wanita. Jangan dilayan jika lelaki itu suami orang. Tak perlulah jadikan lelaki itu tempat meluahkan masalah atau apa-apa. Carilah sesama jantina ataupun keluarga terdekat anda.
Suami orang itu bukan kaunselor atau penasihat yang baik. Diri sendiri pun dia tak dapat urus inikan masalah orang lain. Ada juga di awal perkenalan sudah mula umpan dengan duit dan macam-macam semata-mata untuk memikat.
Tanpa bantuan isteri yang bekerja dan tidak berkira, anda sememangnya tidak mampu. Kasihan si isteri niat membantu untuk meringankan beban suaminya tidak disyukuri malah bila suaminya ada duit sikit mulalah dilaburkan untuk orang lain.
Jangan Cipta Hubungan Terlarang
Menyara bulanan orang lain dan mengabaikan isteri serta anak-anaknya. Sangat tidak bertimbang rasa dan kejam. Sesekali bila bersendirian, renunglah isteri dan anak-anak anda. Apa yang belum lagi anda lakukan untuk membuat mereka gembira.
Jangan di fikirkan untuk menambah isteri lagi kerana anda sebenarnya tidak mampu untuk menyara keluarga yang besar. Tidak malukah selama ini anda nampak senang kerana atas bantuan isteri anda? Mereka tidak berkira kerana memikirkan keluarga.
Malah isteri sanggup habiskan duit dia sendiri untuk kepentingan keluarga, sedangkan si suami habiskan duit untuk berfoya-foya. Jauhilah ber’chatting’ dengan berlainan jantina jika tidak ada urusan penting kerana selain menjadikan kita curang, ia juga merupakan satu zina kecil. Hargailah pasangan anda kerana rezeki anda ada pada mereka.
Sememangnya, bukan tindakan yang bijak menjalinkan hubungan dengan suami orang. Selalunya hubungan yang sekadar suka-suka itulah menjadi serius seterusnya meretakkan hubungan suami, isteri yang sedia ada. Jadi berfikirlah sebelum terlanjur menjalin hubungan cinta dengan suami orang.
Sumber: via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!