Kad kredit ‘neraka wang’. Semua pemilik kad kredit seharusnya lebih bijak ketika menggunakannya dan mampu menilai antara keperluan dan kehendak.

Ramai yang beranggapan kad kredit adalah penyelamat ketika kehabisan wang tunai. Golongan berpendapatan sederhana hingga profesional tidak terkecuali menjadi ‘hamba kad kredit’ apabila gagal menggunakannya secara berhemah.

Ada yang menjadikan kad kredit sebagai tempat bergantung kesemua pembelian (kemahuan) atau pembayaran bil utiliti, barangan keperluan, bercuti dan servis kenderaan.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Kad Kredit ‘Neraka Wang’

Menerusi perkongsian saudara Mohd Ezairol Rezan Zainol penggunaan kad kredit sebenarnya memudahkan jika pemiliknya menggunakan secara bijak. Ikuti tip bermanfat dari Mohd Ezairol yang boleh dijadikan panduan buat anda di luar sana.

KEMUDAHAN ATAU KEMUDARATAN…

“Kad kredit ni umpama pisau. Memudahkan urusan harian tapi kalau salah pakai boleh membunuh dan membawa kita ke “Neraka Wang”.

“Makanya ramailah “pakar” yang cakap bahaya guna kad kredit ni. Kalau boleh elakkan, potong terus lagi baik… Kata depa.

IKLAN

“Sebenarnya kad kredit ni ada banyak juga kebaikan dan manfaatnya jika kita pandai guna. Yang menjadi masalahnya ialah bila kau salah guna kemudahan yang diberikan tu.

“Kad tu tak berhantu, yang berhantu tu tuan punya kad tu sendiri…Kamulah, sapa lagi.

Penguna Kad Kredit Tegar

“Aku sendiri adalah pengguna kad kredit tegar sejak lebih 15 tahun yang lalu. Hampir semua urusan perbelanjaan seperti minyak kereta, belanja dapur, insuran dan makan minum Aku gunakan kad kredit.

“Nasib baik kedai mamak kat rumah Aku ni je tak boleh guna kad, kalau tak roti canai sekeping pun Aku bayar guna kredit kad…

“Selama lebih 15 tahun pakai kad kredit ni, dah macam-macam “free gift” Aku dapat hasil dari “reward point” penggunaan kad kredit… Syukur alhamdulillah.

IKLAN

Baca Disini : Bagi Kad Kredit Pada Isteri. Jangan Risau, Dia Habiskan Duit Untuk Keluarga Jugak

“Tak Payah Risau Sangatlah Bagi Kad Kredit Kepada Isteri!”

Pilihan Terbaik Jika Mampu Displinkan Diri

“Persoalannya, bahaya ke ada kad kredit ni? Sebenarnya jika kita cermat dan mampu mendisiplinkan diri, kad kredit adalah pilihan yang baik untuk kita guna dan pakai.

“Kad kredit cumalah alat yang menggantikan wang tunai. Tujuan asalnya adalah untuk memudahkan kita supaya tak perlu bawa wang berkepok-kepok dalam dompet untuk beli barang.””

IKLAN

“Cuma kita perlu berdisiplin sebab kad kredit ibarat pisau yang tajam. Pandai guna jadilah bermanfaat, salah guna maka tersontot dan ke neraka wanglah jawabnya.

“Dalam hidup ini kitalah yang mengawal dan menentukan kesihatan kewangan kita. Baik buruk setiap perkara adalah ditentukan oleh diri kita sendiri. Pucuk pangkalnya atas kita.

“Kad kredit hanyalah sekeping kad yang tidak bernyawa. Jangan salahkan kad jika diri sendiri sebenarnya tidak berdisiplin dalam berbelanja…”DON’T PLAY VICTIM”,” kongsi Mohd Ezairol.

Mingguan Wanita :  Jadilah pengguna yang berhemah. 

 Sumber / Sumber Foto :  Facebook Mohd Ezairol Rezan Zainol

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI