Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, “diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan emel palsu yang menyerupai syarikat penstriman popular, Netflix.

Mangsa, Lya Noor Ashikin  yang berkongsi hal ini dan mahu menyebar kepada orang ramai agar berhati-hati dengan emel palsu tersebut menjelaskan dirinya  menerima emel yang mendakwa akaun Netflix miliknya akan digantung jika tidak disahkan segera.

“Aku dapat emel dari Netflix (kononnya). Kata akaun Netflix aku akan suspended kalau tak verify akaun. Memandangkan memang aku pengguna tegar Netflix, so aku ingat benda ni legit. Cara dia sent emel pun guna headletter NETFLIX siap warna merah, fuyooo.

Jururawat Hampir Kehilangan RM4,000 Akibat Emel Palsu

Jururawat Hampir Kehilangan RM4,000 Akibat Emel Palsu, “Diminta Verify Kalau Tak Akaun Netflix Digantung…
Inilah emel diterimanya dan scammer menggunakan letterhead warna merah Netflix bagi mengaburi orang ramai.

“Diminta Verify Kalau Tak Akaun Netflix Digantung…

Tanpa menyedari ia adalah cubaan scam, dirinya telah mengisi maklumat peribadi termasuk nombor kad bank dan kod keselamatan (CVV) ke dalam laman web palsu.

“Aku memang ingat emel tu Netflix yang hantar. So, aku update details. Isi segala benda termasuk nombor kad bank aku, cvv bagai dan approve transaction Alih-alih dapat notification ada deduction RM4ribu lebih. Tapi unsuccesfull!

Ads

Tidak lama selepas mengisi semua maklumat itu, dirinya menerima notifikasi percubaan berjumlah RM4000.

“Tapi gagal sebab dalam akaun jumlah tak cukup,” katanya yang kemudian menyedari bahawa notifikasi itu adalah dari scammer.

“So bila aku dah sedar aku kena scam, aku cuba nak transfer semua baki akaun aku ke akaun laki aku. Tapi tak lepas gais! Tetiba jadi isufficient balance pulak. Bila hubungi pihak bank, mereka maklumkan akaun saya telah cuba digodam dan segera membekukan akses,” katanya.

Ads

Menurut pihak bank, percubaan penipuan itu berjaya digagalkan dan kad bank mangsa kini telah disekat. Mangsa dinasihatkan untuk membuat kad baharu di cawangan bank berhampiran.

Mahu isu ini jadi pengajaran buat orang lain, Lya menasihati agar berhati-hati ketika menerima kiriman emel. Dirinya antara bernasib baik kerana jumlah tidak mencukupi dan seandainya ada wang sebanyak itu, pasti dirinya kehilangan sejumlah besar duit pada hari kejadian.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

Ads

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI