Sumber / Sumber Foto : Instagram Eja78

Nekad berhijrah & pilih kehidupan sederhana, Eja perbaiki diri demi insan tersayang. Pelakon Eja atau nama sebenarnya, Siti Sharizah Saifuddin, 50 sudah lama menyepikan diri dalam bidang seni.

Namun figura ini tetap memiliki aura tersendiri dan lakonannya masih diingati hingga kini. Ibu kepada seorang cahaya mata yang terkenal dengan sikapnya yang begitu santun dan merendah diri ini akui bukan mudah pada awalnya mengambil keputusan berehat dalam bidang seni.

Nekad Berhijrah & Pilih Kehidupan Sederhana

Bergelar pelakon lebih dua dekad lalu, Eja akui begitu sayangkan kariernya namun dia mempunyai alasan tersendiri berbuat demikian.

Menyingkap kisahnya, Eja menerangkan anaknya Nur Eishal ketika itu juga baru sahaja memasuki alam persekolahan, sekali gus menuntut perhatian besar daripadanya sebagai ibu.

“Saya uruskan anak dan rumah tangga tanpa pembantu. Daripada seorang pelakon yang sibuk berkejar ke lokasi penggambaran sana sini, kehidupan saya berubah 360 darjah setelah bergelar suri rumah sepenuh masa.

“Bukan mudah, tetapi saya cuba dengan sebaiknya untuk menyesuaikan diri. Alhamdulillah suami banyak membantu dan cukup memahami,” ujarnya turut menerangkan anak tunggalnya kini sudah berusia 13 tahun.

Nekad Berhijrah & Pilih Kehidupan Sederhana, Eja Perbaiki Diri Demi Insan Tersayang

Nekad Berhijrah & Pilih Kehidupan Sederhana, Eja Perbaiki Diri Demi Insan Tersayang

Menjadi Lebih Baik

Eja memilih kehidupan sederhana untuk mendekatkan diri dengan Maha Pencipta dan memperbaiki kehidupan agar menjadi lebih baik untuk insan tersayang.

IKLAN

“Selepas berhijrah dan tampil bertudung, banyak perubahan berlaku dalam kehidupan saya. Apatah lagi pada 2017 saya kehilangan ibu mertua yang benar-benar memberi impak kepada saya dan keluarga.

“Sejak itu saya mula terdetik untuk memperbaiki kehidupan agar menjadi lebih baik untuk keluarga dan orang-orang yang saya sayang.

“Saya nekad berehat daripada dunia seni dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan mendekatkan diri dengan Allah SWT,” kata Eja.

Nekad Berhijrah & Pilih Kehidupan Sederhana, Eja Perbaiki Diri Demi Insan Tersayang

Bukan Mudah, Keputusan Tidak Berbolak Balik

Eja juga menyatakan pelbagai cabaran terpaksa dilaluinya, termasuk menjauhkan diri daripada media sosial demi memastikan agar keputusan dibuat itu tidak berbolak-balik.

“Bukan mudah untuk kekal dengan keputusan yang dibuat kerana ketika itu saya terlalu sayangkan kerjaya seni dan masih ragu-ragu apakah itu satu tindakan betul.

IKLAN

“Untuk memastikan diri tidak terganggu, saya tidak lagi mengemas kini perkembangan diri dalam media sosial. Malah saya juga unfollow ramai rakan dalam industri agar saya juga tidak mengikuti perkembangan mereka.

“Saya minta maaf kerana saya tahu ada dalam kalangan mereka berkecil hati dengan tindakan itu, namun saya perlu berbuat demikian untuk mengelak rasa rindu dengan rutin saya sebagai pelakon sebelum ini,” sambung Eja.

 

Nekad Berhijrah & Pilih Kehidupan Sederhana, Eja Perbaiki Diri Demi Insan Tersayang

Menarik Disini : Selepas Bertahun-Tahun Menanti, Wanita Ini Bertemu Cinta Sejati Pada Usia 55 Tahun

IKLAN

Peritnya Kehilangan Ayah Sejak Dari Kecil, Anita Baharom Tak Sangka Anak-Anak Lalui Pengalaman Sama

Daripada Ratu Bulu Mata kepada Ratu Sambal

Eja yang kini tampil dengan produk Sambal Eishal  berharap dapat menimba pengalaman berbeza dalam bidang baharu yang diceburi.

“Daripada Ratu Bulu Mata kepada Ratu Sambal. Saya sendiri tidak menyangka dengan rezeki yang Allah berikan pada saya hari ini.

“Alhamdulillah peluang mengusahakan Sambal Eishal datang pada waktu tepat. Anak sudah besar, sekali gus memberi ruang kepada saya menceburi bidang perniagaan,” katanya yang turut memberitahu Sambal Eishal didatangkan dengan empat perisa iaitu Sambal Petai, Sambal Mangga, Sambal Limau dan Sambal Kicap.

Mingguan Wanita: Suka dengan sikap Eja yang tidak pernah berubah sentiasa lemah lembut dalam tutur katanya.

Sumber / Sumber Foto : Instagram Eja78

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI