Lepas lamborghini harga sejuta, Watie mahu lupakan kenangan & bangkit demi bahagia. Setiap orang berhak menentukan cara bahagia. Bahagia kita dan orang berbeza-beza caranya.
Kisah perceraian pakar pelaburan saham dan penganalisis ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan dan Hasmawatie mendapat perhatian ramai apabila rumahtangga yang dibina lebih dari 20 tahun terlerai.
Ia mula mendapat perhatian kerana baru saja bercerai dan surat belum dikeluarkan mahkamah lagi, DDNK yang terkenal dengan tagline tak hensem tak apa janji kaya itu memilih berkahwin baru dengan gadis berusia 25 tahun.
MW pernah menemubual Watie dalam temubual eksklusif di mana katanya dia sentiasa mendoakan bekas suaminya itu mempunyai kewangan stabil agar dirinya boleh menuntut nafkah untuk anak tunggal mereka, Haykal yang berusia 16 tahun.
Dalam pada beberapa urusan di mahkamah belum selesai, di aplikasi Tik Toknya @ateliadesams, Watie ada berkongsi dirinya melepaskan sebuah kereta mewah Lamborghini SUV berwarna merah yang berharga sejuta, kenderaan yang dipakai semasa perkahwinan mereka.
Dapat dilihat di video dikongsinya, Watie membawa kenderaan mewah itu buat kali terakhir mengelingi bandar dan kemudian menyerahkan kunci kenderaan mewah tersebut kepada pihak salesman.
Selepas kenderaan itu bergerak pergi, Watie dilihat menuturkan kata-kata, “kadang-kala kita perlu melepaskan apa yang kita sayang untuk dapatkan yang lebih baik. Inilah permulaan bangkit demi bahagia, jelasnya. Dapat dilihat dirinya mahu bangkit dengan satu semangat baru dan melupakan apa yang pernah dikongsi bersama dalam perkahwinan yang gagal itu.
Di ruangan komen ada yang bertanya adakah Datuk DDNK mengambil kenderaan itu semula atau bagaimana tetapi kata Watie, dirinya sendiri yang mahu kenderaan mewah dipakainya itu dijual. Dilepaskan untuk mendapatkan yang terbaik selepas ini, katanya.
Dilihat sangat matang dan bijak bahkan dirinya masih merupakan pengarah dengan memegang saham 50 peratus dalam syarikat diusahakan bersama bekas suami, Menang Saham pasti dirinya mempunyai perancangan terbaik selepas ini. Didoakan agar apa jua perancangannya berjaya dan dirinya berhak bahagia menurut pilihannya.
Pelakon jelita yang berasal dari Singapura, Hannah Delisha mengejutkan peminat seni tanahair apabila mengumumkan dia sudah bernikah.
Hannah baru saja sebentar tadi berkongsi khabar gembira tersebut menerusi entri di akaun Instagramnya. Kini pelakon yang baru saja berhijab ini telah selamat bergelar isteri kepada aktor dari negara sama, Imam Shah.
Namun pemilik nama sebanar Hannah Adlina Blackburne Birch , 25 ini tidak berkongsi butiran lanjut mengenai majlis pernikahan mereka.
Hannah Delisha Sah Bergelar Isteri Imam Shah
Malah dia juga meluahkan rasa bersyukur selepas lima tahun perkenalan bersama suami. Pasangan pengantin ini juga kelihatan sama cantik sama padan menerusi busana berona putih.
“Finally, after 5 years. Alhamdullilah. “I love you @imamemy #imampadahannah” tulis Hannah.
Sedikit perkongsian Imam Shah merupakan salah seorang pelakon kelahiran Singapura yang berusia 32 tahun. Dia juga pernah membintangi beberapa buah drama TV3 dan antaranya Kau Yang Pertama dan Lafazkan Kalimah Cintamu.
Personaliti media sosial yang juga anak kepada, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurul Hidayah atau lebih dikenali dengan panggilan Nurul Zahid membuat pengakuan sebelum ini dirinya pernah mengalami masalah berat badan sehingga mencecah 100 kg.
Dek kerana situasi pada masa itu, Nurul mengambil keputusan menjalani pembedahan bariatrik (pintasan perut) kira-kira 11 tahun lalu demi kesihatan.
Nurul Zahid Ambil Masa Setahun Biasakan Diri
Malah menerusi perkongsiannya di akaun Instagramnya baru-baru ini, beliau turut mendedahkan mengambil masa selama setahun untuk membiasakan diri dari segi pemakanan selepas menjalani pembedahan bariatrik.
“Kita pernah gemuk. 100kg.
“Kita buat Bariatric Surgery – Sleeve Gastrectomy
“Kita makan sikit jer sbb perut tak boleh terima makanan dalam kuantiti yg banyak.
“Kita mengaku kat ramai orang yang kita buat prosedure kecilkan kantung perut.
“Kita Tak Tipu Buat Pembedahan Bariatrik”
“Dari 100kg pernah turun sampai 58kg dalam masa setahun setengah. Tapi kita tak tipu. Kita siap suggest/cadangkan orang yang obesiti buat. Tak mahal pun, sebab 11 tahun lepas kita buat RM15k. Sekarang dah mahal tapi berbaloi.
“Kita nak cerita, bukan nak jd manusia negatif. Kita nak cerita kalau buat proses potong usus ker kecik kan perut ker jgn la bgtau exercise. Jangan la bgtau diet atau makan produk kurus jenama sendiri.
“Pendapat sy. Berlaku jujur dan jangan malu kongsi perkara baik. Nak malu apa potong usus/kecik kan perut? Bukan utk kecantikan pun utk kesihatan. Kalau mmg cantik gemuk 200kg pun cantik lagi. Tapi dgn prosedur mcm yg sy bgtau td lebih cepat dan kita lebih sihat. Tu jer.
“Jangan tipu. Tipu dosa. Tp kubur masing2. Ikut la mcmana. So, yeah. Kita kurus dulu sbb buat Bariatric Surgery.
Comelnya puteri sulung Uqasha Senrose dan Kamal Adli, Hawra Uqaira. Baru-baru ini, telah berlangsung majlis kesyukuran dan akikah puteri sulung pasangan selebriti ini yang dihadiri kaum keluarga dan pendakwah selebriti, Ustaz Wadi Annuar.
Majlis berkenaan turut menyaksikan buat pertama kalinya wajah si kecil tersebut didedahkan kepada para tetamu.
Perkongsian Uqasha, atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen turut memuat naik beberapa keping foro memperlihatkan wajah puteri sulungnya itu. Hantaran tersebut memperlihatkan pelakon berkulit putih berkenaan sedang memangku anak kesayangannya.
Harapan Uqasha
Isteri kesayangan Kamal Adli itu turut meluahkan rasa syukur kerana majlis akikah anaknya berjalan dengan lancar dan menyatakan harapan agar si kecil itu membesar dengan baik dan menjadi anak solehah.
“Alhamdulilah syukur Ya ALLAH terima kasih banyak-banyak Ustaz Wadi Annuar sudi tahnikkan puteri Qasha. Semoga menjadi anak yang solehah anakku,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen terutamanya peminat teruja dan memuji kecomelan anak Uqasha yang mirip seperti wajah ibunya yang jelita. Ujar mereka:
“Masya ALLAH comelnya Uqaira.”
“Comelnya.”
“Comel macam ibu dia, bulu mata tu lentik.”
“Masya-ALLAH tabarakallah comelnya Uqaira. Moga menjadi anak soleh. eii geramnya tengok dia tengah tidur tu.”
Untuk rekod, Uqasha melahirkan Uqaira seberat 2.72 kilogram pada 27 April 2024 di sebuah pusat perubatan di ibu negara. Pelakon berusia 32 tahun itu bernikah pada 5 November 2021 itu sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Kali pertama ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.