Jangan sampai menzalimi pasangan.

Jika semua keperluan keluarga sudah dicukupkan, suami tidak lagi wajib beri isteri duit poket? Betul ke, ramai yang tidak faham tentang bab nafkah.

Kadang-kadang bab nafkah ini menjadi pertengkaran antara gender atau suami dan juga isteri.

Sebelum mak, ayah tersalah bab nafkah ini dan membuat andaian sendiri, rujuklah kepada ustaz atau orang lebih pakar. Apatah lagi nafkah ini wajib ditunaikan oleh seorang suami setelah menikahi isterinya.

Jika Keperluan Keluarga Sudah Dicukupkan

Kongsi Ustaz Masri Ramli di akaun Facebook:

Assalamualaikum.

Jika Keperluan Keluarga Sudah Dicukupkan, Suami Tidak Wajib Beri Isteri Duit Poket?
Salah faham soal nafkah.

Tulisan dalam gambar ini yang tidak faham maksud nafkah.

Nafkah yang wajib suami berikan kepada isteri dan anak-anak ialah:
1. Kediaman@tempat tinggal.
2. Pakaian
3. Makan minum
*** Dan lain-lain yang berkaitan keperluan.

Suami Tidak Wajib Beri Isteri Duit Poket?

Jika semua keperluan keluarga sudah diberikan oleh suami, maka tidak wajib dia beri duit poket kepada isteri. Jika dia beri, itu hadiah dia kepada si isteri.

Ini berbeza jika suami tak sediakan semua di atas, dan dia berikan duit kepada isteri untuk isteri bayar semua di atas.

Kesimpulannya, penulis di atas yang tidak faham maksud nafkah, sehingga memasukkan duit poket isteri sebagai nafkah, sedangkan tidak.

Rujuk fatwa-fatwa di bawah:
https://islamqa.info/…/is-the-wife-entitled-to-a…
https://islamqa.org/…/pocket-and-grocery-money-for-the…/
https://www.islamweb.net/…/husband-giving-wife-pocket…

Tak Salah Bagi Duit Poket

Jadi salah ke suami bagi duit poket kepada isteri? Pastilah tak salah. Ia termasuk hadiah. Memberikan hadiah adalah satu sunnah. Sesetengah suami hadiahkan isteri dia duit poket sebab dia mampu.

Ada yang mampu tapi beri hadiah bentuk lain. Ada yang tak mampu, lain cara dia bahagiakan isteri dia.

Jangan Menzalimi Pasangan

Jangan wajibkan benda tak wajib. Mewajibkan suami beri duit poket kepada isteri dalam keadaan semua keperluan keluarga suami dah tunaikan, sama sahaja seperti mewajibkan isteri bekerja untuk menafkahi keluarga.

Keduanya sama, sebab ia menzalimi pasangan dengan memaksa dan mewajibkan mereka untuk perkara yang bukan kewajipan mereka.

Baca Juga Di Sini:

Isteri Beri Nafkah Pada Mak Ayah Guna Duit Suami, Perlu Minta Izin, Redhanya

Nafkah Wajib Diberi Dahulu, Barulah Disusuli Taat Seorang Isteri, Umpama Mahar Dibayar Tunai

Suami Lebihkan Adik Perempuan Jangan Sampai Nafkah Anak Isteri Terabai, Dahulukan Selayaknya

Longgok Berpuluh Ribu DUIT 1 SEN Depan Rumah Bekas Isteri, Bayar NAFKAH Anak!

Nafkah Anak TETAP Tanggungjawab Ayah, Walaupun Isteri Jaga Selepas BERPISAH, Jangan Nak Culas

Mingguan Wanita : Buat mak-mak jangan terlalu mengikut kata hati, fahamkan betul-betul bab nafkah ini. Jangan kerana terlalu inginkan duit poket dari suami yang kurang berkemampuan membuatkan mak-mak jadi isteri yang zalim dan tidak tahu bersyukur. Manakala buat ayah-ayah bertanggungjawablah memberi nafkah mengikut kemampuan kepada isteri dan anak-anak.

Sumber : Ustaz Masri Ramli

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI