Ads

Jasad Syamsul Masih Baik… Ibu Menanti Jawapan Bedah Siasat Esok

Di tanah perkuburan yang dingin pagi tadi, hajat seorang ibu terlaksana. Kubur anaknya, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, digali semulaĀ  untuk mencariĀ  kebenaran yang masih tertutup kabur.

Jasad Syamsul Masih Baik… Ibu Menanti Jawapan Bedah Siasat Esok

Ummu Haiman Bee, seorang ibu yang kehilangan anak sulungnya dalam keadaan penuh tanda tanya, berdiri tabah menyaksikan proses yang memilukan. Sehelai demi sehelai tanah merah disingkap, seakan-akan mengusik semula luka yang belum sempat sembuh.

Hari ini, jenazah anak yang pernah didakap penuh kasih, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menunggu detik penting yang dijadualkan esok. Proses bedah siasat kali kedua akan dilaksanakan oleh empat orang pakar forensik.

Jasad Syamsul Masih Baik… Ibu Menanti Jawapan Bedah Siasat Esok
Foto: Kredit Berita Harian

Antara mereka, seorang pakar mewakili pihak keluarga, Datuk Seri Dr. Bhupinder Singh, yang diharap dapat merungkai segala misteri yang menyelubungi pemergian arwah.

Ads

Jenazah Syamsul ditutupi dengan bungkusan khas yang disediakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dibawa menaiki van untuk dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan diiringi kawalan ketat polis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mingguan Wanita (@mingguanwanita)

Ads

Keadaan jasad Syamsul berada dalam keadaan baik selepas dikeluarkan dari keranda.

ā€œEsok, pukul 9 pagi barulah segalanya bermula,ā€ ujar peguam keluarga, Datuk Naran Singh, dengan nada berat.

Ads

Jasad Syamsul Masih Baik… Ibu Menanti Jawapan Bedah Siasat Esok

Anda mungkin berminat dengan

Bagi seorang ibu, menunggu sehari terasa seperti seribu tahun. Bukan mudah merelakan jasad anaknya dibedah semula. Namun demi sebuah jawapan, demi mencari keadilan, Ummu Haiman pasrah menunggu esok dengan doa dan air mata yang tidak pernah kering.

Hari ini, jasad anak yang pernah didakap penuh kasih sudah dibawa pergi sekali lagi. Esok, seorang ibu akan kembali menanti, dengan hati yang tak pernah berhenti berdoa agar terbongkar akhirnya kebenaran di sebalik pemergian insan tersayang.

Follow kami diĀ TELEGRAM,Ā INSTAGRAM,Ā TIKTOK,Ā FACEBOOK,Ā TWITTERĀ danĀ YOUTUBE

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
āˆž
āˆž
Ads

Cerita Lain

Nahas Helikopter Flying Doctor

Nahas Helikopter Flying Doctor, Juruterbang Jelaskan Kenapa Mangsa Tak Boleh Lompat...

Nahas helikopter Flying Doctor di Long Lellang mencetuskan pelbagai persoalan. Kapten Mohd Ezairol Rezan Zainol tampil menjelaskan beberapa perkara termasuk isu penggunaan payung terjun.