“Anak saya bukan jatuh. Anak saya bukan bunuh diri. Dia dibuli. Dan saya akan cari keadilan untuk dia, walau kuburnya perlu digali semula.” — Noraidah Lamat, ibu Allahyarham Zara Qairina
Di sebalik wajah polos seorang pelajar Tingkatan 1, tersembunyi derita yang tidak terluah, dan kini keluarga kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, tampil menuntut keadilan yang selama ini seakan disorok di sebalik senyap dan sunyi siasatan.
Keluarga ini memohon agar satu inkues rasmi diadakan bagi menentukan punca sebenar kematian anak gadis ini, yang dikatakan terjatuh dari tingkat tiga asrama Sekolah Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Papar.
Menerusi laporan polis tambahan yang difailkan oleh ibunya, Noraidah, terdapat rakaman perbualan telefon antara beliau dan arwah yang mendedahkan gangguan berterusan daripada pelajar senior.
Antaranya, seorang pelajar dikenali sebagai ‘Kak M’ yang pernah mengugut Zara:
Ads
“Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni.”
Bedah Siasat Tiada, Wajah Tiada Luka Jatuh — Persoalan Bertambah
Apa yang lebih memilukan, keluarga turut mempersoalkan kecederaan fizikal yang tidak sepadan dengan dakwaan jatuh dari tempat tinggi.
“Wajah anak saya tiada lebam, tiada luka parah. Seolah-olah bukan jatuh dari tingkat tiga,” kata ibu yang kini gigih mencari keadilan dari sisi undang-undang.
Lebih mengelirukan, pihak sekolah dikatakan meminta agar laporan polis tidak dibuat, satu tindakan yang menambahkan syak wasangka terhadap apa yang sebenarnya berlaku.
Ads
Permohonan Inkues
Menerusi kenyataan dua peguam yang mewakili keluarga, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri, satu permohonan rasmi telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara Sabah pada 31 Julai 2025, memohon agar inkues diadakan di bawah Seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah.
Peguam turut menafikan dakwaan liar yang menyalahkan ibu Zara dalam kematian anaknya, menyifatkan ia sebagai fitnah jahat dan tidak berasas.
Ads
“Tidak ada ‘plot twist’. Tidak ada unsur si ibu bersalah. Yang ada hanya suara seorang ibu yang menuntut kebenaran untuk anak tunggalnya.”
Lebih memburukkan keadaan, dari 17 hingga 27 Julai, keluarga langsung tidak menerima perkembangan siasatan daripada pihak polis. Hanya selepas gesaan dan tekanan awam, kenyataan ringkas dikeluarkan bahawa siasatan masih berjalan dan 60 orang telah dipanggil memberi keterangan.
Namun bagi seorang ibu, kesenyapan adalah bentuk penderaan kedua—bila kebenaran digantung di awangan dan duka tidak diberi penghujung.
Di akhir kenyataan, pihak peguam menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi atau menyebar fitnah, sebaliknya menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.
Nota editor: Sekiranya anda pernah menjadi mangsa buli atau mengenali sesiapa yang terkesan, jangan diam. Bersuara. Kerana setiap nyawa muda adalah harapan masa depan yang tidak sepatutnya padam sebelum waktunya.
Pejam celik, kempen raya 2024 kini muncul kembali. Jika dilihat tahun lalu, jenama Bulan Bintang menggunakan khidmat dron atau gimik gempak menghiasi kempen raya yang menelan belanja mencecah RM8 juta, namun kini semuanya ‘dihabiskan’ kembali kepada pembeli.
Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, 27, 2024 merupakan tahun untuk membalas jasa pelanggan setia yang tidak jemu memberikan sokongan kepada jenamanya sejak sembilan tahun lalu.
Memperuntukkan RM11 juta untuk kempen The Terrrrpaling Raya Bulan Bintang 2024, Azzim Zahid Azmi, meletakkan tahun 2024 sebagai tahun untuk membalas jasa pelanggan setia yang tidak jemu memberikan sokongan kepada jenamanya sejak sembilan tahun lalu.
“Tahun ini merupakan tahun untuk Bulan Bintang membalas jasa kepada mereka yang selama ini menyokong jenama lokal ini. Saya memperuntukkan RM11 juta dan semuanya diberikan kembali kepada pembeli.
“Kami membelanjakan RM6.2 juta dengan memberikan 150,000 sampin percuma bagi setiap pembelian atau mereka boleh memilih baju batik modern fit yang berharga RM129 secara percuma. Untuk baju batik ini kami berhabis RM1.6 juta.
“Dan setiap pembeli berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta di mana terdapat banyak hadiah menarik antaranya dua buah kereta, motosikal, Iphone, pakej umrah dan percutian,” jelasnya ketika ditemui pada sidang media Bulan Bintang The Terrrrpaling Raya Fashion Show 2024 yang diadakan di Sentul Depot, Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu.
Ambil Tindakan Proaktif
Berkongsi perkembangan mengenai Bulan Bintang, Azzim mengakui terdapat kelemahan dari segi produksi tahun lalu dan mengambil tindakan proaktif dengan menukar kilang dan melakukan secara ‘overhaul’ keseluruhan bagi memberikan kualiti terbaik pada tahun ini.
“Saya akui tahun lalu kami terima pelbagai respon negatif daripada pembeli dan secara jujurnya ia memberi kesan yang sangat mendalam kepada jenama dan diri saya sendiri. Saya jadi anxiety dan takut nak membaca mesej yang masuk, sehingga hari ini saya masih trauma.
“Namun saya memandangnya pada sudut yang positif dan hikmahnya Bulan Bintang lebih perketatkan isu kualiti pada baju dan ia terbukti.
“Saya tak mahu menjadi jenama syok sendiri dan baju Bulan Bintang dihantar ke makmal untuk menjalani Fabric Lab Test Report dan hasilnya kami mendapat pengiktirafan A. Fabrik berangin, tidak panas dan tiada lagi masalah benang tetas atau berbulu. Kami mahu menjadi pelopor kepada jenama muslim kontemporari dengan memperkenalkan pesak flexi.
“Malah untuk menjadi yang terbaik, ia bukan sekadar produk yang berkualiti, malah kami pertingkatkan lagi mutu khidmat pelanggan di mana kami bersedia 24 jam setiap hari. Call sahaja jika ada sebarang masalah dengan baju,” tambahnya yang memastikan kualiti produk yang lebih baik bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Selain itu, enam selebriti popular telah dilantik sebagai duta Bulan Bintang 2024 di mana, Remy Ishak terpilih sebagai duta utama Bulan Bintang diikuti Shukri Yahaya, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Hannah Delisha dan Daiyan Trisha.
Anak derita sakit kanser. Pelakon senior, Amyza Aznan memberitahu anaknya Andre Mikhail, 22, telah menanggung sakit sejak tiga bulan lalu. Dirinya mula mengesan anaknya tidak sihat apabila mengadu sesak nafas dan lebih selesa tidur dalam keadaan duduk.
Seperti mana dikongsikan, Azmyza tidak perasan anaknya sakit pada waktu itu.
“Rupanya dia sudah menahan sakit selama sebulan lebih dan tidur secara duduk selama sebulan juga, hari-hari saya ada kerja jadi bila balik Andre sudah tidur dan tak perasan sangat dia sakit waktu tu.
“Kejadiannya bermula apabila saya balik malam tu dan buka pintu rumah kemudian satu rumah bau minyak angin, mulanya ingat sakit otot, dekat sebulan guna minyak tu, kemudian adik dia bongsunya iaitu Adrian beritahu yang abang dia tidur duduk sekarang ni.
“Jadi bila tahu perkara tu hati saya mula tak sedap dan rasakan mesti ada sesuatu sebab melibatkan paru-paru, kemudian Andre dibawa ke Hospital Ampang,” terang Amyza seperti mana dikongsi menerusi portal mStar.
Andre Dipindahkan Ke Hospital Kuala Lumpur
Setelah tiga minggu menerima rawatan di Hospital Ampang, kini Andre telah dipindahkan ke Hopital Kuala Lumpur bagi mendapat rawatan pakar selepas disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga dan perlu menjalani kimoterapi selama lima hari.
Seperti mana dikongsi di akaun Instagramnya, Amyza memaklumkan air dari paru-paru anaknya sudah memasuki jantung, manakala paru-paru sebelah kanan juga sudah tidak lagi berfungsi.
“Assalamualaikum, saya tak tahu ayat apa yang harus saya mulakan, anak saya, Andre Mikhail sekarang didiagnos kanser paru-paru tahap tiga.
“Ketika ditolak ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk prosedur, dia sangat tenang. Mata tenang dan semua jururawat pun dia sangat kuat. Allah.
“Saya merayu tumpangkan doa daripada semua untuk keajaiban kesembuhan anak soleh saya, Andre Mikhail,” tulis Amyza.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dalam dunia seni yang sering berubah dan penuh cabaran, jarang sekali kita dapat melihat persahabatan yang kekal seteguh masa.
Namun malam Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya membuktikan bahawa ikatan dua hati yang ikhlas tidak pernah luntur, terutama jika ia milik dua wanita hebat seperti Krisdayanti dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Kehadiran Siti Nurhaliza malam itu mencuri perhatian ramai. Tampil anggun dalam skirt hijau sopan, duduk tenang di sisi suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Aura tenangnya menjadi pelengkap kepada malam yang dipenuhi dengan cinta dan muzik.
Namun yang lebih menyentuh hati ialah detik spontan apabila Krisdayanti mengajak sahabat baiknya itu naik ke pentas, tanpa sempat Siti meletakkan beg tangan. Momen itu disambut dengan gelak manja dan tepukan peminat, satu adegan jujur yang memperlihatkan betapa tulusnya persahabatan mereka yang sudah menjangkau lebih 20 tahun.
Nyanyian Ikonik, Suara Mengubat Rindu
Mereka berdua bersama penyanyi Mimifly menyanyikan lagu ikonik Jika Kau Tak Datang dari album CTKD album yang menyatukan dua suara paling indah di rantau ini. Sorakan peminat tak henti apabila mereka turut menyampaikan lagu Cindai dan Sinaran, mengundang nostalgia buat semua yang membesar dengan irama mereka.
“Ini bukan sekadar konsert, ini adalah perayaan cinta, kenangan dan suara yang menyatukan kita semua,” luah Krisdayanti penuh emosi.
Selama dua jam setengah, konsert tersebut membawa penonton mengembara dalam pelbagai rasa – dari suka, duka, hingga ke haru yang membasah mata, terutamanya ketika lagu Menghitung Hari bergema.
Kemunculan Mimifly menerusi lagu Angkat, serta duet istimewa Krisdayanti bersama Khai Bahar dalam Hati Ini Telah Dilukai menambah variasi. Semua ini diiringi susunan muzik indah oleh Erwin Gutawa, maestro dari Indonesia yang memperhebatkan persembahan dengan orkestra mewah dan eksklusif.
Krisdayanti turut mengundang anak perempuannya, Aurelie Hermansyah, cucu-cucunya Ameena dan Azura serta Arianna Amora Lemos ke pentas.
Mereka mendendangkan beberapa lagu termasuklah Timang-Timang ciptaan Anang Hermansyah dan Bertubi-Tubi ciptaan Melly Goeslaw. Ternyata nenek vogue berusia 50 tahun ini begitu menyayangi anak dan cucunya yang menjadi penyeri hidup mereka sekeluarga.
Konsert ini bukan sekadar hiburan, ia adalah lambang keindahan sebuah persahabatan, kekuatan wanita, dan bagaimana suara boleh menyatukan dua jiwa serta jutaan hati yang mendengarnya. Krisdayanti dan Siti Nurhaliza, dua nama besar yang kekal merendah hati dan memberi inspirasi kepada semua wanita untuk setia dalam persahabatan, walau dunia berubah.