Ayat yang biasa kita dengar ‘hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut’. Ingat, jangan tunda bayar hutang, sebab bila seseorang itu berhutang, ia pasti melekat pada seseorang meski pun orang itu telah meninggal dunia. Kita sendiri tidak tahu bila ajal datang menjemput.
Tidak dinafikan, nak berhutang memang senang dan bila sebut tentang hutang, bukan hanya kita berhutang dengan nilai tunai yang diberi pinjam oleh seseorang tetapi ia termasuklah dalam apa jua yang kita pinjam. Boleh jadi, hutang dalam membeli barang yang menggunakan kad kredit, pinjaman dan sebagainya.
Mungkin dengan hutang yang berasaskan kepada kad kredit, pinjaman dan sebagainya, kita terikat untuk membayar setiap bulan. Tapi bagi yang berhutang dengan kawan-kawan, waima adik beradik sekali pun, jangan tunda bayar hutang. Bayarlah seperti yang kita janjikan sebelum mendapat wang tersebut.
Ingat, hutang ini bawa sampai ke mati. Pernah kita dengar, bila ada seseorang yang meninggal dunia, ahli keluarga pasti akan bertanyakan kepada saudara atau jiran yang hadir untuk tampil diri dan memberitahu, jika si mati ada belum melunaskan hutang sebelum ini.
Sebab itulah, jangan sesekali tunda bayar hutang kerana ia boleh jadi asbab urusan kita ‘di sana’ nanti akan tersekat dek kerana hutang. Ada beberapa ulasan yang diberikan oleh Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan dalam tulisannya tentang hutang yang boleh memberi panduan kepada kita semua.
Hutang akan selalu melekat pada diri seseorang walaupun sesudah dia meninggal dunia. Di antara akibat menunda-nunda pembayaran hutang ialah:
1. Amal Salihnya Menjadi Pengganti Hutang
Sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih berhutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dibayar dengan pahalanya kerana di akhirat tiada lagi dinar dan dirham.”
IKLAN
2. Urusannya Di Akhirat Tergantung
Sabda Nabi SAW: Jiwa seorang mukmin bergantung dengan hutangnya hingga dia melunaskannya. ”Maksud bergantung ialah dia tidak selamat atau sengsara sampai hutangnya dijelaskan oleh ahli warisnya.
3. Mengadap Allah Dengan Status Pencuri
Sabda Junjungan SAW: “Sesiapa yang berhutang dan berniat tidak mahu membayarnya, maka dia akan bertemu Allah SWT (pada hari kiamat) dengan status pencuri.”
4. Dosa Tidak Diampun walaupun Mati Syahid
Sabda Rasulullah SAW : Semua dosa orang yang mati syahid akan diampunkan kecuali hutang.”
5. Merenggangkan Tali Silaturrahim
Jika hutang ditunda-tunda pembayarannya, maka akan menyakitkan hati si pemberi hutang. Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu ialah yang mudah membayar hutang.”
Nur Khayra Adra Low Abdullah atau Sherry Low Hooi Ching, 21 merupakan anak kelahiran Melaka dan kini menetap di Klang, Selangor. Kehidupan gadis ini cukup unik dan berbeza dengan masyarakat Cina yang lain. Nur Khayra bersama kakak dan abangnya dijaga oleh keluarga angkat beragama Islam sejak dari kecil.
Dek kerana masalah yang dihadapi oleh ibu bapa kandung, ketiga-tiga mereka dijaga dan dibesarkan oleh keluarga angkat namun hingga kini mereka masih berhubung dengan ibu bapa kandung cuma mereka sudah menetap di rumah keluarga angkat.
Nur Khayra Adra Low Dilatih Sejak Dari Kecil Cara Hidup Melayu & Islam
Akui tidak banyak bezanya kehidupan sebelum dan selepas memeluk Islam, Nur Khayra sebenarnya sudah dilatih sejak dari kecil cara hidup orang Melayu dan agama Islam.
“Saya tidak kekok untuk berkawan dengan sesiapa sahaja kerana saya sangat fasih berbahasa Melayu berbanding Mandarin. Soal makan dan minum juga tidak menjadi masalah. Solat dan puasa juga sudah menjadi kebiasaan sejak kecil lagi. Alhamdulillah saya besyukur dapat dikurniakan hidayah dari Allah SWT yang tak semua orang perolehi. Saya juga sangat besyukur diketemukan dengan keluarga angkat yang menjaga saya tiga beradik dengan penuh kasih sayang.
“Mereka juga memberi tunjuk ajar mengenai ilmu agama. Sekarang saya masih duduk dengan keluarga angkat dan akan pulang ke Melaka melawat mummy dan daddy (panggilan ibu dan bapa kandung) jika cuti panjang atau raya Cina. Saya juga menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha bersama keluarga angkat di Klang,” ungkap Nur Khayra yang rasa sangat bertuah kerana turut dikelilingi rakan-rakan yang sangat memahami.
Pilih Mata Pelajaran Pendidikan Islam
Gadis yang masih menuntut di POLISAS, Kuantan ini bercerita sewaktu zaman persekolahan rendah dia mengambil mata pelajaran pendidikan moral dan dek kerana tidak mahu berpisah dengan rakan-rakan Islam yang lain di dalam kelas dia bersetuju untuk mengambil mata pelajara agama Islam.
“Semasa di sekolah hanya saya dan adik beradik saja yang berbangsa Cina. Pada mulanya saya mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral dan disebabkan oleh kawan-kawan saya kebanyakkannya Melayu, mereka akan berpisah kelas dengan saya jika mata pelajaran agama terdapat pada jadual.
“Jadi, disebabkan oleh hal itu, ada seorang ustazah yang bertanya kepada saya mahu ke saya mengambil mata pelajaran agama Islam? Dan saya sangat seronok serta mempersetujuinya.
“Kata usatazah Pendidikan Islam hanyalah mata pelajaran umum yang boleh di pelajari oleh semua tak kira agama. Dari situ saya mula hendak bertukar uniform sekolah juga kepada baju kurung dan mula bertudung seperti kawan-kawan Islam yang lain. Semasa darjah tiga saya mula memakai baju kurung dan bertudung ke sekolah.
“Saya juga mempelajari pelajaran agama Islam di sekolah dan tidak mengambil Pendidikan Moral lagi . Setiap kali kelas agama, ustazah pasti menyuruh kami membaca doa belajar dan membaca Tahiyyat Akhir. Disebabkan oleh itu ia menjadi bacaan harian sehingga menyebabkan saya menghafalnya. Saya masih tidak pandai membaca dan menulis jawi ketika itu . Seterusnya, seperti aktiviti solat, saya hanya ikut sahaja pergerakan yang diajar sehingga menghafalnya tetapi bacaan masih belum lancar.
Ramadan Paling Seronok
“Pada bulan Ramdan, saya juga berpuasa tetapi hanya berpuasa pada setengah hari sahaja sehingga darjah lima, apabila darjah enam saya sudah mula berpuasa penuh. Saya juga sering mengikut famili angkat saya ke surau untuk menunaikan solat Terawih.
“Saya sering diberi galakkan dan dibimbing oleh pelbagai pihak terutamanya famili angkat saya sendiri dan juga guru-guru di sekolah. Mereka juga sering memberi nasihat dan menceritakan keindahan Islam kepada saya tanpa paksaan untuk saya memeluk Islam. Pada raya Aidilfitri dan Aidiladha juga, saya akan sambut dengan famili di Klang. Saya akan ikut sama solat sunat raya.
“Ketika saya berusia 12 tahun, saya hendak memeluk Islam tetapi ibu bapa kandung saya masih melarang kerana katanya tidak cukup umur dan masih budak , belum berfikiran matang.
“Pada usia tersebut, saya telah pun pandai mengucap dua kalimah syahadah. Jadi mengikut JAIS pula, jika ibu bapa tidak setuju pada usia 18 tahun ke bawah, masih tidak boleh memeluk Islam. Jadi ketika umur saya 18 tahun, dengan segera saya memeluk Islam kerana bimbang jika terjadi apa apa, tidak sempat untuk menukar agama. Jadi pada 22 Feb 2017 saya telah memeluk islam di Jais Klang ditemani oleh famili angkat saya.
Menangis Kegembiraan
“Alhamdulillah, setelah selesai mengucap dua kalimah syahadah, ibu bapa saya menangis kerana gembira dengan keputusan yang saya dan kakak saya lakukan ini. Kakak saya juga telah memeluk Islam pada umurnya 18 tahun, jadi dia telah memeluk agama Islam terlebih dahulu dan barulah saya. Tetapi abang kami masih beragama Buddha. Mummy saya beragama Kristian dan Daddy saya beragama Buddha.
“Jadi setelah saya memeluk agama Islam, mummy dan daddy saya masih tidak mengetahui hal tersebut, jadi saya dan kakak mencadangkan untuk memberitahu mereka dengan pulang ke melaka dengan memakai pakaian yang menutup aurat. Saya dan kakak telah pun memakai tudung dan menutup aurat ketika sebelum memeluk agama islam lagi. Kami mempraktikan diri kami dengan menutup aurat sebelum betul-betul memeluk agama Islam dengan itu kami lebih selesa dan rasa selamat dari pandangan orang ramai.
“Kami pulang berjumpa dengan kedua ibu bapa kandung dan mereka terkejut dengan apabila memberitahu kami sudah memeluk Islam. Kami juga menerangkan dengan secara baik kenapa kami memilih agama Islam iaitu kerana didikan awal yang telah diberikan oleh para guru serta keindahan cara hidup orang Islam.
“Lama kelamaan mereka menerima kami dengan hati yang terbuka yang mana mereka selalu berpesan agar sentiasa balik dan melawat mereka walaupun sudah berlainan agama. Pada setiap kali raya Cina dan cuti yang panjang, saya dan kakak akan pulang ke Melaka,” ujar Nur Khayra.
Disayangi Ramai
Gadis ini juga turut menerangkan kehidupannya sebagai seorang Mualaf sangatlah bahagia. Dikelilingi oleh orang yang baik-baik.
“Saya juga lebih mudah dikenali dan disayangi ramai kerana tertarik akan cerita kehidupan saya sebagai seorang mualaf. Saya juga lebih gemar bercerita dan berkongsi untuk pengetahuan semua agar dijadikan pengajaran hidup.
“Selepas saya memeluk Islam, saya mengikuti kelas agama anjuran JAIS. Dari situ saya belajar untuk membaca iqra dan menulis jawi serta ilmu agama seperti fardhu ain, surah, aqidah dan sebagainya,” akhiri gadis yang cukup peramah ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Bilakah masa mak ayah tenang? Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini, mungkin emosi mak ayah agak tidak menentu. Apa tidaknya, mak ayah sibuk dengan kerja dari rumah, ditambah dengan anak belajar dari rumah. Bila keadaan serentak macam nie, boleh huru hara jadinya.
Mak-mak pula, bukan saja tertumpu pada anak belajar, dia pun sibuk dengan kerja perjabat dan masa sama kena sediakan makan minum keluarga di rumah lagi. Tak dapat bayangkan apa yang dilalui oleh mak ayah setiap hari.
Keadaan ini juga boleh buat emosi mak ayah tak tenang dan kalau tidak diurus emosi dengan baik, macam-macam boleh jadi. Jadi, perkongsian daripada Puan Aminah Mat Yusoff boleh mak ayah jadikan panduan.
Katanya, mak ayah boleh amalkan ayat pertama surah Al Fath untuk membantu urus emosi yang tidak menentu, seterusnya dipermudahkan segala kesulitan.
Cara uruskan emosi ibu ayah ketika bantu anak belajar.
1. Saya sangat memahami situasi ibu ayah yang mengajar anak-anak di rumah. Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya kita nak memastikan anak-anak akur dengan arahan. Betapa peritnya kita nak duduk dan tekun dengan anak-anak apabila memikirkan banyak kerja hakiki yang belum selesai. Itu tak masuk lagi rutin harian yang banyak terbengkalai.
2. Kenapa kita stres, emosi dan rasa tertekan? Ini kerana kita memikirkan banyak perkara dalam satu masa. Kita bukan tidak mampu tapi kita terlalu mengasak diri untuk menyelesaikan banyak perkara. Teringat peribahasa “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Oleh itu kita selesaikan satu-satu. Susun mengikut priority. Be cool.
3. Emosi dan perasaan tertekan menyebabkan kita rasa tidak adil dan menyalahkan pihak yang lain. Bila kita mula membuka pintu syak dan buruk sangka, tidak ada lagi keberkatan dalam usaha kita. Jika rasa penat, berhenti sekejap, pergilah berwuduk dan lakukan solat sunat taubat dua rakaat. Yakinlah ibu ayah., Allah akan ringankan tekanan yang kita sedang alami.
4. Mesti ada Komunikasi yang baik antara ibu ayah dan guru. Cadangkan kepada orang yang tepat. Tidak akan berakhir kepenatan kita jika sekadar meluahkan secara umum di sosial media, malah menimbulkan pelbagai komen negatif dari netizen. Lain yang kita harap, lain pula yang kita dapat. Bincang elok-elok, cadang elok-elok. Pasti Allah beri jalan keluar untuk kita.
5. Ulang-ulang baca ayat pertama surah Al-Fath. Moga terangkat segala kesulitan dan kesukaran yang kita hadapi.
#BicarakuKeranaAllah
#AllahSentiasaDhati
MW: Bila kita rasakan terlalu banyak kerja yang dibuat dalam satu masa, macam-macam emosilah yang datang. Amalkan bacaan ayat ini. Moga dipermudahkan.
“Merangkaklah cari aku di padang mahsyar.” Lebih baik maafkan dari susahnya diri menunggu orang yang mak ayah marahkan tu.
Memang susah hendak maafkan orang yang berbuat salah dan menyakiti hati, namun sebaik-baiknya usaha untuk maafkan dan move on. Serahkan saja pada Allah untuk membalasnya.
Kau ingat dekat sana nanti, dia merangkak macam anak kau yang baru nak belajar jalan merangkak ke?
Tak.
Sedar atau tidak sebenarnya kita sudah hilang sifat tawaduk dalam merenung ayat suci Al Quran.
Buka surah Al Hujurat, baca ayat 2. Sedangkan sahabat nabi yang telah dijanjikan syurga pun takut mendengar ayat ini, tak kan lah kita yang belum selangkah ke syurga ini hendak memperlekehkannya.
Sudahlah.
Tinggalkan lah ayat mengancam atau mengugut. Padang Masyar tu bukan macam padang permainan depan rumah kau.
Di situ segala amalan baik dan buruk akan ditimbang, di tontonkan satu demi satu kebaikan dan kejahatan kau.
Di situ terserlah segala keaiban kau yang selama ini Tuhan sembunyikan.
Kalau kita rasa best dengan ayat tu, teruskanlah. Teruskan lah dengan mendoakan yang tidak baik kepada kawan tadi tu.
Dari Susahnya Diri
Mengaku umat Nabi, tapi bila bab disakiti terus lupa umat nabi.
Abu Jahal dan Abu Lahab yang over zalimnya terhadap Nabi pun Nabi tetap maafkan dan mendoakan yang baik-baik hingga akhir hayat mereka.
Kenapa tak nak ikut?
Oh, kita bukan Nabi.
Habis tu? Nak ikut Abu Jahal ke?
Kah!
Kalau kau rasa dikhianati, di sakiti, dan ti ti yang lain, selesaikan lah di dunia.
Dan untuk kau yang menyakiti, selesaikan lah segalanya di sini juga.
Cukup-cukup lah segala beban dosa yang kita lakukan selama ini.
Dan tolong berhenti guna ayat;
“Carilah aku di Padang Masyar”
Buat penat kau tunggu.
Nahas tragedi helikopter TLDM, lelaki buat hantaran jelik didenda RM23,000. Gara-gara menghina nahas tragedi dua helikopter bertembung di udara dua hari lalu, seorang peniaga...