Sering kali topik mentua menjadi topik perbualan atau ‘curhat’ bagi isteri yang tidak ‘sebulu’ dengan mentua. Begitu juga bagi mentua, sebab sayang anak, mahu tidak mahu, perlu menerima kehadiran menantu, isteri kesayangan anaknya.
Paling sedih, bila mentua mula mencari kesalahan menantu, walaupun itu hanya perkara kecil. Kadang-kadang, saja ‘mereka’ cerita tentang keburukan menantu. Ini belum lagi termasuk bab-bab masakan dan mengemas rumah. Beruntungnya, jika menantu itu menjadi kesayangan mentua.
Sering kali keadaan ini berlaku kepada menantu perempuan dan jarang kita dengar tentang menantu lelaki. Mungkin kerana lelaki lebih kepada buat hal sendiri dan tidak banyak campur tangan bab-bab begini. Apakah yang perlu dilakukan dalam menjaga hubungan mentua dan menjadi salah satu menantu kesayangannya. Kupasan lanjt bersama Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) tentang topik ini.
Bukan Kesukaan
Ada beberapa sebab yang mungkin membuatkan menantu tidak menjadi kesukaan mentua, baik sebelum perkahwinan atau selepas perkahwinan. Antaranya:
Tidak mendapat persetujuan ibu bapa atau menolak pilihan ibu bapa sendiri sehingga membuatkan mereka tidak gembira dan menutup hati untuk menerima menantu.
Manakala bukan kesukaan selepas berkahwin, ia melibatkan soal emosi dan kebijaksanaan menguruskan hubungan antara anak, menantu dan mentua.
Ads
Salah faham atau terasa hati lebih mudah berlaku apabila menantu tinggal bersama, bersikap malas, menyakitkan hati mereka atau anak mereka.
Kesayangan Mentua
Kadang kala konflik yang berlaku antara menantu dan mentua disebabkan oleh sensitiviti emosi pada mentua atau ‘expectation’ yang tidak sesuai. Contohnya, budaya dan cara menghormati ibu bapa yang berbeza dari keluarga yang berlainan,
Malah, antara sikap menantu yang membahagiakan ibu bapa ialah:
Sentiasa merendah diri dan menganggap ibu bapa sebagai rujukan dan model dalam kehidupan mereka.
2. Menghormati mentua dan menghargai ibu mentua.
3. Menantu perempuan yang bersungguh-sungguh menjaga hati, melayani serta menyediakan keperluan suaminya dengan mencontohi ibu mentua menjaga anaknya.
4. Menantu lelaki pula menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kepada isterinya di hadapan mentua.
Pikat Hati Mentua
Sebagai menantu yang bijak, kita perlu faham fitrah dan ego ibu bapa mentua. Andainya kita menantu lelaki, kita perlu rapat dengan bapa mentua dan bijak menghargai ibu mentua.
Begitu juga kalau kita menantu perempuan, kita perlu rapat dengan ibu mentua dan bijak menghormati bapa mentua. Biasanya, masalah menantu mentua sering dikaitkan dengan menantu perempuan dan ibu mentua, tetapi sebenarnya ia boleh berlaku pada menantu lelaki dan bapa mentua juga.
Ads
Jangan biarkan mereka rasa tercabar dengan sentiasa mengambil berat ibu mentua dan menghormati bapa mentua. Pada masa yang sama, buktikan yang kita mampu menguruskan pasangan kita secara terbaik dan bersungguh-sungguh agar ibu bapa mentua rasa yakin yang anak mereka bahagia hidup bersama kita.
Tip
Bersihkan prasangka atau tanggapan negatif terhadap ibu bapa mentua. Sebagaimana kita terima pasangan seadanya dan rasa bahagia, begitu juga kita perlu rasa bahagia dengan kebaikan dan keistimewaan yang ada dalam keluarga pasangan kita.
2. Sebaiknya tinggal berasingan dari keluarga dan jadualkan supaya kerap menziarahi mereka. Contohnya, aturkan untuk membawa ibu bapa keluar bersama. Ini lebih efektif dan dihargai, berbanding tinggal sebumbung yang lebih membuka ruang perselisihan dan salah faham.
3. Berilah layanan kepada mentua seperti ibu bapa kita sendiri. Sentiasa jadikan mereka idola dan belajarlah daripada mereka. Kalau sedari awal kita tidak menghormati mereka.
4. Kadang kala perbezaan budaya, taraf atau persepsi yang berbeza lebih menyukarkan kita untuk menerima dan menyesuaikan diri dengan kehidupan mereka, apatah lagi kita selalunya rasa yang cara ibu bapa kita adalah yang terbaik.
Ads
5. Suburkan budaya positif, baik sangka dan kasih sayang dalam keluarga. Kebencian atau hati yang negatif hanyalah menyebabkan kita sentiasa mencari salah ibu bapa mentua yang kita tidak sukai dan ia hanya menambahkan lagi ketegangan dalam hubungan.
6. Perlu ingatkan diri kita, kita tak perlu terkejar-kejar gelaran menantu pilihan tetapi cukuplah hanya kita jadi menantu yang sedaya upaya melakukan apa yang menggembirakan mentua setiap masa.
Nasihat Buat:
MENANTU
Sayang dan hormat mentua sebagaimana ibu bapa sendiri.
Sebaiknya cuba untuk tinggal berasingan daripada mentua dan keraplah menjenguk mereka di samping menghargainya dengan pemberian hadiah.
Hargai cara hidup mentua walaupun kadang kala kurang bersetuju atau pun berbeza dengan cara didikan keluarga kita.
Usaha sungguh-sungguh untuk memahami apa yang mentuasuka dan gembira, cuba jadikan teman rapat dan pakar rujuk.
Elakkan daripada merendah-rendah, memperlekeh atau pun menyedihkan anak mereka terutama apabila di hadapannya.
MENTUA
Hormati anak menantu yang sudah pun membina keluarga mereka sendiri dan biarkan mereka ada kebebasan mencorakkan keluarganya.
Elakkan mendesak anak menantu untuk tinggal bersama kerana ia lebih mudah terbuka kepada salah faham yang berterusan.
Cuba terima perbezaan gaya hidup pada zaman kita dengan menantu yang dari budaya serta generasi berbeza.
Jadikan anak menantu sebagai rakan dan kongsi minat bersama.
Terima kelebihan dan kekurangan anak menantu sebaiknya, elakkan daripada prasangka dan kebencian kerana akan di susuli dengan salah menyalah, kata mengata dan sebagainya.
ANAK
Hormati ibu bapa kita tetapi perlu bijak supaya jangan sampai pasangan rasa terpinggir atau terlalu melebihkan ibu bapa setiap masa.
Wujudkan suasana yang menampakkan pasangan kita menghargai ibu bapa. Contohnya pemberian atau masa bersama ibu bapa kita.
Hendaklah bijak mengadun dua budaya keluarga yang berbeza membentuk cara hidup keluarga kita yang terbaik.
Jadi orang tengah yang cuba memahami ibu bapa kita tentang pasangan dan perjelaskan kepada pasangan supaya mereka saling memahami dan menghargai.
Elakkan daripada bercerita tentang pasangan kepada ibu bapa, sebaiknya berbincang tentang masalah tersebut dengan ibu bapa pasangan kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baru beberapa tahun berkahwin tapi sudah rasa ketidakserasian dalam rumah tangga dan akhirnya hubungan laki bini tetap tak bahagia. Ada sahaja benda yang jadi topik untuk anda berdua gaduhkan.
Lebih teruk lagi, masing-masing tidak mahu mengalah. Akhirnya, perang besar berlaku. Nak tahu punca percakaran itu, ini hal yang perlu diperhati. Bila dah tahu, selesaikanlah baik-baik dengan pasangan anda.
1. Duit Lebih Penting
Sebelum kahwin tak fikir pun semua tu. Tapi bila sudah kahwin, mulalah pening kepala, mana nak bayar duit rumah, duit kereta, perbelanjaan rumah dan sebagainya. Boleh bergaduh kalau bercakap fasal duit nie.
Solusi: Bahagikan siapa perlu bayang rumah, kereta, belanja dapur dan persekolahan anak serta bil-bil lain. Sebaiknya sediakan simpanan kecemasan dari poket suami mahupun isteri. Gunakan apabila perlu saja.
2. Time Gaduh, Diam Saja
Bila ada masalah, bukannya ingin selesaikan sebaliknya diam seribu bahasa tanpa keputusan. Bila diam, lama-lama boleh meletup juga. Habislah hal yang kecil pun diungkit.
Solusi: Cari waktu untuk menyatakan apa yang anda rasai. Sama ada melalui WhatsApp atau nota-nota kecil di ruang kegemaran pasangan. Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang anda rasai.
3. Banyak Simpan Rahsia
Susah sangat ker nak cerita pada pasangan. Kalau pasangan tak tanya, tak adalah dia nak bagitau. Sedangkan perkahwinan bukan sahaja berkongsi satu bantal dan satu katil tetapi meliputi perkongsian segala-galanya, Di situlah kita tahu kejujuran pasangan masing-masing.
Solusi: Pasangan yang berahsia pasti ada sejarah silam yang dia tidak mahu anda ketahui. Bimbang anda tergores hati jika tahu kebenaran. Jika dia masih berkeras tidak mahu beritahu, tenang-tenang saja, beri masa. Biarlah lama manapun suatu hari nanti bila dia sudah bersedia, dia akan beritahu. Belajarlah berlapang dada dengan pasangan anda.
4. Suka Kontrol
Tak kira pangkat atau gaji siapa yang tinggi, semuanya adalah sama. Baik isteri atau suami, memang sudah diberi tanggungjawab masing-masing. Jangan mengongkong atau kontrol apa yang dilakukan oleh suami atau isteri. Mengongkong atau kontrol pun kena tengok pada gayanya.
Solusi: Pasangan yang suka mengawal ini sebenarnya dia ada habit atau keinginan mahu menguasai. Bak kata coach eHati, Diyana Tahir. Jika pasangan kita suka mengawal, berikan saja kuasa itu padanya. Biar dia take control baik soal keselamatan mahupun kewangan. Tapi biar apa pun ia perlulah berpada-pada.
5. Awas! Suami Isteri Jarak Jauh
Ini pun boleh jadi salah satu penyebab. Bila suami isteri jarang berjumpa, mulalah pasang yang lain. Kononnya untuk mengisi kekosongan. Sedangkan semua ini adalah bergantung pada hati dan perasaan.
Solusi: Perketatkan prinsip jujur, setia dan redha dalam perhubungan. Sekarang inikan kita dikelilingi gajet. Gunakannya sebagai pengerat kasih sayang. Bukan memusnahkan rumah tangga yang dibina.
Jadi, janganlah cepat goyah dengan masalah-masalah ini. Semuanya boleh diselesaikan. Hanya kesabaran, komunikasi dan ikatan kasih sayang yang mampu mempertahankan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Waktu anak sakit demam, gigihlah kaum mak-mak cari antibiotik semula jadi yang paling simple nak buat kat rumah. Bukan langsung tak bagi ubat hospital tetapi sekurang-kurangnya mak-mak boleh kuatkan antibiotik anak-anak dengan petua khusus seperti yang dikongsikan oleh Puan Ara Sykin Rahad…
Buat Antibiotik Semula Jadi
Korang WAJIB selalu buat sup ANTIBIOTIK SEMULAJADI ni kalo anak asik demam tak sihat on off on off macam lampu jalan rosak tue.
Ubat antibiotik tak elok dimakan selalu. Baik makan sup ni selalu.
Kalau nak wat stok boleh. Korang wat bebanyak pastu simpan dalam fridge. Bila nak masak apa apa. Tak yah letak perasa atau garam.
Letak jer stok semulajadi ni. Menda ni omputih panggil sebagai BONE BROTH.
Rujuk Bahan-bahan Yang Perlu
Ini Cara Buat:
Bahan bahan dalam tu lah bahan antibiotik semulajadi yang leh tolong naikkan sistem imunisasi anak.
Helooooo. Mak pak pun boleh join makan sekali. Biar semua sihat. Leh sambung holiday lagi. Kan kan.
Anak sihat baru sonok pi jalan.
Haaa… inilah hasilnya, in shaa Allah anak-anak akan lebih sihat lepas ni.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Percayalah, menyantuni pasangan tak semestinya dengan hadiah yang mahal-mahal. Apa yang penting adalah bagaimana kita menunjukkan rasa kasih dan penghargaan itu seikhlas hati.
Boleh baca perkongsian yang ditulis oleh LUA NLP Master Trainer, Zuhairi Nopiah ini.
Semoga bermanfaat buat pasangan suami-isteri dalam melayari bahtera rumah tangga.
Pagi-pagi Ahad begini, eloklah para suami dan isteri ambil masa menyantuni pasangan masing-masing.
Hari biasa dah sibuk dengan kerja dan anak. Kesian isteri atau suami kita jika kita tak bagi perhatian dan kasih sayang kepada mereka.
Menyantuni pasangan tak semestinya dengan hadiah yang mahal-mahal.
Gambar sekadar hiasan
Cukuplah dengan membelai pipi isteri atau suami dan memandang wajahnya dengan penuh kasih sayang selama 7 saat.
Cukuplah dengan kita solat berjemaah dan mengaji Quran bersama.
Cukuplah dengan bawa isteri pergi pasar, shopping, klinik atau pusat rawatan jika dia kurang sihat.
Saya sedih sangat bila ada rakan yang isterinya sakit, tapi suaminya tak nak teman pun pergi pusat rawatan Islam.
Sedangkan sakit tu bukannya sakit biasa-biasa. Ada gangguan yang membuatkan isterinya tak boleh tidur sampai ke Subuh!
Kawan kawan yang baik,
Ingat, nafkah batin itu wajib.
Dan nafkah batin bukan sekadar hubungan kelamin. Ia termasuk memberi perhatian dan kasih sayang!
Berapa ramai suami yang asyik tengok hand phone di kedai makan sedangkan isterinya kelam kabut uruskan anak-anak yang menangis dan bergaduh?
Berapa ramai isteri yang sangat bersungguh-sungguh berhias ketika nak keluar rumah, tapi tak jaga langsung penampilan bila depan suami di dalam rumah?
Ini tak kelakar kawan-kawan. Salah letak keutamaan begini boleh bawa kita ke Neraka! Na’uzubillahi min zaalik.
Moga Allah pimpin hati kita untuk menerima kebenaran sebegini, walaupun ia pahit di hati.
Sungguh, apa yang tak suka itu, ada masanya baik untuk kita. Kita terimalah dengan hati yang terbuka dan berubah.
InsyaAllah, hidup kita lepas ini akan lebih berjaya, kaya dan bahagia.
Begitulah.