Tak dinafikan ramai yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada yang hilang pendapatan, pekerjaan dan sumber pencarian selama ini. Kesempitan hidup pasti dirasai terutamanya buat golongan yang kurang berkemampuan apatah lagi yang bergantung pada gaji harian.
Meskipun mendapat pelbagai sumbangan dalam tempoh getir ini seperti daripada kerajaan, NGO dan sebagainya, namun perlu lebih bijak dalam menggunakannya dalam menampung perbelanjaan.Dalam keadaan sekarang ini, menuntut kita perlu mencari alternatif untuk lebih berjimat.
Pertama saya nak minta maaf banyak-banyak. Ramai yang pm, WhatsApp saya minta bantuan duit untuk beli Pampers anak dan beli susu anak. Pampers pula minta yang berjenama mahal,dengan alasan anak ada alahan dengan pampers murah.
1. Guna Kain Lampin
Saya cadangkan guna kain lampin bayi yang boleh dibasuh dan boleh diguna semula. Rupanya ada dah pakai kain lampin ni. Tapi masih ramai tak sedar pakai kain lampin macam mak mak kita dulu lebih baik dan menjimatkan.
2. Anak 2 Tahun Ke Atas Tak Perlu Susu Tepung
Anak yang 2 tahun ke atas tidak perlu lagi susu terutama susu tepung tidak kiralah apa apa jenama sekali pun. Susu buatkan mereka kenyang dan akan menolak untuk makan real food. Sebab itu anak jadi picky eater. Anak 2 tahun ke atas sudah pandai mengunyah,sudah ada gigi,jadi kena ajar dia makan dan makan.
Ads
Beri mereka makan nasi,ada sayur,ada ikan,ada ayam. Anak saya sendiri selepas 2 tahun saya tidak utamakan lagi susu. Kecuali susu segar sebagai snak. Tapi saya utamakan nasi,ikan,sayur,air masak.
Tanyalah mana mana Doktor pakar kanak kanak mereka lebih utamakan real food berbanding FM. Melainkan anak itu ada masalah kesihatan yang memang dicadangkan oleh doktor untuk ambil FM.
Sekarang ini anak kita sihat,tapi kita still lagi bagi FM sebagai pengganti makanan,sedangkan anak dah mencecah 3-4 tahun. Bila susu takda kita bagi susu pekat manis. Dengan alasan anak taknak makan nasi. Memang lah anak taknak makan sebab kita tak tegas dan terus layan dia minum FM semata.
Alternatif Jimat
Maaf sangat sangat jika ada yang tak setuju posting saya ini. Saya bukan taknak menyumbang. Tapi dalam keadaan RMO ini kita kena cari alternatif untuk lebih berjimat.
Ads
Sebab ramai sangat minta bantuan duit nak beli Pampers nak beli FM. Bila saya cadangkan solusi yang lebih bagus saya pula kena marah.
Sekarang ini kita nak bantu semua. Bukan sikit orang dalam keadaan susah sekarang. Semua orang tersepit. Jadi kita kena cari solusi lebih baik dan lebih memberi kesan yang baik kepada kesihatan juga.
Jika anak guna Pampers pakai buang,berapa banyak dah kita kena belanja. Jika anak minum FM 3-5 kali sehari berapa banyak belanja kita perlu keluarkan sedangkan perbelanjaan beli susu FM itu boleh beli keperluan dapur untuk lebih dari seorang anak.
Pastikan menu yang sihat untuk anak dalam tempoh RMO. Jangan jejaskan kesihatan mereka dengan makanan segera,makanan tinggi gula,makanan tiada khasiat.
Ads
Nasi,sup sayur,singgang,masak sayur lemak,sup ayam,sup ikan ini semua menu yang sihat dan paksa anak anak makan menu sihat.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya dalam keadaan sekarang, sebaiknya cari alternatif untuk berjimat selagi boleh. Utamakan keperluan harian yang lebih penting seperti makanan untul diberikan buat anak-anak dan keluarga.
Sumber:Muhammad Hassan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila anak demam kuning, ibu kena kerap menyusukan bayinya. Sebab dengan cara itu, bayinya akan cepat pulih, selain diletakkan di bawah lampu biru.
Bagaimana pun, ibu pun perlu ambil suplemen atau makanan tambahan yang berkhasiat agar dapat membekalkan susu ibu yang berkualiti untuk anaknya.
Ini perkongsian daripada Sarifa Redzuan II, trainer di World SPA Theraphy & Consultancy mengenai makanan tambahan yang ibu digalakkan ambil untuk bantu turunkan bacaan kuning bayinya.
Bacaan Kuning Anak 238, Turun 164
Dah seminggu kuning baby tinggi. Kelmarin 238. Teringat pesan seorang customer (minah salleh) zaman kerja hotel dulu yang juga merupakan seorang doktor. Katanya Ibu-ibu digalakkan ambil dandelion, probiotic , magnesium dan wheatgrass
Lepas tu, terus pergi farmasi cari. Walaupun tak banyak pilihan tapi boleh tahan juga brand brand ni:
Wheatgrass kat farmasi tu tiada. Balik tu minta si ibu ni makan 4 suppliment tu dulu. Alhamdulillah, pagi tadi bawa pi hospital, kuning baby dah turun 164.
Bila baca pasal suppliment untuk ibu, memang sangat digalakkan semasa preggy lagi. Lepas bersalin ketiga-tiga suppliment; milk thristle dandelion, magnesium & calcium, probiotic memang sangat digalakkan ambil secara berterusan. Baby pun dapat ambil zat dari susu ibu.
Baby kerap minum susu ibu yang banyak khasiat, baby buang kerap, cepat turun kuning tu.
Nota Makan Vitamin
“Cikgu pun memang makan 3 suppliment ni dah lama. Cuma brand lain skit. Menariknya, kalau tersalah makan punca yang mengakibatkan alergik, alergik tu pun malu alah nak datang.”
Bagus sangat bila dapat jaga liver, usus dan tulang. Badan pun segar selalu.
Cara Pengambilan
1. Milk thristle & dandelion (1-2 biji Malam sebelum tidur – 9.00 malam)
2. Probiotic (1-2 biji 30 minit sebelun makan malam – antara 6.00 petang ke 8.00 malam)
3. Magnesium & calsium (1-2 biji 30 minit selepas makan malam)
4. Pregnancy $ Breastfeeding formula (1 biji Pagi dan 1 biji petang)
Lupa atau mungkin dah terbiasa buat, tetapi sepatutnya mak ayah jangan buat depan anak benda negatif yang boleh rosakkan minda anak-anak.
Contoh mudah marah-marah depan anak atau buat sesuatu yang langsung tidak mendatangkan faedah dalam kehidupan harian. Yang tak best nanti anak ikut, sebab dia dah terbiasa tengok dalam rumah.
Nak didik anak jadi anak yang baik, cuba mak ayah ikut cara saudara Mohd Fhais ini, dia selagi boleh cuba elakkan beberapa perkara yang ‘tak manis’ untuk ditayang depan anak.
3 Benda Ini Memang Saya Tak Akan Buat Depan Anak
1. Cakap makanan tak sedap
Walaupun nasi goreng tu rasa macam pasir sekalipun jangan merungut depan anak. Diam-diam je, kalau tak boleh habis tinggalkan. Jangan makan nanti sakit perut pula.
Nak ajar anak sentiasa bersyukur masa makan la kena ajar. Kalau kita ajar mengutuk makanan, sampai ke tua nanti dia tak geti nak bersyukur.
2. Marah Isteri
Yang ni memang haram! Anak memang tak boleh tengok. Sebabnya sekali kita dah marah isteri depan anak sampai besar mereka tak mahu hormat pada ibunya. Tinggi suara pun tak boleh.
Nak berbincang atau bertekak pun pilih tempat yang jauh dari anak.
3. Marah anak orang
Marah anak orang pun tak boleh. Walaupun anak orang tu gaduh dengan anak kita. Jangan marah! Tegur baik-baik.
Sekali kita tunjuk guna ’emosi’ marah pada sesiapa pun, sampai bila-bila anak akan ikut cara kita. Ni punca anak tak boleh bergaul dengan orang, asyik nak marah je bila kehendak dia tak di ikuti.
Kenakalan dan kebukuran anak-anak tu bukan di warisi. Anak kita bukan lahir lahir je pandai tengking orang, pandai marah-marah orang.
Tapi mereka belajar daripada ‘icon’ mereka iaitu mak ayah.
Mula memberi contoh paling baik sejak anak kecil, biar anak dah besar nanti kita tak merungut.
“Bapa borek, Anak rintik.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Semakin ramai pelajar sekolah layan sesawang lucah, maka banyaklah kerisauan dalam diri kita untuk mendidik anak-anak. Realitinya inilah salah satu cabaran mak ayah hari zaman teknologi, bukan senang nak kawal anak-anak walau mereka ada depan mata sebab semua benda boleh dapat di hujung jari. Apa yang mak ayah perlu sedar dan macam mana nak berdepan dengan masalah anak-anak yang suka layan pornografi, baca perkongsian cikgu Mohd Fadli Salleh ini…
Kajian ini menyeramkan. Sangat menyeramkan bilamana data menunjukkan pelajar sekolah paling ramai melayan sesawang lucah.
20.9 jam seminggu satu angka yang sangat mengejutkan. Bermakna hampir 3 jam sehari pelajar meluang masa buka laman web porno. 3 jam sehari tuan tuan. Solat 5 waktu pun tak sampai 5 jam sehari tahu tak?
Apa punca?
Punca utama adalah gadjet dan telefon pintar. Hampir semua pelajar dari usia 10 tahun hingga 17 tahun punyai telefon pintar sendiri.
Nak kawal penggunaan telefon pintar anak-anak ini adalah misi mustahil. Mustahil!
Budak-budak ini lebih hebat dari orang dewasa kalau bab teknologi. Ini zaman mereka beb. Zaman kita zaman public phone. Kita dulu curi line telefon guna public phone hebat lah. Tapi bab teknologi terkini, anak-anak kita lebih hebat.
Kau check setiap hari telefon anak kau pun belum pasti dapat jamin dia bebas dari terjebak dengan hal ini. Browsing history nampak cun, gallery pun begitu juga. Tiada gambar lucah, tiada video porno.
Rupanya mereka pandai sorok rahsia. Macam-macam apps mereka ada untuk sorok video dan gambar porno. Browsing web pun begitu juga. Ada banyak apps tidak dapat kita kesan apa laman yang anak kita layari.
Ah, tak payah cerita pasal apps yang mampu sorok history dan tidak dapat dikesanlah. Cukup mereka buka pakai incognito tab kat chrome. Dah kau tak boleh kesan dah.
Teknologi ini tidak boleh disekat. Tidak boleh!
Melainkan kau kurung anak dalam gua di dalam hutan yang tebal tanpa apa-apa akses.
Eh, orang asli dalam hutan pun pandai layan porno tahu tak? Asal ada line internet dan gadjet sahaja, tiada apa yang mampu menyekat teknologi.
Jadi bagaimana harus kita bendung hal ini?
Pada aku hanya ada satu cara yang paling berkesan. HUBUNGAN IBUBAPA DAN ANAK YANG ERAT.
Dekati anak-anak kau sebagaimana kawan dia. Ya, berkawanlah dengan anak remaja. Berborak dan bercerita apa sahaja sehingga dia tidak berahsia dengan kau.
Perlahan-lahan la kau masuk jarum. Terangkan bab nafsu yang tidak dapat dibendung. Cerita pula keburukan melayan laman porno. Bagi cara nak cegah dan keluar dari ketagihan jika mereka telah pun terjebak.
Dan bagi anak-anak yang masih dibangku sekolah rendah, tak payah beri telefon bimbit lah pada mereka. Belum sesuai dengan umur mereka.
Namun jika kau beri juga, pantaulah. Telefon itu kau pegang, bagi mereka masa untuk main telefon mereka. Contohnya setiap hari dari jam 4 petang hingga 9 malam sahaja. Lepas tu kau simpan. Jangan biarkan anak-anak kecil tidur bersama telefon mereka.
Kita tidak tahu laman apa yang mereka layani, kita tidak tahu dengan siapa mereka tengah berhubung. Entah-entah ditipu buaya yang sentiasa kelaparan ingin meratah daging muda.
Manjakan anak pun ada had. Jangan sampai mereka pulang dengan perut besar tanpa kenal siapa punya zuriat.
Jangan sampai tahap itu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...