Bila tiba bulan Ramadan, inilah masa untuk turunkan berat badan. Tapi ada sesetengah kita berat badan naik pula. Pelik bin ajaib. Sedangkan apa yang dimakan semasa berbuka tak adalah banyak sangat.

Jangan terkejut kalau berat badan naik. Bukan setakat ambil makanan yang terlalu banyak tapi ia mungkin melibatkan pengambilan minuman bergas atau kordial. Inilah boleh jadi satu sebabnya.

Lagi menyedihkan berat badan naik dan timbul pula masalah kesihatan lain. Kena tahu, semua ini boleh berpunca dari pengambilan minuman bergas yang biasa diambil bukan setakat bulan Ramadan tapi juga pada bulan-bulan biasa.

Ikuti penjelasan daripada pakar dietitian Norhamizah Binti Sohaimi, Dietitian, Pantai Hospital Laguna Merbok tentnag pengambilan minuman bergas semasa bulan Ramadan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ambil Pil Penahan Haid Bulan Ramadan?

Sebab Nak Cepat Kurus, Perut Bengkak Minum Teh Hijau, Air Lemon Berlebihan, Berpadalah!

Info Lebih Menarik DI SINI

Berat Badan Naik Sebab ‘Ketagih’ Air Bergas

Seperti yang kita tahu, minuman bergas ini mengandungi sehingga 6 sudu gula untuk setiap gelas dan kandungan gula yang terlalu tinggi ini dapat meningkatkan risiko kepada penyakit tidak berjangkit.

IKLAN

Pengambilan air bergas dalam kuantiti yang banyak dan berterusan di dalam bulan Ramadan dapat menyebabkan seseorang menghadapi penyakit kencing manis malah boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun di bulan puasa.

Jika pengambilan ini tidak dihentikan seterusnya ia dapat mengakibatkan kerosakkan buah pinggang seperti yang dikatakan oleh Ketua Hospital Kerajaan Dr. Adib Risvi, pakar buah pinggang.

Minuman berkarbonat/bergas dikategorikan sebagai minuman berkafein dan semasa bulan Ramadan, pengambilan air berkafein perlulah dikurangkan bagi mengelakkan kehilangan air dari badan justeru dapat menyebabkan dihidrasi.

Masalah Kesihatan Jangka Masa Panjang

Pengambilan air bergas dalam jangka panjang boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan di mana ia dapat meningkatkan berat badan dan seterusnya menyebabkan penyakit obesiti. Kesan kepada penyakit obesiti dan berlebihan berat badan dapat meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Selain daripada risiko penyakit tidak berjangkit, kesan jangka masa panjang pengambilan air bergas juga boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah dehidrasi.

IKLAN

Dehidrasi perlu dielakkan semasa bulan Ramadan kerana ia dapat menyebabkan seseorang berasa cepat haus atau dahagakan air manis, mengalami keletihan dan mudah mengamuk, gangguan emosi seperti mudah marah dan mengurangkan fungsi otak untuk berfikir. Selain itu, ia juga menjadikan bibir dan kulit cepat kering, air kencing menjadi keruh dan mengganggu degupan jantung dan pernafasan menjadi laju.

Elak Ketagih Minuam Bergas

Ada cara menangani masalah ‘addict’ pengambilan minuman bergas adalah seseorang boleh menggantikan air berkarbonat anda dengan:

1. Melebihkan minum air kosong iaitu dengan mengambil 8 gelas air kosong dalam sehari. Air kosong tidak mengandungi gula dan kalori berbanding minuman bergas.
2. Menggantikan minuman bergas dengan minuman bersusu di mana ia lebih berkhasiat untuk kebaikan sumber kalsium, tulang dan gigi yang kuat.
3. Menukarkan minuman bergas dengan jus buah-buahan asli dan segar bagi membantu menambahkankan sumber vitamin dan mineral di dalam badan.
4. Memilih minuman isotonik yang tidak berkarbonat, rendah gula dan tanpa pemanis serta perisa tambahan.

Perlulah diingatkan bahawa minum air bergas dalam kuantiti sedikit tidak menimbulkan masalah, yang penting jangan jadikan ia sebagai tabiat atau ketagih untuk minum minuman berkarbonat setiap waktu.

Minuman terbaik di bulan Ramadan.

1. Lebihkan pengambilan air kosong.
• Minum air kosong sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas. Ia dapat membantu mennghidratkan tubuh badan selepas seharian berpuasa.

IKLAN

2. Jus buah-buahan
• Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buah-buahan (tanpa gula) dan elakkan daripada meminum minuman bergula seperti minuman kordial.

Mingguan Wanita : Ingat, bagi yang ambil peluang nak turunkan berat badan di bulan Ramadan, elakkan minuman bergas, kordial mahupun minuman manis lain.

Sumber: Norhamizah Binti Sohaimi, Dietitian, Pantai Hospital Laguna Merbok.

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI