Selera manusiainisukardijangka. Berbeza sabanharimenunya. Kalau asyikmakanmakanan yang samajemu juga kan.Mingguan Wanita TalkShowhariinimembincangkantopikberkenaanKetagih Jeruk yang dikendalikan oleh Kak Engku. MenurutNurul Zaiza Zainuddin yang merupakan Pakar Nutrisi Bahagian Pemakanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) trend makanjeruknisudahmenjadisebahagiandari habit masyarakat Malaysia.Tak salah makanjeruk, tapi yang salah kalaukekerapanmakanjerukitusehinggamenjadiobses.
“Sejak jerukmanggamenjadi viral dan mudahdidapati, menjadikanjerukmenjadikegemaranrakyat Malaysia. Kalau dulu, kitaseringdimomokkandengan orang mengandungkalaumengidamdiamestisukamakansesuatu yang masam-masam; sepertijeruk. Tak salah kalaukitamakanjeruk…sesekali. Tetapi tidaklahsehinggamakanjerukdenganketerlaluansampailupamengambilmakanan yang berkhasiat.
IKLAN
“Satu lagisuka juga sayasyorkanibu-ibuhamilataupunmereka yang gemarmakanjeruk, ubah menu andadenganmenggantikannyadenganbuah-buahanbersifatmasambagimelegakan rasa loyaataupunteringin. Ini kerana buahlebihberkhasiat dan tidakmengandungikandungangula dan garam tambahan yang bolehmengundangpenyakitdarahtinggi dan juga kencingmanis,”jelas Nurul Zaiza.
IKLAN
Kimchi & Tempe
Tidaksemuaproduk yang dijerukkanitutidakbermanfaat. Sekadar mengambilcontohmanfaat yang terdapat di dalamjerukmamanmisalnya, baikuntukkesihatan.
IKLAN
“Jika proses penapaian ataudijerukkan itu tidak menggunakan tambahan garam mahupun gula dan cuka, ia boleh diambil tanpa bimbang. Sebaliknya kalau kandungan bahan tambahan itu ada, berpada-padalah makan…Mungkin ramai juga yang tak tahu, makanan yang melalui proses penapaian sepertikimchi, tempe, budu dan cencalok mengandungi kandungan probiotik yang tinggi. Probiotik adalah mikroorganisma hidup yang memberikan manfaat kesihatan jika diambil dalam amaun yang mencukupi. Dalam bahasa mudahnya probiotik itu adalah kuman baik yang bermanfaat kepada tubuh,”jelasnya.
Mingguan Wanita TalkShow turut mengundang Chef Adu Amran dan dengan bantuan kak Engku mereka berdua bersama menghasilkan dua resipi menggunakan jeruk kedondong yang boleh bikin kecur air liur. Jika anda terlepas cerita menarik dan nak tau sejauh mana manfaat jeruk, jangan lupa saksikan ulangan Mingguan Wanita TalkShow jam 8 malam ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.
Hati lembu, hati ayam, jantung, limpa, paru, otak lembu dan banyak lagi. Mungkin salah satunya adalah lauk kegemaran mak-mak kan! Atau semuanya memang mak-mak suka. Tak kisahlah masak apa, waima goreng pun sedap. Namun, di sebalik kesedapan organ dalaman ini ada baik buruknya, sebab ia mengandungi banyak khasiat seperti lauk pauk lain.
Dalam Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi membincangkan topik tentang ‘Menu Organ Dalaman’ bersama pengacara Raja Azura atau lebih dikenali KE. Bersiaran secara langsung dan menemubual pakar melalui ‘video call’ sahaja memandangkan rakyat Malaysia masih dalam PKP.
Mengulas lebih lanjut tentang menu Organ Dalaman ini, Fadwa Ali, Pegawai Sains Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu:
“Kebanyakan makanan organ dalaman ada baik buruknya. Selain menjadi sumber makanan yang baik, ia juga mempunyai banyak kolesterol dan lemak yang tinggi. Sebab itulah ia tidak digalakkan untuk diambil secara tetap seperti lauk yang kita ambil setiap hari.”
Ulasnya lagi,
“Otak lembu adalah paling kontroversi kerana ia mengandungi kolesterol paling tinggi. Tetapi, untuk hati ayam, jantung dan limpa, ia adalah sumber zat besi yang baik untuk pembentukan sel darah merah dan memperbaiki sel-sel dalam badan.”
Boleh diambil tetapi tidak boleh berterusan secara harian. Contohnya, otak lembu yang tinggi kolesterol dan hanya hadkan pengambilan dalam jumlah yang tertentu sahaja.
Kesimpulan, Organ dalaman ada kebaikan tetapi dalam masa yang sama ia mengandungi kolesterol tinggi. Jad, amalkan kesederhanaan dan pelbagaikan sumber protein yang lebih sihat.
Dalam segmen lain, anda boleh mencuba resipi yang dikongsi oleh chef Naim dan hidangan kerabu perut yang disediakan sendiri oleh KE di studio.
Ikuti siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada jam 8.00 malam nanti.
Bergelar seorang selebriti sebenarnya bukanlah satu perkara mudah. Begitu juga yang dialami oleh penyanyi dan pelakon, Syura Badron. Sejak dari usia remaja dia sudah bergelar public figure sehinggalah dia senyap seketika selepas mendirikan rumahtangga.
Akui Syura berat badannya naik mendadak selepas melahirkan anak. Malah dia sendiri bagaikan terleka apabila berat badan pernah naik sebanyak 80kg.
Kini berjaya kekalkan berat badan ideal. Sumber gambar : Instagram Syura Badron
“Selepas bersalin berat badan saya pernah naik sehingga 80kg. Masa tu saya pergi mana-mana ada terdengar orang bertanya, “Syura ke tu?””Ehhh Bukanlah!”
“Bukan dek kerana itu sahaja, namun kerana mahu tampil sihat saya amalkan diet bermula empat tahun lalu. Pada awalnya saya amakan diet keto. Sewaktu amalkan diet ini saya rasa tak bermaya sebab almaklumlah tekak melayu (tak boleh tak makan nasi). Dalam satu minggu saya berjaya turun 500gram.
“Kemudian saya potong terus gula. Alhamdulillah sekarang ni saya dah serasi dan jika ambil gula lebih saya akan rasa tak selesa. Saya amalkan pengambilan green tea. Kalau nak ambil teh dan air kopi tanpa gula,” terang Syura yang kini mengamalkan Intermittent Fasting(IF).
Amalkan Pemakanan Yang Lebih Sihat
Syura juga menerangkan kini dia berasa sangat seronok apabila badannya kembali langsing dan sihat.
“Alhamdulillah ada hikmah. Kini amalan pemakanan saya lebih sihat. Malah saya juga bertambah yakin bila berhadapan dengan peminat dan berada di atas pentas,” sambung Syura.
Kena Ada Azam Yang Kuat
Syura turut menerangkan untuk menurunkan berat badan perlu punya azam yang kuat.
“Jika azam tak kuat tak akan jadi. Kalau azam kuat, lalulah apa makanan sekali pun di depan mata kita tak akan jamah.
“Saya pernah berpuasa sampai 23 jam (IF). Sekarang ni saya amalkan Warrior Diet.20 jam berpuasa dan 4 jam sahaja makan,” terang Syura.
Bersama keluarga tersayang.Sumber gambar : Instagram Syura Badron
“Saya dan Mawar rasa takut apabila kami berpisah ini, apabila saya ambil anak, dia tak nak pergi. Ataupun apabila saya hantar, saya tak sanggup tengok anak saya menangis.
“Tetapi kuasa Allah ini maha hebat, di mana setiap kali saya ambil, tidak ada drama berlaku. Saya paling tidak kuat kalau saya hantar dia dia akan menangis. Masya Allah saya takut, takut sangat.”
Inilah perasaan yang paling ditakuti oleh Fizo Omar semenjak dia dan bekas isterinya Mawar bercerai lebih kurang setahun lalu.
Fizo berkongsi perasaannya ketika mengupas topik Cerai: Jangan ‘Pisahkan’ Anak, di Mingguan Wanita Talkshow di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD pada hari Khamis 5 Mac.
“Mariam Tidak Akan Rasa Ketiadaan Saya,”-Fizo
Bercerita mengenai perceraian, Fizo berpendapat setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti tidak akan mahukan perceraian berlaku.
“Sesuatu perkara tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Dan saya percaya bila Allah hendak mengizinkan sesuatu, mungkin di mata kita, itu benda yang kurang baik apabila bercakap mengenai perceraian.
“Tetapi apabila ia berlaku dengan izin Allah, dan Allah akan aturkan perjalanan seterusnya. Sebagai hamba Allah kita memikirkan positif dan action (tindakan) kita terhadap peristiwa yang telah ditetapkan.
“Selepas bercerai semua akan ada emosi masing-masing, baik sebelah ibu atau bapa. Anak mungkin tidak ada emosi lagi sebab dia masih kecil. Bagaimana kita mahu menghadapi perkara ini.
“Selepas kita berpisah, saya berbincang dengan Mawar. Saya kata, Let’s decide to start our new journey. We are not husband and wife tetapi we are consider as a co parenting, sama-sama dengan anak.
“Untuk hak penjagaan, saya tidak fight dengan Mawar di mahkamah sebab saya rasa anak lebih perlukan ibu. Tetapi at the same time anak perlukan bapa juga.
“Busy macamana pun saya cari masa untuk jumpa. Sekarang ini at least everyday call dan video call, supaya dia (Mariam) Nampak saya. Kalau ada masa saya ambil dia. Dalam jadual kerja saya juga telah tetapkan ada minggu-minggu tertentu memang waktu saya dengan anak.
“Jadi saya fully utilize masa dengan anak. Jadi Mariam tidak akan rasa ketiadaan saya. Setakat hampir setahun ini penerimaan Mariam itu, bila dia jumpa daddy dia seronok,” ujarnya ketika menjawab pertanyaan yang diutarakan oleh hos Norman Hakim dan Erra Fazira.
Foto kredit Instagram @fizoomar
Cara Mencari Kata Sepakat
Fizo tidak menafikan ketika di awal perpisahan, setiap pasangan pasti akan berada pada tahap emosi yang tinggi. Marah, sedih itu adalah perasaan yang dialami.
“Jadi sebagai lelaki, apabila kita sedar akan perkara tersebut, perlulah kita control. Bukan saya hendak kata perempuan itu lebih beremosi daripada lelaki tetapi kita faham. Lelaki ini macam survivor. Perempuan pula akan berfikir tentang anak dan sebagainya.
“Jadi kita (lelaki) kena juggling that emotional. Katalah dia (wanita) tengah emotional, kita (lelaki) perlu relaks dahulu. Tetapi lelaki kadang-kadang terkenal dengan marah dan barannya. Jadi perempuan kena tone down.Jadi bila sudah sejuk, barulah bercakap.”
Bagi mendapatkan titik pertemuan untuk berbincang itu, Fizo secara jujurnya apabila dia mengetahui akan menghadapi situasi paling hebat dalam dirinya, dia banyak belajar daripada insan-insan sekeliling yang pernah mengalami situasi yang sama.
“Saya dapatkan nasihat daripada mereka. Apabila saya mendapat nasihat yang betul, saya mula kawal diri. Begitu juga dengan Mawar. Kami sama-sama muhasabah diri dan perbaiki diri dan tone down untuk jumpa kata sepakat.”
Pesan Fizo Buat Lelaki Bergelar Bapa
Fizo bersetuju tanggungjawab mendidik anak itu lebih baik diberikan pada ibu. Tetapi tidak bermakna seorang bapa itu melupakan tanggungjawabnya.
“Saya sedih apabila mendengar cerita bapa terus hilang dan terus bagi burden pada ibu. Sebab pada akhirnya berbalik pada agama Islam, bapa itu adalah wali. Bapa juga bertanggungjawab untuk mendidik.
“Sebab peranan ibu dan bapa itu dua peranan yang berbeza. Jadi saya rasa mereka yang terus biarkan tanggungjawab itu tengok semula (apa yang mereka buat).
“Satu tip yang saya mahu kongsi, apabila diri tengah emosi, mudah sahaja yang perlu dibuat. Kata pada diri sendiri, “Itu Salah aku, dia tidak salah.”
Muhasabah perlu ada dalam diri seorang lelaki. Dan jangan sesekali tengok kesalahan orang lain itu sebagai penyebab sesuatu masalah.
“Jangan tengok salah dia, tengok salah kita. Perbetulkan diri kita. InsyaAllah semuanya akan diperbetulkan dengan sendiri.”
Ikuti Siaran Ulangan
Mingguan Wanita Talkshow hari ini turut menjemput Peguam Syarie Tuan Farhan Rais; Pegawai Psikologi (Klinikal) Ku Nuru Izzah Binti Ku Seman, dan Datin Vie Shantie Khan untuk mengupas topik Cerai: Jangan ‘Pisahkan’ Anak.
Pembaca dan penonton boleh menonton siaran ulangan topik Cerai: Jangan ‘Pisahkan’ Anak ini pada pukul 8.00 malam di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD.
Banyak petua-petua yang boleh dimanfaatkan oleh suri rumah tangga bagi memudahkan urusan di dapur. Bahan-bahan yang digunakan pula mudah didapati dan hanya menggunakan bahan-bahan di dapur sahaja.