Setiap ibu bapa mengharapkan dan ingin melihat anak yang dibesarkan itu sihat dan berjaya. Namun, tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku pada anak itu nanti. Kita sebagai ibu bapa tidak mahu sekelumit pun anak-anak rasa sakit. Kadang-kadang, sakit itu mahu dipindahkan pada kita sebagai ibu dan ayah.

Apakah daya untuk kita melawan takdir. Anak disahkan menghidap penyakit yang serius. Ada yang sakit jantung, kanser, buah pinggang dan sebagainya. Ada anak yang menghidap penyakit serius sejak dari kecil lagi. Inilah yang telah dikupaskan dalam Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi dengan topik ‘Kanser Di Kalangan Kanak-kanak’.

Menurut pakar Dr. Kogilavani, A/P Gunasagaran, Pakar Pediatrik Hemato-Onkologi Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur, KKM mengulas tentang topik ini.

“Sebenarnya, kanser di kalangan kanak-kanak ini sukar untuk dikesan. Dikatakan seramai 200,000 kanak-kanak setiap tahun dikesan menghidap penyakit ini. Atau anggaran setiap tiga minit, seorang anak disahkan menghidap kanser.”

Anak Demam, Pucat Dan Lesu, Mak-mak Jangan Ingat Itu Sakit BiasaJika dilihat, orang dewasa yang menghidap kanser adalah disebabkan gaya hidup dan faktor pemakanan. Sedangkan kanak-kanak, faktor ini bukan menjadi penyebab penyakit kanser ini.

Ibu bapa perlu sedar tentang penyakit kanser ini kerana biasanya anak-anak kecil sukar memberitahu tentang masalah yang dialami berbanding dengan orang dewasa.

IKLAN

• Ibu bapa perlu sedar, kanser boleh berlaku pada anak-anak.
• Kena lihat tanda-tanda dan jenis kanser. Antaranya anak kerap demam, lebam pada kulit, perut buncit, tidak aktif, pucat dan lesu.

“Perkara biasa bila anak mengalami demam kerana ini untuk membina sistem imunisasi/antibodi. Tetapi, jika demam berulang dan tidak sembuh walaupun sudah mengambil antibiotik, ibu bapa kena ambil tindakan..” Dr. Kogilavani.

Jenis penyakit kanser yang boleh menyerang kanak-kanak ialah:

a) Kanser darah – 40% boleh berlaku di kalangan kanak-kanak.
b) Diikuti kanser otak
c) Kanser Limphoma
d) Kanser Tulang, Mata, Buah Pinggang dan sebagainya.

Rawatan yang disyorkan untuk sembuhkan pesakit adalah:
a) Kemoterapi
b) Radioterapi
c) Pembedahan

IKLAN

Kebarangkalian untuk sembuh apabila ia dapat dikesan lebih awal dan cepat dalam melakukan rawatan.

Dalam rancangan ini juga, Jeffri Senin turut berkongsi cerita tentang anaknya, Rayyana Puteri, 9 tahun yang menghidap kanser tulang. Tiada lebih menggembirakan apabila penyanyi kesukaan Rayyana, Nabila Razali hadir memberi kejutan padanya.

IKLAN

Menurut Jeffri:
“Awalnya mendapat tahu tentan penyakit Rayyana, kami tidak dapat terima kenyataan. Namun, dengan kata-kata sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan, kami reda dan perlu kuat. Saya dan isteri positifkan diri dan memberi semangat untuk Rayyana dalam mendapatkan rawatan.

“Jangan ingat dengan menghidap kanser, kita perlu hanya duduk dan terlantar di rumah sahaja. Saya sendiri, layankan apa yang ingin Rayyana mahu, bawa berjalan-jalan dan kuatkan dirinya dengan memberitahu dia tidak sakit….”

Anak Demam, Pucat Dan Lesu, Mak-mak Jangan Ingat Itu Sakit Biasa
Anak Demam, Pucat Dan Lesu, Mak-mak Jangan Ingat Itu Sakit Biasa

Bagi mengikuti lebih lanjut tentang topik ini, saksikan siaran ulangan di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada jam 8.00 malam bersama pengacara, Nurul Syuhada dan Nuafal Hatta.

Anak Demam, Pucat Dan Lesu, Mak-mak Jangan Ingat Itu Sakit Biasa

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI