Dalam gembira menyambut Aidilfitri pastinya tidak akan dilupakan pada mereka yang telah tiada. Begitu juga dengan diri saya,sejak berusia empat tahun saya telah kehilangan ayah tercinta. Sejak itu ibu yang membesarkan saya dan adik beradik yang lain.
Saya masih ingat lagi sejak kecil setiap tahun ibu akan membawa kami ke pusara ayah pada bulan Ramadan. Ketika itu ibu akan meminta kami bergotong royong membersihkan pusara ayah dan juga arwah datuk serta moyang yang terletak berdekatan. Kemudian pada pagi 1 Syawal selepas solat sunat Aidilfitri kami sekeluarga akan ke puasa arwah ayah dan itulah rutin kami setiap tahun.
Ingat Pada Orang Tersayang
Saya masih lagi ingat pesan ibu,
Ads
“Jangan lupa nanti bila mak dah tak ada, jangan kamu semua abaikan pusara arwah abah kamu. Nanti kalau orang tanya mana kubur ayah, senang kan kamu semua dah tahu tempatnya. Setahun sekali dua saja kita bersihkan kubur, dengan cara ini dapat kita ingat pada orang yang tersayang.”
Ungkapan itu sentiasa tersemat di dalam hati. Apatah kini bila ibu sudah hampir 11 tahun kembali ke ramahtullah tradisi itu juga kami amalkan.
Cuma kini memandangkan saya sudah berkeluarga jadi kami akan menziarahi pusara beberapa hari sebelum hari raya kerana beraya di rumah mentua.
Ads
Alhamdulillah, anak-anak walaupun tidak pernah kenal nenek mereka namun setiap tahun mereka akan membersihkan pusara arwah datuk dan nenek mereka. Sejak kecil saya ajar mereka menziarahi pusara. Jika orang lain bergembira berjumpa dengan ibu dan bapa mereka di kampung saya pula seronok bila dapat menjenguk pusara arwah ibu dan ayah.
Saya sentiasa mendoakan roh mereka dirahmati Allah dan berbahagia di sana. Kepada mereka yang masih ada ibu dan bapa hormati dan hargailah mereka.
Ads
Namun paling saya tak boleh lupa sudah tentu masakan arwah ibu terutama bila menjelang petang raya iaitu,Ketupat, Rendang Daging,Rendang Ayam dan Kuah Kacang.
“Ibu kenangan bersamamu takkan ku lupa. Semoga Allah mencucuri rahmat buat Arwah Ayah Suboh bin Mohd Amin dan juga ibu Salamah binti Othman.”
Malah saya juga terapkan amalan murni menziari kubur di hari raya kepada anak-anak.
Dikesempatan ini saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat semua umat Islam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sakit mata ni memandang, bila tumit kaki mulai merekah, kasar dan keras. Hakikatnya, tumit kaki pun harus dijaga sebaiknya, agar ia tetap halus mulus. Banyak faktor boleh sebabkan tumit kaki merekah antaranya jika berdiri terlalu lama dan tapak kaki alah kepada lantai simen. Jangan bimbang, sebenarnya ada petua mudah yang mak-mak boleh cuba untuk atasi tumit yang merekah ini dalam masa 5 minit, iaitu hanya mengguanakan garam kasar dan limau nipis sahaja.
Tips tumit merekah bersinar dalam 5 minit hanya guna 2 barang je.
“Jangan duk pandang rendah tang tumit merekah. Tumit pun ada hak nak melawa, bergojes, ada skin haluih mulus bak muka ploles jugak.”
“Yer korang, nampak tua bukan je pada paras rupa! orang tengok kaki pun boleh kata kita tua. Bukan sorang je tapi ramai hat tegur kaki datin dah macam orang tua padahal umor baru 26. Malu sungguh!
“Datin berlapang dada nak share tips basmi masalah tumit merekah hanya guna barang dekat dapur je. Mudah dan senang. Anak-anak tidur mak-mak boleh la belai-belai tumit tu.”
Limau nipis/ lemon
Sedikit Garam Kasar
Berus gigi murah guna bulu yang kasar
1.Perahkan limau nipis atau lemon pada garam kasar.
2.Gosok/ sental perlahan-lahan pada bahagian tumit kaki yang merekah selama 5 minit.
3.Jika limau dah hancur/ lembik boleh gosok dengan berus gigi pula.
Siap! amalkan selalu untuk hasil yang berkesan. Lihatlah perubahannya.
Astaghfirullah, mahalnya harga kuih raya sekarang ni. Nak tunjuk macam dulu pun takut!
20 tahun lepas, emak setiap tahun akan bersengkang mata, berkaftan longgar di dapur berlumur tepung dan bau harum mentega, menyiapkan kuih tat nanas kesukaan kami.
Biasanya saya jadi tukang terap doh, letak jem nanas dan lepas tu jadi orang paling kuat mengintai oven. Bukan tengok kuihnya, tapi ambil bau tat yang dibakar! Allahu, aroma itu… Sampai sekarang tersemat kemas dalam ingatan.
Hari ini emak lebih selesa membeli. Tiada lagi bau harum kuih raya yang dibakar atau bau manis jem nanas di dapur. Selain ‘pembantu-pembantu kecilnya’ dah membesar dan berkeluarga, emak lebih suka bersendirian di bilik, mengaji atau mendengar ceramah agama di televisyen.
Emak tak usahlah susah-susah buat kuih. Lagipun kos buat sendiri kadang-kadang lebih mahal daripada beli. Dapat penat lagi, ambil masa nak beribadah lagi.
Itu pujuk kami setiap kali dia teringat mahu buat kuih tat nanas dalam bulan puasa. Dan emak pun akur, kerana kami adik-beradik sentiasa bawa pulang berbekas-bekas kuih raya, yang tinggi, yang rendah, yang bertutup merah, yang berkaca, sebagai stok di rumah. Tradisi buat kuih itu pun mati.
Tempoh hari saya bawa emak shopping raya di Shah Alam, emak mengomel kenapa harga kuih raya sekarang mahal-mahal. Tak masuk akal tengok sebekas kecil kuih tat nanas, isinya mungkin 20-25 biji, dijual pada harga RM30. Kami jalan ke gerai lain, tapi semua kuihnya pun berharga sekitar RM25 – RM40.
Berbeza dengan harga kuih raya dulu-dulu. Kalau anda masih ingat, bekas bulat jernih tu, harganya lingkungan RM13 – RM15 jer, kan? Kadang-kadang waktu jualan lelong, jadi RM10 sebekas. Kuih pun banyak sekitar 50 biji, rupa cantik dan sedap. Haiiii… rindunya zaman kuih raya penuh semeja.
OK, PATUTLAH!
Tak mahu terus diburu tanda tanya, lebih baik saya jumpa sendiri pengusahanya. Dan 10 jawapan yang diterima ni memang buat kita mengangguk faham… Oh, patutlah harga kuih raya sekarang melambung tinggi! Bisik seorang sahabat, you should really write about this Cik Lin!
(1) Pengusaha terpaksa naikkan harga sebab kos bahan bakeri meningkat beberapa kali dalam tempoh setahun.
(2) Ada yang pilih menggunakan bahan berkualiti contohnya pure butter dan bukannya mentega biasa macam Buttercup.
(3) Rasa kuih yang menggunakan pure butter lebih sedap dan tahan lama. Tapi harganya mahal. Contoh bila promosi, harga Buttercup RM5.00 tapi pure butter RM9.00. Lebih kurang begitulah. Cuma pengusaha akan beli pukal untuk dapat harga murah.
(4) Sebilangan pengusaha kecil mengenakan caj penghantaran sekali pada kuih raya mereka. Nampak tak ketara, tapi kos minyak dan masa pun kenalah kira, kan?
(5) Faktor GST pun mempengaruhi. Pengusaha biasanya dah siap-siap beli barang mentah sebelum GST 0% semalam. Harga barang dulu lagi mahal.
(6) Kos bekas atau packaging pun mainkan peranan. Sekarang trend bekas acah hipster tu, balang kurus tinggi bertutup hitam. Lagi aneh bekasnya, lagi mahallah kuih rayanya. Tapi ini by demand.
(7) Tengok area jualan dan target market. Biasanya area bandar raya besar dan padat seperti Lembah Klang, Johor Bahru, Ipoh atau Pulau Pinang memang lebih mahal.
(8) Ada konsep ejen. Untung orang tengah pun kenalah kira juga. Pengusaha tolak RM20, ejen mestilah caj lebih lagi.
(9) Kalau beli kuih raya di gerai, jangan lupa penjual kena cover kos sewa tapak dan pembantu jualannya. Kadang-kadang untung mereka sendiri pun ‘ciput’.
(10) Pengusaha berpengalaman atau terkenal dengan kesedapan kuih raya mereka. Yang ini pembeli memang sanggup beli walaupun mahal kerana dah tahu kualiti rasanya yang gerenti sedap.
Lepas baca penjelasan ni, agaknya hakak hakak macam saya faham tak? Iyalah, cuba kita buat sendiri kalau nak tau berbaloi ke tak. Cara terbaik untuk berjimat, mungkin kita boleh tempah terus daripada pengusahanya yang tinggal berdekatan rumah. Jimat kos penghantaran, ejen dan sebagainya.
RAMALAN LEPAS GST 0%
Nampaknya kemungkinan harga kuih raya turun lepas 1 Jun 2018 memang tipis. Kata kawan baik saya dari Bakes By Delia, banyak pengusaha pilih untuk kekalkan harga sekarang. Tapi saya memang setia beli biskut cip coklat beliau, tiap-tiap tahun wajib order sebab sedap sangat. Yang ini berbaloi-baloi beli, anak-anak berebut makan!
Diam diam saya jumpa emak dan janji tak membazir beli kuih raya mahal-mahal. Emak kata beli yang anak suka makan saja. Untuk emak, carikan kuih tat nanas macam biasa. Saya pandang wajah tuanya. Aduh, tiba-tiba aroma tat nanas buatan emak menerpa ke hidung. Rindu kena marah sebab sepahkan tepung dulu! Nostalgia betul.
Selamat ber-shopping raya! Sehingga itu salam sayang daripada saya, Editor Mingguan Wanita… Norzalina Mohd Alias.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pada hujung minggu yang lepas telah diadakan Karnival Karangkraf 2018. Terima kasih diucapkan kepada pembaca setia dan pengikut majalah Mingguan Wanita serta pengunjung yang telah meluangkan masa menghadiri fiesta yang meriah ini.
Karnival kali ini amat berbeza kerana ia diadakan pada bulan Ramadan. Berikutan dengan itu juga telah diadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai ala Madinah di perkarangan Kompleks Media Kumpulan Karangkraf.
Ribuan umat Islam telah menghadirinya. Seronok melihat ukhwah yang terjalin sepanjang majlis berbuka puasa itu. Walaupun saya hanya sempat sekali sahaja berbuka puasa di sini, namun saya dapat merasai kemeriahan makan bersama-sama di bawah langit senja.
Sebenarnya saya sudah biasa menghadiri majlis berbuka puasa beramai-ramai. Setiap kali Ramadan sudah pasti kami pihak Media akan dijemput menghadiri majlis berbuka puasa bersama artis, anak-anak yatim, ibu tunggal dan pihak korporat. Jika diikutkan hati saya lebih suka berbuka puasa di rumah. Namun disebabkan tugas saya perlu juga menghadiri majlis sebegitu.
Berbuka puasa beramai-ramai juga sudah tidak asing bagi saya dan rakan-rakan sekerja di Karangkraf. Ini kerana setiap kali Ramadan, pihak syarikat menyediakan juadah berbuka puasa untuk kakitangannya. Jika saya tidak ada tugasan luar pada hari itu, sudah pasti saya akan berbuka puasa di sini.
Rumah saya terletak di Kuala Lumpur dan pejabat pula terletak di Shah Alam. Lebih baik saya ambil keputusan berbuka puasa di pejabat. Selain dapat berbuka dengan mudah, ia juga dapat mengelakkan saya terpaksa berbuka di dalam kenderaan yang dinaiki untuk pulang ke rumah.
Bercerita mengenai berbuka puasa di dalam kenderaan ini, banyak kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Saya pernah berbuka puasa dengan hanya memakan buah kurma yang dikongsi bersama Allahyarham Kak Siti Arfah Abdul atau Kak Pah. Saya harapkan anda semua dapat sedekahkan Al-Fatihah kepada bekas penolong editor Mingguan Wanita yang telah kembali ke Negara Abadi pada bulan Mei lalu.
Saya sebenarnya adalah penumpang setia kereta Kak Pah. Setiap kali saya menumpangnya pada bulan Ramadan, sudah pasti saya akan siap-siapkan bekalan kurma untuk dijamah ketika berbuka. Saya makan tiga biji dan Kak Pah pun makan tiga biji. Selepas itu kami hanya minum air kosong. Kadang-kadang kami berkongsi satu botol air. Cukuplah sekadar melapik perut. Balik rumah nanti boleh makan. Itu fikir kami berdua dalam hati. Kenangan tersebut akan saya simpan sampai bila-bila.
Selain itu saya juga pernah berbuka puasa di dalam LRT. Masa itu mata asyik melihat jam di telefon bimbit. Takut terlepas waktu berbuka. Bila tiba waktu berbuka, saya akan terus makan buah kurma yang dibawa sebagai bekalan. Biasanya saya hanya akan makan tiga biji kurma. Itupun saya rasa bersyukur kerana ada makanan yang boleh dijamah. Hanya apabila balik ke rumah barulah saya menjamah makanan berat.
Namun berbuka puasa beramai-ramai ini ala Madinah ini adalah pengalaman baru. Sebabnya kami berbuka bersama-sama dengan umat Islam yang sebelum ini tidak pernah ditemui. Kami juga bersila dan berbuka di bawah langit terbuka tanpa sebarang khemah menutupi kepala.
Makanan yang disediakan tidaklah banyak seperti di rumah mahupun di hotel dan restoran. Namun cukuplah untuk mengisi perut dan mengganti tenaga yang telah hilang sepanjang berpuasa. Sekurang-kurangnya dengan berbuka sebegini dapat menitip rasa insaf dalam diri. Walau sikit bersyukurlah kita dapat makan kerana tidak semua umat Islam di dunia ini yang hidupnya dilimpahi rahmat Allah seperti kita di tanah air Malaysia ini.
Saya tidak pernah pergi ke Madinah. Tetapi saya dapat melihat suasana berbuka puasa tersebut yang dikirimkan di media sosial oleh rakan-rakan yang pernah ke sana. Mungkin suasana berbuka puasa di Karnival Karangkraf ini tidak semeriah di Madinah, namun sekurang-kurangnya mereka yang tidak pernah berada di Madinah dapat merasai serba sedikit tempias suasana di sana.
Bulan Ramadan mengajar kita untuk rasa lebih bersyukur dan lebih kepada memberi kepada yang memerlukan. Terbitkah rasa insaf dalam diri anda sepanjang Ramadan ini?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cara elak isteri meroyan lepas bersalin, suami kena jadi 'pil'. Ini penyembuh emosi Utama paling murah yang golongan mak-mak perlukan daripada orang yang dia sayang.