Dalam menempuh alam perkahwinan, hubungan suami isteri ada pasang surutnya, suka duka, tawa dan air mata. Inilah yang memberi yang membuatkan pasangan cuba pertahankan walau apa pun terjadi. Semuanya diharungi bersama.
Namun, ada juga pasangan yang cepat putus asa dan tidak berusaha membina keutuhan rumah tangga. Akhirnya mengambil jalan singkat dengan berpisah. Susahnya, bila pasangan tidak langsung hargai susah senang bersama.
Perkongsian daripada Insyirah Soleha tentang bagaimana bila isteri tak lagi jadi bidadari suami. Ini untuk panduan suami isteri bersama.
“ Tanpa kepahitan, kita tidak menghargai kemanisan.
Bila isteri tak lagi menjadi bidadari, Kenang-kenang kembali memori manis menjadi suami isteri di hari pertama dia halal untuk kamu. Dia wanita yang kamu impikan untuk hidup bersama sehingga ke Syurga. Dia wanita yang menggetarkan rasa dan cinta untuk berkasih dengan cara yang Allah redha.
Ads
Bila isteri tak lagi menjadi bidadari, Kembalikan kenangan saat melafazkan perasaan untuk menyuntingnya menjadi isteri. Rasakan kembali debaran menerima lamaran darinya.
Bila isteri tak lagi menjadi bidadari, Badan yang dahulu kurus kini semakin besar. Perut yang dahulu kempis kini semakin buncit.
Kulit yang dahulu tegang kini dipenuhi stretchmark. Wajah yang anggun kini semakin tembam.
Ads
Carilah jalan, usahakanlah untuk menghiasi isterimu dengan cara yang menyenangkan matamu melihatnya. Mungkin kerana keletihan urusan keluarga, langsung dia tidak pernah memikirkan penampilannya.
Setiap wanita suka pada kecantikan dan sangat mahu kelihatan cantik. Wajah yang kusam, badan yang letih, emosi yang bercampur setiap hari dengan ragam anak-anak sering membuatkan para wanita lupa untuk menjadi isteri.
Wahai suami, Ambillah sejenak peranan isterimu. Berilah ruang dan waktu untuknya mendandan. Carilah peluang untuknya kembali cantik. Sediakanlah waktu untuknya beristirehat. Andai matamu diuji dengan pakaian wanita yang tidak menutup aurat di luar rumah, maka carilah pakaian sebegitu untuk isterimu. Agar matamu terjaga dari memandang yang haram.
Ads
Saat emosi seorang wanita menjadi gagah dan menggembur bahagia, kudratnya turut menjadi gagah untuk melaksana rutin harian. Kalau suka melihat isteri cantik, maka berilah kepadanya pakaian yang cantik, hiasan yang cantik.
Bukankah lelaki suka melihat yang cantik dan wanita suka kelihatan cantik? Allah cipta lelaki dan perempuan keduanya punya perasaan yang melengkapkan keduanya. Gemburlah rasa, ciptalah bahagia.
MW: Jangan kerana isteri tidak lagi cantik, suami mual beralih arah. Kena ingat, susah payah isteri adalah untuk keluarga. Hargailah isteri yang sanggup berkorban apa sahaja.
Kalau sudah sah menjadi suami orang, setiap hari kena semak apa yang kurang dalam rumah tangga. Bukan hanya dari sudut nafkah, tetapi emosi seorang isteri juga patut dijaga.
Bahagia itu pilihan. Ada suami cukup pandai menghargai isteri, tetapi ada suami yang langsung cuma tahu gali kekurangan pihak isteri.
Balik-balik rumah, hanya tahu kritik. Tengok badan isteri berisi, lagi teruk diperli. Apa lagi yang berani curang di belakang isteri. Allah… moga kaum suami boleh renungkan kejap dengan perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini. Betulkan mana yang silap dalam rencah rumah tangga.
Bila Dapat Pangkat ‘Suami’
Saat kita menjadi suami…
Saat kita menjadi seorang suami, kita diberikan satu amanah, iaitu utk bertanggungjawab terhadap isteri kita. Banyak tanggungjawab yang kita perlu pikul, perlu galas dan ianya bukan tugas yang mudah.
Kita juga akan dipertanggungjawabkan untuk apa yang terjadi kepada isteri, kepada rumah tangga tu. Allah akan tanya kita kelak.
Sekarang mungkin kita rasa kita boleh buat apa yang kita nak, apa yang kita suka. Kita nak bagi nafkah, kita bagi. Kita tak nak bagi, kita buat tak tahu. Hak-hak seorang isteri, kita tak nak penuhi. Kita rasa nak mesej perempuan lain, berskandal dengan perempuan lain, kita buat. Isteri larang kita tak nak dengar. Kita sanggup bela maksiat tu lagi dari dengar nasihat. Kita menyakiti hati isteri, kita tak memahami diri isteri, kita buat isteri macam hamba abdi.
Tak apa, ini dunia. Di dunia boleh lah tapi setiap perbuatan yang kita buat tu ada balasannya. Kalau buat baik, insyaAllah baiklah ganjarannya. Kalau buat jahat? Azab, seksa dan ujian yang akan menanti kita sebagai suami ni. Jangan ingat kita boleh terlepas walau seinci pun.
Pilihan Suami Untuk Bahagia
Ada suami yang bila gaji masuk, keesokan harinya dah rasa tak cukup. Ada suami yang motor, kereta selalu rosak. Ada suami yang di tempat keje, selalu tertekan, keje banyak, gaji susah nak naik, bos selalu marah.
“Ketenangan” tu tak ada untuk suami yang tak memenuhi hak seorang isteri. Tak melayani isteri dengan baik.
Manakala suami yang mengutamakan isteri, tak berkira dengan isteri, selalu tolong isteri buat kerja-kerja rumah, selalu dengar nasihat dan teguran isteri, dia hargai isterinya, hidupnya sentiasa tenang. Rezekinya selalu murah, mencurah-curah, gaji sentiasa cukup, motor kereta jarang rosak, gaji selalu naik dan jarang rasa tertekan. Ketenangan itu yang semua orang nak.
Saat kita keluar rumah mencari rezeki, saat itulah doa seorang isteri mengiringi perjalanan kita. Dari pagi hingga petang, dari keluar sampai pulang. Jangan meremehkan doa seorang isteri, doanya tiada hijab sebab dia juga seorang ibu. Direct to Allah dan rezeki bukan sekadar wang ringgit. Kesihatan yang baik, ketenangan hati, urusan dipermudahkan itu semua rezeki.
Maka, berbuat baiklah pada isteri, penuhilah hak-hak isteri dan hargailah isteri. Kita sesekali takkan rugi selama mana kita mengganggap isteri itu sebahagian dari kehidupan kita dan bukannya menumpang hidup kita.
Nasihat dari seorang suami kepada suami yang lain. Apa yang kita buat di dunia yang akan menentukan timbangan kita diakhirat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ipar duai berkumpul. Perkara yang paling mengujakan dan seronok bila dapat berkumpul dengan ahli keluarga. Maklumlah lama tak jumpa dan sudah tentu masa hari raya atau kenduri pasti akan lengkap.
Berkumpul dengan adik beradik, anak buah, iapar duai dan sebagainya, memang sehari pun belum tentu habis ceritanya. Dari satu topik ke satu topik. Seronok sangat ‘membawang’, ipar duai pula satu kepala.
Namun, dalam ipar duai berkumpul, pasti ada juga yang akan berkecil hati dan terasa hati tanpa kita sedar. Walaupun rasa cerita itu anggap biasa saja. Inilah yang ingin dijelaskan oleh Kak Tam dalam video perkongsiannya bila ipar duai berkumpul.
“Isteri ada hari dia terbaring, tapi bukan sakit.’ Isteri burnout bukan mengada-ngada tetapi dia cuba mengambil masa untuk kembali pulihkan semangat dia.
Hari-hari hadap rutin yang sama, uruskan suami, anak-anak serta rumahtangga sudah tentu melelahkan. Sebagai suami, anda seharusnya fahami situasi ini, jangan melabel isteri mengada-ngada pula.
Isteri Ada Hari Dia Terbaring
Kongsi lelaki ini, Azizul Zairi, isteri “burnout” bukan ngada-ngada.
Terpijak mainan.
Anak bersepahkan barang.
Susu tumpah.
Anak menangis tanpa sebab.
Suap anak makan pun kena menyinga.
Bakul baju kotor dah penuh.
Sinki penuh pinggan kotor.
Suami asyik main game.
Suami sibuk dengan grup Whatsapp.
Dulu saya tak faham, isteri ada hari yang dia akan melepek dan terbaring seolah tak bermaya macam demam tapi tak sakit.
Akan ada ketika ditanya sepatah, dijawab dengan angguk kepala atau geleng kepala sahaja.
Ilmuan agama dan ahli perubatan juga menyifatkan ini bukan Depresi mahupun Anxiety, tetapi keadaan inilah yang dipanggil ‘Burnout’. Keadaan bila emosi, fizikal dan mental berada dalam keadaan teramat penat akibat dari ‘stress load’ yang berganda dan tiada henti.
Semua masalah ini tak akan mudah dikawal oleh seorang suami, malah kita lelaki yang gagah pun akan surrender! Ini real.
Kalau kita mampu tangani pun, pasti tak sesempurna air tangan isteri. Kita lelaki ini kalau urus anak, fokus pada anak saja semata. Kadang masakan isteri sudah siapkan dulu ataupun kain baju sudah siap dibasuh.
Tapi tidak bagi seorang isteri, dari A sampai Z berlaku serentak dalam 1 hari dan saya yakin tak semua mampu untuk menghadapinya. Bila hadap hari-hari, tunggu masa sahaja untuk meletup!
Isteri Burnout
Bila sudah meletup, itulah yang terjadi sering berlaku kes bertindak luar kawalan.
Alah mak dulu-dulu boleh je jaga anak 10 orang!!
Bang, serius cakap jauh beza situasi. Jangan compare epal dengan oren.
Bapak orang dulu-dulu sebelum subuh dah keluar menoreh, sebelum anak bangun pukul 8am-9am dah ada kat rumah. Baring kejap, minum kopi sambil tengok anak-anak sebelum berlepas ke kebun sawit.
Lepas Zohor nanti balik kejap, kira anak cukup tak, yang merayap sudah balik makan ke belum. Petang nanti ada masa baru pergi sungai menjala. Buat lauk malam. The power of menjeling itu terus buat anak-anak disiplin tak buat dajal dengan mak.
Zaman kita hari ini awal pagi sudah keluar tinggalkan buta-buta isteri uruskan anak-anak sendirian. Lainlah cerita kalau sebelum pergi kerja kita sudah siapkan sarapan ataupun basuh baju subuh-subuh.
Lepas maghrib nanti baru balik kerja, selagi ada overtime sudah tentu pulun semata nak cari duit lebih untuk keluarga. Karang hari minggu nak hangout dengan kawan lagi.
Bukan Mengada-Ngada
Mana-mana ibu dan isteri pasti mahukan yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Tetapi realitinya setiap orang punya kemampuan masing-masing. Kemampuan untuk menyelesaikan semua tugasan dalam satu-satu masa.
Orang luar mudah berkata-kata,
“Kau rajinkanlah diri solat”
“Tenang jangan gopoh!”
“Biasalah, semua orang stress”
Burnout ini berlaku pada ibu dan isteri seluruh dunia tak kira solat ke tak, tak kira agama mahupun bangsa. Tergantung kemampuan masing-masing untuk dapatkan khidmat profesional mahupun kemampuan untuk dapatkan sokongan dari pasangan sendiri.
Tak Semudah DiSangka
Tugas therapist yang mengendalikan pesakit psikiatri sangat luas merangkumi sejarah kesihatan individu, pengalaman hidup, emosi, mental dan persekitaran semasa. Tak semudah kita nasihat kawan suruh solat, suruh ingat tuhan semata-mata.
Cukup pinjamkan bahu, telinga dan masa sudah memadai. Batiniah ini yang perlu diutamakan.
Kalau tak suka suami main game tanpa henti, beritahu.
Kalau dah sampai tahap trauma dengar anak menangis, beritahu.
Isteri buat semua ini sebab dia sayangkan dirinya sendiri. Dia sendiri kenal dirinya melebihi orang lain, apa yang dia mampu dan tak mampu.
Saya pernah sampai tahap nak bercerai dengan isteri saya, tapi ini nasihat bapa mertua saya sebelum teruskan niat nak berpisah. Setepek dia sound.
1. Lelaki wajib tahu tugas sebenar seorang isteri.
2. Pernah tak membantu isteri buat kerja rumah ikut sunnah perkahwinan. Kahwin 4 saja ingat sunnah?
3. Henti bercakap bersandarkan zaman 50 tahun lepas yang mana tak releven sama sekali.
4. Simple. Kalau hati ada orang lain yang kita fikir lebih baik, yakin ke yang lebih baik itu akan kekal dengan lelaki macam kita sekarang ni?
Suami yang ikut sunnah akan sentiasa pelihara kebajikan isteri dan sentiasa menyenangkan hati isteri macam yang teladan riwayat nabi yang adil melayani karenah isteri-isterj baginda. Jangan ingat Aisyah R.A tak pernah merajuk ya. Begitu penuh hikmah cara nabi melayari bahtera perkahwinannya.
Mingguan Wanita : Perkahwinan ini melibatkan sebelah pihak saja, dua-dua pihak main peranan sama ada suami atau isteri bagi menjamin kebahagian dalam rumah tangga.