Tidak dinafikan ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang beraya walaupun kerajaan sekerasnya menghalang rakyat Malaysia berbuat demikian. Namun begitu bagi sesetengah kes apabila mendapat surat kebenaran daripada pihak polis, mereka boleh memulakan perjalanan merentas negeri.
Ibu hamil yang tular semalam merupakan salah seorang yang mendapat kebenaran kerana bakal bersalin tidak lama lagi. Netizen mula menyelar tindakannya pulang ke kampung, padahal dia sudah memiliki surat kebenaran dari awal.
Sebagai ibu, sudah tentu merasa sedih apabila tindakan anaknya dikecam tanpa usul periksa. Oleh itu, Norazlina Abdul Rahim meminta semua orang untuk berhenti dan jangan kecam anaknya lagi kerana dia balik dengan kebenaran polis.
Tolong Jangan Kecam
“Tolong jangan kecam anak saya tanpa usul periksa, anak saya pulang ke kampung untuk bersalin, bukannya semata-mata menyambut Aidilfitri.”
Demikian luahan Norazlina Abdul Rahim, 50, iaitu ibu kepada wanita hamil yang positif Covid-19 dari Kuala Krai ketika mengulas kepulangan anaknya mendapat kecaman daripada netizen.
Ads
Ada Alasan Kukuh
Norazlina berkata, anaknya yang berusia 32 tahun mempunyai surat kebenaran untuk pulang ke kampung dan dijadualkan bersalin pada 19 Jun nanti.
“Anak saya pulang untuk bersalin memandangkan usia kandungan sudah 35 minggu. Untuk bersalin di Ampang, Kuala Lumpur agak sukar kerana suami anak saya bekerja dan mereka juga mempunyai anak yang masih kecil berusia tiga tahun.
“Sejak berita mengenai anak saya tular, ramai yang mengecam tindakan anak saya pulang ke kampung, sedangkan mereka tidak tahu anak saya mempunyai alasan kukuh untuk pulang.
“Pada mulanya anak saya agak tertekan sehingga terpaksa nyahaktifkan akaun Facebook untuk sementara waktu. Namun kini keadaannya kembali stabil selepas saya dan suami memujuk supaya bertenang dan tidak mengendahkan kecaman itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ads
Sukar Terima Positif Covid-19
Beliau berkata, anaknya sendiri agak sukar untuk menerima berita apabila pihak hospital menghubungi memaklumkan dia positif Covid-19 kerana sepanjang di Kuala Lumpur, anaknya tidak ke mana-mana melainkan keluar untuk membuat pemeriksaan di klinik kesihatan.
“Namun saya sentiasa menasihatkan anak supaya menerima perkara ini dengan hati terbuka. Syukur alhamdulillah sehingga kini anak saya dalam keadaan sihat dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
“Malah, pagi ini saya sempat ‘video call’ (panggilan video) dengan anak saya dan setakat ini keadaan anak saya dalam keadaan baik.
Ads
“Namun, doktor memaklumkan mungkin perlu bersalin secara pembedahan memandangkan anak saya positif Covid-19,” katanya yang mereka sekeluarga kini dikuarantin selama dua minggu.
Merentas Negeri Dari Ampang
Akhbar melaporkan, wanita hamil yang positif Covid-19 di Kelanyan, dikesan melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, wanita itu hanya disahkan positif Covid-19 apabila berkunjung ke klinik kesihatan ibu dan anak di Kelantan untuk menjalani rutin pemeriksaan.
Sumber: MyMetro
MW: Semoga ibu dan anak selamat hingga anak dilahirkan kelak. Berhenti kecam dan cuba fahami jika kita berada di tempatnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Katanya pendaftaran Touch ’n Go RFID dah dibuka semula. Perkongsian dari Akhtar Syamirini menjelaskan tatacara pendaftaran secara online. Kena cepat sebelum ditutup semula.
“RFID ni bakal menjadi cara pembayaran tol utama menggantikan Smart TAG. Tak perlu lagi nak tukar bateri tag, nak topup Touch N Go pun dari henset je.”
“Sebelum ni ramai yang tak sempat nak register, sekarang diorang dah bukak semula. Tunggu apa lagi? Siapa cepat dia dapat. FREE je buat masa nie.”
Pelekat RFID (rujuk anak panah)
Ini Penjelasan Mengenai RFID Dan Fungsinya
Touch ‘n Go memperkenalkan RFID sebagai satu sistem pembayaran tol elektronik baharu yang menggunakan pelekat sebagai salah satu cara untuk bayaran tol.
Pelekat RFID juga dipanggil sebagai tag RFID yang mengandungi cip frekuensi radio dan ditampal pada cermin hadapan atau lampu depan kenderaan. Ianya hanya boleh didaftar dan dipasang pada satu kenderaan sahaja dan tidak boleh dipindah milik.
Apabila kenderaan melalui tol, pengimbas di plaza tol akan mengimbas frekuensi radio daripada tag RFID, dimana tambang tol akan ditolak daripada akaun Touch ‘n Go eWallet anda.
Aplikasi Touch ‘n Go eWallet
Adakah Saya Perlu Ada Telefon Pintar Untuk Gunakan RFID
Ya. Untuk menggunakan RFID, anda perlu memuat-turun Touch ‘n Go eWallet, iaitu aplikasi mudah-alih dalam telefon pintar anda. Pembayaran tol akan ditolak daripada akaun Touch ‘n Go eWallet anda. Oleh itu, pengguna perlu memiliki telefon pintar untuk menggunakan RFID.
Berapa Harga RFID
Semasa Program Percubaan RFID, bayaran fi tag RFID dikecualikan. Namun, anda perlu menambah nilai Touch ‘n Go eWallet anda untuk membuat pembayaran tol seperti biasa.
Maksud Program Percubaan RFID Untuk Orang Awam
Program Percubaan RFID untuk orang awam adalah fasa percubaan RFID yang dibuka kepada orang awam yang berminat untuk membolehkan Touch ‘n Go mencuba dan memperbaiki pelaksanaan RFID berdasarkan penggunaan sebenar dan maklumbalas daripada pengguna awal.
Rupanya ada cara mudah untuk mak-mak buat sendiri mayonis dirumah. Pastinya ia lebih sedap, terjamin kebersihannya malah menjimatkan tak perlu beli di kedai lagi.Bukan apa, mayonis selalu menjadi sos pencicah seperti nugget, sosej, kentang goreng mahupun dinikmati bersama salad, sandwich dan sebagainya.Bila dapat buat sendiri lebih puas hati dan pastinya berbaloi, lebih-lebih lagi bila anak-anak pun pun suka.
Resepi cara membuat mayonis ini dikongsikan oleh Nabihah Sukria sebagai rujukan mak-mak semua.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Dah lama rasanya saya tak beli mayonnaise di kedai. Saya buat sendiri je di rumah. Resepi saya sendiri dan diolah mengikut tekak orang Malaysia. Sangat mudah, jimat dan yang paling penting sedap baq hang. Ada yang teringin ke nak buat sendiri?”
Bahan-Bahannya:
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar air perahan lemon (Jika tiada lemon, boleh guna cuka masakan)
1 sudu kecil mustard
2 sudu besar gula
300 ml minyak (Boleh guna apa-apa minyak. Tapi kalau nak sihat boleh guna minyak zaitun atau minyak sayuran).
Serbuk lada hitam (Jika sukakan pedas, boleh letak. Jika sukakan original, tak perlu letak)
Cara Membuat:
1. Kisarkan telur, garam, air perahan lemon, mustad dan gula dalam mesin pengisar selama 10 saat.
2. Tuangkan minyak sedikit demi sedikit ke dalam blender sehingga mayonis menjadi kental.
3. Masukkan secubit lada hitam dan blend sebentar.
4. Jika sukakan mayonis yang lebih manis, boleh tambah gula lagi.
5. Siap. Bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.
PERINGATAN;
* Jika mahukan mayonis kita tahan beberapa bulan di dalam peti ais, pastikan semua peralatan yang digunakan dan bekas yang kita nak simpan mayonis tu bersih dan kering dari sebarang air.
* Satu resepi ni boleh dapat satu bekas kecil. Jika nak buat stok banyak siap-siap, boleh doublekan resepi ni ok.
* Telur pada suhu bilik. Jangan guna yang diambil dari peti ais tu ya.
* Mustard jangan letak lebih tau. Nanti rasa dia akan jadi pelik.
Majlis resepsi Janna Nick ala Barat, Ustaz Wadi beri penjelasan kenapa balik awal. Hukum tetap hukum.
Pasangan artis Janna Nick sudah pun selamat bergelar isteri kepada Dini Schatzmann Sabtu lepas.
Majlis Resepsi Janna Nick Ala Barat
Di sebalik kegembiraannya meraikan hari bahagia, dirai mengikut pilihannya namun didakwa ala Barat oleh warganet di mana Dini dilihat melutut di hadapannya seperti membuat lamaran, kehadiran penceramah popular, Ustaz Wadi Annuar yang dijemput membaca doa menjadi isu sehingga membawa kepada pencerahan dari Ustaz Wadi mengenai isu yang timbul ini.
Kata Ustaz Wadi, dalam video pencerahannya, memaklumkan, dirinya dijemput menghadiri kenduri yang mana hukumnya wajib jika tiada sebarang keuzuran dan masa yang sama membaca doa untuk keberkatan majlis.
Namun dirinya balik lebih awal dan tidak menunggu hingga habis majlis tetapi sudah memaklumkan kepada tuan rumah untuk tidak berlamaan di majlis berkenaan.
“Saya dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan itu dan membaca doa. Apabila sampai di majlis itu, pasangan pengantin belum sampai lagi. Sepuluh minit kemudian, pengerusi majlis mengumumkan saya membaca doa yang ketika itu pengantin tak ada lagi.
“Habis baca doa, saya duduk di kerusi kembali. Kemudian saya nampak pengantin sampai dari hujung sana, saya beritahu PA (pembantu peribadi) bahawa kami kena balik kejap lagi dan tidak dapat teruskan majlis. Saya buat keputusan untuk tidak makan, (tidak) bergambar, (tidak) bersama mengikut tentatif sehingga ke akhir majlis,” katanya menerusi rakaman video di media sosial.
Ustaz Wadi Beri Penjelasan Kenapa Balik Awal. Hukum Tetap Hukum…
Ustaz Wadi memaklumkan selepas pasangan pengantin itu berucap dan beredar, beliau terus balik dan memaklumkan kepada ‘tuan rumah’ mengenai niat mereka untuk meninggalkan majlis lebih awal.
Menurutnya, tindakannya untuk balik awal adalah seperti yang diajarkan dalam Islam iaitu tidak memalukan orang lain, menimbulkan persepsi negatif serta tidak menjatuhkan tuduhan dan fitnah.
“Hukum tetap hukum, namun pada masa sama, tidak keruhkan keadaan dan menimbulkan fitnah,” katanya di akhir rakaman video berkenaan.
Terdahulu, kehadiran Ustaz Wadi Annuar sebagai agamawan terkenal ke majlis resepsi Janna Nick dan suami di resort terkemuka di Langkawi diraikan ala Barat mendapat pelbagai reaksi warganet.
Dr Say Cerita Pengalaman “Koyak” & “Meroyan” Selepas Bersalin
Pengalaman lahirkan anak pertama buat isteri gerun untuk hamil dan bersalin lagi. Kalau tak ada bantuan suami, boleh menjurus kepada meroyan selepas bersalin atau “postpartum”.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!