Bahagia hati isteri apabila sentiasa disayangi suami. Malah, dalam doa harian pun isteri jaranglah terlupa nak selit minta doa agar suami sayang lebih padanya.
Dalam tak sedar rupanya, ada doa lebih mustajab untuk dipohon dan jika dipraktikkan selalu suami akan jadi tak sampai hati pada isteri untuk menyayangi isterinya itu.
Jangan Doa Minta Suami Sayang Kita..
Masa pegi kelas penjagaan ibu lepas bersalin haritu, Pn Mazni ada share satu doa. Mungkin selama ni tiap hari kita doa minta suami sayang kita.
Perasaan sayang tu general. Dia sayang mak ayah dia, anak-anak, adik-beradik dia, pak cik mak cik dia, sepupu rapat dari kecik main sama-sama. Semua dia sayang.
Boleh jadi sapa-sapa yang dia jumpa nanti dia akan sayang dalam masa yang sama dia memang sayangkan kita.
Ubah Cara Isteri Berdoa
Jadi Pn Mazni tu ajar untuk ubah cara berdoa. Doa ni dia dapat masa dengar ceramah dari sorang ustaz.
“Ya Allah, kau semaikanlah rasa kesian dihati suamiku terhadapku.”
Kesannya insyaAllah, bila suami nak buat sesuatu yang tak elok dia akan rasa kesian dan tak sampai hati sebab teringat susah payah dan pengorbanan si isteri.
Nampak isteri penat uruskan kerja rumah, suami akan rasa kesian dekat isteri. Automatik dia rasa ringan tulang nak tolong kemas rumah sama-sama.
Ini Yang Dialami Lepas Praktikkan Doa..
Malam tu juga aku terus praktikkan doa baru tu. Esoknya hari jadi aku. Konsep kita org memang jenis tak bagi hadiah bila birthday ke anniversary ke. Memasing dah faham dan takde terasa apa-apa sebab dah biasa.
Esok pagi tu Zarol suruh siap-siap nak pegi mall. Sebelum ni tiap kali nak pegi mall memang aku je yang usulkan tak pernah dia yang offer dulu.
Eh buat apa pegi sana (buat-buat tak faham tapi macam dapat detect)
“Awak tak nak apa-apa ke. Handbag ke kasut ke.”
Uiii biar betul. Takkan doa semalam dah makbul. Cepatnya! Alhamdulillah dapat sebijik handbag. Last dia bagi masa hantaran 5 tahun lepas.
MW : Semoga kasih sayang suami isteri dalam rumah tangga terus kekal hingga ke jannah.
Sumber/Foto : Hani Shamsuddin
Follow kami :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wujudkan Rasa Setia Anak-Anak Pada Mak Ayah Dan Keluarga
Wujudkan rasa setia dalam diri anak-anak kita terhadap keluarga. Perasaan itu kena dipupuk, jangan mengharapkan ia tumbuh sendiri di jiwa anak-anak.
Saya sering diajukan soalan daripada anak saya berkaitan dengan maksud namanya; “Wafa tu maksudnya apa?”. Begitu teruja sekali wajahnya setiap kali bertanyakan hal berkaitan dirinya. Saya katakan maksud nama Wafa ialah setia. Tersenyum lebar apabila mendengar jawapan itu.
Dianjurkan Islam
Terfikir di benak saya bahawa benarlah Islam dalam anjurannya untuk memberikan nama-nama yang baik untuk anak-anak kita. Bukan sahaja akan membentuk persepsi tentang dirinya malah mendengarkan maksud yang baik itu sahaja sudah cukup menggembirakannya. Sejak daripada itu, dia sentiasa mengulang-ulang, Wafa setia dengan Allah. Masya-Allah cair hati saya mendengarnya. Mama doakan Wafa terus tetap dalam perhatian Yang Maha Esa.
Inilah yang akan kita kongsikan bersama untuk kali ini. Makna setia dalam perhubungan ibu ayah dan anak-anak. Apabila bercerita berkenaan dengan hubungan ini, kebanyakan daripada kita menganggap hubungan ini adalah hubungan yang terjalin dengan sendirinya tanpa perlu berusaha untuk mengekalkannya, mengharmonikannya apatah lagi membincangkan peri hal kesetiaan. Kerana bagi kebanyakan orang, sudah pasti ahli keluarga akan setia antara satu dengan lain.
Perlu Wujudkan Setia
Namun, persepsi yang kita punyai ini tidak semudahnya menjadi sedemikian tanpa usaha untuk mewujudkan keharmonian di dalamnya. Sepertimana juga hubungan yang lain, ia bukanlah sebuah rutin yang harus kita hadapi sahaja malah harus dimaknai dengan pemaknaan yang sebenar sebagaimana yang dianjurkan oleh syariat.
Kesetiaan wujud melalui hubungan hati yang mapan. Ia bermula sejak daripada anak-anak kita kecil lagi. Bagaimana kita menyantuni setiap keinginan dan kehendaknya dan bagaimana kita melalui hari-hari kita bersamanya. Sewaktu usia kecil, mereka tiada pilihan selain merakam apa sahaja yang berlaku di sekeliling mereka. Baik atau buruk semuanya kemas direkodkan ke dalam minda bawah sedar.
Di waktu inilah sebaiknya kita menyediakan bahan rakaman yang paling bermutu untuk direkodkan. Setiap gerak geri yang berakhlak dan setiap bait tutur kata yang beradab adalah bahan yang harus kita sediakan. Semuanya ini akan membentuk persepsi dirinya tentang kehidupan dan cara kehidupan. Hubungan hati, kepercayaan dan kesetiaan juga akan terakam melalui semua bahan mentah ini tadi.
Lebih banyak artikel:
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Wujudkan Persekitaran Harmoni
Jika kita berjaya mewujudkan sebuah persekitaran keluarga yang harmoni, anak-anak akan gembira dan teruja untuk berada di samping kita. Dia pasti berasa kesempatan ini adalah kesempatan yang tiada tolok bandingnya dan tidak harus dilepaskan.
Namun jika sebaliknya, mereka sendiri akan wujudkan jurang antara diri mereka dengan kita dan ahli keluarga yang lain secara umumnya.
Analoginya, jika di tempat kerja ada seorang yang sering membanding-bandingkan orang, meninggi suara, melemparkan kata-kata yang tidak sedap didengari pasti kita akan menjauhi orang tersebut dan tidak gemar berada bersama dengannya walaupun bukan bersebelahan, bukan?
INGAT! Anak Juga Ada Perasaan
Begitu jugalah halnya anak-anak kita. Mereka juga memiliki hati dan perasaan yang harus kita jaga dan perhatikan. Sewaktu dia masih kecil, dia masih memerlukan sokongan dan bantuan daripada kita jadi berilah sokongan ini selayaknya agar dia dapat merasakan kehadiran ibu dan ayahnya setia di sampingnya.
Di sini dia akan belajar makna kebersamaan dalam keluarga. Sentimen ini akan mekar di dalam hatinya untuk berkongsi kasih sayang dan menghormati sesama ahli keluarga malah masyarakat secara umumnya.
Persepsi yang positif ini harus ada dalam diri anak-anak sejak kecil untuk dia belajar mengenai hal kehidupan. Perlunya wujud kasih sayang, hormat-menghormati dan kesetiaan. Hal ini bermula daripada dalam keluarga dan kitalah selaku ibu bapa yang menjadi kuncinya.
Jadikan Diri Sebagai Contoh
Oleh yang demikian, rakan ibu bapa yang dihormati, jadikanlah diri kita contoh yang baik kepada anak-anak. Berikanlah mereka kesejahteraan emosi dan ketenteraman minda ketika bersama dengan keluarga. Insya-Allah kesetiaan akan terbina melaluinya.
Mengapa harus setia? Kerana kesetiaan adalah lambang kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan termasuklah perhubungan kekeluargaan. Kita mungkin tidak sentiasa bersama kelak namun kita saling mengetahui tanggungjawab dan kebersamaan di antara kita. Wallahuallam.
Sumber: Dr. Nurul Asiah Fasehah Muhamad (USIM)
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiada Perselisihan Faham.” Suami Sempat Peluk, Cium Sebelum Ghaib
“Tiada perselisihan faham.” Suami sempat peluk, cium sebelum ghaib atau hilangkan diri pada malam kejadian.
Lagi pula memang suaminya biasa bersikap demikian, jadi wanita ini langsung tidak curiga sehinggalah sehingga hari ini suami masih tidak ditemui.
Tiada Perselisihan Faham
Suami sempat peluk, cium dan memuji kecantikan saya sebelum dia ‘ghaib’ tanpa sebarang berita,” kata wanita yang hanya mahu dikenali DJ Sal, 47, isteri kepada DJ Wong atau nama sebenar Noor Aziz Johari, 53, yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.
Pasangan terbabit aktif bersiaran secara dalam talian di Facebook (FB) “DJ Wong And Sal Bollywood” yang kini mempunyai hampir 100,000 pengikut.
Baca Di Sini : “Saya Mahu DiSayangi.” Sedih DiTinggalkan Suami, Seorang Ibu Tergamak Cederakan Anak-Anak
Suami Sempat Peluk, Cium
Menurutnya, pada hari kejadian mereka sedang bersiap untuk bersiaran secara langsung di FB pada 10 malam sebelum dia dipeluk suami, dicium tiga kali serta dipuji cantik.
“Ketika itu, saya tidak terfikir apa-apa kerana suami memang kerap berbuat demikian dan selepas itu saya memintanya pergi bersiap dalam bilik.
“Bagaimanapun, saya selepas itu menyedari yang suami tidak masuk bersiap dalam bilik sebaliknya dia terus menghilangkan diri,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Ria Mesra 2, Gurun, Kedah.
Sebelum Ghaib
Katanya, apabila menyedari suami tiada dalam bilik, dia cuba mencari dalam sekeliling rumah namun gagal menemui DJ Wong.
“Ketika itu hujan lebat dan saya cuba menghubungi suami namun telefon bimbitnya dimatikan. Bimbang dengan situasi itu, saya bergegas ke rumah keluarga suami di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena namun masih gagal mengesannya,” katanya yang masih bingung dengan kejadian itu.
Menurutnya, tiada sebarang perselisihan faham berlaku antara mereka yang boleh dikaitkan dengan misteri kehilangan suaminya itu yang dilihat keluar dengan memakai kemeja dan jeans biru.
“Saya hanya perasan suami kelihatan agak murung sejak kebelakangan ini dan tidak ceria berbanding sebelumnya namun tidak tahu apa masalah difikirkannya.
“Suami hanya membawa telefon bimbit serta kad pengenalan dan saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangannya itu,” katanya yang berharap suami ditemui dalam keadaan selamat.
Baca Juga Di Sini: Baru Berkahwin Seminggu, Gara-gara Nafkah RM8.80 Sehari, Suami Ditinggalkan Isteri
Meminta Bantuan
Katanya, dia sudah meminta bantuan saudara serta kenalan untuk mengesan dan memberi maklumat sekiranya terjumpa suaminya itu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat DJ Wong boleh menghubungi DJ Sal di talian 0135783727 atau 0134194818.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Mingguan Wanita : Semoga DJ Wong ditemui selamat dan kembali ke pangkuan isterinya. Insyallah.
Sumber : myMetro
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Berhak Tentukan Jumlah Anak, Kalau Nak Keluarga Bahagia
Rupanya dalam sedar atau tidak, bab nak rancang jumlah anak…ramai para suami terlepas pandang perkara-perkara kecil seperti yang dikongsikan oleh Prof Datuk Dr. Harlina Halizah Hj Siraj. Dalam komentarnya menerusi program bual bicara, Bidadari Dunia Episod empat Astro Oasis beliau menerangkan khilaf suami yang ada waktunya sedikit sebanyak menjejaskan emosi isteri bila bab nak tambah anak.
Berikut adalah antara empat perkara menarik yang harus diberi penekanan mengenai perancangan isu tambah ahli keluarga yang wajar dipertimbangkan.
- Kesihatan isteri
Menurut Dr Harlina keterujaan pasangan suami isteri dengan kandungan pertama berbeza dengan kandungan seterusnya.Kehamilan pertama selalunya disambut dengan rasa gembira dan sebolehnya nak dihebahkan segera khabar gembira ini. Maklumlah ini pengalaman pertama.
“Excitednya dengan kandungan pertama, membuatkan bakal ibu bapa rasa teruja dan tak sabar nak bergelar ibu bapa.Kita sendiri boleh saksikan, betapa gembiranya seorang isteri itu disahkan hamil. Walaupun kandungan baru berusia beberapa minggu, suami semangat nak ikuti perkembangan bayi dalam kandungan. Ada yang baru lima bulan mengandung, kalau boleh berkali-kali nak scan tengok bayi dalam kandungan.
“Tetapi graf gembira itu takkan sama, kalau isteri ditakdirkan hamil sekali lagi setelah anak pertama baru berusia empat bulan. Dalam keadaan masih belum bersedia. Ada isteri yang terhamil tanpa dirancang, menyebabkan kegembiraan itu berubah kepada penolakan dan penafian.
“Jika sebelum ini hamil anak pertama, sebaik sahaja disahkan hamil. Semangat nak buat pemeriksaan kesihatan dan kandungan. Tetapi bila kehamilan kedua, berlaku jaraknya terlalu dekat dengan kehamilan pertama. Isteri hamil lagi dalam keadaan dirinya belum bersedia.
“Letih menguruskan ragam anak pertama yang masih kecil, ditambah pula dengan kesihatan dirinya yang tak menentu akibat kehamilan tak dirancang.Menyebabkan dia tak gembira dengan kehamilan ini. Ibu yang tak gembira boleh menjejaskan emosi bayi yang dikandung.
“Suami seharusnya prihatin dengan kesihatan isteri dan emosinya. Jadilah suami yang empati. Ambil sikap konsep ‘we’re pregnant’, maksudnya disini…sama-sama mengambil berat keperluan dan emosi isteri dan juga ibu kepada anak-anak. Sebaiknya jika merancang kehamilan lagi, isteri perlu benar-benar bersedia dan telah mendapat ‘green light’ daripada doktor yang bermaksud kesihatan isteri dalam keadaan baik.
- Kesediaan isteri
Jika dilihat isu kehamilan isteri,Dr Harlina menegaskan suami perlu ambil peduli tentang kesediaan isteri untuk menambah zuriat lagi.Ada isteri yang dinafikan haknya untuk merancang kehamilan dan memendam emosi kerana hamil dalam keadaan tidak bersedia.
“Kalau dulu-dulu, kita sudah terbiasa mendengar mengenai isu kehamilan ini sememangnya urusan isteri sahaja. Suami sekadar mengiyakan apabila soalan adakah isteri mengandung lagi ditanyakan kepadanya. Tetapi adakah seorang suami itu mengambil kira perasan isteri dan bertanyakan kepada isteri kesediaannya untuk mengandung lagi.
“Sepatutnya urusan kehamilan ini sewajarnya bukan terletak di bahu isteri semata. Ada isteri yang redha dalam terpaksa, memendam rasa dan hamil. Dalam keadaan diri tak bersedia, dia tak berani mengatakan tidak sebaliknya memilih untuk mendiamkan diri. Si isteri hamil lagi walaupun sudah memiliki anak lain yang masih kecil dan jarak usia kehamilan yang kerap.
“Tanpa kita sedar mereka sebenarnya kepenatan dalam menguruskan keperluan diri dan anak-anak. Suami yang baik adalah suami yang mengambil kira kesediaan isterinya termasuk dalam hal kehamilan. Jadilah suami yang peka dengan keperluan emosi si isteri.
- Keupayaan kewangan
Menurut Dr. Harlina lagi, duit bukanlah segalanya. Tetapi segalanya memerlukan duit. Ada suami yang culas dalam memberikan nafkah, mengharapkan semuanya diuruskan oleh pihak isteri. Ada juga yang menghantar anak-anak ke kampung, untuk diuruskan oleh mertua ataupun orang tua sendiri. Menjadi ibu bapa tugasnya memerlukan anda menyediakan makan pakai dan keperluan secukupnya untuk anak-anak. Sebab itulah kita perlu merancang anak sebaiknya.
4. Keupayaan menguruskan masa
Ada pasangan suami isteri yang ditakdirkan berkahwin tetapi melalui kehidupan berasingan. Ada diantaranya terpaksa duduk asing atas tuntutan kerja mereka. Keselesaan mereka dalam melalui kehidupan begini akan menjadi lebih sukar apabila mereka mempunyai anak. Sebaiknya rancanglah bagaimana anda sebolehnya duduk dan membina keluarga bersama di tempat yang sama. Ini bagi memastikan anak mendapat perhatian dan kasih sayang sepatutnya. Ada pasangan yang tinggal berasingan memilih untuk menghantar anak ke kampung untuk dipelihara nenek. Kesilapan ini menyebabkan anak-anak membesar tanpa kasih ibu bapa dan keluarga sebegini pastinya akan berasa kekok apabila bertemu sesekali. Tidakkah perkara sebegini memberi kesan emosi kepada anak-anak.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI