ibu menyusu

Selalunya pemahaman bagi mak-mak yang menyusu anak adalah, makan untuk berdua atau makan untuk bahagian anak sekali.Sebenarnya pandangan ini kurang tepat! jangan disebabkan mak-mak menyusu anak, jadi alasan untuk makan semua benda. Akibatnya, berat badan semakin bertambah dan jadi tidak terkawal. Punahlah harapan untuk berat badan kembali mengecil seperti zaman anak dara.

Menerusi perkongsian pengalaman oleh Puan Nuraisyah Abu Husin, persepsi ini perlu diperbetulkan. Beliau pernah mengalami kenaikan berat badan akibat pemakanan yang tidak terkawal sewaktu tempoh menyusu.Berikut antara yang dikongsikan buat mak-mak yang sedang dalam tempoh menyusu sebagai panduan untuk mendapat berat yang ideal dan kembali kurus!

Post ini khas untuk ibu menyusu dan bakal-bakal ibu juga.

Gambar kiri tahun 2016 sya pegang adam & Gambar kanan tahun 2017 sya pegang ayra. Cerita bermula lepas sya lahirkan adam, masa dalam pantang semuanya bagus.. berat turun banyak, kurus wow wow ! Tapi selepas habis tempoh berpantang, badan sya naik bagai di pam pam.

Sebab apa naik? Sebab dah tak makan makanan pantang kan? Dah lepas 44 hari (ops sya pantang adam 30 hari je) and redah makan macam. Nak jaga kesihatan ni bukan pulun masa pantang je jaga itu ini, lepas pantang pun kena jaga sistur.

Peliknya org kita ni berpantang laksa sampai setahun tapi fast food, makanan manis-manis potong kaki dan jajan tak pula dipantangnya.

‘Ibu Menyusu Boleh Makan Banyak’

Nak jadikan cerita, sya kan kerja sendiri dan memang bawa adam kemana-mana. Fully breastfeed. And sya cepat terpengaruh dengan kata-kata orang yang ibu menyusu ni boleh je makan banyak, sebab nanti akan proses jadi susu kan? and yes sya memang makan banyak like very the banyak.. milo sehari 2-3 kali konon tak nak bagi susu drop..

Nasi berpinggan-pinggan.. Sampailah berat sya naik 68kg dengan ketinggian 163cm which is OVERWEIGHT dan dah lebih bmi normal. Tapi tak nampak sangat sebab sya agak tinggi jugak kan.

Zon selesa datang bila setiap kali makan banyak dan direstui oleh orang sekeliling. Katanya tak apa, nanti lepas habis tempoh menyusu dietlah balik. Bukan keje nak menyalahkan orang je, sebab diri sendiri pun tak ada ilmu. Rupanya ibu menyusu ni tak perlu makan macam pirana.. Ada diet yang membolehkan susu kekal banyak dan badan ibu jadi cantik juga.

Jadi bila bersalin ayra, sya dah ready mental dan fizikal.. anak keduakan.. takkan nak ulang benda yang sama betul tak? Lagipun, ayra lahir masa adam baru 1tahun 6 bulan dan dia masih menyusu badan (penuh) . So sya amalkan ini untuk make sure susu cukup untuk kedua-dua anak sya dan sya pun tak gemuk.

IKLAN

Tips Yang Diamalkan

1. Minum air masak / air sejuk pun boleh janji plain water sebanyak 2-4L sehari. Ibu-ibu perlu faham, air adalah perkara paling penting untuk penghasilan susu.

2.Kerap direct feeding / follow jadual pam yang betul. Susu ibu ni demand & supply. The more demand, the more milk will be supplied.

3.Heavy breakfast. Sya makan nasi sebagai breakfast (dalam portion 1 orang makan bukan 2 bukan 3 ye)

4) Wajib Makan buah dan sayur (makan 3 kali sehari dah memadai) Lunch makan nasi lauk semua tapi portion seorang je.Tak perlu makan lebih-lebih konon untuk 2 orang.

IKLAN

5. Wajib minum susu (sya minum susu HL coklat memang minum dari pregnant sebab ada acid folic) limit maximum sehari 2 gelas je

6. No milo (milo kosong ke ape semua tak boleh) sebab kandungan gula dia tinggi & faktor penyebab gemuk & segala minuman 3in1 juga ya

7.Dinner sebelum pukul 8 malam,kalau lapar tengah-tengah malam sya akan makan buah & minum air masak..

Stok buah kena sentiasa ada kat rumah.

IKLAN

Dengan amalkan tips ni semua berat sya mampu maintain 57 kg sekarang ni dan masih berjuang menyusukan ayra penuh dan adam pun tumpang sekali sebab masih belum wean off.

Yang penting adalah pemakanan seimbang, jangan disebabkan ibu menyusu anak menjadi green light untuk ibu bedal semua benda. Sekali sekala nak cheat day makan manis is okay, tapi kalau hari-hari makan tak ingat dunia memang gemuklah jawabnya ibu ibu semua.

Menyusukan anak bukan REASON untuk korang gemuk. Sekian tips ikhlas dari Nuraisyah Abu Husin & sya bukan pakar pemakanan.

Yang ada isteri asik merungut badan naik sebab menyusukan anak tu, boleh la bagi info ni kat isteri tercinta ya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Nuraisyah Abu Husin