Tempoh PKP yang panjang, meresahkan ramai orang yang terkesan. Gaji kena potong, perniagaan tersekat tidak jalan, malah ada yang langsung hilang pekerjaan. Bila mana gaji penjawat awam jalan seperti biasa, mulalah terdetik sekelumit rasa tidak puas hati.
Sebenarnya kawan, aturan tuhan itu tersangatlah halus dan sarat hikmah. Lihatlah bukan semata dengan pandangan biasa, tapi dari hati nurani yang bersangka baik. Sebagaimana lelaki ini, Rol Sham melihat konsep rezeki itu bukan milik perseorangan, tetapi dalam rezeki seseorang ada rezeki untuk orang lain.
Untungnya Orang Kerja Sebagai Penjawat Awam Gaji Jalan?
Semenjak PKP ni ramai kata untunglah jadi cikgu gaji tetap jalan, untunglah kerja gomen walaupun apa berlaku gaji tetap jalan siap ada yang dapat bonus dan BPN lagi. Hutunglah.
Kan untungkan mereka sampai ada cadangan suruh pemerintah potong gaji penjawat awam agar mereka juga turut membantu dalam keadaan sekarang.
Sebelum saya lanjutkan coretan saya, izin saya kenalkan diri. Saya hanyalah rol sham penjual jalanan yang menjual kebab dan roti john bukan penjawat awam hanya berniaga kecil-kecilan di pasar malam dan pasar tani. Jelas ye. Nanti ada kata saya ni juga penjawat awam tu pro penjawat awam.
Pernah dengar tak “dalam rezeki kita ada rezeki orang lain”. Jadi itulah kisah yang saya ingin sampaikan. 1. Kenapa kita rasa amat cemburu terhadap penjawat awam? sebab gaji tetap jalan macam biasa. 2. Kenapa rasa mereka patut dipotong gaji agar dapat membantu keadaan sekarang ini.
Jawapan saya tidak perlu cemburu dan potong gaji mereka. Sebab dengan gaji mereka, mereka sedang membantu meningkatkan ekonomi peniaga kecil seperti kami.
Golongan manakah paling ramai membeli produk makanan kami sewaktu PKP atau sebelum PKP. Mereka penjawat awam bergaji kecil mahupun besar . Mereka ini yang selalu ke pasar malam berhenti beli sebab balik tak sempat nak masak mahupun keletihan. Bukan sahaja penjawat awam bahkan swasta yang bergaji kecil. Mereka inilah penyumbang besar ekonomi kami.
Ads
Kami pula membantu peruncit membeli stok daripada peruncit manakala peruncit membeli daripada pemborong dan pemborong membeli daripada perkilang.
Wahai peniaga semua berapa peratuskah pelanggan kita terdiri daripada T20?
Wahai peniaga semua berapa peratuskah pelanggan kita terdiri daripada peniaga lain?
Wahai peniaga semua berapa peratuskah pelanggan kita terdiri daripada penjawat awam?
Sepanjang saya berniaga tidak pernah lagi sekali sy dpt pelanggan daripada T20 (bukan sektor gomen ye) walaupun sebiji roti john berharga 5hinggit dan kebab 3hinggit. Tidak pernah.
Pelanggan saya banyak daripada penjawat awam, pekerja swasta m40, pekerja kilang, perkebun, pesawah dan majority adalah penjawat awam.
Dengan Gaji Penuh, Mereka Tak Berkira-kira Untuk Berbelanja..
Tapi kenapa kita tidak rasa bersyukur apabila pemerintah kekal gaji mereka tanpa potongan. Kita perlu bersyukur sebab bila gaji penuh mereka tidak berkira-kira untuk berbelanja beli goreng pisang mak cik kiah ke nasi lemak pak maon ke atau juadah sampingan lain.
Ads
Namun jika gaji dipotong mereka akan mula berkira-kira kalau aku beli chicken chop harga 10hinggit aku tambah lagi berapa ringgit dpt beli ayam seekor atau beras 5kilo lagi berbaloi kena jimat ni gaji dah kena potong.
Nampak minda mereka akan berubah. Jadi apa berlaku pada peniaga micro makin lama makin hilang pelanggan dan akhirnya terpaksa tutup.
Gaji mereka dapat mereka tidak akan simpan pasti ada sikit untuk berbelanja. Jadi kenapa kita harus cemburu.
Dengan pemotongan gaji penjawat awam adakah ia membantu menaikkan jualan kita?
Jika ye kenapa dari sebelum PKP ada pejuangan gaji minima sepatutnya tidak perlu gaji minima kan. Saya bukan nak membela penjawat awam atau kakitangan swasta bergaji penuh tanpa potongan. Tapi mereka adalah antara penyumbang pembangunan ekonomi kecil.
Berhenti Merungut! Masing-masing Ada Tanggungjawabnya
Macam saya sekarang di musim PKP kebanyakan customer saya adalah guru, polis, misi, pekerja kilang, pekerja sektor dibenarkan buka kebanyakan daripada mereka kalau penduduk kampung ada, mereka beli tapi kena jimat jugalah sebab punca pendapatan mereka terjejas saya faham itu.
Ads
Jadi yang berikan cadangan atau pihak yang cemburu itu dah lihat ke jualan kita harini berapa peratus daripada golongan penjawat awam yang dipersoalkan hutunglah gaji jalan.
Tak rasa bersalahkah?
Masing-masing ada tanggungjawab masing-masing, jadi berhenti merungut dan terus berusaha.
Alhamdulillah hariini roti john sy tak banyak jual tp still bersyukur masih ada duit masuk. InsyaAllah esok mungkin ada lebih sikit untuk hari ini jom kita bersyukur jika pun hanya RM 1 sahaja yang masuk. Kerana itu bukan rezeki daripada pembeli atau pemberi tapi itu adalah rezeki daripada Allah.
Sekian #abgkebabmenulis bagi yang tidak sependapat dengan saya, saya mohon maaf. Saya hanya luahkan sikit rasa sahaja.
“Dalam Gaji Mereka Ada Rezeki Kita” #SyadzaRotiJohn
Anak kena tenung meragam di restoran, cikgu suruh bungkus makan di rumah kalau tak selesa. Setiap orang punya hak memilih apa disukainya. Jika tidak kena pada pandangan orang lain, bagi tuan badan, ia tidak salah pada dirinya.
Sama halnya dengan “pandangan”. Semua orang berbeza-beza pendapat dan jelas kita tidak boleh mengikut apa yang disukai orang dan apa tidak kita sukai.
Pandangan seorang bekas guru, Cikgu Ayu yang menggunakan nama Cikgu Ayu Empire di Tik Toknya mengenai isu bab makan di restoran kalau ada budak-budak meragam atau buat hal seperti menangis, di mana dirinya menyatakan, boleh saja bungkus dan bawa balik kalau rasa tidak selesa dengan suasana tersebut.
Menurut ibu kepada anak kecil ini, dalam video dikongsikannya itu Cikgu Ayu memaklumkan dirinya sedang menunggu di dalam kereta ditemani beberapa orang anak kecil kerana ada di antara ahli grupnya belum habis makan lagi.
“Okay, aku nak ulas sikit hal ini. Kalau korang pergi makan di restoran dan ada anak kecil menangis, please la tak payah nak pandang serong. Kalau tak suka dengan suasana bising camtu, boleh tak korang makan di rumah jer.
“Macam aku ni, ada anak kecil dan anak saudara pun kecil. Biasalah bila budak dah siap makan dan tak ada benda nak main, maka budak akan buat macam-macam. Nie bila anak aku menangis, orang akan pandang. Pandang 360 darjah.
BAGAIMANA SURI RUMAH BOLEH JANA INCOME RIBU-RIBU DARI RUMAH, AUNTIE PUPRLE BAGI IDEA
Bekas Cikgu Suruh Bungkus Makan Di Rumah Kalau Tak Suka Dengar
“Kalau korang tak suka suasana tu, apa kata korang bungkus makan di rumah saja. Tak payahlah setiap kali bunyi anak orang, korang nak toleh pandang. Tak perlu kot. Aku just nak cakap kat korang tak perlu kot untuk buat benda macam tu.
Ternyata selepas “isu” ini disuarakan, di ruangan komennya ada pelbagai pro dan kontra terjadi.
Bagi orang bujang, ia situasi yang annoying kerana mereka juga mahukan life hidup tenang dan pergi makan ke tempat disukai tanpa diganggu.
Dan ada kata, sepatutnya kalau tahu anak jenis meragam, kenapa tidak makan di rumah saja. Jadi tak adalah nak ganggu suasana tenang orang lain.
Bagi mak-mak dan keluarga yang mungkin seharian penat di rumah, sesekali mereka inginkan healing pergi makan di luar dan situasi anak meragam adalah di luar jangkaan.
Namun pemilik restoran nasi beriyani buloh berkongsi pendapatnya di ruangan komen di mana dirinya berkata, “sebagai owner restoran, pendapt saya pelanggan yang datang makan berhak untuk merasai suasana yang tenang dan harmoni. Apapun semoga dipermudahkan.
Apa pun setiap orang pendapatnya berbeza-beza.
Kalau kena ugut simbah cat dengan AhLong, ini cara selesaikan hutang dengan mereka.
Kerana mulut mak ayah anak boleh ‘rosak’! Ada mak ayah yang sedar dan tak sedar dengan kesilapan yang mereka lakukan. Kata-kata yang terbit daripada mulut mak ayah seperti doa. Itu kenyataan yang kita perlu sedar dan terima.
Kita mesti awasi setiap perkataan yang diucap kepada anak-anak. Saya lihat hari ini ramai antara kita menggelarkan anak dengan perkataan negatif seperti bodoh, bangang, gila, bebal dan sebagainya. Malah ada yang panggil anak sial dan celaka. Ya Allah! Tergamaknya…
Kata-kata negatif ini akan membuatkan anak-anak berasa sedih. Mereka malu, kecewa dan berasa serba kekurangan. Minda luar sedar mereka merakam semua ini, mesej yang mereka perolehi sangat negatif. Anak-anak percaya dengan sebakul kata-kata negatif yang kita lemparkan membawa maksud mereka tidak guna, lemah dan bodoh.
Punca Anak Dendam Pada Mak Ayah
Saya mahu tanya satu soalan…benarkah kita memang mahu zuriat kita menjadi insan yang bodoh, bebal, gila dan tidak senonoh? Saya sangat pasti jawapannya TIDAK. Mak ayah mana pun mahukan anak-anaknya cerdik, berakhlak mulia dan berjaya di dunia serta akhirat.
Jadi mengapa kita yang merosakkan impian ini. Mengapa kita melabelkan anak dengan gelaran-gelaran yang tidak baik. Anak-anak juga mempunyai perasaan, jika setiap hari dilempar kata-kata negatif. Anak-anak bukan sahaja down malah mereka boleh memendam rasa dan jangan terkejut jika ada anak-anak yang berdendam dengan ibu dan ayah.
Sebab itulah ada anak-anak yang tergamak melayan mak ayahnya dengan kasar. Bukan sahaja perbuatan malah percakapan. Jangan terus menghukum anak ini 100 peratus, kita perlu melihat bagaimana dia dididik.
Mungkin ketika kecil, dia dilayan sedemikian rupa sehinggakan tanpa sedar dia ‘membalas dendam’ kepada orang tuanya. Jika perkara ini terjadi memang sangat-sangat menyedihkan. Anak-anak rosak di tangan kita. Sedih dan sangat malang apabila kita yang Allah amanahkan mendidik anak-anak dengan baik gagal berbuat demikian.
Anak Tiru Perbuatan Kita
Semuanya jelas di depan mata, lihatlah semua ini dengan mata hati. Marilah kita sama-sama berubah. Layanlah anak-anak kita dengan penuh kasih sayang. Walaupun ketika anak-anak melakukan kesilapan jangan dimaki dan dicerca anak dengan panggilan tidak baik. Jangan didera emosi mereka. Bercakaplah dengan bahasa yang baik, didik mereka sejak kecil.
Kepada para isteri, layanlah suami dengan lemah lembut. Tuturkan kata dengan sopan dan tunjukkan akhlak yang baik. Begitu juga suami, layanlah isteri selayaknya. Anak-anak melihat semua ini, mereka lebih mudah meniru apa yang mereka lihat.
Ramai antara kita yang menasihati anak-anak bercakap sopan tetapi kita sendiri suka memaki hamun. Percayalah nasihat kita kadang kala sukar dihadam oleh anak-anak tetapi mereka lebih terkesan melihat contoh di depan mata.
Ucapan Baik Doa Yang Melatun
Setiap hari, ucapkan kata-kata yang baik kepada anak. Jika dia bersalah nyatakan sebab dan kesan perbuatannya. Panggil anak kita dengan gelaran yang baik seperti sayang, anak bertuah, buah hati dan sebagainya.
Kata-kata yang baik ini seperti doa yang melantun, insya-Allah anak-anak akan menjadi anak berjaya di dunia dan akhirat. Insya-Allah dia akan menjadi anak yang membahagiakan ibu dan ayahnya dan mendoakan kita apabila kita sudah tiada di dunia ini.
Peringatan ini saya tujukan khas untuk diri saya sendiri, suami saya dan pembaca semua. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan hidayah untuk kita sama-sama berubah ke arah kebaikan. Amin.
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Sejak Kecil Mak Selalu Mengingatkan Mengenai Zakat”. Siti Nurhaliza penyumbang zakat tertinggi kategori penyanyi. Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan penyanyi terkemuka tanahair, Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan penyumbang zakat tertinggi dalam kalangan penyanyi.
Seperti mana yang dilaporkan, ibu kepada dua cahaya mata itu adalah pembayar zakat tertinggi di LZS.
“Sejak Kecil Mak Selalu Mengingatkan Mengenai Zakat” Siti
Kenyatan itu dikongsikan seorang moderator ketika mengendalikan forum berjudul Bizjihad baru-baru ini.
“Boleh dikatakan dalam kalangan artis atau lebih tepat kategori penyanyi, saya boleh katakan Siti adalah pembayar tertinggi zakat di LZS.
“Harapnya selepas ini, akan ada lebih ramai rakan artis yang mengikut jejak langkah Siti.
“Beliau dalam tempoh lima tahun tidak pernah gagal membayar zakat, walaupun banyak membuat kerja kebajikan lain seperti menguruskan Yayasan Nur Jiwa dan sebagainya,” luah moderator tersebut seperti mana dilaporkan Berita Harian.
Siti Mula Bayar Zakat Di LZS Tahun 2019
Malah Siti juga dilaporkan mula membayar zakat di LZS sejak 2019.
“Sejak mula aktif menyanyi sehingga tahun 2019 saya membuat pembayaran zakat di Pahang. Kemudian selepas berkahwin saya bayar zakat di LZS sehingga hari ini.
“Saya ini boleh dikatakan insan bertuah sebab sejak kecil mak selalu mengingatkan saya mengenai zakat.
“Selagi bernyawa, apa yang boleh saya teruskan (bayar zakat), saya akan cuba laksanakan. Lagipun dalam Rukun Islam kita perlu memenuhi kewajipan ini.
“Saya percaya zakat juga menyucikan semula harta-harta yang kita miliki. Saya sentiasa nak jadi orang yang dapat meringankan beban orang lain.
“Membayar zakat ini memang sudah diingatkan dari kecil lagi sehinggakan setiap pendapatan yang diterima, saya akan buat potongan awal sebelum membayar komitmen lain.
“Bagi saya, ini adalah tanggungjawab setiap umat Islam dan syarikat. Jika kita nak harta kita bersih daripada perkara yang tidak diingini kita kena selalu ingat untuk berzakat,” kongsi Siti.