Ramai yang cakap je tapi tak juga buat. Itulah punca kerja tak settle. Sesiapa pun ketika sibuk pasti terasa masa begitu suntuk. Banyak urusan yang perlu diselesaikan dengan dalam satu masa. Serabut kan? Kusut kan? Saya juga sering berperang dengan masa, mak-mak di luar sana pun mesti sama kan. Hidup kita sentiasa terkejar-kejar.
Masa tidak akan menunggu kita, ia akan terus berlalu. Kita mesti sedar hakikat ini dan mula belajar mengurus masa dengan baik. Memang kita bukan sempurna, ada sahaja kekurangan yang menjadi halangan untuk memanfaatkan masa dengan maksimum.
Usah tertekan kerana kekurangan diri.Isi masa yang ada mengikut keperluan kita, jangan bandingkan dengan orang lain. Kita lebih mengenal diri dan memahami keperluan kita.
Jangan Tangguh Kerja Buat Terus
Ramai orang yang memvisualkan perkara yang mahu dilakukan di dalam minda. Namun mereka tidak mengeluarkan visual itu agar dapat dilaksana dengan baik. Cara saya, apa sahaja yang mahu saya lakukan, saya senaraikan di dalam buku atau kertas.
Kemudian, saya susun tugasan atau urusan ini mengikut keutamaan. Agar semuanya dapat saya lakukan dengan baik, saya letakkan anggaran tempoh masa untuk setiap urusan. Alhamdulillah, ia banyak membantu saya dalam urusan kerja dan seharian.
Tapi ada syarat tau. Jangan tangguh kerja! Ini disiplin yang mesti kita pegang. Tidak guna jika kita merancang namun gagal melaksanakannya. Ramai antara kita yang gagal mengurus masa kerana leka dan suka menangguhkan kerja.
Apa sahaja yang boleh diselesaikan pada hari ini, sudahi. Jangan dibawa sehingga ke hari esok kerana kita tidak tahu adakah esok kita masih mampu melaksana urusan tersebut. Bagaimana jika kita sakit atau ada kecemasan lain?
Dalam hidup ini kita sering berperang dengan dua komoditi iaitu masa dan wang. Jika banyak wang, kurang masa kerana komitmen yang tinggi. Namun jika banyak masa, biasanya wang akan berkurangan.
Ads
Kita perlu membuat pilihan untuk menentukan kehidupan kini dan masa hadapan. Jika mahukan kesenangan dan keselesaan keluarga, sudah pastilah kita perlu bekerja keras dan meraih peluang untuk menambah pendapatan.
Tidak mengapa masa kita untuk diri dan keluarga sedikit asalkan kita tahu memanfaatkan ia dengan cara berfaedah. Bagi saya tiada guna juga jika masa yang banyak bersama keluarga tidak diurus dengan baik. Ini pandangan peribadi saya, maafkan jika ada yang tidak setuju.
Jangan gantikan masa dengan kemewahan untuk menebus rasa bersalah kepada anak-anak ketika kita sibuk. Gantikan dengan layanan serta kasih sayang, usah malu memohon maaf kepada anak-anak atas kekhilafan kita.
Hidup ini sentiasa ada pilihan, pilih yang terbaik ikut keperluan kita. Jangan bandingkan kita dengan orang lain, keperluan mereka tak sama dengan kita. Bahagia itu di tangan kita, usaha dan doa. Yakinlah kita akan bahagia dengan keluarga.
Ads
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kulit telur mempunyai banyak khasiat yang tersendiri dalam menyuburkan tanaman dan pokok-pokok di rumah. Daripada dibuang begitu sahaja, kulit telur boleh dijadikan baja semulajadi dan mampu menguatkan untuk pokok. Namun ada caranya untuk buat kulit telur kisar ni, malah perlu ditabur pada pokok seminggu sekali.
Nak tahu caranya, fahamkan perkongsian daripada Puan Liyana Mohd Poadini sebagai rujukan;
Ini kulit telur yang telah saya tumbuk kasar.Basuh dulu bersih bersih luar dan dalam sebelum dikeringkan selama sehari.Selepas betul-betul kering baru ditumbuk.
Saya tak kisar halus supaya dapat menghalang serangga tanah daripada datang. Sakit kalau kene kulit telur yang tajam ni. Boleh juga dikisar sehingga halus supaya lebih cepat mnyerap ke dlam tanah. Dalam 8 biji telur jugak ni.
Banyak ni aje hasilnya.Hanya cukup untuk 3 pokok.
Kulit telur kaya dengan kalsium, fosforus,kalium dan magnesium yang dapat membantu.
Mengurangkan simptom bunga gugur.
Menguatkan akar.
Tangkai kuat.
Sebagai baja semulajadi.
Bunga lekat dan membentuk buah.
Menghalang serangga perosak.
Caranya :
Tabur keliling pokok seminggu sekali. Saya selalu tabur pada pokok cili dan tomato yang sedang rancak berbunga dan berbuah.Kesan boleh dilihat seawal 10 hari.
Mingguan Wanita : Menarik tip ni. Banyak khasiat kulit telur pada tanaman rupanya. Daripada dibuang begitu sahaja, elok tabur pada tanaman sebagai baja semulajadi agar pokok lebih subur dan masalah serangga perosak pun tiada.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Rupanya antara petua paling mudah untuk lembutkan daging adalah menggunakan minyak dan tak perlu rebus dalam air. Bukan apa, jika tiada bantuan periuk tekanan tinggi atau ‘pressure cooker’ daging memang lambat nak lembut. Jadi kenalah cuba pelbagai petua dan cara tradisional untuk melembutkan daging. Petua ini sesuai sangat jika kita nak masak masakan daging yang kering, serta tidak memerlukan air rebusan.
Boleh cuba tip lembutkan daging perkongsian daripada Cikgu Mahamidah Hamdanini sebagai panduan;
CARA LEMBUTKAN DAGING CARA CIKGU IDA
Saya share cara nak lembutkan daging untuk ahli group masak apa tak jadi.moga manfaat untuk yg pening cara nak lembutkan daging. Cara cikgu Ida nak lembutkan daging.Selalu orang rebus kan? Tapi cikgu tak rebus.
Bahan Diperlukan:
Minyak Masak
Cara Membuat:
1.Bubuh 2 sudu je minyak dalam kuali dan panaskan minyak tersebut.
2.Kemudian masukkan daging. Air akan keluar sendiri dari daging tu.
3.Cikgu gunakan api yang kuat.
4.Kacau sekali sekala je daging tu. Masak sampai air kering.
5.Dah nak dekat kering baru kacau banyak kali.Air dah kering maka lembut lah daging tu nanti.
Daging empuk dan lembut, mudah dan simple je.
Senang kan nak daging lembut? Lepas tu baru angkat untuk masak daging sambal kejap lagi.
Info Ekstra!
Pastikan daging pastikan dah dinyah beku dari peti ais.
Selamat mencuba petua yang mudah dari cikgu Ida. Yang penting kuali win.
Mingguan Wanita:Menarik petua dan cara yang dikongsikan ini, masukkan minyak masak dan tak perlu rebus seperti biasa. Nanti daging tetap lembut dan empuk.
Ruang Tamu Kediaman Jenis Memanjang & Bersambung Dengan Dapur, Ini Tip Cara Nak Deko
Kediaman dengan keluasan terhad menyebabkan idea hendak menghias kediaman pun jadi sedikit ‘terbantut.’ Serba-salah dibuatnya terutama ketika hendak membeli perabot. Perhiasan pun harus yang minimum sahaja. Tak perlu banyak sampai penuh ruang sampai nampak lagi sempit.
Bagaimanapun faktor ini bukanlah halangan untuk kita menghias kediaman. Ada beberapa tip yang boleh anda praktikkan agar kediaman dengan ruang memanjang kelihatan menarik.
“Saya kongsikan deko hall rumah kami. Hall memanjang sambung terus ke dapur. Semoga dapat memberi idea kepada yang sedang mencari-cari idea untuk deko hall.”
BERIKUT DIKONGSIKAN BEBERAPA TIP BAGAIMANA UNTUK MENGHIAS RUANG TAMU JENIS MEMANJANG
BERIKAN RUANG BANYAK CAHAYA
Biasanya ruang yang memanjang terutama kawasan yang paling jauh dari tingkap akan kelihatan gelap. Gunakan langsir yang agak nipis untuk mendapatkan cahaya sebanyak mungkin.
GUNAKAN WARNA PUTIH
Ini adalah muslihat yang berfungsi untuk semua ruang yang kecil. Warna putih membantu memberikan efek luas dengan dibantu dengan pencahayaan yang baik. Gunakan warna putih sebagai asas contohnya dinding. Adunkan bersama perabot dan hiasan rona tanah. Semasa menambahkan warna, lebih baik memilih nada pastel ringan yang memberikan mood ceria tanpa mengurangkan cahaya.
GUNAKAN PERSPEKTIF
Jalur adalah kaedah perspektif yang membantu memberikan ilusi ruang yang lebih luas. Boleh juga buka tingkap bagi memastikan ruang ini mendapatkan cahaya natural.
TELEVISYEN ‘LEKAT’ DI DINDING
Televisyen yang ‘dilekatkan’ pada dinding sangat menjimatkan ruang. Rak televisyen hanya digantung pada dinding. Banyak ruang banyak dijimatkan apabila tiada rak televisyen yang diletakkan di atas lantai.
PILIH SOFA YANG SESUAI
Ruang tamu yang memanjang sukar dihiasi dan anda harus memilih elemen yang benar-benar penting sahaja. Sofa juga mesti memanjang dan hampir lebih baik tanpa chaise longue.
RUANG MAKAN
Letakkan set meja makan (meja makan dan kerusi) yang kecil sahaja pada ruang kediaman yang memiliki keluasan memanjang. Banyak ruang boleh dijimatkan apabila set makan makan dipilih daripada set yang serba ringkas dan saiz yang kecil.
CERMIN PADA DINDING
Ini adalah salah satu cara untuk menjadikan ruangan kelihatan lebih luas. Pantulan cahaya cahaya menjadikan ruangan memanjang tampak lebih luas. Cermin sangat membantu kita mewujudkan cahaya dan ‘kelapangan’ pada sesuatu ruang.
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.