
Mak-mak kita dulu, kalau ada anak lelaki main ‘rumah-rumah – anak patung’ memang dah lama kena jerkah. Main masak-masak pun satu kepantangan. Anak lelaki kena lasak. Tak boleh main lembut-lembut ini. Walhal, anak lelakilah dari kecil lagi dah kena ajar masuk dapur, kenal barang dapur, tahu nama-nama herba yang mak-mak guna dalam masakan harian. Uii.. penting tu!
Baik lelaki atau perempuan, dua-dua sebenarnya boleh bermain apa saja permainan. Salah satunya dollhouse inilah. Ibu bernama Amira Omar ini menunjukkan panduan pembuatan sebuah mini dollhouse. Dollhouse ini dihasilkan untuk anak-anaknya, Imani dan Ziyyad. Akuinya, proses yang menghasilkan permainan ini telah melalui 3 kali fasa pembuatan.
“Alhamdulillah, dollhouse yang simple ni khas untuk anak-anak ibu tersayang. Seronok lihat Imani dan Ziyyad gembira bermain dengan dollhouse. Ibu kongsikan sedikit kelebihan bermain ‘dollhouse’ ye. Lagi satu, Dollhouse ni boleh dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan juga perempuan. Jangan anggap anak lelaki tak sesuai main dollhouse.”

Baca Sini : Ini Cara Bina Ruang Belajar Interaktif Dalam Rumah Guna Bahan Terpakai
4 Kebaikan Bermain Dollhouse
1. Memupuk Kemahiran Sosial
– Dapat melatih kemahiran berkomunikasi anak-anak.
– Meningkatkan kemahiran untuk berkongsi, menyelesaikan masalah, berunding serta menangani emosi.
– Bila kita ada lebih dari seorang anak, galakkan mereka main bersama, dengan cara ini dapat tingkatkan kemahiran sosial mereka.
2. Membantu Perkembangan Bahasa
– Penggunaan perkataan secara berulang-ulang dapat tingkatkan tahap keyakinan diri mereka untuk berkomunikasi dengan orang lain.
– Mereka akan semakin berani, yakin diri, kurang rasa malu untuk memulakan langkah berbual dengan rakan lain.
3. Menjana Imaginasi Dan Kreativiti
– Kreatif mencipta watak yang pelbagai.
– Kreatif mencipta ‘storylines’ mereka sendiri.
4. Hiburan Yang Aktif
– Otak kanak-kanak sebenarnya bergerak sangat aktif semasa bermain dollhouse. Ini kerana mereka sibuk mencipta cerita, menyusun patung, serta mencari perkataan yang ingin diucap bersesuaian dengan setiap watak yang dilakonkan.
Menarik sangat kan. Apa tunggu lagi jom main ‘dollhouse’
Sebelum Itu, Belajar Bina Dollhouse Sendiri


Ibu buat bow dari dawai dan getah,
Memandangkan Imani suka memanah jadi ibu buat satu mini bow khas untuk ‘dollhouse’ (macam terbesar pula).

Hanya guna kotak, balutkan kertas A4 putih.
Langsir tu ibu buat macam langsir rumah hihi. Agak sukar sebab size dia kecil, lepas tu guna glue gun yang panas. Bertabah aje nak buat langsir ni.

Simple sahaja. Ibu letak sofa dan cermin dari compact powder lama.
Langsir sliding door ibu pilih kain plain sahaja.

Ada masa nanti ibu diy katil untuk doll imani. Kelakar pula kaki terjulur keluar huhu
Disusun 100% by Imani.

Ni bilik berangan aje. Dah alang-alang ada piano, ibu tambah guitar dari kotak dan ‘stand’ kan guna batang aiskrim.
Ibu gantungkan mini bow dengan Arrow di ruang ni.

Ibu sekalikan dengan mesin basuh dan gantungkan papan bertulis ‘wash’.


Ibu buat dari kotak dan tissue roll.
Balutkan dengan kain polkadot warna brown dan lilit dengan ribbon gold.
Langsir dari corak kucing.

Sumber/Foto : Amira Omar