Bersahur adalah perkara sunnah yang amat dituntut buat umat Islam yang berpuasa terutamanya di bulan Ramadhan. Walaupun ianya sunat, tetapi amatlah besar kelebihannya. Makan sahur memberikan diri kita tenaga untuk berpuasa dan mendapat ganjaran pahala kerana menghidupkan sunnah Rasulullah.
Tidak dapat dinafikan kebanyakan daripada kita akan bangun dan rebut peluang untuk bersahur.Itu bagus!Tapi, malangnya mereka akan tidur semula sebaik sahaja selepas makan sahur.Ini yang tidak bagus! Ramai yang tidak tahu bahawa tidur selepas makan sahur sebenarnya amatlah tidak digalakkan dan ia mampu beri kesan buruk pada kesihatan dan tubuh badan.
Antaranya;
1.Pertambahan Berat Badan & Perut Buncit
Tidur selepas makan akan membuatkan badan gemuk dan perut buncit.Ini kerana makanan yang dimakan tidak sempat dicernakan sepenuhnya oleh sistem tubuh.
2.Masalah Asid Reflux
Ianya keadaan di mana kita berasa sepeti perut kita masuk angin. Rasa loya dan nak muntah .Puncanya, asid ini akan bergerak ke perut,kemudian terus ke dada dan kerongkong.
IKLAN
3.Rasa Panas & Tidak Selesa Dibahagian Dada
Ini disebabkan ianya berkaitan dengan masalah asid reflux.Rasa panas bagaikan pedih terbakar di dada adalah akibat dari peningkatan asid reflux tersebut.Malah mulut pun terasa pahit.
IKLAN
4.Risiko Terkena Stroke
Ini lah yang paling merisaukan. Jika jarak waktu selepas makan dan tidur terlalu pendek ia mampu meningkatkan risiko dengan serangan stroke. Ia juga mengakibatkan interaksi otak dan usus terganggu.
5.Dehidrasi
Tidur selepas bersahur juga boleh mengakibatkan dehidrasi pada tubuh dan otak. Air tidak diserap, sebaliknya di bawa terus ke pundi kencing.
IKLAN
6.Hapuskan Nutrisi
Jika kita beria menyediakan makanan bernutrisi tinggi sewaktu sahur kerana mahu meningkatkan kecergasan dan kecerdasan ketika berpuasa disiang hari, malangnya dengan tidur selepas sahur nutrisi tersebut tidak dapat diserap.Ini kerana makanan yang dimakan tidak diproses seperti sepatutnya.
Adalah sebaiknya tidak tidur selepas bersahur, namun jika terlalu letih dan mengantuk adalah disarankan untuk tidur jarak satu hingga dua jam selepas makan sahur dengan posisi tidur menggunakan bantal tinggi atau tidur dalam keadaan sambil duduk bersandar.
Bukan semua wanita berpeluang melahirkan anak secara normal. Atas faktor-faktor tertentu, seperti kehamilan berisiko menyebabkan wanita terpaksa melahirkan anak secara pembedahan Caesarean. Ramai wanita yang tertanya-tanya adakah kelahiran seterusnya masih berpeluang untuk bersalin secara normal?
Menjawab persoalan ini, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak ada berkongsi penerangan berkaitan perkara ini.
Berikut perkongsian tersebut;
“Saya ada 1 caesar – boleh ke saya bersalin normal lepas ni?”
Jika ibu pernah menjalani 1 pembedahan caesar sebelum ni ada 2 pilihan yang boleh dipilih. Bawak berbincang dengan teliti dengan doktor anda ye.
Boleh pilih antara Vaginal birth after caesarean (VBAC) ataupun terus memilih untuk bersalin secara caesar sekali lagi – Elective Repeat Caesarean Section ( ERCS ).Kedua-dua pilihan ada kebaikan dan keburukannya.
Dalam menentukan pilihan mana yang SELAMAT, doktor perlukan semua maklumat ni :
Kenapa buat caesar yg terdahulunya? Pernah ke bersalin normal lepas caeser tu? Masa operation, ada pape masalah? Atau masalah timbul semasa berpantang? Jenis potongan dibuat pada rahim? Pendapat ibu untuk kelahiran yang sebelumnya? Kandungan sekarang ni ada masalah atau apa-apa komplikasi Berapa banyak anak yang ibu mahukan? – risiko meningkat dengan setiap kali pembedahan, jadi jika ibu mahukan banyak anak, kena avoid pembedahan caesarean jika boleh.
Saya perlukan intraoperative notes (apa yang berlaku masa caesar itu ) untuk membolehkan keputusan bersalin secara normal atau tak itu dibuat dengan teliti.
Intraoperative notes ni biasanya dibekalkan / diberikan oleh doktor yang melakukan pembedahan tersebut.
Ibu-ibu akan diberikan kaunseling ini pada kandungan berusia 34-36 minggu. Tidak terlalu awal, dan tak terlalu lewat.
Lepas 1 pembedahan caesar, 3 dari 4 wanita dengan kehamilan yang tidak bermasalah BOLEH bersalin normal.
Apa FAKTOR-FAKTOR yang meninggikan kejayaan bersalin normal?
Pernah melahirkan secara normal, sebelum atau selepas pembedahan caesar. (9 dari 10 wanita)
Sakit bersalin tu datang secara semulajadi.
BMI ibu kurang 30
KELEBIHAN bersalin secara normal lepas 1 pembedahan caesar
Komplikasi dibandingkan dengan caesar sangat KURANG.
Peratusan kejayaan untuk bersalin normal kehamilan berikutnya tinggi.
Pemulihan menjadi cepat, boleh kembali ke aktiviti harian dengan mudah.
Duduk hospital pun sekejap je.
Senang nak mulakan breastfeeding.
Risiko-risiko operation dapat dielakkan.
Baby kurang risiko dapat masalah pernafasan.
KEBURUKAN bersalin Normal lepas ada 1 pembedahan caesar
Mungkin kena emergency caesar ketika cuba bersalin normal. 25 dalam 100 wanita. Pembedahan caesar yang dilakukan secara kecemasan membawa risiko yang lebih jika dibandingkan dengan pembedahan yang dirancang.
Rahim Pecah. 1 dalan 200 wanita. Risiko ini meningkat 2-3 kali ganda jika anda kena induce. Jika ada tanda-tanda bahaya yang menandakan rahim nak pecah, pembedahan caesarean akan segera dilakukan.
Mungkin ada koyakkan bersalin yang teruk pada vagina.
KEADAAN TAK DINASIHATKAN BERSALIN NORMAL lepas ada pembedahan Caesar
Ada 2 atau lebih pembedahan caesarean.
Rahim pernah pecah untuk kehamilan sebelumnya.
Pembedahan caesar sebelum ini melibatkan pemotongan di bahagian atas
rahim ( classical lscs ).
Kehamilan sekarang ada masalah, dan tak sesuai untuk bersalin normal.
Kelebihan bersalin secara Elective Repeat Caesarean Section (ERCS)
Risiko rahim pecah kecil – 1 dalam 1000
Ibu boleh plan nak beranak tarikh bila. Walaubagaimanapun 1 dalam 10.
Wanita dah sakit bersalin sebelum tarikh yang dipilih ini.
Keburukkan bersalin secara Elective Repeat Caesarean Section (ERCS)
Bukan senang nak buat, mungkin lebih lama dari pembedahan caesar yang pernah buat sebelum ni.
Jangkitan kuman.
Senang kena darah beku di kaki dan pulmonary embolism.
Nak pulih tu mungkin lama sikit dan perlukan pertolongan ekstra kat umah.
Dah ada 2 pembedahan, selalunya next pregnancy memang akan dinasihatkan untuk caesar. Lagi banyak caesar dilakukan, lagi Tinggi risiko uri melekat masuk dalam rahim (placenta accreta). Kalau berlaku ni, pendarahan boleh jadi terlampau banyak dan mungkin kena buang rahim. Lagi banyak caesar yang dilakukan lagi tinggi risikonya.
Baby terluka akibat terkena pisau pembedahan – 2 dalam 100.
Masalah pernafasan pada bayi, selalunya sekejap je. 5 dalam 100 bayi yang lahir secara caesar pada 39 minggu kehamilan akan mengalami masalah pernafasan , jika dibandingkan 2 dalam 100 untuk bayi yang lahir secara normal.
Kalau bayi yang lahir secara caesar lebeh awal dari 39 minggu, masalah pernafasan bayi lagi kerap berlaku – 6 dalam 100 jika dilahirkan pada 38 minggu.
Maka dah jelas? Bincang dengan doktor yang mana satu terbaik untuk anda.
Bila doktor explain tu tumpukan perhatian, bukan main whatssap. Doktor tak boleh buat keputusan untuk anda. Doktor hanya membantu anda membuat keputusan. Yang decide tu anda sendiri.
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat sekaligus menjawab persoalan buat mak-mak yang pernah bersalin secara pembedahan caesarean dan mahu bersalin secara normal. Apa-apa pun dapatkan nasihat dan pandangan doktor dahulu sebelum membuat keputusan.
Buat wanita yang merasakan diri gemuk dan perut buncit semakin membesar setiap hari, ada baiknya lakukan rawatan pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui puncanya.Siapa sangka, walaupun tak sakit rupa-rupanya ada penyakit lain dalam tubuh.
Seorang wanita merasakan seolah-olah ‘melahirkan’ tujuh bayi serentak selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan cyst ovari seberat 26 kilogram(kg) yang terdapat dalam perutnya.
Keely Favell, 28, merasakan dirinya semakin gemuk apabila cyst tersebut membesar sejak empat tahun lalu tetapi mengambil keputusan berjumpa doktor selepas dia pengsan di tempat kerja.
Cyst Besar
Doktor mulanya mendakwa dia mengandung walaupun tiga ujian kehamilan adalah negatif. Imbasan CT bagaimanapun mendedahkan terdapat cyst besar yang menakung cecair.
“Melihat diri saya, ramai yang menyangka saya mengandung sembilan bulan. Jadi mereka (doktor) merujuk saya ke hospital untuk ujian ultrasound kehamilan”, jelas Favell.
Ujian ultrasound menunjukkan wanita ini perlu melakukan CT Scan Kecemasan dan perlu melakukan pembedahan segera. Pembedahan tersebut dari bahagian dada sehingga ke bahagian tulang pelvik, seperti pembedahan ceaseran (C-Section) cara lama.
Parut Sepanjang 30 Sentimeter
Pembedahan selama lima jam pada Mac tahun lalu telah meninggalkan parut sepanjang 30 sentimeter pada perut Favell tetapi dia kini hilang satu pertiga daripada berat badannya.
Doktor juga terpaksa membuang ovari sebelah kanan Favell tetapi memaklumkan dia masih boleh hamil. Berat sista itu bersamaan tujuh bayi baru lahir di Britain yang puratanya seberat 3.5 kilogram.
MW: Buat para wanita, semoga jadikan kisah ini satu pengajaran. Jika ada sebarang perubahan dalam diri, bersegeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Jangan biarkan sehingga melarat dan boleh memudarat kesihatan diri.
Ramai yang masih beranggapan bahawa krim tabir suria (sunscreen) dan pelindung matahari hanya perlu digunakan ketika berada di pantai. Stigma salah ini masih membelenggu...