Ini salah satu masalah besar bagi kaum mak-mak. Sudahlah kerja, balik rumah terpaksa hadap ‘gunung kain’ dalam bilik. Lagi parah kalau mood nak lipat kain tak muncul-muncul dan akhirnya bertimbun depan TV atau atas sofa!
Tambah pula musim cuti sekolah, memang banjir dengan kain anak-anak je di rumah. Macam mana nak buat? Ok, anda mungkin boleh ikut cara seperti yang dikongsi Puan Syikin Zahir ini…
So cikgu nak share cara cikgu setelkan baju anak-anak 4 orang tu.
Secara purata untuk seorang anak akan menyumbang minimum 3 pasang seorang SEHARI. Baju tido, baju sekolah, baju lepas balik sekolah. Kita andaikan 12pasang sehari.
Tapi kalau mak tangguh seminggu lipat kain.. Haaa.. Kira.. Kira.. Kan bertimbun jadiknya.
Semua akan mengganggu mental&emosi mak2 kan? Nanti mulalah stress, nak marah, penat bertingkat-tingkat, sakit mata dan hati. Hiii… (mak-mak je memahami situasi gini)
Jom tengok nak kasi setel macam mana.
Langkah 1
1. Sediakan bakul untuk setiap anak
2. Tulis nama di bakul so anak tahu itu bakul siapa
3. Jangan beli bakul besar-cari yg sederhana aja.. Makin besar bakul, kecenderungan untuk “nanti la lipat” akan menggunung juga.
Kalau kita tak sempat nak lipat pun, lebih senang dan cepat kita nak buat carian baju untuk anak-anak.
Langkah 2
Nampak tak beza dia?
Gambar atas dan bawah sama je. Kain baju yang belum dilipat.
Bezanya yang atas ada 1 bakul macam-macam saiz baju.
Yang bawah kita dah sort, tau dah baju sapa.
Walaupun belum berlipat, kurang sakit mata mak-mak kan?
Langkah 3
Percaya tak, Bagi setiap bakul tu, masa yang diambil untuk melipat tak sampai 10 minit pun.
Kenapa?
1. Secara psikologi, nampak sikit baju dalam tiap 1 bakul. Sejooook hati mak nak melipat. Permainan emosi kat situ.
2. Pengkhususan: pantas sebab senang nak cari pairing baju tu. Dah lipat boleh letak setempat sebab kita lipat baju orang yg sama. Ini semua menjimatkan MASA.
3. Dan sekiranya kita perlu tinggalkan kerja melipat, kita tau berapa bakul yg belum dilipat. Daripada 4 bakul, tinggal dua. Sekali lagi, PSIKOLOGI, kita nampak jumlah baju nak dilipat makin kurang.
4. MOTIVASI
YESSSS. tinggal satu bakul je belum lipat? Maka lebih semangat nak melipat, berbanding lipat satu bakul tinggi menimbun, mak stress nampak banyak nau nak lipat!!!
Mak-mak ni banyak bermain dengan mental dan emosi kan?
Langkah 4
Last, cara kita susun baju dalam almari anak.
Cara ni pun cikgu jumpa dalam FB. Lama dah. Bagus sangat. Dulu susun bertindih.
Sekarang dah pandai susun gini, anak2 pun senang nak pilih baju sendiri.
Dan takde kes bila ada baju nak pakai, tau-tau dah tak muat. Lama sangat dalam almari dok lapis paling bawah.
Langkah 5
Yang ni je cikgu susun berlapis.
Hero 3 orang tu banyak baju yg seragam
Mana yang seragam je cikgu susun berlapis gini.
Nak pakai seragam, tarik je. Tak perlu bukak sampai 3 laci.
So itu aje tip yang cikgu nak kongsi memandangkan cikgu setel segala menda sorang diri, takda bibik, anak 4, keja opis hour, shaklee 24jam.
Emosi pon tak terganggu.
Kita jadi mak-mak yang sistematik aje.
Esok p la beli bakul. Kikikiii..
Itupun kalau tips ni sesuai dengan puan-puan.
Tip mak kepada mak!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI