Kalau tahu anak demam, mak-mak lah orang pertama yang paling tak senang duduk. Tambah kalau mak-mak itu jenis keluar bekerja. Jadi, nak tak nak mak ayah kena tahu cara nak merawat anak di rumah untuk turunkan suhu demam anak dengan tip yang dikongsikan Dr Ezairy M.Sallih ini…
Jaga Anak Demam
Jangan biar anak anda mengalami demam panas tanpa rawatan awal.
Ikuti 7 langkah di rumah ini:
1.Periksa suhu anak.
Jangan biarkan anak anda demam terlalu lama. Pastikan anda mempunyai termometer di rumah. Periksa suhu anak anda jika ada tanda-tanda panas tubuh
Ads
2.Banyakan beri air suam
Banyakan air suam ketika demam. Ini bagi memastikan anak anda tidak mengalami dehidrasi dan kekurangan air dalam tubuh
3.Jangan cuba-cuba rawatan tradisional
Ia tidak akan berguna bahkan boleh mendatangkan mudarat jika melewatkan rawatan sepatutnya di hospital
Ads
4.Pastikan anak tidak mengalami sawan
Suhu terlalu tinggi tanpa rawatan awal boleh mengakibatkan serangan sawan berlaku. Perhatikan tanda-tanda seperti kekejangan, mata, dan anggota lain pada anak
Ads
5.Basahkan kepala atau mandikan
Basahkan kepala, badan dan jika perlu mandikan anak anda dengan air. Tak perlu air sejuk. Cukup air suam untuk merendahkan suhu tubuh.
6.Ubat demam
Pastikan anda ada simpan syrup atau supp paraceramol di rumah. Pastikan anda tahu dos sepatutnya melalui ahli farmasi dan doktor. Sekiranya anak demam, berikan mengikut dos sepatutnya. Pastikan atas nasihat mereka yang ahli, bukan sendiri.
7.Bawa jumpa doktor
Jika langkah di atas gagal menurunkan suhu anak anda. Bawa segera ke klinik atau hospital.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kehamilan kali ini, merupakan kehamilan kedua buat Nur Syahirah Alias, 25. Sebelum ini, isteri kepada Mohd Farhan Zakaria, 25 pernah alami keguguran. Selepas 4 ke 5 bulan, Nur Syahirah mengandung semula. Sejak hamil minggu pertama sampai 34, suaminya tak pernah lupa belikan 5 jenis makanan wajib ini.
Makanan wajib yang juga makanan sunnah ini adalah kurma, kismis, buah tin, kacang cerdik dan buah aprikot. Kata suaminya lagi, waktu 3 bulan pertama kehamilan, isterinya alami morning sicness yang sangat teruk.
“Muntah ini memang setiap hari selama 3 bulan pertama. Makan je muntah. So, saya gantikan dengan snack ini. Dia ok sikit.”
Dalam pada itu, Mohd Farhan juga berkongsi kebaikan 5 makanan wajib isterinya sepanjang mengandung ini kepada mak-mak lain.
Sepanjang isteri saya mengandung, saya dah tetapkan makanan tambahan yang wajib dia habiskan dalam masa 1 minggu.
Biasanya saya akan beli makanan ni pada setiap hari Jumaat. Tak susah sebenarnya nak cari makanan ni. Boleh cari di masjid atau di supermarket.
Setiap minggu saya akan habiskan sekitar RM30-40 untuk beli kesemua makanan ni. Saya selalu cakap pada wife, “Sayang kena habiskan semua ni dalam masa 1 minggu, kesian baby kalau tak habis kan.”
Tips dan teknik ni saya dapat dari abang dan kakak ipar saya. Kesannya adalah saya tengok pada anak-anak dan kakak ipar. Anak anak nampak cerdik dan mudah belajar. Kakak ipar pula nampak macam bukan orang mengandung. Steady je.
Jadi apa salahnya saya kongsikan antara 5 makanan yang saya beli dan khasiatnya sekali.
Kurma mengandung glukosa yang sangat banyak dan baik untuk tubuh. Kandungan glukosa inilah yang memberikan tenaga pada tubuh. Kurma dapat meningkatkan dan menambah tenaga dalam tubuh terutama untuk ibu hamil untuk melakukan aktiviti harian.
Buah kismis dapat meningkatkan kesihatan mata kepada baby. Kismis juga kaya dengan kalsium yang boleh mendukung perkembangan tulang baby.
Untuk menghilangkan “Morning Sickness” pada si ibu, buah tin ini sangat membantu. Buah tin ini mengandungi vitamin B6 yang sangat tinggi.
Apa yang saya tahu, kacang cerdik ni sangat penting untuk awal kehamilan. Kacang cerdik ini dapat membantu pembesaran janin yang sihat dan otak anak akan menjadi cergas dan cerdas. Sapa tak mau anak yang bijak kan!
Aprikot adalah buah yang sedap dan mengandungi vitamin A, C, E, Kalsium , Zat Besi dan Kalium. Buah aprikot adalah sumber makanan yang kaya dengan zat besi, iaitu zat yang sangat penting untuk mencegah anemia.
Tapi jangan terlalu banyak. Cukup 2- 4 biji sehari dan seminggu 3 kali sahaja.
Tapi, boleh juga kalau nak tambah makanan lain seperti susu kambing, buah delima,madu lebah dan safron. Tapi, susu kambing tak sesuai sangat kalau minum awal kehamilan. Sebab susu kambing ni panas. Orang tua cakap boleh penyebab kepada keguguran.
Pastikan wife anda elak dari minum air tebu, air kelapa dan air berkarbonat. Masa first wife saya pregnant, saya ada beli KFC sekali air mirinda strawberi. Malam ni minum esok jalan terus (gugur).
Tapi, kalau air kelapa ni untuk awal kehamilan setengah orang ok je minum. Ada yang yang boleh minum ada yang tak boleh minum. Saya ada tiga orang kakak ipar. Yang sulung minum air kelapa hari – hari ok je. Kakak ipar no. 3 minum hari ni, esok tu clear juga. Jalan terus (gugur).
Jadi, setakat ni jelah pengalaman yang saya dapat kongsi. Saja kongsi sebab ada kawan – kawan saya, wife diaorang ada yang baru mengandung tanya makanan apa yang sesuai dan apa yang perlu dielakkan.
So saya cadangkan 5 makanan ini . Ini adalah perkongsian pengalaman wife saya dan kakak – kakak ipar saya.
Kan lagi best dan bagus. Kita gantikan snack dengan 5 makanan ni.
Macam Biasa
Setiap minggu hari Jumaat. 4 makanan wajib untuk isteri saya yang tengah sarat mengandung sekarang ni.
Total semua 4 makanan ni adalah RM40. Boleh tahan seminggu lebih sikit.
Dan sekarang ni wife dah start minum air kelapa. Orang tua tua cakap, air kelapa boleh cantikan kulit badan baby.
Tapi kena minum air kelapa yang original tanpa gula. Gula tak bagus sangat untuk ibu mengandung. Tapi gula boleh digantikan dengan madu yang lebih bagus dan berkhasiat.
“Nah untuk awak dan anak kita sayang. Makan sampai habis ya.” Akhiri Mohd Farhan Zakaria.
Ada sesetengah wanita OK je buat semua benda sendiri atau dalam erti kata lain cuba berdikari sebab dah biasa dan mungkin disebabkan suami jauh mencari rezeki.
Namun beringat, hebat mana pun si dia dalam buat sesuatu… suami kena juga ambil berat dan ‘siram’ perhatian pada kaum isteri.
Jangan sampai ambil kesempatan sebab isteri mampu buat sendiri, nak tahu lebih jauh SOAL WANITA BERDIKARI, baca perkongsian Mat Nor Nawi ini…
Salah satu kesilapan besar kaum lelaki hari ini adalah membiarkan isteri melakukan banyak perkara sendiri. Memang memudahkan anda tapi untuk perhubungan ia membahaya. Ini pengakuan dari lelaki sendiri ya.
Tahu tak, kesilapan besar lelaki nowadays adalah terlalu selesa membiarkan perempuannya hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri . Its good for them but not healthy for the relationship , i tell you .
1. Yup , perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala yang dia ingin tuju .
2. Beli barang keperluan di pasaraya sendiri. Eat alone among the crowds.
3. Menguruskan emosinya sendiri. Either menangis bawah shower atau seronok makan kek depan tv sendiri.
Dan kamu suami tidak langsung bertanya rutinnya kerana kamu fikir tak banyak beza pada rutinnya setiap hari. Sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial, smartphone application atau game daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri.
Sama ada kewujudan kamu disedari atau tidak,its same. Sampai satu tahap dia akan fikir semua benda boleh buat so apa guna ada kamu lagi? So, hati-hati…
True mark of an independent woman is you all know she can live without you. She may be ‘extremely comfortable’ with the ease at which she feels she can manage everything in her life.
But dont take them for granted . Call , text or talk to her daily. Jadikan itu rutin walau di mana jua. Tak kan masa bercinta je chatting bagai. Lepas nikah lagilah kena buat benda-benda ini.
Walau kesibukan mengejar kamu, walau masa mencemburui kamu. At least ask her – How hectic was your day today? Did u sleep you well last night?
Benda yang kamu rasa remeh dan kecik untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia paling dalam. Dan sekurang-kurangnya dia masih rasa you are still there in her life. Sesekali jadilah pendengar yang setia dan hargailah pasangan kita seadanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Orang kata penat nak jaga anak usia jarak dekat-dekat tetapi kalau sekali harung susah apa salahnya, kan? Bila dah besar serentak lagi mudah. Sebenarnya apa masalah orang luar yang kalau rezekinya dapat anak berderet?
Ke sebab nampak susah dan tak terurus? Haaa… semua itu boleh diatasi, cuma mak-mak kena beringat jangan sesekali mengeluh! Setiap anak ada rezeki masing-masing. Maka mak ayah boleh ikut panduan ini untuk mengawal karenah anak yang berderet-deret…
Setiap anak adalah manusia yang mempunyai perasaan. Mereka tahu jika anda pilih kasih. Nasihatkan kepada suami supaya turut sama jangan pilih kasih. Sayangi anak yang ramai itu sama rata.
Jika anak A dimarah kerana menyepahkan kasut, marahkan juga jika anak B melakukan perkara yang serupa. Jika anda tidak marah perkara yang serupa, maka anak anda akan berasa tidak puas hati.
Ada harus mengajar anak berdikari. Jika tidak memang letihlah anda hendak menguruskan satu demi satu keperluan anak anda itu. Ajar mereka untuk mengemas bilik, menyusun permainan dan meletakkan pinggan mangkuk yang telah digunakan di sinki.
Ajar juga anak-anak mengemas buku sekolah dan meyediakan pakaian sendiri. Hal ini akan memudahkan urusan anda setiap pagi. Bagi anak yang kecil, ajar anak anda supaya tidak selalu menunjuk perasaan jika anda tidak sempat menguruskannya seperti biasa.
Wajib buat jadual dengan teliti. Misalnya, mana satu anak yang hendak ke sekolah pada waktu pagi. Mana satu anak yang hendak ke sekolah pada waktu petang, mana satu yang hendak ke kelas mengaji dan sebagainya.
Jadual yang tersusun akan memudahkan anda untuk menguruskan rutin harian. Anak yang berderet atau rapat sememangnya agak sukar untuk diuruskan apatah lagi jika usia mereka hampir sebaya. Namun hasilnya amat memuaskan hati apabila mereka dewasa kelak.
Setiap anak perlu diterapkan dengan disiplin yang ketat. Biar mereka tahu waktu untuk mereka mandi, makan, solat, buat kerja sekolah dan tidur. Disiplin memudahkan anda untuk mengawal anak yang berderet.
Nak terap disiplin dalam diri anak perlu dimulakan sejak mereka kecil lagi. Disiplin juga boleh diterapkan melalui teladan. Tapi anda perlu disiplinkan diri anda terlebih dahulu supaya anak-anak boleh melihat contoh terbaik daripada Ibu Ayahnya.
Sebenarnya anak ramai ni meriah, tambah bila masing-masing dah besar dan berumah tangga. Itu belum lagi cerita pasal anak cucu bagai. Dan lagi syok berkumpul masa kenduri-kendara dan musim perayaan. Kalau ada anak kena beraya rumah mentua, ada lagi baki yang lain balik teman mak ayah balik ke kampung. Nikmat adik beradik ramai dan dekat-dekat umurnya ni tak boleh dibeli dengan duit!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Saat sebelum isterinya dijemput Illahi, arwah yang berusia 27 tahun sering memuat naik video kenangan bersama anak syurga mereka termasuk menyatakan kerinduan terhadap Wan Hayder sebelum mengikut jejak anaknya itu asbab masalah sakit yang sama.