Niat tidak menghalalkan cara. Sebaiknya jaga mulut dalam menegur orang walaupun niat kita baik, bimbang silap haribulan boleh putus silaturahim. Kadang-kadang mak-mak anggap menegur untuk kebaikan apa salahnya, namun tidak semua dapat menerima teguran jika tidak kena caranya.
Oleh sebab itu, orang-orang tua dahulu seringkali mengingatkan agar berhati-hati dalam berkata-kata. Jangan dek kerana mulut, badan binasa. Ikuti perkongsian Farizal Radzali ini dan hadam baik-baik.
Mak saya dulu selalu pesan… (1) Jangan tegur saiz badan orang (2) Jangan tegur saiz makanan orang (3) Jangan tegur buruknya muka orang (4) Jangan tegur buruknya perangai orang (5) Jangan tegur cara hidup orang
Kalau tegur nanti kita jatuh sakit. Betul ke?
Jaga Mulut Dalam Menegur
Sekarang saya sudah faham, itu kiasan orang dulu-dulu. Semua 'JANGAN' itu adalah untuk tidak menjatuhkan air muka orang lain, di masa yang sama kita menjaga tutur bicara diri kita sendiri.
Ads
Kadang pada kita teguran itu tak berniat apa-apa, tapi pada yang menerima mungkin lain penerimaannya.
Ada orang yang suka menegur itu, ini sebab padanya niatnya baik tapi bila dia ditegur perkara yang sama, dia punya sentap sampai putus silaturahim.
Salah Menegur Boleh Putus Silaturahim
Ada orang suruh orang bersabar di atas segala ujian. Tapi bila dia terkena ujian yang sama dan orang lain memintanya bersabar, dia mengamuk.
Ads
Sebab apa?
Sebab berkata-kata lebih mudah dari melaluinya. Kita hanya akan tahu bila kita melaluinya walau macam mana kita kata kita memahami setiap satu situasi yang dihadapi oleh orang lain.
Jadikanlah bahu kita untuk disandar oleh sahabat kita yang kesusahan. Andai tak tahu bagaimana nak bantu dia, cukuplah untuk sediakan telinga supaya dia dapat melepaskan perasaannya.
Ads
Selebihnya, diamlah. Doakan urusannya dipermudahkan. Doakan agar kita kuat andai kita juga diberi ujian yg sama.
Hari ini hari dia, Kita tak tahu bila hari kita.
Farizal Radzali
MW: Baik macam mana sekali pun kita dengan seseorang, berhati-hatilah dalam berkata-kata. Bimbang tersalah kata buruk padahnya, apatah lagi hingga terputus silaturahim yang telah terbina sejak sekian lama.
Tak mudah untuk setiap orang melalui ujian kehidupan dalam pandemik Covid-19 ini. Setiapnya punya cerita berbeza. Ayah ini, Eddie Dienna hampir 6 bulan berjauhan dari anak-anak dan isteri. Demi rezeki, dia perlu terus bekerja di Singapura. Anak-anak dan isteri pula di Malaysia.
Dan kerana Covid-19 juga, dia tak dapat pulang ke tanahair seperti sebelumnya. Apabila PM umumkan lanjutan PKP sehingga Disember ini, kerinduannya pada anak-anak semakin menebal.
Seorang ayah yang baik lagi bertanggungjawab, dia akan rela berkorban untuk keluarganya. Ikat perut pun tak apa, asalkan anak isteri dapat makan kenyang. Jarang sekali dengar ayah merungut. Begitulah..
Melihat kepada perutusan YAB Perdana Menteri.
Dapat saya simpulkan.
Ini bermakna kami semua yg berada di Singapura masih belum boleh balik sehingga bulan 1 tahun depan..
Allahuakbar..
Hanya tuhan yg tahu rasa dalam hati ni rindu yg amat sangat..
Semoga virus ni cepat berakhir.
Hari terakhir tinggalkan anak kembar tahun saya, mereka baru je 3 bulan(18/03/2020)
Masih belum pandai apa-apa..
sekarang dah pandai merangkak dan diri sikit-sikit.
agaknya nanti balik dia dah boleh berlari..
Ada sebab saya tak balik Malaysia lagi.
Bukan saya mengejar wang ringgit.
Tapi ada mulut yang perlu saya suap dan mereka semua perlukan wang yg cukup untuk membesar dengan sempurna.
Ada jugak yang cakap-cakap duit boleh cari.
ye, memang duit boleh cari..
Tapi tak sama nilainya.
Tak sama jumlahnya.
Setiap orang pinggannya lain-lain..
ada yang makan pakai dulang,
ada yang makan pakai pinggan kecik.
ada yang makan pakai periuk.
begitu juga saya.
Komitmen kita semua tak sama.
Kalau saya balik,
kena bayar sendiri kos swab test dan Serve Home Notice di Singapura yang bernilai hampir SGD$2100 (3.04).. Lebih baik duit tu saya salurkan kepada anak-anak.
Lagi pun company saya betul-betul kekurangan staff sebab ramai staff yang di Malaysia masih belum masuk ke Singapura dan Company masih memerlukan khidmat kami di sini.
Ada beberapa kawan saya yang nekad balik sebelum ni semuanya tersadai sekarang ni..
Tiada pekerjaan dan tiada duit.
Takkan saya nak ulang langkah yang sama.
Cuma sebahagian yang bernasib baik mampu survive jika balik ke Malaysia.
Saya tak berani amek risiko.
Harini tuhan uji kekuatan hati, jiwa dan mental saya lagi.
Saya tahu saya mampu.
Tapi sebagai manusia biasa.
Saya tak lari dari perasaan rindu..
Korang semua ada anak kan?
Berapa lama korang boleh berpisah dengan anak korang?
ada yang cakap pergi kerja tak sampai balik kerja dah rindu.. Ada yang on the way pergi kerja je dah rindu. Ada yang ke dapur je pun dah rindu.. macamtu lah perasaan saya..
Dah hampir 6 bulan ni..
Di tambah lagi 3 bulan pulak nak sampai 31 Disember 2020??
Allahuakbar.
berikanlah kekuatan kepada kami kami semua yang masih berjuang untuk keluarga di Singapura ni.
Semalam saya sekali lagi di uji dengan dugaan yang cukup berat.
Saya lihat seorang pakcik lingkungan umur 50an sedang video call dengan anak dia di meja sebelah saya ketika saya sedang makan.
Saya senyum ke arah dia dan dia balas senyuman saya.
Terdengar perbualan dia dengan anaknya kerana meja kami terlalu hampir.
Anak dia desak mintak belikan handphone baru.
Sebab kawan-kawan sekolah dia semua dah pakai handphone baru..
Saya lihat lepas video call tu pakcik tu menangis sambil kesat air mata dia.
Saya beranikan diri tegur pakcik tu.
“Pakcik okay”
Pakcik tu jawab.
“Okay nak”
“Pakcik orang Malaysia Jugak.”
“Haah nak, dah dekat 6 bulan tersadai kat sini”
“Samalah” jawab saya.
“Takde apa, anak pakcik yg perempuan tu. Sibuk nak beli handphone baru ,kesian pulak kalau tak beli sebab dah lama dia teringin..”
Saya cuba tenangkan pakcik tu dengan berkata.
“Kalau bukan untuk kepentingan dia, takpelah pakcik. Nanti-nanti je beli”
Dengan senyuman sinis yang penuh berair mata di kelopak matanya. Dia menjawab.
“Sebagai seorang ayah. macam mana pun pakcik akan usahakan untuk membelikan apa yang termampu untuk anak-anak biar pun pakcik terpaksa tak makan kat sini, Sebab dulu masa pakcik kecik. Semua benda pakcik tak dapat rasa nak beli. Jadi sekarang pakcik usaha untuk memuaskan kehendak semua anak pakcik.
Sebabtu pakcik tersadai kat sini. Demi mereka semua. Pakcik sanggup makan sekali sehari asalkan segala keperluan cukup pakai dekat sana.”
sambil dia lap air mata yang hampir jatuh dari kelopak matanya.
Saya pulak, sambil tahan air mata yang penuh di mata saya. Saya pun berkata..
”Syukurnya jadi anak-anak pakcik. Semoga mereka semua hargai pengorbanan pakcik kat sini yg hanya makan sekali sehari demi hantar wang ke kampung. Semoga mereka menjadi anak yg berguna dan menghargai segala usaha pakcik.”
“Amiinn”
Saya pun berlalu pergi.
Tak berani duduk lama.
Nanti drama air mata dekat situ.
Harap-harap mereka hargai pengorbanan pakcik tu..
Kepada anak-anak di luar sana.
Janganlah kita desak sesuatu yang di luar kemampuan ayah atau ibu kita.
Terkadang kamu semua tak tahu betapa peritnya pengorbanan yang harus di tempuh demi hendak membesarkan kamu dan melunaskan segala kehendak kamu.
Pasangan penyanyi terkenal Ernie Zakri dan Syamel yang baru saja mengikat tali pertunangan baru-baru ini bersyukur kerana peminat tidak putus-putus mendoakan yang baik-baik buat hubungan mereka.
Menurut Ernie seperti mana yang dipetik menerusi Sinar Plus berkata dia dan Syamel hanya berkongsi sesuatu yang sudah pasti.
“Memang ada peminat yang sudah jangka mengenai hubungan saya dengan Syamel sebelum ini, jadi bila kami sudah rasmi bertunang, ramai yang tumpang gembira dan mengirimkan doa.
“Ada juga yang beranggapan saya seperti main tarik tali dengan hubungan kami sebelum ini, tapi hakikatnya baik saya mahupun Syamel kurang selesa berkongsi sesuatu yang belum pasti.
“Ketika itu kami masih di tahap awal bercinta dan macam-macam boleh jadi, Sebab itulah kami tidak kongsi apa-apa.
“Bukan niat nak mempermainkan orang, cuma kami berdua lebih berhati-hati dan hanya sedia berkongsi apabila tiba masanya,” ungkap Ernie.
Tidak Tolak Jadi Ada Yang Mahu Menaja Perkahwinan
Ernie Zakri juga tidak menolak jika ada pihak yang mahu menaja majlis perkahwinannya bersama Syamel yang dijangka berlangsung pada awal tahun depan.
“Kalau ada yang mahu menaja dan bekerjasama, apa salahnya. Buat masa ini kami masih buat pertimbangan dan tengok mana yang bersesuaian.
“Sehingga kini kami sebenarnya belum membuat sebarang persiapan kerana banyak perkara yang masih dalam perbincangan lagi termasuk tarikh dan lokasi majlis.
“Tentang tema dan konsep perkahwinan pun saya dan Syamel belum muktamatkan lagi dan masih dalam perancangan.
“Begitu juga soal jemputan kerana kita perlu ambil kira soal SOP dan sebagainya. Apa pun, mohon doakan agar semua perancangan kami untuk majlis itu nanti,” sambungnya.
Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/
Sumber Foto: Instagram Ernie Zakri
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Semalam pula, penyanyi ini telah berkongsi kisah duka di entri Instagram tentang ibu mentuanya Puan Nora Abdullah yang telah kembali ke ramahtullah.
“Innalillahiwainna ilaihi rajiuunnn. “Dukacita dimaklumkan…. “Ibu mentua tersayang saya Mami, Puan Nora Abdullah yg telah kembali kerahmatullah pagi tadi dengan tenang. “Semoga mami ditempatkan bersama org beriman. “Serta dapat bertemu dgn insan2 tersayang. Suami, anak & cucu tercinta. “Arwah Baba, arwah Johan & arwah Alif. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara Al- fatihah.”
Al-Fatihah dan salam takziah kami dari Mingguan Wanita ucapkan. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Beberapa hari sebelum itu, penyanyi yang baru bergelar nenek ini telah berkongsi khabar gembira tersebut selepas anak sulungnya Mohd Syakir Iman dan menantu Eilya Sofea selamat menimang cahaya mata sulung.
Pelakon sensasi, Fattah Amin mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas isterinya, Nur Fazura.
Fattah Amin Failkan SamanTerbaharu, tular satu perkongsian daripada Musang Berjanggut berkaitan jadual prosiding...