Masih ramai yang tidak mendengar arahan PKP, hingga polis terpaksa menggunakan alternatif lain bagi mengelak orang ramai menipu. Selain memberi alasan tidak munasabah ketika ditanya dalam sekatan jalanraya, ada sesetengah daripada mereka sanggup menipu alamat.
Oleh itu bagi mengelakkan orang ramai menipu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), polis mengambil inisiatif meminta bil air atau bil elektrik pada mereka yang ditahan. Namun begitu, ini bukanlah tindakan yang wajib dan tiada undang-undang khusus.
Minta Bil Elektrik Untuk Semak Alamat
Tindakan polis meminta bil elektrik atau air untuk menyemak alamat kediaman ketika pemeriksaan bertujuan mengelak orang ramai menipu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata tiada undang-undang khusus namun terpulang pada budi bicara pegawai dan anggota polis yang bertugas.
Menurutnya, polis tidak menggunakan alamat di Mykad kerana kebanyakan orang ramai tidak menukar alamat tempat tinggal.
Ads
“Kita tidak mahu mereka menipu ketika diperiksa, jadi jika ada bil elektrik itu polis akan tahu mereka tinggal di mana.
“Contoh jika tinggal di Gombak kenapa perlu membeli barang di Kuala Lumpur dan sebab itu kita galakkan mereka bawa bil elektrik atau bil air supaya membantu polis ketika pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Bukan Diwajibkan Kepada Semua Individu
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata arahan untuk menunjukkan bil air dan elektrik bukan satu perkara yang diwajibkan ke atas semua individu, sebaliknya terhadap mereka yang gagal membuktikan mereka menetap dalam daerah Petaling Jaya.
Ads
Katanya, kaedah polis meminta orang ramai yang ingin melepasi sekatan jalan raya mengemukakan bil adalah untuk memastikan mereka tidak mengambil kesempatan.
“Sebagai contoh, ada individu yang sebelum ini diperiksa dalam sekatan jalan raya mendakwa tinggal di Damansara Perdana, namun kad pengenalan tertera alamat di Kajang,” katanya.
Beliau berkata helah individu terbabit terbongkar selepas gagal menunjukkan bil air dan elektrik kediaman di Kota Damansara sebelum mengaku tujuannya adalah untuk membeli buah.
Ads
“Dengan arahan ini sedikit sebanyak memudahkan pihak polis mengesan mereka yang ingkar untuk menuruti arahan kerajaan supaya berada dalam rumah atau kediaman masing-masing,” katanya.
Tindakan Yang Dipuji
Nik Ezanee turut memuji langkah efisyen ‘anak buahnya’ itu khususnya pegawai dan anggota Polis Daerah Petaling Jaya, ketika melakukan pemeriksaan sepanjang PKP.
Terdahulu sebuah portal berita menyiarkan laporan seorang anggota polis meminta pengguna jalan raya menunjukkan bil elektrik dan air bagi membuktikan alamat kediamannya.
Sumber: Berita Harian
MW: Semoga orang ramai berfikir dahulu sebelum keluar merayau. Pastikan mak,ayah mempunyai alasan yang kukuh untuk keluar, jadi tidak menjadi masalah jika ditahan polis. Jadi berhati-hati ya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon veteran Datin Normala Omar dan Datuk Zulkifli Zain mendirikan rumah tangga sekitar tahun 1975. Dikurniakan lima orang cahaya mata, Dr Norzizi Zulkifli, 42 merupakan anak sulung mereka. Puluhan tahun menjalani alam rumah tangga, tentulah pasangan suami isteri veteran ini sudah masak dengan asam garam hidup suami isteri.
Datin Normala Omar Dan Datuk Zulkifli Zain mendirikan rumah tangga sekitar tahun 1975.
3 Tip Dari Mama
Ini pesan Datin Normala Omar pada anak-anaknya, “Kalau bergaduh dengan suami, kena ingat zaman-zaman bercinta dulu. Ingat all those sweet memories. Then hilanglah semua kebencian dan kemarahan.”
Mama selalu berpesan, “Allah bagi suami yang terbaik buat kita. Itulah untuk kita.”
Satu lagi perkongsian pesanan daripada Datin Normala Omar, “Kenapa kita selalu question? Kenapa rumput itu hijau? Kenapa rumput itu tak merah? Kita bukan patut questioning tetapi kita kena terima yang rumput itu memang hijau. Accept! nak accept itu sukat tapi kena belajar untuk accept.”
Pesanan ini sebenarnya bukan saja berguna untuk anak-anak beliau. Malah, suami isteri yang sedang melayari bahtera perkahwinan selayaknya memahamkan amanat orang lama-lama ini.
Lihatlah walau sudah puluhan tahun hidup berdua, baik Datin Normala mahupun Datuk Zulkifli tetap kelihatan mesra. Seniman ini juga hebat membesarkan anak-anaknya.
Membesarkan Anak-anak Perjuangan Suami Isteri
Bak kata Dr. Norzizi, “Saya sedang nak membesarkan anak-anak dan satu ayat yang saya simpulkan untuk diri saya, ‘membesarkan anak-anak adalah perjuangan kedua suami isteri.’.
Akuinya proses itu adalah satu perjalanan yang sukar “It is a tough journey. Hanya kamu berdua suami isteri tahu how tough it is.
Hal inilah yang mengingatkan beliau kepada kedua orang tuanya. “It must be very tough for my parents membesarkan kami 5 beradik.”
“Mereka berdua telah melaluinya. Sekarang perjuangan mereka untuk diri sendiri.”
“Mampukah kita memperjuangkan mereka sebagaimana mereka berjuang untuk kita? Allah sahaja yang membalas perjuangan mereka.”
“Semoga Allah mengampunkan dosa kedua ibu bapa kita dan Al Fatihah buat pejuang-pejuang kita.”
Semata-mata berniat untuk memecahkan rekod dunia, seorang ibu mencari kelaianan dengan meletakkan nama anak yang cukup unik dan paling panjang yang berjaya direkodkan di dunia.
Seorang wanita dilaporkan memiliki nama terpanjang di dunia yang terdiri daripada 1,019 huruf kembali tular di media sosial. Malah, dia turut mempunyai sijil kelahiran sepanjang dua kaki (0.6 meter).
Menurut laporan Mirror Online, Sandra Williams yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat (AS) memberitahu bahawa dia memutuskan untuk memberi nama unik kepada anak perempuannya yang dilahirkan pada 12 September 1984.
Ketika lahirnya bayi berkenaan pada tarikh itu, dia telah memberikan nama “Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth Williams” pada sijil kelahirannya.
Pindaan Nama Anak 1,019 Huruf
Walau bagaimanapun, tiga minggu kemudian ibu kepada wanita itu merasakan nama tersebut tidak cukup panjang, jadi dia memfailkan pindaan untuk menukar nama itu dan menjadikannya 1,019 huruf panjang dan turut menambah nama tengah 36 huruf.
Ibunya tampil beri penjelasan kenapa menamakan anaknya begitu panjang
Jelas Sandra kepada Oprah Winfrey pada tahun 1997 sewaktu Jamie berusia 12 tahun, nama yang diberikan itu adalah bagi memecahkan Rekod Dunia Guinness. Oleh itu, ibunya perlu memastikan nama yang diberikan menjadi sesuatu yang unik.
“Saya tidak mahu namanya seperti orang lain. Namanya mesti berbeza dan saya perlu ada dalam buku Guinness,” ujarnya.
Sebagai rekod, nama yang dihasilkan itu telah mengambil masa selama enam tahun lamanya di mana ianya turut menggabungkan nama-nama filem, kereta, dan saudara-mara.
Mingguan Wanita: Macam-macam hal. Sungguh tak dapat nak banyangkan, semata-mata nak pecahkan rekod dunia, letak nama unik yang sangat panjang. Sangatlah menyukarkan urusan anak nanti bila nak isi nama dalam borang atau apa-apa dokumen.
Bayi ‘mengandungkan’ kembar sendiri mungkin satu perkara pelik namun ia benar-benar berlaku dalam dunia perubatan.Tiada apa pun yang mustahil dengan kekuasaan dan izin Nya.Seorang bayi perempuan yang masih dalam kandungan dikatakan ‘mengandung’ kembarnya sendiri di dalam perutnya di sini baru-baru ini di Barranquilla, Columbia.
Kejadian aneh itu disedari oleh seorang pakar sakit puan, Dr. Miguel Parra-Saavedra. Dia mengesan kehadiran janin yang lebih kecil menerusi imbasan ultrabunyi selepas pemeriksaan awal mengesyaki bayi tersebut mungkin mengalami ketumbuhan pada hatinya.
Pakar Sakit Puan, Dr. Miguel Parra-Saavedra
Terpaksa Dibedah
Bayi bernama Itzamara seberat 3.17 kilogram dilahirkan pada 22 Februari lalu selepas sepasukan pakar bedah terpaksa melakukan pembedahan Caesarean di klinik La Merced bagi mengelakkan kembarnya terus membesar dan merosakkan organ dalamannya.
Sehari kemudian, pakar-pakar bedah melakukan pembedahan bagi mengeluarkan kembarnya berukuran 45 milimeter panjang dan seberat 14 gram yang meninggal dunia sebaik tali pusatnya dipotong. Janin tersebut mempunyai tangan serta kaki, namun tidak mempunyai jantung atau otak.
“Ia adalah perkara paling pelik dan menarik yang anda dapat lihat dalam bidang perubatan,” kata Parra-Saavedra kepada akhbar tempatan, The Herald.
Gambar ujian imbasan ultrabunyi menunjukkan Itzamara dan kembarnya (kotak kuning).
Lewat Pembahagian Sel
Ibu bayi tersebut, Monica Vega, 33, mulanya tidak mempercayai perkara itu, namun menerima hakikat itu selepas dia ditunjukkan gambar, video dan bukti saintifik.
Kejadian yang dipanggil fetus dalam fetus itu berlaku kerana kelewatan pembahagian sel menyebabkan kembar tersebut tidak terpisah sepenuhnya.
MW: Macam-macam perkara pelik dalam dunia perubatan yang tidak mustahil berlaku. Semuanya atas keizinan dan kekuasaanNya.Apa-apapun, pemeriksaan awal oleh doktor pakar pada keadaan bayi ini, wajar dipuji. Bayi tersebut selamat, dan dapat mengelakkan daripada perkara buruk berlaku. Semoga bayi ini membesar dengan sihat dan sempurna hendaknya.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...