Ku mohon ya Allah, “Jadikanlah kami mak ayah yang pandai menghargai anak.” Sebelum semuanya hanya tinggal kenangan dan anak-anak miliki kehidupan sendiri.
Ternyata sebenarnya sekejap saja anak-anak bersama mak, ayah. Waktu kecil mereka terlalu singkat, dek kerana terlalu sibuk, anak-anak membesar tanpa mak ayah sedari.
Dari tadika, bersekolah rendah, kemudian ke sekolah menengah sebelum ke university dan seterusnya bekerja. Semakin lama semakin jauh hubungan mak, ayah dengan anak-anak.
Sebelum Semuanya Hanya Tinggal Kenangan
Sesungguhnya, kongsi Puan Farhana Fizal, akan tiba suatu masa nanti, kita akan rindu setiap momen bersama anak-anak tika dan saat ini.
Tiada lagi jeritan, pergaduhan, bentakan, rengekan mahupun balingan dan lemparan barang dan permainan.
Malah, tiada lagi rumah yang berselerakan, tiada lagi mainan yang belum disimpan, tiada lagi pakaian bergelimpangan.
Tiada juga teman di meja makan, tiada lagi mereka yang bercakap tiada hentinya, tiada lagi rajukan yang kita tak tahu punca.
Tiada marah yang boleh kita luahkan tanda kita ada mereka, tiada lagi rungutan penat tanda mereka bersama kita, tiada lagi keluhan lelah tanda mereka di sisi menguji cinta.
Hanya Tinggal Kenangan
Masa itu, yang ada hanya sunyi dan air mata. Masa itu kita hanya berteman kenangan dan memori bersama.
Saat itu yang tinggal hanya rumah yang bersih tapi sepi, bilik yang aman tapi kosong, ruang tamu yang indah tapi tiada penghuni.
Di meja makan kita hanya berteman pinggan dan cawan, di kamar mandi kita hanya ternampak memori mereka bermain air tanpa henti, dan di ruang solat yang hanya ada quran dan rehal di tepi.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Ads
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Tahun ini Syawal rakyat Malaysia istimewa, sebab solat sunat Aidilfitri akan dilakukan di rumah masing-masing. Tak lengkap solat sunat Aildilfitri tanpa membaca teks khutbah Raya.
Ustaz Khairul Anuar Basri mudahkan imam interim untuk laksanakan khutbah Adilfitri di rumah masing-masing. Disertakan ini teks khutbah paling basic untuk dibacakan. Bagaimana pun kena ada 5 rukun asas yang mesti dibaca dalam Bahasa Arab.
Khutbah Aidilfitri ni macam khutbah hari Jumaat biasa saja. Tambah best, saya akan bagi yang paling basic saja untuk dibuat dan khutbah ini sah.
Basic maknanya meliputi 5 rukun yang asas (semua rukun mesti diucapkan dalam Bahasa Arab). Saya tandakan rukun dengan simbol *
Khutbah pertama.
* Ucap “Alhamdulillah”.
* Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.
* Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Ittaqullah” (Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah).
* Baca 1 potong ayat Al-Quran; “Inna a’thoinakal kausar. Fasolli lirabbika wanhar. Inna syaniaka huwal abtar”.
Sekian khutbah pertama. Kemudian duduk la sekejap.
Khutbah kedua.
* Ucap “Alhamdulillah”.
* Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.
* Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Ittaqullah” (Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah).
* Baca 1 potong ayat Al-Quran; ”.”Qul huwallahu Ahad. Allahus somad. Lam yalid walam yulad. Walam yakullahu kufuwan ahad”.
* Baca doa untuk seluruh orang Islam; “Allahummaghfir lil muslimina wal muslimat”
Setiap mahligai yang dibina atas dasar suka sama suka atau lebih tepat lagi atas dasar cinta pastinya mengimpikan hubungan yang berkekalan hingga ke hujung nyawa. Tapi siapalah kita manusia yang hanya mampu merancang, segalanya telah ditentukan oleh Yang Maha Berkuasa. Rumah tangga yang dibina oleh Elinaton Misrani, 35, bersama bekas pasangan hanya mampu bertahan selama dua tahun sahaja.
Bangkit
Hati mana yang tidak sedih dengan perpisahan yang melanda. Baru sahaja ingin mengecapi rasa bahagia, punya teman hidup ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata yang masih kecil pelengkap masjid yang dibina. Namun seperti wanita yang senasib dengannya, Elinaton perlu bangkit demi kelangsungan hidup diri dan dua orang anak yang masih panjang perjalanan hidup.
“Perkahwinan saya dan bekas suami atas dasar cinta. Kami melangsungkan perkahwinan pada tahun 2012. Saya sangkakan dialah imam yang akan membimbing saya hingga ke syurga. Tapi itu semua hanya tinggal kenangan buat saya.
“Campur tangan orang ketiga dalam hidup kami menambahkan lagi kekusutan yang ada. Ditambah dengan ketidak sefahaman antara kami berdua. Mungkin ini semua ujian untuk saya tempuhi bagi mematangkan lagi diri dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran. Saya anggap jodoh antara kami tidak panjang,” ujar Elinaton memulakan bicara.
Bangkit Demi Anak-anak Yang Masih Kecil
Usia anak-anak yang masih kecil ketika ditinggalkan oleh sang ayah pastinya tidak banyak memberi kesan kepada si kecil. Tapi buat ibu mereka, ia bukanlah satu perkara yang mudah. Usia perkahwinan yang masih baharu dengan anak-anak yang masih kecil, hidup bagaikan hilang arah, hilang tempat bergantung harap.
“Teramat pedih rasanya ketika mula-mula berpisah. Hanya air mata peneman hidup. Setiap hari saya menangis mengenang nasib diri. Pelbagai persoalan berlegar-legar di fikiran, saya kebingungan, diselubungi dengan dilema ke mana arah tuju haluan kehidupan saya dan anak-anak selepas ini. Setiap hari saya berdoa semoga ditunjukkan jalan diberi petunjuk untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak tersayang.
Bersama ibu dan ayah serta kedua orang anak yang masih kecil penyumbang semangat untuk Elinaton bangkit dari kesedihan
“Tapi dalam masa yang sama Allah hadirkan rasa kesedaran untuk saya terus bangkit demi tanggungjawab bukan sahaja terhadap diri malah untuk anak-anak yang masih kecil. Dengan keadaan saya yang sering bersedih saya risau anak-anak akan terabai dan akan ada kesan buruk terhadap mereka. Saya tak mahu berterusan mengenang nasib diri, dipandang rendah dan disisihkan, saya perlu bangkit walaupun tanpa seorang lelaki bergelar suami di sisi,” ujar Elinaton lagi.
Tambah Kemahiran
Mujurlah diri ketika berpisah mempunyai pendapatan sendiri. Tapi berapalah sangat jumlah yang diperolehi lebih-lebih lagi untuk membesarkan anak-anak yang kini sudah berusia enam tahun. Tapi Elinaton percaya dengan rezeki Allah, yang penting usaha dan tawakal. Justeru bagi menambah pendapatan yang sedia ada, pelbagai usaha dilakukan oleh wanita ini.
“Saya tak terus meratap dengan keadaan yang menimpa saya perlu bangkit dari kejatuhan, redha dengan apa yang berlaku. Apa yang saya lakukan adalah terus berdoa, berusaha dan bertawakal serta mengharapkan bimbingan dari-Nya. Semoga akan ada sirna buat saya dan anak-anak di hujung perjalanan kehidupan kami nanti.
“Alhamdullilah, sedikit sebanyak saya bersyukur mempunyai pekerjaan tetap. Dapatlah membantu saya demi meneruskan kelangsungan hidup. Tapi jujur saya katakan ianya sangat mencabar kerana berapa sangatlah gaji yang saya dapat dengan jawatan sebagai seorang pembantu operasi. Saya perlu buat sesuatu dan tak boleh hanya berpeluk tubuh sahaja. Rezeki tak akan datang bergolek tanpa usaha.
Wanita perlu punya kemahiran untuk majukan diri walaupun hidup tanpa suami di sisi
“Setelah hidup sendirian saya banyak terlibat dengan persatuan ibu tunggal. Dari situ saya mengikuti kursus-kursus bagi mempertingkatkan jati diri dan kemahiran yang ada. Saya belajar di Giat Mara, CIC dan beberapa lagi pertubuhan untuk melengkapkan diri dalam dunia yang semakin mencabar pada hari ini. Alhamdullilah dengan kemahiran yang saya ada, saya mengambil upah menjahit secara sambilan untuk menambah pendapatan saya sekeluarga,” ujar wanita yang berasal dari Bera, Pahang ini.
Sokongan Keluarga
Dalam meniti kebangkitan hidup, ibu bapa dan keluarga memainkan peranan penting buat Elinaton. meskipun sedih dengan apa yang berlaku terhadap salah seorang wanita dalam keluarga mereka, ahli keluarga ini reda dan sering menasihati supaya terus tabah menghadapi ujian yang melanda.
“Ibu dan ayah serta ahli keluarga yang lain banyak membantu saya untuk bangkit semula. Mereka juga turut bersedih dengan keadaan yang menimpa saya ini dan sering menjadi tempat untuk saya mengadu dan sentiasa menasihati diri ini supaya tabah menghadapi dugaan Allah ini. Doa mereka juga buatkan saya bangkit dan kuat seperti hari ini. syukur Alhamdullilah.”
Elinaton bersama rakan-rakan dalam pasukan RELA
Bagi Elinaton wanita yang senasib dengannya perlu meneruskan kehidupan walaupun tanpa seorang suami di sisi. Pesannya jangan sesekali menyalahkan takdir. Hakikatnya anda semua bukan keseorangan. Bersyukurlah kerana masih ada keluarga, rakan-rakan yang sentiasa menyokong dan menghulurkan bantuan di saat anda memerlukan. Paling penting selagi masih mampu untuk bekerja, jangan cepat putus asa dan kuatkan iman yang ada untuk menghadapi apa sahaja ujian dan dugaan yang melanda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biasanya kita merancang, Allah jugalah penentu segalanya, jadi dengan Allah jugalah kita berharap. Tetapi kalau nak anak-anak selesa, mak ayah kena lah merancang jarak kehamilan anak seterusnya.
Malahan badan orang perempuan juga perlukan rehat, kesihatan dan luka dalaman perlu dipulihkan terlebih dahulu, sebelum bersedia untuk melalui proses kehamilan dan bersalin sekali lagi.
Macam yang Puan Nor Azniza cuba sampaikan ini, tak salah nak anak ramai tetapi jangan sampai anak jadi mangsa.
Nah, jemput baca dan renungkan seketika…
Wajib merancang dan menghadkan jumlah anak jika:
1. Anda tak mampu nak sediakan bilik yang cukup dan selesa untuk anak-anak. Mengasingkan anak-anak lelaki dan perempuan.
2. Anda tak mampu nak beli pakaian yang elok-elok untuk anak-anak anda.
3. Anda tak mampu beli makanan yang berkhasiat dan elok-elok untuk anak-anak anda. (contoh, organic kan mahal)
4. Anda tak boleh nak redhakan emosi anak anda yang paling kecik utk terima adik baru… menangislah anak itu minta didukung dan anda tak mampu nak dukung sebab berpantang dan dilarang oleh orang tua.
5. Anda tak mampu beri pendidikan terbaik untuk anak-anak. Anak-anak minta beli pencel colour 26 batang pun tak mampu. Nak kertas warna pun tak mampu.
Hak merancang dan menghad bilangan anak adalah hak isteri sebab mereka yang membawa perut ke sana ke mari, menyusukan. Bagi mereka berehat semahu yang mereka mahu. Sehingga mereka bersedia. Suami perlu dimaklumkan dan tolong bersetuju. Positif dan empati.
Lahirkanlah anak-anak yang berkualiti. Bukan kuantiti. Jangan kerana anak ramai berderet, menyebabkan depress..anak-anak jadi mangsa marah-marah hingga tercalar emosinya.
Siapa yang penyabar dan mampu untuk menyediakan kelengkapan di atas, teruskan la punya anak-anak yang ramai. Kepada yang tidak mampu, jangan la membawang mereka, keluarga mereka hak mereka. Tak perlu campurtgn hal keluarga mereka. Plan lah jumlah keluarga masing-masing, jangan sibuk plan kan keluarga orang lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.