Rata-rata, semua orang mesti suka makan nanas terutamanya wanita. Rasanya sangat manis, syoknya bila pula dicicah dengan asam. Boleh dikatakan, dapat makan nanas setiap hari pun tak kisah. Sesetengah mak-mak suka masukkan nanas dalam masakan. Itu kalau nanas yang tak berapa manis. Kan!

Sekarang ini, nanas memang tak ikut musim, ada saja yang orang jual. Lebih menarik lagi, dengan baka nanas MD2, cukup popular dengan rasa manisnya. Sampaikan ada yang sanggup mencari benihnya untuk ditanam sendiri.

Ada sesetengah orang mengatakan bahaya makan nanas terutamanya wanita yang baru hamil sebab nanas ni ‘tajam’ dan boleh membuatkan keguguran. Tapi, sejauh mana kebenaran, tidaklah tahu sebab ada juga yang makan nanas di awal kehamilan, alhamdulillah kandungannya sihat saja.

Sesetengah pula, ada yang tak suka makan nanas sebab bila makan akan terasa lidas. Mulalah tak selesa pada bahagian lidah. Ada berpendapat, lidas ini bila kita tidak memotong bahagian ‘mata’ nenas dengan sepenuhnya. Betul ke?

Berbalik kepada makan nanas setiap hari ini, Dr Rizal Abu Bakar ada berkongsi tentang kebaikannya. Malah, yang menarik perhatian, bila makan nanas, mood kita akan jadi lebih baik.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak Makan Berebut, Minum Tumpah.. Biarlah, Suatu Masa Itulah MakAyah Rindu

Tanam Taugeh ‘Gemuk’ Kaedah Penapis Dan Hempap, Hari Ke 4 Boleh Makan Hasil

Info Lebih Menarik DI SINI

Makan Nanas Setiap Hari – Mood Lebih Baik

Persediaan untuk makan malam – Nanas. Balik rumah tengok Cik Puan isteri sudah beli nanas. Macam tahu tahu sahaja.

Nanas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.

IKLAN

Nanas sarat dengan vitamin C. Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.

Vitamin yang cantikkan kulit.

Paling menarik tentang nanas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis.

Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.

Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nanas.

Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.

IKLAN

Seperkara yang saya suka tentang nanas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.

Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nanas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik.

Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ.

#DrOtak
#Neuroparenting
#cocoOCOC

Sumber: DrRizal Abu Bakar

Bila makan nanas, lidah terasa lidas. Kenapa boleh jadi macam ni. Ikuti perkongsian daripada Fatimah Salim pula tentang ‘lidas’.

IKLAN

Siapa Biasa Makan Nanas Lidah Berasa Lidas?

Lidah boleh berasa lidas (pedih atau gatal pada lidah atau mulut) semasa memakan nanas adalah disebabkan oleh kandungan bahan kimia jenis bromelain. Ianya tergolong dalam enzim jenis proteolytic yang berupaya menguraikan protein.

Bromelain boleh menguraikan sedikit lapisan protein mukosa yang membentuk permukaan lidah atau bahagian mulut yang lain. Keadaan ini menjadikan lidah menjadi sensitif kepada bahan kimia asid sitrik dan asid malik dalam jus nanas.
Iritasi kedua asid ini pada permukaan lidah dan mulut yang terjejas adalah penyebab kepada rasa lidas.

Cara untuk mengurangkan kandungan bromelain ialah dengan membuang dengan teliti bahagian ‘mata’ nanas atau memerap seketika nanas dengan sedikit garam. Bromelain banyak terkandung dalam bahagian ‘mata’ nanas dan garam pula mampu merencatkan aktiviti enzim bromelain.

Enzim bromelain juga boleh dinyahasli (denatured) dengan haba memasak. Maka, memasak atau merebus nanas akan memastikan enzim punca lidas tidak lagi aktif. Namun rasa dan tekstur nanas pastinya akan berubah.

Nota: Memerap daging lembu dengan hampas atau jus nanas juga boleh cepat melembutkan tekstur daging semasa dimasak.

Sumber: Fatimah Salim

MW: Agak-agak ada tak yang tak suka makan nanas. Rugi! Sebab banyak khasiatnya. Tapi ada juga yang kadang-kadang, bila lidah terasa ‘lidas’ terus terbantut nak makannya.

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI